Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Memaparkan catatan dengan label Solat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Solat. Papar semua catatan

Isnin, 16 Jun 2014

1 HARI 1 AYAT - SOLAT, SABAR KUNCI IMAN DAN HIDUP CEMERLANG

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang yang khusyuk."(Surah al-Baqarah: 45). Ibnu Kathir menyebut di dalam tafsirnya, Allah SWT memerintahkan hambanya yang bercita-cita untuk mendapatkan kebaikan dunia dan akhirat dengan memohon pertolongan dengan sabar dan solat. Solat adalah jalan terbaik bagi memperkuatkan azam dan kemahuan ketika solat seorang hamba sedang melawan kepentingan diri dan hawa nafsu atau dengan kata lain sedang menentang tentera syaitan yang sentiasa berusaha memesongkan manusia dari jalanNya.

Di antara faedah solat dari sudut keagamaan ialah membina hubungan antara seorang hamba dan Tuhannya, menzahirkan pengabdian dan penyerahan diri hanya kepadaNya dan ia jalan kejayaan dan kecermelangan. Firman Allah SWT yang bermaksud: "sesungguhnya berjayalah orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." (Surah Al-Mu'minun: 1-2).


Faedah solat dari sudut kekuatan peribadi ia akan mendekatkan seseorang kepada Allah, menguatkan kehendak diri dan meraih ketenangan luar biasa. Faedah dari segi kemasyarakatan pula ia lambang keteguhan pada dasar akidah iaitu mengambil berat sesama insan apatah lagi jika solat itu dilakukan secara berjemaah. Sabda Rasulullah SAW kepada Bilal bin Rabah bermaksud: "Wahai Bilal! Rehatkan kami dengan sembahyang."(Riwayat Imam Ahmad). Ini menunjukkan sembahyang yang khusyuk itu menjadikan jiwa tenang, tenteram dan reda.


Abu al-Darda berkata khusyuk itu ialah mengagungkan kedudukan sembahyang, menumpukan sepenuhnya apa yang dibaca yakin dengan sepenuhnya dan menghimpunkan segala cita-cita. Imma al-Ghazali ketika memberi komentar mengenai khusyuk dalam sembahyang berkata, orang yang sedang sembahyang itu adalah munajat kepada Tuhannya seperti hadis Rasulullah SAW.


Imam al-Fakhru al-Razi berpendapat orang yang khusyuk dalam sembahyangnya tidak dapat tidak mesti ada perkara yang berkaitan dengan hati iaitu benar-benar merendah diri dengan sepenuhnya kepada yang disembah iaitu Allah SAW, hati dan perasaan tidak terlintas kecuali mengagungkan kepadaNya. Harus diingat bahawa tuntutan supaya kita khusyuk bukan terhad ketika sembahyang saja.

Setiap daripada kita dituntut supaya berada di dalam keadaan khusyuk atau tunduk kepada Allah SWT walaupun di luar sembahyang disebabkan khusyuk itu bukan perkara akal atau fikiran atau meditasi tapi khusyuk itu adalah perkara hati, jiwa dan roh.


Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW akan segera bersolat apabila menghadapi sesuatu masalah. Selain itu terdapat riwayat yang menyatakan Ibnu Abbas mengucapkan firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang."(surah al-Baqarah: 45). Beliau berbuat demikian dalam satu perjalanan iaitu sebaik saja diberitahu berita kematian puterinya. Sejurus kemudian beliau pun mencari satu sudut dan segera bersolat.


Kesan daripada khusyuk ini akan membuat seseorang menghadirkan keagungan Allah SWT dan merasakan dirinya begitu kerdil di hadapan Allah SWT di sampng menyedari apa saja yang ada di sisinya boleh hilang sekelip mata kerana kita hidup di dunia yang sentiasa menerima perubahan. Justeru kita perlu taat dan merendah diri kepada Allah Tuhan yang sentiasa kekal dan tidak berubah.


Hati yang khusyuk akan menumpukan sepenuhnya pada kebesaran Allah SWT dan melihat kelemahan diri sendiri akan menjadi ringan kepada seseorang untuk mengerjakan ibadah solat tetapi hati yang keras tidak bersedia untuk melihat kebesaran Allah SWT. Sesungguhnya solat itu tidak berat bagi orang yang khusyuk yang sememangnya merindukan pertemuan dengan Allah SWT pada hari pembalasan dan perhitungan nanti. Begitu juga solat itu ringan dan mudah bagi orang yang taat kepada Allah dan takutkan pembalasan seksaan yang berat. Selain daripada solat yang khusyuk setiap mukmin yang mengikut manhaj Islam memerlukan pertolongan daripada Allah SWT dengan cara bersabar untuk memikul dirinya beban manhaj dan menahan dirinya daripada nafsu syahwat yang diharamkan oleh Allah SWT.


Kesabaran yang sebenar hanya akan berlaku dengan cara mengingati janji Allah bagi dan berjaya melawan hawa nafsu daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang. Umumnya perkara yang dilarang oleh Allah SWT itulah yang menjadi kecenderungan kepada manusia untuk melakukannya. Atas sebab itu mereka perlu bersabar dengan cara berfikir semua musibah itu berlaku mengikut takdir Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cabaran) seperti yang telah berlaku kepada orang yang terdahulu daripada ? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncang (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang yang beriman yang ada bersamanya; ' Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)."(Surah al-Baqarah: 214)


Maksud sabar dalam kontek amalan hati ialah menahan nafsu daripada dipengaruhi gelora hati, perasaan, ransangan yang menimbulkan rasa marah atau memberontak, gelisah, sugul, kecewa atau putus asa akibat kesusahan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau diingini. Kesabaran harus meliputi 4 tindakan iaitu: 
1. Tabah dan tekun melakukan ketaatan
2. Menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran
3. Memelihara diri daripada godaan dunia, nafsu dan syaitan
4. Tenang atau teguh hati menghadapi cubaab musibah


Jelas sekali bahawa al-Quran sebagai sumber hidayah dan inpirasi kepada manusia menunjukkan jalan kepada kita bagaimana cara untuk meraih kebahagian hidup dunia dan akhirat. Dua kunci utama sumber kecemerlangan yang di sebut dalam ayat 45 daripada surah al-Baqarah iaitu solat dan sabar.


