Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Memaparkan catatan dengan label NUR ADRIEANA NATASYA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NUR ADRIEANA NATASYA. Papar semua catatan

Isnin, 25 Ogos 2014

HAPPY BIRTHDAY SAYANG.....



Birthday boy yang pada mulanya malu2.......yuhuuuuuu...

Selamat hari jadi sayang.....moga menjadi anak yang soleh dan beramal. Sentiasa dalam rahmat dan hidayah Allah SWT. Bahagia dunia dan akhirat. Sentiasa dalam lindungan Allah dan kejayaan hidup yang sentiasa di berkati Allah.




Akhirnya bila kakak dan sepupunya dah ada baru birthday boy tak malu2....ye birthday boy dah ada geng nak meraihkan....Tengok tu geng2 yang dah tak sabar nak potong kek....






Sedapnya birthday boy dah makan dulu.....







Kek birthday boy 1 tahun (13.08.2014) yang di sponsor sepenuhnya oleh ayah kesayangan......


Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (Surah Ali Imran: 38)


Rabu, 20 Ogos 2014

MACAM2 RAYA 2014.....KESAYANGAN HAMBA

Kalau sebut pasal raya ni yang paling gembira ialah budak2 tak kiralah umur berapa tahun sampai yang dah masuk kerje pun gembira dan suka sangat2. Paling mereka suka tahap gaban ialah bila dapat duit raya yang lain tu mungkin dapat pau mak ayah lebih2 beli baju raya yang cantik2 ikut selera sendiri. Budak2 zaman sekarang kan dah tak macam dulu2 ikut aje apa mak ayah belikan tak bantah yang penting ada baju raya. sekarang dah tak macam tu. Nak beli sendiri ikut selera sendiri nak warna ikut sendiri. Kalau yang sedondon tu yang budak2 kecik yang ikut mak ayah. Tapi kalau yang dah remaja tu biasanya tak nak dah warna yang sama. Apa merepek ni crite hal raya pulak sebenarnya nak cerita pasal kesayangan hamba tu. Biasalah budak2 ni walaupun ibunya masih dihospital sebab kena tahan kesayangan macam tak kisah. Raya tetap raya pakai baju cantik2 ikut wan, atuk dan pak mak saudara jalan2. Lagipun kesayangan ni dah biasa dengan kami semua. Yang penting makan minum diorang semua tersedia. Yang bestnya bila bawa kesayangan ni berjalan diorang tak buat hal. Ikut aje kami semua beraya.



Haaaaaaaa.....tu dia jom kita semua beraya..siapa nak ikut



Agak2 kita nak gi beraya ke mana ye.....hahahaa kesayangan2 ni apa2 ajelah pun boleh..


Hehehe............nanti dulu ada apa kat atas tu....macam2 gelagatlah kesayangan semua ni....



Oppppssss.......nanti dulu belum sedia....5 minutes


Selasa, 10 Jun 2014

Main air di Serendah......Santai Hari minggu

Lagi2 ayah kami bawa jln2 g Serendah. Kat mana lagi kat air terjun tulah....Keraplah ayah bawa kami g main air kat sini. Airnya pun tak bahaya sangat. Kecil aje kawasannya sesuai untuk anak2 mandi2 kat sini. Untuk orang dewasa pun boleh. 


Kita test dulu airnya sejuk ke x...............



Kita peace dulu sebelum main air................


Ok......air x sejuk.....jom sepupu2 kita g main air....






Haiiiiii......si kecik ni pun seronok dapat main air..Tak sabar dah nak main air....Nasib baik ada pelampung boleh main2 kat pelampung ni. Kalau tak penat pulak ayah dengan mama nak pegang.


Dah basah kuyup saya di buatnya. Best2 nak main lagi...



Yohuuuu....bestnyer dapat main dengan sepupu2 saya....

Jumaat, 11 April 2014

BIRTHDAY GIRL........Terima kasih ayah dan mama

Yeahhhh....smlm ayah dan mama belikan kek untuk kak long. Terima kasih ayah dan mama sebab mengingati harijadi kak long. Kita sekeluarga sambut bersama-sama di rumah. Sedap kek yang ayah dan mama beli semalam. Suka3x.......Setiap tahun kita sambut ye ayah dan mama...dapat tiup lilin tiap2 tahun...


Love you ayah, mama dan adik......


“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan,lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Khamis, 10 April 2014

SELAMAT HARI JADI Sayanggggg.....


Happy birthday sayang..........dah 4 tahun x lama lgi kakak long dah bleh sekolah. Terima kasih ayah dan mama melahirkan dan membesarkan kakak sehingga sekarang. Semoga kita sekeluarga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah SWT. Sayang muahmuahhhmuahhhhhh. always3x dekat di hati.





Kebahagian kakak kebahagian ayah dan mama juga. Terima kasih Allah kerana mengurniakan seorang ayah dan mama yang terbaik di mata kakak dan adik. Semoga Allah sentiasa memberikan hidayah dan petunjuk kepada kami sekeluarga. AMIN


 “ Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada kedua ibubapaku  dan supaya aku dapat berbuat amal soleh yang Engkau redhai, berikanlah kebaikan kepadaku dengan memberikan kebaikan kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Mu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." (Surah Al Ahqaaf : 15)


Selasa, 8 April 2014

SANTAI HARI MINGGU.....JALAN-JALAN CARI MAKAN


Terima kasih ayah selalu bawa saya, adik dan mama makan kat kfc. Sayang ayah dan mama ketat2. Dapat selalu makan makanan kegemaran saya .


