Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Memaparkan catatan dengan label HOLIDAYS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HOLIDAYS. Papar semua catatan

Isnin, 26 Mei 2014

Cuti2 Melaka - Ole-Ole Melaka

Masa bercuti di Melaka tempoh hari tu sempatlah belikan ole-ole untuk family dan kawan2. Khas untuk my 3 kesayangan pun ada yang ini wajib g mana-mana mesti belikan. Tak ada duit ke ada duit ke tetap nak belikan juga. Rasa tak lengkap dan sempurna kalau tak belikan untuk 3 kesayangan ni.



T-Shirt from Melaka dah dirasmikan pun oleh 3 kesayangan. 3 baju ni beli kat gerai2 yang ada di Bangunan Merah.


T-Shirt yang ni khas untuk anak perempuan kepada adik lelaki kesayangan saya. T- Shirt ni beli kat dalam Bazar Bandar Hilir.


T-Shirt yang ni special untuk saya. Yalah dah puas jalan2 untuk diri sendiri pun kena beli juga. Tak acilah kan asyik belikan untuk orang lain aje. Beli kat Medan Samudera.


Belacan ni belikan untuk mak. Bukan tak ada kat KL/Selangor tapi dah sampai sini belilah yang made in melaka pulak.



Frigde Magnet dan key chain ni khas untuk my adik beradik. Ada lagi sebenarnya tapi tak sempat nak snap gambar dah terbagi dulu kat family.


Topi yang coklat tu untuk my friend. Yang oren tu saya yang punya.


Capal tu saya yang punya. Beli sebab dah terdesak. Kaki sudah melecet habis. Masa berjalan2 tu dah x ingat dunia. 



Biskut kelapa, biskut sagu, biskut bangkit dan dodol tu untuk my family.


Tudung yang 3 warna ni sempat rembat kat Melaka Central masa baru sampai sementara nak tunggu bas ke Bandar Hilir. Masa tu jalan2lah dulu kat Melaka Central. Tudung2 ni pun dah rasmikan pakai. Ingatkan nak buat tudung raya. Tak de nya tudung raya vs tudung basahan. Pakai buat g kerja.





Lagi entry tentang cuti2 Melaka: 

Khamis, 8 Mei 2014

Cuti2 Melaka - Lagi santai Kota A Famosa

Assalammualaikum.....


Sambung semula santai di Kota A Famosa. Selepas puas jalan2 di Kota A Famosa yang berada di kaki bukit tu kami pun turun melalui tangga. Tangganya agak curam jugalah sebab tinggikan bukit tu. Sampai bawah aje kami pun terus menaiki beca yang sememangnya telah menunggu penumpang di bawah bukit tersebut. Tak perlu risaulah beca2 ni memang banyak dan sentiasa berkeliaran di bawah ni untuk mencari penumpang. Kelebihan menaiki beca ni kita dibawa ke tempat2 yang menarik dan mereka sanggup untuk menunggu kita bila singgah ditempat2 tersebut. Satu beca RM 20.00. Beca ni terus bawa kami ke Kota A Famosa yang terletak di bawah bukit pula. Kota A Famosa yang ini betul2 bersebelahan dengan Dataran Pahlawan.



Kat belakang tu kebanyakkan adalah muzium.


Naik beca ni sempatlah sembang2 dengan abang yang bawa beca ni. Sempatlah sembang2 dengan abang beca tu pasal beca dia yang kiut sesangat2. Cantikkan beca dia. Pink lagi dan ada toys besar kat depan pulak tu. Kalau kita naik beca kat sini memang boleh jumpa macam2 design kat beca tu. Sampaikan design scorpion pun ade dengan lagu kumpulan scorpion beca tu putar. Tak sempat nak ambil gambar beca scorpion tu tapi memang kreatif. Kebanyakkan tuan2 beca tu semuanya kreatif sebab nak nampak cantikkan beca mereka.




Perasan x kat belakang tu dah Dataran Pahlawan. Kalau nak tengok kota ni dekat aje dengan Dataran boleh jalan kaki.








Di hadapan pintu gerbang kota A Famosa


 Muzium ni kami x sempat nak g...kebanyakkan semua muzium kat sini kami tak masuk. Mungkin lain kali kami datang ye.....