Ahad, 17 Mac 2013

1 HARI 1 AYAT - CIRI-CIRI ORANG YANG SOLATNYA KHUSYUK


Bismillahir-Rahmaanir-Rahim
Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman Iaitu orang-orang yang khusyu dalam solatnya dan orang-orang yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang tiada berguna (Al-Quran: Surat Al-Mu`minun)
Rasulullah SAW bersabda: Ilmu yang pertama kali di angkat dari muka bumi ialah kekhusyukkan. (HR. At-Tabrani)
Nabi Muhammad SAW dalam solatnya benar-benar dijadikan keindahan dan terjadi komunikasi yang penuh kerinduan dan keakraban dengan Allah. Rukuk, sujudnya panjang, terutama ketika solat sendiri dimalam hari, terkadang sampai kakinya bengkak tapi bukannya berlebihan kerana ingin memberikan yang terbaik sebagai rasa syukur terhadap Tuhannya.
Solatnya tepat pada waktunya dan yang paling penting solatnya itu rutin dalam kehidupan sehari-hari.
CIRI-CIRI ORANG YANG SOLATNYA KHUSYUK
 
1. Sangat menjaga waktunya, dia terpelihara dari perbuatan dan perkataan sia-sia apa lagi maksiat. Jadi orang-orang yang menyia-nyiakan waktu suka berbuat maksiat bererti solatnya belum berkualiti atau belum khusyuk.
2. Niatnya ikhlas, jarang kecewa terhadap pujian atau penghargaan, dipuji atau tidak dipuji, dicaci atau tidak dicaci sama saja.
3. Cinta kebersihan kerana sebelum solat, orang harus wudhu terlebih dahulu untuk mensucikan diri dari kotoran atau hadas.
4. Tertib dan disiplin kerana solat sudah diatur waktunya.
5. Selalu tenang dan tuma`ninah, tuma`ninah merupakan kombinasi antara tenang dan teratur.
6. Tawaduk dan rendah hati, tawaduk merupakan akhlaknya Rasulullah.
7. Tercegah dari perbuatan keji dan mungkar, orang lain aman dari keburukan dan kehinaanya.
Orang yang solatnya khusyuk dan suka beramal baik tapi masih suka melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah, mudah-mudahan orang tersebut tidak hanya ritualnya saja yang dikerjakan tetapi ilmunya bertambah sehingga membangkitkan kesedaran dalam dirinya.
Jika kita merasa solat kita sudah khusyuk dan kita ingin menjaga dari riak iaitu dengan menambah pengetahuan dan mengerti bacaan yang ada didalam solat dan dalam beribadah jangan terhalang kerana takut riak.
Inti dalam solat yang khusyuk iaitu akhlak menjadi baik, sebagaimana Rasulullah menerima perintah solat dari Allah agar menjadikan akhlak yang baik. Itulah ciri ibadah yang disukai Allah.
Semoga kita dapat meningkatkan kualiti solat kita ...
 

Khamis, 28 Februari 2013

1 HARI 1 AYAT - KEPENTINGAN SEMBAHYANG SUNAT

Sembahyang sunat ialah sembahyang yang dilakukan oleg seseorang muslim dengan kerelaan hatinya sendiri, baik sembahyang itu dikerjakan pada waktu amlam ataupun siang. Sembahyang sunat ini juga dikenali dengan " sembahyang nafilah" atau " sembahyang tathawwu" yakni sembahyang yang tidak diwajibkan mengerjakannya. Sesiapa yang mengerjakannya akan mendapat pahala dan sesiapa yang meninggalkannya tidak berdosa.

Sembahyang sunat adalah jauh lebih banyak daripada sembahyang fardhu. Kalau sembahyang fardhu hanyalah dilakukan lima kali sehari tetapi sembahyang sunat tidak ada hadnya.Kelebihan-kelebihan sembahyang sunat adalah:

1. MELENGKAPKAN KEKURANGAN DALAM SEMBAHYANG FARDHU

Tidak dinafikan bahawa kita masih banyak yang lalai di dalam sembahyang. Sembahyang kita begitu jauh bezanya dengan sembahyang para sahabat dan orang soleh terdahulu apalagi hendak dibandingkan dengan sembahyang Rasulullah s.a.w sendiri. Apabila anggota lahir kita sembahyang akal dan hati kita tidak ikut sama. Kadang-kadang bermacam-macam perkara dunia yang kita ingat dalam sembahyang. Sembahyang seperti ini sudah tentulah banyak cacat celanya. Ibarat sehelai kain ia sudah koyak rabak. Berlubang sana sini. Sudah tentulah Allah tidak akan menerima sembahyang seperti ini. Untuk menampung kekurangan ini maka kita perlu lakukan sembahyang sunat. Aembahyang sunat yang dilakukan dengan baik akan dapat menampung kekurangan di dalam sembahyang fardhu. Ibarat kain yang koyak kenalah ada kain yang lain untuk menampal kain yang sudahkoyak itu.

Sembahyang yang fardhu tetapi tidak disempurnakan dengan sembahyang sunat maka orang itu tetap dikira berdosa. Sembahyang fardhu kita yang masih tidak sempurna hendaklah memperbanyakkan sembahyang sunat.

2. MENJADI BENTENG KEPADA SEMBAHYANG FARDHU

Yang dimaksudkan sembahyang sunat menjadi benteng kepada sembahyang fardhu ialah seorang yang selalu sembahyang sunat akan lebih sukar meninggalkan sembahyang fardhu berbanding seorang yang hanya melakukan sembahyang fardhu sahaja. Kalaupun dia sibuk paling tidak pun dia hanya meninggalkan sembahyang sunatnya tidaklah sampai meninggalkan sembahyang fardhunya. Tetapi seorang yang hanya melakukan sembahyang fardhu dia mungkin akan meninggalkan sembahyang fardhunya ketika terlalu sibuk.

3. DAPAT MENINGKATKAN IMAN

Kesemua amalan sunat dapat meningkatkan iman. Sembahyang sunat merupakan satu cara yang baik untuk meningkatkan iman. Iman kita terbahagi kepada lima peringkat:
1. Iman Taqlid
2. Iman Ilmu
3. Iman Ayyan
4. Iman Hak
5. Iman Hakikat

Apabila kita sudah menyakini rukun iman kita masih belum terjamin selamat daripada api neraka. Justeru itu kalau kita hendak terselamat daripada diseksa di dalam neraka kita mestilah berusaha untuk meningkatkan iman kita. Antara amalan yang dapat meningkatkan iman ialah sembahyang sunat, berpuasa, berzikir, membaca Quran, bertakafur, bersedekah dan lain-lain. Kalau melakukan sembahyang sunat ianya hendaklah dilakukan dengan khusyuk dan penuh rasa kehambaan. Kalau tidak ia tetap tidak dapat meningkatkan iman seseorang.

4. MENINGGIKAN PANGKAT DAN DARJAT DI SYURGA

Bagi mereka yang sudah sempurna amalan wajibnya maka kalau ada amalan sunatnya akan menambahkan lagi pangkat dan darjatnya di syurga. Inilah juga fungsi sembahyang sunat bagi mereka yang sudah sempurna amalan fardhunya. Dalam mengerjakan amalan sunat seperti sembahyang sunat ini, Rasulullah s.a.w ada memberi panduan dengan sabda baginda yang bermaksud:
Orang yang paling kuat ibadah ialah orang yang warak sekalipun sedikit amalan sunatnya.
Ertinya seorang yang warak iaitu yang tidak melakukan maksiat adalah dikira sebagai orang yang banyak ibadahnya walaupun ibadah sunatnya tidaklah banyak. Sebaliknya seorang yang melakukan maksiat walaupun banyak amalan sunatnya tidaklah dikira sebagai orang yang benar-benar berbakti kepada Allah.

