Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Memaparkan catatan dengan label HARI RAYA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HARI RAYA. Papar semua catatan

Rabu, 20 Ogos 2014

MACAM2 RAYA 2014.....KESAYANGAN HAMBA

Kalau sebut pasal raya ni yang paling gembira ialah budak2 tak kiralah umur berapa tahun sampai yang dah masuk kerje pun gembira dan suka sangat2. Paling mereka suka tahap gaban ialah bila dapat duit raya yang lain tu mungkin dapat pau mak ayah lebih2 beli baju raya yang cantik2 ikut selera sendiri. Budak2 zaman sekarang kan dah tak macam dulu2 ikut aje apa mak ayah belikan tak bantah yang penting ada baju raya. sekarang dah tak macam tu. Nak beli sendiri ikut selera sendiri nak warna ikut sendiri. Kalau yang sedondon tu yang budak2 kecik yang ikut mak ayah. Tapi kalau yang dah remaja tu biasanya tak nak dah warna yang sama. Apa merepek ni crite hal raya pulak sebenarnya nak cerita pasal kesayangan hamba tu. Biasalah budak2 ni walaupun ibunya masih dihospital sebab kena tahan kesayangan macam tak kisah. Raya tetap raya pakai baju cantik2 ikut wan, atuk dan pak mak saudara jalan2. Lagipun kesayangan ni dah biasa dengan kami semua. Yang penting makan minum diorang semua tersedia. Yang bestnya bila bawa kesayangan ni berjalan diorang tak buat hal. Ikut aje kami semua beraya.



Haaaaaaaa.....tu dia jom kita semua beraya..siapa nak ikut



Agak2 kita nak gi beraya ke mana ye.....hahahaa kesayangan2 ni apa2 ajelah pun boleh..


Hehehe............nanti dulu ada apa kat atas tu....macam2 gelagatlah kesayangan semua ni....



Oppppssss.......nanti dulu belum sedia....5 minutes


Selasa, 19 Ogos 2014

RIANG RIA RAYA 2014 - OFFICE RAYA

Jumaat lepas turn office plak buat jamuan raya...macam biasa walaupun baru transit kat office sementara ni masih meriah walaupun terpaksa bersempit2 tempat....Sabar ajelah beberapa bulan ni sementara menunggu office baru siap renovation. Menu seperti biasa mee kari, lemang, nasi impit, rendang (sumpah sedap sangat hingga tak cukup sebab rendang ni pelbagai ada daging, paru, hati, limpa), kuah kacang, buah-buahan, kuih muih raya, dan macam lagi ada. Tak nak cerita banyak kita layan gambar ajelahhh......


Selamat datang semua......jemputlah masuk beraya ke teratak indah kami.....dari kami Warga BPIN....


Kami2 semua jelitawan...............jangan marah





Bila dah kekenyangan macam nilah........................macam2 hal kamu ni...

Jumaat, 15 Ogos 2014

SESUCI LEBARAN - CERITA RAYA KE 6

Sambung balik crite raya yang tak habis lagi tu...............Raya ke 6 masih lagi beraya pergi ke rumah saudara2 yang hari tu kami datang tak ada kat rumah. Mesti datang walaupun untuk ke 2 kalinya....ialah kami orang2 yang muda kenalah datang menjenguk orang2 yang lebih tua barulah raya namaya kunjung mengunjung tak kira tua dan muda, sihat ke sakit ke, cacat ke sempurna ke semua menyambut raya dan saling bertandang antara satu sama lain. Ok dalam beraya2 tu sempat jugalah kami pergi menziarahi saudara kami yang baru selesai menjalani pembedahan. Raya ke 2 hari tu sempatlah kami sekeluarga beraya ke rumah Pak Unggal kami. Pak Unggal kami menjalani pembedahan potong jari kaki akibat kencing manis. Ok tulah bila mak dan abah dah jumpa adik beradiknya tu yang lama dok melepak kat rumah mereka. Rasa macam dah tebal punggong dok lama2 kat situ. Tak taulah apa cerita orang2 tua ni. Kami yang muda2 ni dengar ajelah cerita mereka. 



Kami dah kenyang ni makan mee hailam...................kami nak serbu rumah you all pulak.....