Rabu, 7 Mei 2014

Cuti2 Melaka - Santai di Kota A Famosa

Hari Kedua di Melaka selepas sarapan pagi kami terus naik teksi dari Hotel kami ke Kota A Famosa. Kat sini kalau kita naik teksi memang standard kalau ke Bandar Hilir dikenakan RM 15.00. Selepas semalam dari hotel kami ke Bandar Hilir dengan berjalan kaki terasa boleh tahan juga penatnya. Pada yang dah biasa duduk di kawasan sekitar sini kata mereka berjalan kaki adalah lebih baik sebab pada mereka xlah jauh sangat dalam 20 minit perjalanan tapi bagi kami yang first time datang terasa jugalah kepenatannya. nasib baiklah hari pertama tu tak panas sebab pagi tu dah hujan lebat. Jadinya petang tu taklah panas tapi mendung memang sesuai sangatlah nak jalan2.

Seperti kata tuan warung nasi lemak yang kami sarapan kat situ. Dia kata orang Melaka dah biasa jalan ke Bandar Hilir. Tak jauh dekat aje. Berpeluh juga abang..............kami jalan penat aiii..Sarapan nasi lemak kat sini pun murah aje. Nasi lemak dan telur rebus sebiji dengan milo ais baru RM3.00. Murahnya. Tak silap saya warung nasi lemak tu kat Jalan Tamby Abdullah. Dekat sikit dengan Hotel Dreamz yang kami menginap.

Selesai sarapan aje kami terus tahan teksi ke Kota A Famosa. Mula2 sekali kami g melihat2 sekitar kawasan keretapi lama dan replika kapal terbang.....Tak adalah sangat yang menarik tapi sempat berself-fise untuk kenang2an.


Belakang tu keretapi lama. Dalam tu bila kami masuk rupa2nya dijadikan tempat menjual souvenir. 




Kat sebelah replika tu terdapat macam2 muzium cuma kami tak sempat nak masuk. Next time ye kami g. Kemudian kami terus mendaki bukit xlah tinggi cuma jalan agak menaik sikit untuk ke Kota A Famosa. Sebenarnya kita boleh naik tangga aje ada kat sebelah kanan deretan muzium2. Tapi kebetulan kami ikut arah kiri tu yang menaiki bukit sedikit. Fuhhhhhhhhhhhhhhh boleh tahan. Bila dah sampai atas bukit tu rasa sejuk dan nyaman aje yelah tempat tinggilah katakan sejuk angin bertiup. 



Sepanjang laluan ke Kota A Famosa. Kat sini memang sejuk sebab angin bertiup.


Rehat jap setelah penat mendaki sambil2 tu tengok2 jap gelagat pengunjung yang turun naik atas bukit tu. Masa ni ramai betul pengunjung dan pelancong yang datang. 


Nampak tangga tu kena naik lagi pulak. Lepas rehat jap kami pun teruskan mendaki tangga tu menuju ke kota tersebut.

Sampai kat atas aje memang cantiklah peninggalan sejarah Portugis ni. Kota lama yang cantik pemandangannya. Kami pun apa lagi masuk ke dalam kota tersebut sambil melihat2 keindahan di dalamnya. Terdapat banyak batu peringatan dan mungkin juga makam2 lama sebab ada nama. Saya tak pasti mungkin orang Melaka lebih tahu. 


Di dalam kota A Famosa. Sekeliling tu semua batu peringatan. Di dalam tu pun ada lagi batu peringatan.



Yang dibelakang tu semuanya batu peringatan yang bernama. Besar2kan batu peringatan ni semuanya.


Di dalam Kota A Famosa. Belakang tu semuanya pelancong. Masa saya sampai kat sini memang ramai pelancong.


Besar benar batu peringatan mereka2 ini. Memang betul2 nak buat peringatan untuk generasi akan datang ni.


Tu dia catatan pada batu peringatan  tu. Betul ke kat bawah tu makam persemadian mereka. Entahlah......


Lagi nama pada batu peringatan tu....