Sedapnya. Harap selalulah ayah bawa kami semua makan kat sini selalu. Ayah the best. The best father in the world.


Jemput makan ayah dan mama.......saya makan dulu. 


Terima kasih ayah sebab selalu gembirakan kami semua. Moga ayah selalu dimurahkan rezeki.




“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan,lalu dia bersabar dengan kerenah,kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


Barangsiapa yang membawa hadiah (barang makan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah dahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Isnin, 7 April 2014

JOM FOLLOW SAYA........


Kasih ayah yang tak ternilai......kasih ayah yang tiada penggantinya.


Apa kata setiap pagi dan setiap hari kita sedekahkan al-fatihah kepada ibu-bapa kita yang masih hidup dan yang telah tiada. Tidak terputus rezeki seorang anak itu selagi mana ia mendoakan untuk kedua ibubapanya.






Khamis, 20 Mac 2014

Tak perlu yang kata apa-apa...

Kalau dah anak ayah macam tulah gayanya.......






Tak perlulah nak kata apa-apa hanya gambar yang bisa menerangkan...

Jumaat, 3 Januari 2014

SALAM JUMAAT........JUMAAT YANG PERTAMA DI TAHUN BARU 2014

Happy tahun ini kakak dah ada teman berdua. Kakak dah ada adik. Yehoooo seronoknya. Kakak dah boleh main guling2 dan gaduh2 dgn adik.


Peace dari kakak untuk mama, ayah dan adik Nashriq......Sayang family kakak
 
 

Jumaat, 27 Disember 2013

RAGAM SI KAKAK.......



Amekow.......nak sangat duduk depan dengan ayah dia. Tak nak duduk belakang dengan mama dan adiknya. Tu dia kena paksa pakai tali pinggang keledar. Hahahaaa buat muka toyeee, muka merajuk, muka dua posen. Nak tunjuk perasaanlah tu kat mama dia. Pakai kak long tasya jauh perjalanan nak 2 jam. Pesan ayah... kak long dah besar nak masuk 4 tahun. Kena pakai tali pinggang tak boleh macam dulu lagi. Bahaya. Pakai juga akhirnya walaupun dah macam jeruk peram. KUKUIKUIKUI..

Selasa, 17 Disember 2013

BILA ADIK DAH PANDAI MAIN DENGAN KAKAK


Adik dah 4 bulan. Huhuhuhu kakak dah berani pegang adik. Adik dah besar dan keras. Selama ni kakak cuma boleh pegang2 tangan adik aje. Akhirnya kakak berjaya pegang adik.....Adik dah besar dan dah pandai lawan cakap..


Sayang dan I lup you my anak buah tersayang......PERMATA HATI KAMI

Jumaat, 15 November 2013

BILA SI KAKAK TEMANKAN ADIK...

Genap 3 bulan si adik dibawa ke klinik untuk cucuk. Seperti biasa si kakak sentiasa setia setia menemani si adik.




Sebijak pandai si kakak ni...ayah nak ajar pun dia tak nak. Nak guna sendiri dan tekan sendiri. Kakak....kakak.....


Tu dia dah dapat game kesukaannya.....


Penat menunggu nama adik dipanggil untuk cucuk pinjam ayah punya ipad nak main game. Itulah kerjanya si kakak bakal generasi pintar akan datang.

Jumaat, 8 November 2013

GELAGAT SI KAKAK.......

Assalammualaikum

Salam Jumaat dan hari segala penghulu. Macam tulah gelagat si kakak kalau bawa berjalan mesti nak bergaya.



 
 

topi ni ayah saya yang belikan...comel tak saya, cantik tak saya, manis tak saya, comel, manis, cantikkan saya......huhuhuhu

Rabu, 6 November 2013

SEDAPNYA........

Nilah dia aktiviti kalau makan kat luar si kakak ni sama geng dengan ayah dia suka sangat makan kat KFC. Mengkayakan taukeh KFC tu ajelah kau orang anak-beranak ye. Rezeki ALLAH swt. Baguslah ayahnya ada rezeki bawa anak isteri makan kat luar. Moga rezeki ayah si kakak ni bertambah-tambah hendaknya. Yang penting kepentingan keluarga harus di utamakan dahulu. Bak kata orang family first.
 
 
penuhnya meja dia.......sedapnya nyam3...ni penuh di depan bukan untuk saya tapi mama dan ayah saya punya.
 
 
Senyuman untuk ayah dan mama sebab selalu bawa kakak makan kat sini. Terima kasih ayah dan mama....
 
 
Saya dah tak sabar ni......lapar2. Cepatlah
 
 
Adik nashriq tak dilupakan tetap ada bersama. Temankan kakak
 

Sabtu, 2 November 2013

SYURGA ALLAH.....alahai comelnya


Alhamdulillah sempena Awal Muharam ni.....comelnya syurga Allah ni pakai tudung. Anak-anak kecil yang yang belum ada dosa dan pahala. Kitalah ibubapanya yang mencorakkan kehidupan mereka. Moga menjadi penyejuk hati ibu dan ayah di dunia ini dan di akhirat nanti. Moga menjadi anak yang solehah dan sentiasa mendapat rahmat dan hidayah Allah. AMIN



Permata hati yang tidak ternilai harganya. Rezeki Allah untuk kami sekeluarga.
 
 
Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
 
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...