Seperti biasa gambar beraya mesti ada.....gambar yang ini masa beraya kat rumah kakak yang sulung. Apalah yang ditengoknya kat atas tu....................burung apa tu..............


Dah macam hindustan gitu.....gambar kat celah2 pokok............pun bolehhhh



jom kita beraya.................Syawal masih ada lagi...............

Khamis, 14 Ogos 2014

SESUCI LEBARAN.....RAYA KE 2

Sessi untuk raya ke 2 kami g beraya rmh adik beradik mak. Biasalah setiap tahun macam tu time untuk beraya ke rumah adik beradik dan anak2 saudara sebelah mak. First raya kami memang tak boleh nak kemana2. Waktu tu memang dah dicop untuk menyambut kedatangan anak2 saudara, cucu cicit saudara mak, abah dan adik beradik seangkatannya. Memang tak boleh nak tinggalkan rumah. Setia menunggu hingga ke malam. Sebenarnya kalau nak diikutkan second raya pun tak boleh nak tinggalkan rumah masa untuk menyambut tetamu tapi kami sefamily berjalan juga sebab anak2 mak raya ke 3 dah mula bekerja semula. Kami teruskan juga agenda beraya tapi itulah datang2 aje tak ada di rumah sebab masing2 pun keluar beraya. Mereka datang kami dah keluar beraya, kami datang pulak mereka pulak beraya. So apa lagi glah rumah saudara yang tak keluar beraya. Alhamdulillah ada juga saudara yang ada kat rumah. 



Berselfi dulu kat rumah sebelum bertolak....







Kami sempat rehat2 dan berselfi kat dahan pokok tu lepas kenyang kendurikan buah rambutan dan pulasan. Kuih raya dah selamat masuk perut kami. Nasib baik buah mata kucing tu baru nak berbuah. Kalau tidak jadi mangsa kami semua. Bedal.....



Terliuhh tengok buah pulasan yang sedang masak ranum tu...


Yg bestnya dtg beraya kat rumah sepupu masa musim buah. Terbaiklah dapatlah rasa makan rambutan kuning yang longkah tu. SEDAPPPPP.....sampai2 aje rumah sepupu tu terus dia kata ambillah buah rambutan. apa lagi tuan rumah dah bagi izin. Serbu kami sefamily........Petik punya petik tak sedar dah tiga plastik dapat. Sedar2 bila balik rumah bubuh semua rambutan tu dalam bakul kain penuh sebakul. Apa lagi kenduri 2 hari makan rambutan kasi perabih. Teringat dulu zaman masa saya kecik dulu2. Masa tu rumah mak memang banyaklah buah rambutan. Macam2 ada dengan buah manggisnya. Bila saudara mak dan abah datang mesti akan ambil bawa balik rumah. Sekarang ni dah tak ada dah pokok rambutan yang macam dulu. Kalau ada pun sekarang ni tak banyak berbuah hanya cukup untuk kami sefamily makan aje. Selain buah rambutan kami juga bawa balik buah pulasan. Buah pulasan ni memang susah nak dapat. Nama pun pulasan jadi nak makan kena pulas ye.....bukan gigit. TERBAIKKKK....buah pulasan ni yang saya kejar dulu. Hahahahaaa dah puas kasi habis buah rambutan tu barulah kami masuk rumah sepupu beraya. Dah puas makan buah rambutan dan pulasan barulah kami pekena kuih raya. Paling best saya suka kalau g rumah sepupu2 ni mereka hidangkan kami buah2 jeruk selain kuih raya. Saya ni yang hantu asam jeruk apa lagi dok balun ajelah asam jeruk mereka.

Rabu, 13 Ogos 2014

SESUCI LEBARAN......SALAM AIDILFITRI 2014


Assalammualaikum.....


Orang lain semua dah habis update gambar raya....saya baru nak update ....Sorylah terlalu busy dengan kerja....Lah ni barulah dapat bernafas sikit nak update gambar raya.....jom layan raya ni dengan lagu cik Siti kita...