Sekitar di luar kota A Famosa



Dah puas pusing2 dalam Kota A Famosa masa untuk berself-fise. Tengok ramai pelancong tangkap gambar kat tepi tu kami pun nak juga bergambar. Belakang tu menara taming sari. Yang tolong tangkapkan gambar kami ni ialah pelancong dari China. Terima Kasih

Kat atas ni pun ada dijual bermacam2 souvenir. Pilih aje harga sama dengan kalau kita beli di bawah kat Bandar Hilir. Key chin untuk 6 keping RM 10.00 dan fridge magnet untuk 3 RM 10.00. Fridge magnet ada macam2 yang melekat seperti getah pun ada. 



Isnin, 5 Mei 2014

Cuti2 Melaka - Dinner di Restoran Upin dan Ipin

Assalammualaikum......

Panjangnya entry cuti2 Melaka kali ni.......Lepas puas jalan2 di sepanjang Bandar Hilir tibalah masa untuk kami isi perut. Lepas aje naik river cruise tu kami terus berjalan kami ke Dataran Pahlawan. Saje ambil angin malam dengan berjalan kaki ke Dataran Pahlawan sambil tu usha2 kedai makan yang mana sedap. Sambil2 jalan kaki kami ternampak restoran upin dan ipin terus kami g singgah untuk makan malam kat situ. Tak pernah lagi makan kat restoran upin dan ipin. Nak cubalah sedap ke x sedap. Kat KL pun ada tapi tak pernah pun singgah kebetulan dah sampai Melaka ni dan dah dekat depan mata apalagi ambil peluanglah untuk mencuba. Dari luar dah nampak gambar si kembar upin dan ipin. Masuk dalam aje memang cantik dekonya penuh dengan gambar upin ipin and the geng. 

Masuk aje kami terus tengok menunya. Macam2 ada. 


Di pintu masuk dah terpampang si kembar ni.


Restoran Upin dan Ipin

No. 1336-C Plaza Merdeka,
Jln Plaza Merdeka,
75000 Bandar Hilir, Melaka


Kalau yang duduk di KL Restoran Upin dan Ipin ada terletak di Bandar tasik Permaisuri. Restoran ni dekat sangat dengan tempat tinggal saya tapi tulah yang dekat sangatlah tak sampai2 lagi.

Restoran Upin dan Ipin
No.57, Jalan Dwitasik 1,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Kuala Lumpur 



Buku menu hidangan restoran Upin dan Ipin. Dia punya buku menu aje dah menunjukkan ayam goreng. Peha ayam kegemaran si kembar upin dan ipin



Malam tu kami memilih menu nasi putih dan daging black pepper. Minta maaf ye chef yang masak. Terus terang kami cakap daging black pepper tu liat sikit. Mungkin tak rebus dulu sebelum masak. Lepas ni kasi rebus ye dulu. 


Menu untuk mee juga ada.



Untuk western food pun ada......Chicken chop/Lamb chop/Beef chop. Pilih mana yang suka di hati.


Spagethi pun ada.....cuma saya tak cuba lagi ...next time kalau kami singgah mana2 restoran upin dan ipin nak cuba pulak spagethinya.



Sedang menunggu order. Posing jap.....



Air tembikai sampai dulu.....Kita minum dulu



Dagingnya agak liat sikit.....Kalau tak liat memang sedap.



Nasi putih dan black pepper berserta sup. Masak black peppernya pun tak macam black pepper macam asam pedas pun ada. Cara masakannya mungkin ikut negeri kot. Jangan marah ye.......Ikhlas dari hati kami untuk penambahbaikan masakan restoran. Pendapat pelanggan perlu di utamakan. Betul x Betul3....


Ada kedai untuk jualan produk upin dan ipin. Mesti budak2 sukakan dengan produk upin dan ipinkan. Macam2 ada


 Ada buku dan cd upin dan ipin 


Beg pun ada. Pilih yang berkenan.


Minuman upin dan ipin pun ada. Dah ada kemajuan. Bagus2. Bermacam2 perasa 


Buku bacaan Upin dan Ipin. Pun boleh kalau nak beli murah aje. Tak ingat pula berapa harga.


Tikar Upin dan ipin. Tikar ni paling saya suka. Sedap buat baring2 untuk anak2 kecil kita.


Kaunter untuk ambil tempahan 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...