Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Memaparkan catatan dengan label KURSUS TERAPI AL QURAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KURSUS TERAPI AL QURAN. Papar semua catatan

Jumaat, 20 September 2013

SYURGA ALLAH........Jom Beramal dan tingkatkan amalan


ALHAMDULILLAH......pemberian dari pihak Penyelaras kursus sebuah Al-Quran dan terjemahaannya. Kalau kita nak tuntut dan belajar ilmu macam-macam Allah permudahkan kepada kita dengan niat LILLAHITAALLAH. InsyaAllah akan diberikan jalan dan dipermudahkan.

Semua orang akan mengalami mati. Dan apabila kita mati, maka terputuslah segala amalan kita melainkan 3 perkara.
 Sabda Nabi Muhammad S.A.W.
" apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi manafaat dan  doa anak – anak yang soleh”
 
Oleh itu kalau kita hendakkan bekalan yang secukupnya di akhirat nanti selalu-selalulah menyedekahkan apa-apa yang boleh dimanfaatkan kepada manusia yang lain. Salah satunya menyedahkan Al-Quran kepada sesiapa sahaja dan selagi orang yang menerimanya mengamalkannya selama itulah amalan orang yang mengamalkan akan kita dapat tanpa mengurangkan sedikitpun amalan orang yang mengamalkannya. Buat peringatan untuk diri saya dan semua. InsyaAllah. SELAMAT BERAMAL

Rabu, 18 September 2013

TERAPI AL-QURAN........


“Sesungguhnya Al-Qur’an ini memberi petunjuk kepada jalan yang lurus dan memberi berita gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.” (Surah Al-Isra’ 17:9)
“Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Qur’an) dan sunnahku.” (Riwayat Abu Daud)
Nabi s.a.w. telah bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat. 
 

Kursus Terapi Al-Quran di bawah pimpinan Ustaz Mohd Amin B Mohd Tahir. Alhamdulillah bertambah ilmu dan pengetahuan tentang kepentingan Al-Quran dan kelebihan-kelebihan Al-Quran apabila kita menjadikan Al-Quran sebagai amalan hidup kita sentiasa. Jadikanlah membaca Al-Quran amalan setiap hari kerana banyak kelebihan yang akan kita dapati di akhirat kelak. Sebagai syafaat kita di akhirat disamping syafaat Nabi Muhammad S.A.W. Al-Quran jugalah yang akan menolong kita di Padang Masyhar nanti. Tiada sesiapa pun yang dapat menolong kita di akhirat kelak kecuali Al-Quran Karim yang selalu kita baca semasa hayat kita di dunia. Selain membaca Al-Quran kita juga digalakkan memahami isi kandungan Al-Quran kerana setiap kejadian yang berlaku didunia ini bermula dari kejadian Nabi Adam hinggalah ke Hari Pembalsaan (Akhirat) semuanya telah dicatitkan di dalam Al-Quran. Selain mentafsir Al-Quran kami peserta juga telah diberikan beberapa ayat-ayat Al-Quran yang perlu diamalkan selalu. Ayat-ayat Ruqyah, ayat-ayat Manzil dan ayat-ayat menghalang sihir. Surah yang paling baik diamalkan ialah surah Al-Baqarah. Alhamdulillah selesai sahaja kursus tersebut telah memberikan kepada saya satu pengalaman baru yang boleh saya amalkan selalu dalam kehidupan seharian. Kehidupan yang lebih kepada ayat-ayat Allah. Sesungguhnya ayat-ayat Allah (AL-Quran ) telah menjadi pembimbing dan pedoman untuk kita semua (umat islam) di dunia ini. InsyaAllah dengan berpandukan Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad S.A.W kita umat islam tidak akan sesat selamanya. InsyaAllah. 
 
 
 
 

Isnin, 16 September 2013

TERLIUH.............TERBAIK DARI LADANG

Cerita pasal kursus di ILKM JAWI. Memang best kursus ni. Sepanjang dari hotel penginapan kami ke dewan kursus ni kami akan melalui ladang nenas. Rezeki kami semasa kami berkursus di sini tengah musim memetik buah nenas. Selama 4hari 3malam hari-hari kami melihat buah nenas ni. Terliuh dibuatnya kami melihat buah nenas yang dah tergolek-golek tepi ladang tu. Dah rezeki kami dapatlah kami membeli buah nenas made in JAWI. Sedap dan manis. Rezeki Allah. Murah tersangat murah. Buah ikut gred. sebiji 0.50 sen bagi gred C. Gred B RM 1.00 dan Gred A RM 1.50. Gred C pun dah berbaloi-baloi beli. TERBAIKKKK, mantoppp dan ada klasss. Macam nenas madu. Dapatlah beri beberapa biji kepada kawan serumah dan selebihnya bawa balik kampong. Dapatlah adik beradik di kampong merasa.
 
 
Tu dia buah nenas yang dah sedia dipetik dan untuk dijual. Yang ini sebiji 0.50. Murah kan. Comel dan dah terliuh dibuatnya.
 
 
 
Background ladang nenas.
 

Buah yang selesai dipungut untuk dijual. Rezeki kami sampai masa ni musim memetik buah.
 

Kami panggil dia ni wak. Wak tengah tolong cantaskan pucuk daun dari nenas. Senang kami nak bawa balik ke KL. Terima kasih wak sebab bagi kami beli buah nenas tu.
 
 
Balik aje KL terus kupas buah nenas tu. Tak tahan dengan bau dan ke comelan buah tersebut. Sedap tak terkata cicah dengan kicap campur cili.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...