Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Memaparkan catatan dengan label PERKAHWINAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PERKAHWINAN. Papar semua catatan

Khamis, 21 Februari 2013

1 HARI 1 AYAT - PERKAHWINAN YANG BAIK MENENTUKAN KETURUNAN YANG BAIK

Perkahwinan Yang Baik Menentukan Anak Yang Baik

Perkahwinan merupakan fitrah kejadian Allah kepada manusia, ini bertujuan untuk mengawal pergaulan lelaki dan perempuan yang mempunyai perasaan cinta kasih sehingga boleh menyebabkan berlakukan perzinaan. Perkahwinan juga merupakan satu ikatan pernikahan di antara bakal pengantin lelaki dan bakal pengantin perempuan dengan memenuhi segala syarat dan rukun pernikahan yang telah ditetapkan oleh syarak.
Bagi sesiapa yang ingin memasuki dalam alam berumahtangga, perlulah mempersiapkan diri dari sudut rohani, jasmani, intelek dan meterial terlebih dahulu. Sebabnya dalam perkahwinan mempunyai berbagai dugaan atau masalah yang akan ditempuh oleh pasangan suami isteri. Semua perkara yang berlaku dalam rumahtangga hendaklah diselesaikan sendiri, perlu membebaskan diri dari kehidupan bujang yang hanya mementingkan diri sendiri atau membuat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan pasangan masing-masing.
Buang segala sikap yang buruk terutamanya sikap egois atau sikap “aku memiliki kuasa vito sebagai seorang suami isteri aku perlu menurut perintah aku”. Kerana sikap sebegini akan menyebabkan pasangan kita tidak berpuas hati dan merasa kecewa. Lama kelamaan ia akan menimbulkan ketegangan dan konflik dalam rumahtangga dan boleh menyebabkan berlakunya penceraian.
Masalah penceraian yang berlaku dalam masyarakat Islam sekarang ini sangat parah dan boleh dikatakan setiap hari mesti ada penceraian yang akan berlaku. Kebanyakkan punca berlakunya penceraian ialah tidak mempunyai kesefahaman antara suami dan isteri dalam menguruskan rumahtangga, suami atau isteri mempunyai hubungan dengan orang yang ketiga sehingga menyebabkan berlakunya penceraian. 
Realiti yang berlaku sekarang, kebanyakkan pasangan suami isteri yang berkahwin hanya menilai rupa paras semata-mata bukan dilihat dari segi agama pasangan mereka yang menjadi ukuran utama. Rupa paras, kecantikkan tidak boleh menjamin kebahgiaan pasangan suami isteri, memang mula-mula berkahwin rasa bangga dan bertuah kerana memiliki isteri yang cantik atau suami yang kacak. Bila sudah lama dan mempunyai anak, kesemua kecantikkan itu hilang dimakan usia. Timbullah rasa tidak senang dikalangan suami isteri yang mempertikaikan pasangan masing-masing sehingga menyebabkan mereka mencari kesenangan di luar atau orang ketiga.
Dari sinilah Rasulullah telah mengajar umatnya supaya mencari pasangan hidup dengan penilaian utama ialah agamanya kerana agama lebih menjamin kebahagiaan pasangan tersebut dalam melayari bahtera rumahtangga. Orang yang memilih agama selalunya akan memiliki pasangan yang mempunyai akhlak yang baik dan menenangkan. Inilah harta yang ramai pasangan suami isteri tidak dapat dan harta ini sudah pasti memberikan mereka kebahgiaan di dunia dan di akhirat. Secara tidak langsung juga akan terpancar sinar kecantikkan dan kelembutan pada pasangan masing yang berkahwin berdasarkan agama. Memilih pasangan yang mempunyai agama, maka sudah tentu keluarganya juga adalah dari orang yang baik-baik dan orang yang bertaqwa kepada Allah. Daripada Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda :
“Seorang wanita dinikahi kerana empat sebab: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah engkau merebut yang empunya agama itulah pilihan yang terbaik.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Selasa, 29 Januari 2013

1 HARI 1 AYAT- 10 JANJI ALLAH BAGI YANG INGIN BERKAHWIN

Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26) 
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”. 
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga. 
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fisabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits:2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu berfirman: ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya. 
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah, Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah, Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar. 
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud: 3883, Ibnu Majah: 3530, Ahmad dan Hakim).
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita. 
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj: 40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?


Isnin, 14 Januari 2013

1 HARI 1 AYAT- 7 RAHSIA UTAMA DALAM PERKAHWINAN


‎7 rahsia utama dalam pernikahan.

1. SUNAH PARA NABI DAN RASUL
Pernikahan di anggap sebagai salah satu dari sunah para nabi dan rasul. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:-
“Sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutus beberapa rasul sebelum kamu dan Kami jadikan mereka isteri-isteri dan keturunan.”
 (QS Al-Ra’d: 38)

2. KETURUNAN
Kurniaan nikmat Allah kepada hambaNya agar melalui pernikahan akan lahir pula keturunan yang beriman dan bertakwa yang akan memakmurkan bumi Allah s.w.t.

3. SUATU IBADAT.
Pernikahan di anggap sebagai suatu ibadah yang dapat menyempurnakan setengah dari agama seseorang dengannya dia dapat bertemu Allah dalam keadaan suci dan diredhai.

Al-Baihaqi rhadyallahu anhu meriwayatkan hadits dari Rasulullah s.aw bermaksud,
“Bila telah menikah seseorang hamba itu maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi. ”


4. BERTANGGUNGJAWAB.
Galakan nikah kahwin meliputi semua lapisan masyarakat termasuk yang miskin. Islam ingin mengikis rasa takut tidak mampu memikul tanggung jawab terhadap isteri dan anak-anak kerana Allah menjamin rezeki mereka. Ini diperkuat oleh hadits yang diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Siapa yang meninggalkan pernikahan kerana takut kemiskinan maka ia bukanlah dari golonganku.”

5. MEMELIHARA MARTABAT.
Sebaik-baik jalan untuk memelihara martabat kesopanan diri seseorang adalah melalui pernikahan. Rasulullah s.a.w bersabda.
“Wahai para pemuda, barangsiapa yang mampu berumah tangga hendaklah ia menikah kerana dengan berbuat demikian dapat menundukkan pandangan dan memelihara kehormatannya. Siapa yang tidak mampu hendaklah dia berpuasa justeru puasa itu dapat mengekang keinginan batiniah (syahwat). ”
6. MENYUBURKAN PERASAAN KEIBU BAPAAN.
Dapat menyuburkan perasaan keibu bapaan dalam memberi perlindungan, pendidikan dan kesejahteraan kepada anak-anak.

7. DISIPLIN RUMAHTANGGA.
Melalui pernikahan wujud disiplin rumah tangga melalui distribusi tugas suami isteri, ibu dan bapa yang membawa kepada disiplin dan kesejahteraan keluarga serta masyarakat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...