Apa yang boleh dipelajari daripada hadis ini ialah amalan sunat mestilah dibuat serentak dengan perjuangan meninggalkan larangan Allah. Kalau tidak ibadah itu akan hilang dalam dosa yang dibuat. Tingginya darjat seseorang di sisi Allah bukanlah kerana banyaknya amalan lahir sahaj tetapi adalah kerana hati yang benar-benar takut kepada Allah.

Selasa, 19 Februari 2013

1 HARI 1 AYAT - SEMBAHYANG SUNAT ISYRAQ

Sesudah terbit matahari sekadar segalah sekira-kiranya jam 07.30 pagi adalah disunatkan untuk mengerjakan sembahyang sunat dua rakaat yang dinamakan sunat Isyraq. Ia boleh ditambah menurut berapa bilangan yang disukai asalkan dilakukan dalam dua rakaat, satu salam.


CARA MELAKSANAKANNYA

1. Sesudah bersuci dan berwuduk berdirilah mengadap kiblat untuk mendirikan sembahyang sunat Isyraq.

2. Lafaz dan niatnya sewaktu mengangkat takbiratul ihram ialah:



Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat Isyraq 2 rakaat kerana Allah Taala."

3. Bacaan selepas Fatihah:
Rakaat Pertama: Surah Al-Kaafiruun
Rakaat Kedua: Surah Al-Ikhlas

4. Laksanakanlah sembahyang ini sampai kepada salam sebagaimana sembahyang sunat yang lain.

5. Sesudah salam bacalah doa sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab Hidayah Assaalikin, iaitu:



Ertinya: " Segala puji kembali kepada Allah yang telah menjadikan hari ini sejahtera dan telah terbit matahari dari tempatnya. Ya Allah berilah aku kebaikan hari ini dan jauhkanlah daripadaku keburukan hari ini. Ya, terangkanlah hatiku dengan cahaya hidayahMU sebagaimana telah Engkau terangi bumi ini dengan matahariMU terus menerus dengan rahmatMU, Ya Allah Tuhan yang Maha Pengasih"

KELEBIHAN SEMBAHYANG SUNAT ISRAQ

Allah akan memurahkan rezeki pada orang yang bersembahyang sunat Isyraq pada hari tersebut. Ada riwayat yang mengatakan bahawa Allah s.w.t berfirman, maksudnya:

"Hai anak Adam! Janganlah malas mengerjakan sembahyang 4 rakaat Isyraq kerana Aku akan memurahkan rezekimu dalam usaha-usahamu pada keseluruhan hari itu".

Isnin, 18 Februari 2013

1 HARI 1 AYAT - SEMBAHYANG SUNAT WUDUK

Sembahyang Sunat Wuduk juga dikenali dengan nama Sembahyang Syukur Wuduk. Ia merupakan sembahyang sunat sebanyak 2 rakaat yang dilakukan setiap kali seseorang itu selesai mengambil wuduk. Tidak ada waktu yang ditetapkan baik pagi, petang, siang atau malam.

Sembahyang sunat ini juga tergolong kepada sembahyang sunat muqayyad iaitu sembahyang yang dikaitkan waktunya dengan wuduk. Justeru itu  ia boleh dilakukan walaupun dalam waktu terlarang untuk melakukan sembahyang sunat.

Cara Melaksanakannya:-

1. Sehabis mengambil wuduk, bacalah doa ini :


Ertinya: Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, tiada bersekutu bagiNya dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya. Ya Allah jadikanlah aku dari orang yang suci dan jadikanlah aku dari hambaMu yang soleh.

2. Selepas itu bolehlah dilakukan sembahyang sunat wuduk sebanyak dua rakaat. Lafaz dan niatnya ialah:


3. Bacaan surah selepas Fatihah

Rakaat pertama : Surah Al-Ikhlas
Rakaat Kedua : Surah An-Naas

4. Kerjakanlah dua rakaat sebagaimana sembahyang sunat yang lain sehingga kepada salam.


KELEBIHAN SOLAT SUNAT WUDUK


Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:

" Bahawasanya Rasulullah s.a.w bertanya kepada Bilal pada waktu sembahyang Subuh. " Wahai Bilal......!Ceritakanlah kepadaku, amal apakah yang telah engkau lakukan dalam Islam sehingga saya mendengar detak bunyi sandalmu di syurga?" Bilal menjawab, ' Saya tidak melakukan sesuatu perkerjaan yang sangat aku harapkan pahalanya selain daripada sesungguhnya saya tidak menghilangkan najis pada waktu malam mahupun siang hari kecuali saya melakukan sembahyang dengan kesucian (wuduk) yang diwajibkan kepada saya untuk mendirikan sembahyang'. 

Ahad, 3 Februari 2013

1 HARI 1 AYAT - SOLAT SUNAT UNTUK MEMUDAHKAN KELUARNYA ROH

Untuk memudahkan roh keluar dari badan apabila tibanya sakaratul maut disunatkan untuk mendirikan sembahyang khas memohon kepada Allah s.w.t akan perkara ini. Sebaik-baiknya ianya dilakukan dengan istiqamah (berterusan) sewaktu seseorang itu masih sihat dan bukan ketika dia sudah terlalu sakit.

Sembahyang ini dilakukan sebanyak 2 rakaat sahaja. Manakala waktunya ialah selepas sembahyang fardhu Maghrib atau Isyak.

CARA MELAKSANAKANNYA

1. Lafaz dan niat sembahyang ialah:


Ertinya: " Sahaja aku sembahyang bagi memudahkan kematian 2 rakaat kerana Allah taala."

2. Surah yang dibaca selepas Fatihah:
Rakaat yang pertama: Surah Al-Zalzalah (15 kali)
Rakaat yang kedua: Sama seperti rakaat pertama

3. Selepas memberi salam bacalah doa seperti ini:


Ertinya: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Tiada Tuhan melainkan Allah yang merajai yang Maha Benar dan memberi penjelasan nyata. Muhammad itu Rasulullah yang benar, jujur dan dipercayai. Ya Allah wahai Tuhan yang kekal kurnianya atas umat manusia, wahai yang pemurah dengan pemberiannya, wahai yan memiliki perbendaharaan yang banyak. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhamamd, sebaik-baik manusia dan amounilah kami wahai zat yang Maha Mulia dalam kehidupan ini."

Jumaat, 1 Februari 2013

1 HARI 1 AYAT - 10 ORANG YANG SOLATNYA TIDAK DITERIMA

10 Orang Solatnya Tidak Diterima Oleh Allah

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa: "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata: "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Jumaat, 25 Januari 2013

1 HARI 1 AYAT - SOLAT SUNAT SYUKUR

Apabila kita mendapat sesuatu nikmat atau sesuatu yang kita hajati atau mencapai kejayaan maka sewajarnya kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. Cara menunjukkan syukur ini adalah sembahyang sunat syukur dan yang paling penting menggunakan nikmat itu untuk perkara yang baik yang diredhai Allah.