Sesuci Lebaran - Siti Nurhaliza

Sesuci... di hening subuh sunyi
Sesuci... terdengar nurani

Sesuci... salam untuk Ilahi

Bagaikan memanggil insafi pada diri

Lebaran... terasa kesayuan
Lebaran... takbir bersahutan
Lebaran... memuji keagungan
Bergema suara syukuri nikmat Tuhan

*corus

Hiasi diri indah
Riangkan hati gundah
Bersihkan jiwa... sesuci lebaran
Agar sempurna amalan
Berdoalah insan
Di pagi raya
Moga-moga terampun dosa

Pohonlah ampun maaf
Kepada ibu bapa
Sahabat dan sanak saudara
Sama sama kita gembira

Bermesra tua muda
Bantulah miskin hina
Menyambut hari mulia
Sama sama kita gembira










Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga.....ampun maaf dipinta semoga lebaran raya kali ini lebih bermakna dan ceria. Selamat datang keluarga baru kami MUHAMMAD RAZIQ IRWAN


Masa ni baru 6 hari dilahirkan.

Selasa, 12 Ogos 2014

SEINDAH SYAWAL 2014

Jom raya3x.................belum habis raya lagi ni kita ada 30 Syawal untuk diraikan. Seindah Syawal di rumah mak. Alhamdulillah tahun ini semua anak2 mak meraihkan raya bersama. Tahun ni pagi raya siapkan 3 orang anak buah kesayangan tu. Mandikan dan pakaikan baju cantik untuk diorg jadi mak segera sementara untuk diorg. Merasalah jadi mak segera sekejap. Jom layan gambar pagi raya................


Icad yang dah tak sabar nak beraya...ajak bergambar pun dah tak peduli. Baju cantiklah katakan.



Semestinya ada dengan kakak sorang ni. Tak lengkap raya tanpa si kakak ni.








Adik ipar yang paling best........



Pasangan yang paling ideal, romantik dengan mr. arrogant. 

Selasa, 13 Ogos 2013

RAYA 2013- PART 1....Tidak sah RAYA tanpanya........KETUPAT

KETUPAT......KETUPAT....KETUPAT


Ketupat yang sudah siap direbus dan tunggu masa untuk dimakan kami sekeluarga.....Gempal2 lagi ketupat tu..


Daun ketupat yang sudah siap dianyam sebelum diisikan beras didalamnya. Hasil tangan saya dan abah. Kehebatan tangan abah dan anak perempuannya

 
Step kedua mencantumkannya menjadi seperti menganyam tikar


Step pertama membentuk 3 kali lipatan sebelah kiri dan kanan. Sebelah kiri kepala daun mesti berada di atas dan ekor daun berada dibawah. Sebelah kanan kepala daun mesti berada dibawah dan ekor daun mesti berada diatas.

Isnin, 12 Ogos 2013

RAYA LAGI....with my mom and brother

 
Tahun ini first time adik beraya tanpa isteri di sisi. Nak buat macam mana adik terpaksa bertugas pada hari raya. Isteri balik Terengganu beraya bersama-sama keluarganya. Tak apalah adik kita sama-sama raya sebagai orang bujang. Temankan kakak yang sorang ni yang masih still single. kukuikui.... tetap meriah walaupun beraya sebagai orang bujang yang penting amalan semasa bulan Ramadan dan bulan-bulan sebelumnya diterima dan diberkati Allah. AMIN.



Bersama ibu tersayang. Ampunkan segala kesalahan kami anak-anak mak. Halalkan segala makan minum kami anak-anak mak.
 
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN DARI KAMI ANAK-ANAK MAK DAN ABAH.

Ahad, 11 Ogos 2013

RAYA LAGI........HERO-HERO KAMI

Bila hero-hero semuanya beraya. Inilah adik beradik lelaki saya beraya. Yang dah kahwin tahun ini beraya tanpa isteri dan anak-anak. Bukan apa sebab abang dan adik terpaksa bertugas pada hari raya dan tidak dapat cuti raya. Isteri-isteri dan anak-anak beraya di rumah ibu mereka di kampong.
 
 
 
Hero-hero kami bersama abah tersayang. Salam Aidilfitri 2013

Jumaat, 9 Ogos 2013

RAYA LAGI........FIRST RAYA



Bersama-sama dengan abah, adik-adik dan abang di pagi raya pertama.
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...