Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Khamis, 5 Julai 2012

IRFAN...IRFAN....MOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH

Minggu lepas balik kampung sebab mak nak buat kenduri arwah dan sambut bulan Ramadhan. Mak selalu cerita kat saya tentang cucu kesayangannya IRFAN lebih mesra kami panggil dia along. Mak kata kalau mak nak sembahyang IRFAN akan duduk sebelah wan nya dan tengok wan nya sembahyang. Mak cerita kalau ayahnya sembahyang IRFAN akan ikut apa ayahnya buat. IRFAN akan buat macam mana orang sembahyang walaupun tidak mengikut tertib. Bila dengar azan aje kat tv IRFAN akan diam dan ikut laungan azan tu walaupun sebutannya hanya IRFAN aje yang tahu. Masa saya sedang sembahyang IRFAN duduk di sebelah saya dan IRFAN tak ganggu saya pun masa saya sembahyang. Kadang-kadang ada setengah budak dia akan lalu atau duduk depan sejadah ketika orang tengah solat. Alhamdulillah dalam hati saya beranggapan IRFAN menghormati orang tengah solat. Alhamdulillah dapat anak buah yang baik. Lepas aje saya habis solat tiba-tiba IRFAN tunjukkan saya sesuatu. Mula-mula saya tak faham apa yang IRFAN nak dan tunjuk-tunjuk. Maklumkan IRFAN baru berusia 2 tahun. Cakapnya pun masih tak fasih hanya boleh faham cakap dihujung perkataannya sahaja. Rupa-rupanya IRFAN minta saya bentangkan semula sejadah yang telah saya simpan. IRFAN nak sembahyang rupanya. Lepas sahaja saya bentang sejadah tu IRFAN terus berdiri atas sejadah tu dan buat macam orang solat. YA ALLAH betapa besar keagunganMU YA ALLAH. Budak kecil yang hanya berumur 2 tahun dan belum cukup umur dah tau apa itu sembahyang. Walaupun tanpa tertib. Betapa malunya saya rasakan bagi diri kita yang Allah telah pinjamkan nyawa dan kehidupan yang panjang tidak mahu bersolat dan meremehkan solat. Sungguh- sungguh menginsafkan diri ini.




" Ya Allah jadikan kami berdua orang-orang islam (yang berserah diri kepadaMU) dan jadilah daripada keturunan kami umat islam (yang berserah diri kepadaMU) dan tunjukkanlah kepada kami syariat islam dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkaulah penerima taubat dan lagi maha mengasihani" (Al-Baqarah: 128)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...