Sembahyang ini dilakukan dalam 2 rakaat sekali salam dan boleh dilakukan seberapa banyak yang termampu. Ia juga boleh dilakukan pada bila-bila masa tidak kira siang atau malam asalkan bukan pada waktu yang ditegah bersembahyang.

CARA MELAKSANAKANNYA.

1. Lafaz dan niat sembahyang ialah:



Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat syukur 2 rakaat kerana Allah taala."

2. Lakukan sembahyang ini seperti biasa. Surah yang dibaca boleh dipilih dari mana-mana surah.

3. Selepas memberi salam bacalah doa kesyukuran. Antara doa yang boleh dibaca ialah:


Selasa, 18 Disember 2012

1 HARI 1 AYAT - TANDA SOLAT KITA DITERIMA

BismillahirRahmaanirRahim

Dalam Hadis Qudsi disebutkan mengenai orang-orang yang diterima solatnya oleh Allah Swt.
"Sesungguhnya Aku (Allah SWT) hanya akan menerima solat dari orang yang dengan solatnya itu dia merendahkan diri di hadapanKu.
Dia tidak sombong dengan makhlukKu yang lain. Dia tidak mengulangi maksiat kepadaKu. Dia menyayangi orang-orang miskin dan orang-orang yang menderita.
Aku akan tutup solat orang itu dengan kebesaranKu. Aku akan menyuruh malaikat untuk menjaganya. Dan kalau dia berdoa kepadaKu, Aku akan memperkenankannya. Perumpamaan dia dengan makhlukKu yang lain adalah seperti perumpamaan firdaus di surga."
Dalam hadis qudsi tersebut disebutkan bahwa tanda-tanda orang yang diterima solatnya oleh Allah Swt. adalah:

PERTAMA

Dia datang untuk melaksanakan solat dengan merendahkan diri kepadaNya. Dalam Al-Quran keadaan seperti itu disebut dengan khusyuk. Dan solat yang khusyuk adalah salah satu tanda orang yang mukmin. Yang disebut dengan solat yang khusyuk itu bukan yang tidak ingat apa pun. Kerana orang yang tidak ingat apa pun itu disebut pengsan. 
Diriwayatkan bahawa Sayyidina Ali bin Abi Thalib apabila hendak melakukan solat tubuhnya gemetar dan wajahnya pucat lesu. Sehingga ketika ada orang yg bertanya kepadanya, "Mengapa Anda ya Amirul Mukiminin?" Sayyidina Ali menjawab "Engkau tidak tahu bahawa sebentar lagi aku akan menghadapi waktu amanah." Kemudian Sayyidina Ali membacakan sebuah ayat Al-Quran,

"Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuwatir akan mengkhianatinya. Dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh" (QS 33: 72).
Kemudian Sayyidina Ali melanjutkan ucapannya, "solat adalah suatu amanat Allah yang pernah ditawarkan kepada langit, bumi dan bukit untuk memikulnya. Tetapi mereka menolaknya dan hanya manusia yang sanggup memikulnya. Memikul amanat bererti mengabdikan diri kepadaNya."

KEDUA

"Dia tidak sombong dengan makhlukKu yang lain." Jadi tanda orang yang diterima solatnya ialah tidak takabur. Takabur menurut Imam Al-Ghazali ialah sifat orang yang merasa dirinya lebih besar daripada orang lain. Kemudian ia memandang rendah pada orang lain itu. Boleh jadi ia bersikap demikian kerana ilmu, amal, keturunan, kekayaan, anak buah atau kecantikannya.
Kalau anda merasa besar kerana memiliki hal-hal itu dan memandang rendah orang lain maka anda sudah takabur. Dan solat anda tidak diterima. Bahkan dalam hadis lain disebutkan bahawa Rasulullah Saw. bersabda:
"Takkan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada rasa takabur walaupun sebesar debu saja.
Biasanya masyarakat akan menjadi rosak kalau di tengah-tengah masyarakat itu ada orang yang takabur. Kemudian takabur itu ditunjukkan untuk memperolehi pujian yang istimewa.

KETIGA

Tanda orang yang diterima solatnya ialah orang yang tidak mengulangi maksiatnya kepada Allah Swt. Nabi yang mulia bersabda, "Barangsiapa yang solatnya tidak mencegahnya dari keburukkan dan kemungkaran maka solatnya hanya akan menjauhkan dirinya dari Allah Swt." Dalam hadis yang lain, Rasulullah Saw. bersabda,
"Nanti pada Hari Kiamat ada orang yang membawa solatnya di hadapan Allah swt. Kemudian solatnya diterima dan dilipat-lipat seperti dilipat-lipatnya pakaian yang kotor dan usang. Lalu solat itu dicampakkan ke wajahnya."
Allah tidak menerima solat itu kerana solatnya tidal dapat mencegah perbuatan maksiatnya setelah ia melakukan maksiat tersebut. Bukankah Al-Quran telah mengatakan "Sesungguhnya solat mencegah dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar " (QS 29:45).

KEEMPAT ...

Orang yg diterima solatnya ialah orang yang menyayangi orang-orang miskin.  Dia bukan hanya melakukan rukuk dan sujud saja tetapi dia juga memikirkan penderitaan sesamanya. Dia memberikan sebahagian waktu dan rezekinya untuk membahagiakan orang lain.
Kalau dalam solat anda, anda sudah merasakan kebesaran Allah dan tidak takabur dan kalau anda sudah tidak mengulangi perbuatan maksiat sesudah solat dan kalau anda sudah mempunyai perhatian yang besar terhadap kesejahteraan orang lain maka Allah akan melindungi anda dengan jubah kebesaranNya. 
Allah akan memberi kepada anda kemuliaan dengan kemuliaanNya dan membungkus anda dengan busana kebesaranNya. Di samping itu Allah akan menyuruh para malaikat untuk menjaga anda dan para malaikat itu akan berkata sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Quran,
"Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat. Di dalamnya kamu akan memperolehi apa yang kamu inginkan dan memperolehi (pula) di dalamnya apa yang telah dijanjikan oleh Allah kepadamu" (QS 41: 31)


Ahad, 16 Disember 2012

1 HARI 1 AYAT - WAKTU-WAKTU HARAM SOLAT DHUHA

Sebelum melaksanakan solat dhuha ada baiknya kita mengetahui waktu-waktu yang diharamkan melaksanakan solat secara umum. Kerana walaupun solat dhuha hukumnya sunnah tetapi bila dilaksanakan pada waktu yang haram bukanlah pahala yang kita dapat malah jadi dosa.
Berikut waktu-waktu yang diharamkan untuk melaksanakan solat yang berdasarkan hadits-hadits Rasul iaitu:

1. Rasulullah SAW:
Dari Ibnu Abbas berkata: “Datanglah orang-orang yang diredhai dan ia redha kepada mereka iaitu Umar, ia berkata bahawasanya Nabi s.a.w melarang solat sesudah Subuh hingga matahari bersinar dan sesudah Asar hingga matahari terbenam.” [HR. Bukhari]
 2. Dari Ibnu Umar berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila sinar matahari terbit maka akhirkanlah (jangan melakukan) solat hingga matahari tinggi. Dan apabila sinar matahari terbenam maka akhirkanlah (jangan melakukan) sholat hingga matahari terbenam”. [HR. Bukhari]
3. Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w melarang dua solat.
Beliau melarang solat sesudah solat Subuh sampai matahari terbit dan sesudah solat Asar sampai matahari terbenam. [HR. Bukhari]
4. Dari Muawiyah ia berkata (kepada suatu kaum): “Sesungguhnya kamu melakukan solat (dengan salah).
Kami telah menemani Rasulullah s.a.w kami tidak pernah melihat beliau melakukan solat itu kerana beliau telah melarangnya iaitu dua rakaat sesudah solat Asar”. [HR. Bukhari]
5. Dari Uqbah bin Amir: “Rasulullah s.a.w melarang solat pada tiga saat:
(1) ketika terbit matahari sampai tinggi,
(2) ketika hampir Zuhur sampai tergelincir matahari,
(3) ketika matahari hampir terbenam.” [HR. Bukhari]
6. Dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah s.a.w telah melarang solat pada waktu tengah hari tepat (matahari di atas kepala) sampai tergelincir matahari kecuali pada hari Jumaat. [HR. Abu Dawud]
Menurut jumhur ulama sholat ini adalah sunat Tahiyatul Masjid selain solat ini tetap dilarang melakukan solat apapun.
Telah bersabda Rasulullah s.a.w “Matahari terbit dengan diikuti syaitan. Pada waktu mulai terbit, matahari berada dekat dengan syaitan dan ketika telah mulai meninggi berpisah darinya.
Pada waktu matahari berada tepat di tengah-tengah langit, ia kembali dekat dengan syaitan, dan ketika telah zawal (condong ke arah barat) ia berpisah darinya. Pada waktu hampir terbenam ia dekat dengan syaitan dan setelah terbenam ia berpisah lagi darinya.” [HR. Nasa’i]
Waktu-waktu itu adalah waktu yang haram untuk solat. Ertinya apabila kita melakukan solat sunat pada waktu haram maka bukan pahala yang kita dapatkan melainkan dosa.

Waktu-waktu haram solat Dhuha:
1. Waktu haram sesudah Solat Subuh hingga matahari bersinar.
2. Waktu haram ketika hampir masuk waktu Zuhur hingga tergelincir matahari, atau kurang lebih jam 11:30 AM hingga 12:00 PM
Dari Zaid bin Arqam, bahawa ia melihat orang-orang mengerjakan solat Dhuha [pada waktu yang belum begitu siang maka ia berkata: “Ingatlah sesungguhnya mereka telah mengetahui bahawa solat Dhuha pada selain saat-saat seperti itu adalah lebih utama kerana sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Solatnya orang-orang yang kembali kepada ALLAH adalah pada waktu anak-anak unta sudah bangun dari pembaringannya kerana tersengat panasnya matahari”.
-HR. Muslim-

Jumaat, 14 Disember 2012

1 HARI 1 AYAT - 7 KELEBIHAN SOLAT DHUHA


BismillahirRahmaanirRahim

Solat merupakan kunci diterima atau ditolaknya keseluruhan ibadah yang telah dilakukan seorang mukmin. 
Dalam sebuah hadits diterangkan bahawa yang pertama dihisab oleh Allah Swt dari amal seorang hamba pada hari kiamat adalah solatnya. Jika solatnya baik maka baiklah seluruh amalnya. Sebaiknya jika solatnya rosak, maka seluruh amalnya juga akan turut rosak.
Kerananya solat yang kita kerjakan harus benar-benar terjaga kesempurnaannya. Salah satu cara menyempurnakan solat wajib adalah dengan melaksanakan solat sunat.
Banyak sekali pilihan solat sunat yang dapat kita kerjakan untuk menyempurnakan pahala solat wajib yang telah kita kerjakan. Sebut saja solat sunat rawatib yang biasa kita kerjakan sebelum dan setelah mengerjakan solat lima waktu.
Selain solat sunat rawatib kita juga mengenal banyak sekali jenis solat sunat di antaranya adalah Tahiyatul Masjid, Syukrul Wudhu, Tahajud, Witir serta Dhuha.
Yang disebutkan terakhir itu sering kita lupa kerana meskipun kita tahu fadhilahnya tapi kerana waktu pelaksanaannya bertepatan dengan aktiviti harian maka solat Dhuha sering tidak dikerjakan.
Ya solat Dhuha ialah solat sunat yang dikerjakan pada waktu matahari sedang naik, iaitu kira-kira setinggi lebih kurang 7 (tujuh) hasta atau sekitar setinggi satu tombak antara pukul 08.00 pagi sampai dengan masuk waktu zuhur. 
Solat Dhuha hukumnya sunat muakad (sangat dianjurkan dan mendekati wajib) kerana Rasulullah sentiasa mengerjakannya dan berpesan kepada para sahabat untuk mengerjakannya juga.
Solat Dhuha juga merupakan wasiat Rasul kepada umatnya sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadits. “Abu Hurairah r.a. menceritakan:
‘Kekasihku Rasulullah Saw. memberi wasiat kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah kutinggalkan hingga meninggal dunia: puasa tiga hari dalam sebulan, dua rakaat solat Dhuha dan hanya tidur setelah melakukan solat Witir” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Tentu saja Rasulullah Saw. tidak akan mengistimewakan solat Dhuha tanpa alasan. Berikut beberapa fadhilah atau keutamaan solat Dhuha yang menjadikannya begitu istimewa di mata Rasullah Saw.
1. Solat Dhuha merupakan ucapan terima kasih kita kepada Allah Swt. atas nikmat sihat setiap sendi dalam tubuh kita.
Menurut Rasulullah Saw., setiap sendi dalam tubuh kita yang jumlahnya 360 ruas setiap harinya harus diberi sedekah sebagai makanannya.
“Pada setiap manusia diciptakan 360 persendian dan seharusnya orang yang bersangkutan (pemilik sendi) bersedekah untuk setiap sendinya.” Lalu para sahabat bertanya “Ya Rasulullah Saw., siapa yang sanggup melakukannya?”
Rasulullah Saw. menjelaskan, “Membersihkan kotoran yang ada di masjid atau menyingkirkan sesuatu (yang dapat mencelakakan orang) dari jalan raya apabila ia tidak mampu maka solat Dhuha dua rakaat dapat menggantikannya.” (H.R. Ahmad dan Abu Daud)
2. Solat Dhuha merupakan wahana pengharapan kita akan rahmat dan nikmat Allah Swt. sepanjang hari yang akan dilalui. 
Rasulullah Saw. bersabda, “Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam jangan sekali-kali engkau malas melakukan solat empat rakaat pada pagi hari iaitu solat Dhuha, niscaya nanti akan Kucukupi keperluanmu hingga petang harinya.’” (H.R. Al-Hakim dan At-Tabrani)
Lebih dari itu kelebihan solat Dhuha merupakan saat kita mengisi kembali semangat hidup baru. Kita berharap semoga hari yang akan kita lalui menjadi hari yang lebih baik dari hari kelmarin. Di sinilah ruang kita menanam optimisme hidup. Kita tidak sendiri menjalani hidup ini. Ada Sang Pencipta yang sentiasa akan menemani kita dalam menjalani hidup sehari-hari.

