Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Memaparkan catatan dengan label MASK MUKA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MASK MUKA. Papar semua catatan

Khamis, 16 Oktober 2014

Clearskin Pore Penetrating Black Mineral Mask....Masker lumpur

Semua orang pernah pakai mask mukakan. Tak kiralah produk jenis apa yang berlambak dipasaran sekarang ni tapi yang pasti cara paling nak jimat duit untuk hilangkan2 bintik hitam dan putih di muka ni pakailah mask. Agak2 kita2 ni yang x seberapa mampu nak g salon kita gunalah mask muka. Seperti saya ni yang sememangnya suka yang murah tapi berkesan. Ialah kegunaan mask ni selain membersihkan muka serta menanggalkan sel2 kulit mati boleh juga mengecilkan pori2 dan juga mencerahkan kulit muka. Boleh juga membantu menghalus, melembut dan mengatasi masalah kulit tona tidak sekata, kesan terbakar dan boleh menyerap lebihan minyak dengan berkesan. 


Clearskin Pore Penetrating Black Mineral Mask produk Avon


Blak mineral mask kaya dengan antioksidan dari lumpur, arang, kolagen serta sumber mineral bagi mengurangi tanda2 penuaan seperti kedutan halus, menganjalkan kulit, melembap dan kulit lebih tegang.  Rasanya semua black mask dipasaran mempunyai semua kelebihan seperti itukan. Saya paling suka sangat gunakan produk avon ni kiranya dah jatuh cinta pandang pertamalah. Clearskin Pore Penetrating Black Mineral Mask sesuai sangat dengan kulit muka saya. 




Biasanya saya gunakan mask ni 2@3 kali  seminggu waktu yang paling saya suka pakai ketika santai2 sedang menonton tv. Ketika itulah terbaik sambil relax2 tonton tv sambil rehat2kan badan. Lepas pakai tu basuh muka dengan air bersih dan hasilnya memang perfect. Masa inilah yang paling saya suka muka akan kelihatan bersih dan lembut bila disentuh. Kalau tak percaya cubalah. 


Khamis, 27 Disember 2012

MASK MUKA............MASA UNTUK MANJAKAN MUKA

Masa untuk manjakan muka. Selalunya suka pakai yang murah2 aje. Sebab pakai buangkan. Walaupun murah tapi memang sesuai dengan kulit muka. Tak suka beli yang mahal-mahal. Kalau ada jual yang murah suka beli banyak2 dan boleh pakai untuk beberapa lama. Sebab nak tunggu yang ada murah payah sikitlah. Biasa suka pakai mask ni seminggu 2 kali. Tapi kadang-kadang seminggu sekali. Pernah sebulan sekali sebab stok mask dah habis. Bila nak beli mask cari masa yang ada jual sale. Hari tu pergi BTS kat Sasa adalah jual sale mask ni. Tu yang beli. Mask ni macam-macam produk pakai. Tapi setakat ni memang sesuai dengan muka. Suka sangat pakai mask ni salah satu sebabnya dapat hilangkan stressssssssss dan bila pakai nyaman dan rasa tenanggggg. Hilang sekejap masalah.



Mask dari timun, madu, teh hijau dan lavender. Suka dengan buah-buahan dan bunga-bungaan.


Kelebihan MASK
1. Menegangkan kulit muka..rasa pejal dan bergetah.
2. Untuk menutup liang-liang pori, yang mana, kita terdedah dengan peluh, haba, debu, yang buat liang pori2 kita tersumbat. Bila kita pakai masker ni dia boleh segarkan kulit wajah.
3. Melembapkan kulit wajah. Di dalam masker ada bahan yang mana boleh melembap dan melembutkan kulit wajah kita.
4. Boleh hilangkan stress! bila kita pakai mask duduk atau baring diam-diam sambil tengok tv ke atau dengar radio, ambil mood..rasa cam relax je, hilang masalah.....rasa tenang dan damai....

Rabu, 15 Ogos 2012

MASKER MUKA.......................


Masker ni saya beli semasa pergi ke KL Centrel. Murah harganya dan mampu milik. Bukan terletak pada harganya tapi memang sesuai dengan kulit saya. Sangat fresh dan tenang. Kalau kita sedang stress atau sakit kepala masker ini dapat mengurangkan sedikit tekanan dan sakit. Walaupun tak sepenuhnya tapi akan rasa tenang dan lega. Kalau tak percaya cubalah..........

Terasa wajah lembut dan segar selepas pakai masker tersebut. Biasanya  pakai dalam masa 20 - 25 minit tapi saya lebih suka pakai masker ini sehingga kering. Lepas masker tu kering barulah saya tanggalkan. Saya akan pastikan yang masker tu benar-benar telah meresap sepenuhnya di muka saya. Selepas itu saya akan sapu lebih-lebihan masker yang belum kering keseluruhan wajah saya. Terasa benar-benar segar dan licin wajah saya. Saya tidak akan membasuh wajah saya selepas itu dan saya akan terus tidur. Apabila bangun pagi nanti kelembapan wajah saya masih lagi terjaga dan wajah saya akan kelihatan segar dan bersih. Saya memang sukakan masker yang diperbuat daripada buah-buahan terutamanya buah epal dan strawberry. Selain masker epal dan strawberry saya juga suka masker daripada buah apprikot.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...