3. Solat Dhuha sebagai pelindung untuk mengelakkan siksa api neraka di hari pembalasan (kiamat) nanti.
Hal ini ditegaskan Nabi Saw. dalam haditsnya, “Barangsiapa melakukan solat Fajar kemudian ia tetap duduk di tempat solatnya sambil berdzikir hingga matahari terbit dan kemudian ia melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat niscaya Allah Swt. akan mengharamkan api neraka untuk menyentuh atau membakar tubuhnya.” (H.R. Al-Baihaqi)
4. Bagi orang yang melakukan rutin solat Dhuha niscaya Allah akan menjanjikan dengan balasan syurga.
Rasulullah Saw. bersabda, “Di dalam syurga terdapat pintu yang bernama Bab Adh-Dhuha (Pintu Dhuha) dan pada hari kiamat nanti ada yang akan memanggil, ‘Di mana orang yang sentiasa mengerjakan solat Dhuha? Ini pintu kamu, masuklah dengan kasih sayang Allah.’” (H.R. At-Tabrani)
5. Pahala solat Dhuha setara dengan pahala ibadah haji dan umrah.
“Dari Abu Umamah r.a. bahwa Rasulullah Saw. bersabda, ‘Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.’” (Shahih Al-Targhib: 673).
Dalam sebuah hadits yang lain disebutkan bahawa, “Nabi Saw. bersabda, ‘Barangsiapa yang mengerjakan solat Fajar (Subuh) berjemaah kemudian ia (setelah selesai) duduk mengingati Allah hingga terbit matahari lalu ia solat dua rakaat (Dhuha) ia mendapatkan pahala seperti pahala haji dan umrah, sempurna, sempurna, sempurna.’” (Shahih Al-Jami: 6346)
6. Tercukupnya keperluan hidup.
Orang yang gemar melaksanakan solat Dhuha dengan ikhlas kerana Allah akan mencukupi rezekinya. Hal ini dijelaskan Rasulullah Saw. dalam hadits qudsi dari Abu Darda. Firman-Nya, “Wahai Anak Adam, rukuklah (solatlah) kerana aku pada awal siang (solat Dhuha) empat rakaat maka aku akan mencukupi (keperluan)mu sampai petang hari.” (H.R. Tirmidzi)
7. Memperolehi ghanimah (keuntungan) yang besar.
Dikisahkan Rasulullah mengutuskan pasukan muslim berperang melawan musuh Allah. Atas kehendak Allah peperangan pun dimenangkan dan pasukan tersebut mendapat harta rampasan yang berlimpah. Orang-orang pun ramai membicarakan singkatnya peperangan yang dimenangkan dan banyaknya harta rampasan perang yang diperolehi.
Kemudian Rasulullah Saw. menjelaskan bahawa ada yang lebih utama dan lebih baik dari mudahnya memperolehi kemenangan dan harta rampasan yang banyak iaitu solat Dhuha.
“Dari Abdullah bin Amr bin Ash ia berkata, Rasulullah Saw. mengirim pasukan perang. Lalu pasukan itu mendapat harta rampasan perang yang banyak dan cepat kembali (dari medan perang). Orang-orang pun (ramai) memperbincangkan cepat selesainya perang banyaknya harta rampasan dan cepat kembalinya mereka.
Maka Rasulullah Saw. bersabda, ‘Mahukah aku tunjukan kepada kalian sesuatu yang lebih cepat dari selesai perangnya lebih banyak (memperolehi) harta rampasan dan cepatnya kembali (dari medan perang)? (iaitu) orang yang berwudhu kemudian menuju masjid untuk mengerjakan solat sunat Dhuha. Dialah yang lebih cepat selesai perangnya lebih banyak (memperoleh) harta rampasan dan lebih cepat kembalinya.’” (H.R. Ahmad) 
Begitu banyaknya fadhilah di atas cukup beralasan kiranya bila Nabi Saw. mengingatkan umatnya untuk sentiasa membiasakan diri melaksanakan solat Dhuha. Dengan mengetahui fadhilah-fadhilah tersebut diharapkan kita lebih termotivasi untuk beristiqamah melaksanakan solat Dhuha agar tercapai tujuan bahagia dunia dan akhirat. Aamiin ....

Ahad, 2 Disember 2012

1 HARI 1 AYAT - JANGAN TINGGALKAN SOLAT MALAM


Solat malam akan menjadi cahaya bagi orang mukmin di akhirat kelak. Seorang manusia hendaknya tidak meninggalkan solat malam tiap harinya.
Dalam sebuah hadits dikatakan bahawa solat malam adalah bentuk ibadah yang sangat tinggi nilainya setelah solat wajib.
“Sebaik-baik solat setelah solat wajib adalah solat di tengah malam (Solat Tahajud)”. (HR. Muslim)
“Besok pada hari kiamat manusia dikumpulkan dalam suatu tempat. Dikatakan ‘Di mana orang-orang yang selalu bangun di malam hari untuk solat?’ Maka bangkitlah mereka dengan jumlah yang sedikit kemudian digiring masuk syurga tanpa hisab. Setelah itu manusia di perintahkan untuk diteliti perbuatannya”.
Dalam banyak riwayat Rasul sangat menekankan perlunya manusia melakukan solat malam (shalat tahajud) ini. Dalam hadits yang diriwayatkan At-Turmudzi dikatakan:
“Lakukan solat malam sesungguhnya itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Cara pendekatan diri kepada Allah, pelebur dosa dan pencegah kemaksiatan’. Bahkan dalam riwayat At-Thabrani dikatakan: “Solat malam adalah pencegah penyakit pada badan”.
Dalam riwayat Abi Dunya dan Al-Baihaqi dikatakan: “Sebaik-baik umatku adalah penghafal dan pengamal Al-Quran dan orang-orang yang membiasakan solat malam”. 
“Siapa yang ringan melakukan solat malam kerana tidak terlalu banyak makan dan minum maka ia dikerumuni bidadari sampai subuh” (HR. Thabrani).
Kerana itu Ahmad dan Rifai sangat menekankan para muridnya untuk membiasakan diri melakukan solat malam. Saat itu Allah menurunkan rezeki dari langit. Dia hanya memberikan rezeki kepada mereka yang bangun bukan yang tidur.
Dalam sebuah riwayat pernah diceritakan bahawa Allah pernah menurunkan wahyu kepada Nabi Daud tentang masalah pentingnya solat malam ini.
“Hai Daud! Sungguh suatu kebohongan mereka yang mengaku mencintai Aku tapi pada waktu malam mereka tidur melupakanKu”.
Dengan demikian orang yang meninggalkan solat malam ia tidak mungkin dikatakan sebagai orang yang mencintai Tuhan. Dia bukan termasuk kelompok orang-orang yang soleh. Ini sama sebagaimana seorang pegawai yang tidak pernah masuk kerja bayarannya dikurangi. Nabi Sulaiman ibn Daud pernah berkata:
“Wahai anakku! Jangan tinggalkan solat malam. Sungguh meninggalkan solat malam membuat orang menjadi fakir di akhirat kelak”
Untuk membiasakan diri melakukan solat malam, Ali Al-Khawas memerintahkan para sahabatnya untuk berniat akan bangun malam pada malam harinya. Bahkan dengan niat itu saja sudah merupakan kebaikan dan mendapat pahala. Rasul mengatakan:
“Sesungguhnya, setiap orang akan memperoleh apa yang diniatkannya”.
Tempat melaksanakan solat malam yang terbaik adalah dirumah (bukan di masjid). Hal ini dimaksudkan rumah tempat dilaksanakannya solat malam akan ikut mendapatkan berkah ikut bercahaya. Rasul bersabda:
“Solatlah di kamar-kamar rumahmu. Maka cahaya rumahmu akan kelihatan dari langit bagai bintang-bintang”.
“Sebaik-baik solat adalah solat dirumah, kecuali solat fardhu”.
Sebahagian ulama menyatakan: “Keutamaan solat sunat yang dilakukan di rumah adalah seperti keutamaan solat fardhu yang dilakukan di masjid”.
Dalam sebuah riwayat Abu Jalad dikatakan suatu ketika Nabi Isa ra. bertanya kepada Iblis, “Demi Allah apa yang menyebabkan badanmu kurus dan bongkok?” Jawab Iblis, “ Yang menyebabkan kurus badanku adalah derap kaki kuda yang digunakan dalam medan perang. Sedangkan yang membuat bongkok punggungku adalah laki-laki yang melakukan solat fardhu di masjid dan solat sunat di rumah”. 
Pelaksanaan solat malam yang baik adalah setelah tengah malam. Ini demi sopan santunnya. Sebab waktu-waktu awal adalah masa para pembesar Ilahiyah menghadap Allah. Orang-orang seperti kita yang banyak dosa dan kesalahan tidak sesuai menghadap Ilahi pada masa seperti itu. Kebiasaan di dunia pun menyatakan para pembesar masuk lebih dahulu dan bertempat di depan baru kemudian dikalangan di bawahnya. Ali Al-Khawas bila datang pertama di masjid juga demikian. “Orang seperti itu aku ini tidak sesuai masuk hadlirat Ilahi pada golongan awal. Aku masuk belakangan”.
Akhirnya bila seseorang merasa berat dan malas untuk bangun malam maka segeralah untuk meneliti dirinya mungkin ada kesalahan dan dosa yang dilakukan dosa batin seperti sombong, ujub, hasad dan lain-lain atau dosa lahir. Kemudian segera bertaubat. Bila seseorang bertaubat dengan sungguh-sungguh akan lebur dosanya dan bersih jiwanya. Sedemikian sehingga tidak ada lagi sesuatu yang menghalangi niatnya untuk hadir dalam hadirat Ilahi Yang Maha Suci.

Rabu, 21 November 2012

1 HARI 1 AYAT - KEUTAMAAN SOLAT 5 WAKTU

KEUTAMAAN SOLAT LIMA WAKTU
Bismillahir-Rahmaanir-Rahim
Tak kenal maka tak cinta sebab utama kenapa banyak dari kaum muslimin tidak mengerjakan solat.

Tak usah jauh-jauh untuk melaksanakan solat sunat, solat 5 waktu yang wajib saja mereka tidak kerjakan padahal cukup 10 minit waktu yang diperlukan untuk melaksanakan solat dengan khusyuk. Bukan sesuatu yang menghairankan banyak kaum muslimin bekerja membanting tulang sejak matahari terbit hingga terbenam.

Pertanyaannya kenapa mereka melakukan hal itu? Kerana mereka mengetahui bahawa hidup perlu makan, makan perlu wang dan wang hanya didapati jika bekerja. Kerana mereka mengetahui keutamaan bekerja keras maka mereka pun melakukannya.

Oleh kerana itu dalam tulisan yang singkat ini kami akan mengemukakan pembahasan keutamaan solat lima waktu dan hukum meninggalkannya. Semoga dengan sedikit goresan tinta ini dapat memotivasi kaum muslimin sekalian untuk selalu memperhatikan rukun Islam yang teramat mulia ini.

Kedudukan Solat dalam Islam ...

Solat memiliki kedudukan yang agung dalam islam. Kita dapat melihat keutamaan solat tersebut dalam beberapa perkara berikut ini.

1) Solat adalah kewajiban paling utama setelah dua kalimat syahadat dan merupakan salah satu rukun islam.

Rasulullah shallallahu alaihi wa salam bersabda, “ Islam itu dibangun di atas lima perkara iaitu: bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah, menegakkan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan berpuasa pada bulan Ramadhan.”

2) Solat membezakan antara muslim dan kafir.

Rasulullah shallallahu alaihi wa salam bersabda, “Sesungguhnya batasan antara seseorang dengan kekafiran dan kesyirikan adalah solat. Barangsiapa meninggalkan solat maka ia kafir”. Salah seorang tabi’in bernama Abdullah bin Syaqiq rahimahullah berkata, “Dulu para sahabat Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah pernah menganggap suatu amal yang apabila ditinggalkan menyebabkan kafir kecuali solat.”

3) Solat adalah tiang agama dan agama seseorang tidak tegak kecuali dengan menegakkan solat.

Diriwayatkan dari Mu’adz bin Jabal, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,” Inti (pokok) segala perkara adalah Islam dan tiangnya  adalah solat.”

4) Amalan yang pertama kali akan dihisab pada hari kiamat

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya amal hamba yang pertama kali akan dihisab pada hari kiamat adalah solatnya. Apabila solatnya baik, dia akan mendapatkan keberuntungan dan keselamatan. Apabila solatnya rosak dia akan menyesal dan merugi. Jika ada yang kurang dari solat wajibnya Allah Tabaroka wa Ta’ala mengatakan,’ Lihatlah apakah pada hamba tersebut memiliki amalan solat sunat?’ Maka solat sunat tersebut akan menyempurnakan solat wajibnya yang kurang. Begitu juga amalan lainnya seperti itu.” Dalam riwayat lainnya,” Kemudian zakat akan (diperhitungkan) seperti itu. Kemudian amalan lainnya akan dihisab seperti itu pula.”

5) Solat merupakan Penjaga Darah dan Harta Seseorang.

Rasulullah shalallahu alaihi wa salam bersabda,” Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sampai mereka mahu mengucapkan laa ilaaha illallah (Tiada sesembahan yang haq kecuali Allah), menegakkan solat dan membayar zakat. Apabila mereka telah melakukan semua itu, bererti mereka telah memelihara harta dan jiwanya dariku kecuali ada alasan yang hak menurut Islam (bagiku untuk memerangi mereka) dan kelak perhitungannya terserah kepada Allah Ta’ala.”

Keutamaan Mengerjakan Solat 5 waktu.

Solat memiliki keutamaan-keutamaan berupa pahala, ampunan dan berbagai keuntungan yang Allah sediakan bagi orang yang menegakkan solat dan rukun-rukunnnya dan lebih utama lagi apabila sunnah-sunnah solat 5 waktu dikerjakan diantara keutamaan-keutamaan tersebut adalah:

1) Mendapatkan cinta dan redha Allah.

Orang yang mengerjakan solat bererti menjalankan perintah Allah maka ia pantas mendapatkan cinta dan keredhaan Allah. Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), “Katakanlah (wahai muhammad): “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah Aku, nescaya Allah mencintai dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Ali Imran: 31)


2) Selamat dari api neraka dan masuk kedalam syurga

Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), “Dan Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” (QS. Al Ahzab: 71).Syaikh Abu Bakr Jabir Al Jazairi Rahimahullahu ta’ala berkata, “Yang dimaksud dengan kemenangan dalam ayat ini adalah selamat dari api neraka dan masuk ke dalam syurga”. Dan melaksanakan solat termasuk mentaati Allah dan RasulNya.

3) Pewaris syurga Firdaus dan kekal di dalamnya.

Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), “Sungguh beruntung orang-orang yang beriman dan orang-orang yang memelihara solatnya mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya.” (QS. Al Mu’minun: 1-11)

4) Pelaku solat disifati sebagai seorang muslim yang beriman dan bertaqwa.

Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), “Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.” (QS. Al Baqarah: 2-3)


5) Akan mendapat ampunan dan pahala yang besar dari Allah.

Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), “Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, ampunan dan pahala yang besar.” (QS. Al Ahzab: 35)


6) Solat tempat meminta pertolongan kepada Allah sekaligus ciri orang yang khusyuk.

Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), “Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk’.” (QS. Al Baqarah: 45)


7) Solat mencegah hamba dari Perbuatan Keji dan Mungkar.

Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), “Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu iaitu Al kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. Dan Sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain) dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS. Al Ankabut: 45)


Hukum Meninggalkan Solat ..

Di awal telah dijelaskan bahawa solat merupakan tiang agama dan merupakan pembeza antara muslim dan kafir. Lalu bagaimanakah hukum meninggalkan solat itu sendiri apakah membuat seseorang itu kafir?

Perlu diketahui para ulama telah sepakat (baca: ijma) bahawa dosa meninggalkan solat lima waktu lebih besar dari dosa-dosa besar lainnya. Ibnu Qayyim Al Jauziyah –rahimahullah- mengatakan, ”Kaum muslimin bersepakat bahawa meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja adalah dosa besar yang paling besar dan dosanya lebih besar dari dosa membunuh, merampas harta orang lain, berzina, mencuri dan minum minuman keras. Orang yang meninggalkannya akan mendapat hukuman dan kemurkaan Allah serta mendapatkan kehinaan di dunia dan akhirat.”

Adapun berbagai andaian orang yang meninggalkan solat seperti berikut:

Andaian pertama: Meninggalkan solat dengan mengingkari kewajipannya sebagaimana mungkin perkataan sebahagian orang, ‘Solat boleh tak solat pun boleh.’ [Kalau mahu solat boleh saja tidak solat juga tidak apa]. Jika hal ini dilakukan dalam rangka mengingkari hukum wajibnya solat, orang semacam ini dihukumi kafir tanpa ada perselisihan di antara para ulama.

Andaian kedua: Meninggalkan solat dengan menganggap mudah dan tidak pernah melaksanakannya. Bahkan ketika diajak untuk melaksanakannya, malah enggan. Maka orang semacam ini berlaku hadits-hadits Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang menunjukkan kafirnya orang yang meninggalkan solat. Inilah pendapat Imam Ahmad, Ishaq, ulama salaf dari sahabat dan tabi’in. Contoh hadits mengenai masalah ini adalah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah solat. Barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir.”

Andaian ketiga: Tidak rutin dalam melaksanakan solat iaitu kadang solat dan kadang tidak. Maka dia masih dihukumi muslim secara zahir (yang nampak pada dirinya) dan tidak kafir. Inilah pendapat Ishaq bin Rohuwyah iaitu hendaklah bersikap lemah lembut terhadap orang semacam ini hingga dia kembali ke jalan yang benar. Wal ‘ibroh bilkhotimah (Hukuman baginya dilihat dari keadaan akhir hidupnya).

Andaian keempat: Meninggalkan solat dan tidak mengetahui bahawa meninggalkan solat membuat orang kafir. Maka hukum bagi orang semacam ini adalah sebagaimana orang jahil (bodoh). Orang ini tidaklah dikafirkan disebabkan adanya kejahilan pada dirinya yang dinilai sebagai faktor penghalang untuk mendapatkan hukuman.

Andaian kelima: Mengerjakan solat hingga keluar waktunya. Dia selalu rutin dalam melaksanakannya namun sering mengerjakan di luar waktunya. Maka orang semacam ini tidaklah kafir namun dia berdosa dan perbuatan ini sangat tercela sebagaimana Allah berfirman (yang ertinya), “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” (QS. Al Maa’un [107] : 4-5)

Nasihat Berharga: Jangan Tinggalkan Solatmu!

Amirul Mukminin, Umar bin Al Khoththob –radhiyallahu ‘anhu- mengatakan, “ Sesungguhnya di antara perkara terpenting bagi kalian adalah solat. Barangsiapa menjaga solat, bererti dia telah menjaga agama. Barangsiapa yang menyia-nyiakannya maka untuk amalan lainnya akan lebih disia-siakan lagi. Tidak ada bahagian dalam Islam bagi orang yang meninggalkan solat.“

Imam Ahmad –rahimahullah- juga mengatakan perkataan yang serupa “Setiap orang yang meremehkan perkara solat, bererti telah meremehkan agama. Seseorang memiliki bahagian dalam Islam sebanding dengan penjagaannya terhadap solat lima waktu. Seseorang yang dikatakan semangat dalam Islam adalah orang yang betul-betul memperhatikan solat lima waktu. Kenalilah dirimu wahai hamba Allah. Waspadalah! Janganlah engkau menemui Allah sedangkan engkau tidak memiliki bahagian dalam Islam. Kadar Islam dalam hatimu sesuai dengan kadar solat dalam hatimu.“

Ibnul Qoyyim mengatakan, “Iman adalah dengan membenarkan (tashdiq). Namun bukan hanya sekadar membenarkan (menyakini) saja tanpa melaksanakannya (inqiyad). Kalau iman hanyalah membenarkan (tashdiq) saja tentu iblis, Fir’aun dan kaumnya, kaum soleh dan orang Yahudi yang membenarkan bahawa Muhammad adalah utusan Allah (mereka meyakini hal ini sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka) tentu mereka semua akan disebut orang yang beriman (mu’min-mushoddiq).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...