Tidak terbayangkan keadaan kita di padang Mahsyar. Cukupkah amalan yang dibawa untuk menghadap Yang Maha Esa? Pasti kita perlukan syafaat atau pertolongan daripada seseorang untuk memohon kepada Allah agar meringankan kesulitan, kesakitan, rasa cemas dan seksaan pada persidangan mahkamahNya. Orang yang dimaksudkan mempunyai kelebihan memberi syafaat atau pertolongan daripada Allah adalah kekasihNya, Rasulullah s.a.w
Syafaat Nabi s.a.w ada beberapa jenis iaitu:-
1. SYAFAATUL UDHMA (SYAFAAT TERBESAR)
Syafaatul Udhma adalah syafaat terbesar dan hanya dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Doa baginda untuk memberi syafaat kepada seseorang akan kemudiannya dimakbulkan oleh Allah. Perkara ini dijelaskan dalam beberapa hadis sahih. Umpamanya hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud: " Aku adalah penghulu manusia pada hari kiamat. Tahukah kamu mengapa? Allah akan mengumpulkan manusia pada hari kiamat; manusia yang terdahulu dan kemudian di satu padang lalu mereka datang kepadaku dan berkata, " wahai Muhammad, engkaulah Rasulullah, penutup segala nabi dan Allah telah ampunkan dosamu yang dahulu dan terkemudian maka mintalah syafaat daripada Tuhanmu untuk kami, tidakkah engkau melihat keadaan kami dan kesulitan kami? Lalu aku bergegas pergi ke Arasy.." (HR Al-Bukhari )
2. SYAFAAT UNTUK AHLI SYURGA AGAR DIPERCEPATKAN MEMASUKI SYURGA.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud;" Aku akan pergi ke pintu syurga memohon dibukakan pintunya. Maka berkata penjaga pintu syurga tersebut. " Siapakah engkau?" Aku menjawab: ' Aku Muhammad.' Lalu berkata penjaga pintu tersebut. 'Aku diperintahkan untuk membuka pintu ini hanya kepada engkau Ya Muhammad, bukan untuk orang lain sebelum engkau'. (HR Muslim)
Hadis ini menunjukkan Nabi s.a.w adalah orang yang pertama minta dibukakan pintu syurga dan orang yang pertama yang memasuki syurga.
3. SYAFAAT UNTUK ORANG BERIMAN YANG BERBUAT MAKSIAT AGAR DIKELUARKAN DARIPADA NERAKA DAN DIMASUKKAN KE DALAM SYURGA.
Nabi s.a.w boleh memberi syafaat kepada umatnya yang berbuat maksiat asalkan tidak meyekutukan Allah s.w.t. Ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:" Akan keluar sekumpulan manusia daripada neraka dengan syafaat Muhammad. Lalu mereka masuk syurga dan mereka digelar sebagai ' Jahannamiyyin" (HR Bukhari dan Abu Daud)
4. SYAFAAT UNTUK SEKUMPULAN UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W YANG MASUK SYURGA TANPA DIHISAB.
Dari Abu Umamah sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda: "Tuhanku telah berjanji kepadaku untuk memasukkan ke dalam syurga seramai 70,000 orang daripada umatku tanpa hisab mahupun azab. Bersama setiap seribu ditambah lagi dengan 70,000 (HR Al-Tirmizi)
5. SYAFAAT UNTUK ORANG KAFIR
Syafaat ini hanya khusus kepada bapa saudara nabi iaitu Abu Talib sahaja kerana jasanya yang sering melindungi dan mempertahankan nabi daripada ancaman orang-orang musyrikin.
CARA-CARA MENDAPATKAN SYAFAAT NABI
1. Tidak menyirikkan Allah Taala dengan sesuatu pun.
2. BERDOA SELEPAS AZAN
Sabda Nabi s.a.w yang bermasud: " Apabila mendengar azan maka jawablah seperti kata muazin. Kemudian selepas azan berdoalah memohon untukku mendapat wasilah (tempat tertinggi) di akhirat kelak."
3. BANYAK BERSELAWAT KE ATAS NABI
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih selawatnya kepadaku
4. MENETAP DI MADINAH
" Sesiapa yang bersabar atas keperitan hidup di Madinah, aku akan memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat." (HR Muslim)
5. PERBANYAKKAN SEMBAHYANG SUNAT
Dalam sebuah hadis ada meriwayatkan bahawa seorang lelaki yang berkhidmat untuk nabi telah berkata kepada Rasulullah s.a.w. " Hajatku ialah memperolehi syafaat engkau pada hari kiamat nanti." Jawab Nabi: " Boleh, dengan engkau membantu aku dengan banyak bersujud." (HR AHMAD)
6. TUNAIKAN HAJAT ORANG ISLAM
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: " Sesiapa yang membantu saudaranya untuk satu keperluan maka aku akan duduk dekat timbangannya pada hari kiamat jika timbangan baiknya berat maka beruntunglah akan dia, tetapi sekiranya sebaliknya maka aku akan berikan syafaatku kepadanya."
7. BERSAUDARA KERANA ALLAH
Nabi bersabda yang bermaksud: " Aku akan memberikan syafat kepada dua orang yang bersaudara kerana Allah, bermula daripada aku diutuskan sehinggalah ke hari kiamat."
AMALAN YANG AKAN JADI SYAFAAT
Selain syafaat Nabi s.a.w terdapat juga syafaat-syafaat lain yang boleh memberi pertolongan kepada manusia pada hari kiamat. Antaranya:
1. AL-QURAN
Pahala membaca al-Quran dapat menemani pengamalnya ketika di alam kubur dan di akhirat nanti al-Quran akan menjelma sebagai makhluk dan memberikan syafaat kepada mereka yang membaca dan mengamalkannya. Sabda Nabi s.aw. yang bermaksud: " Bacalah al-Quran kerana ia akan datang pada hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya." (HR MUSLIM)
2. ORANG YANG MATI SYAHID
Dalam sebuah hadis ada menerangkan bahawa orang yang mati syahid di dalam peperangan boleh memberi syafaat kepada 70 orang ahli keluarganya.
3. ORANG ALIM
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: " Di kalangan umatku ada yang dapat memberi syafaat untuk sekumpulan manusia, kabilah dan ada di kalangan mereka pada kumpulan yang tidak sampai sepuluh dan ada yang hanya dapat memberi kepada seorang." (HR TIRMIZI dan AHMAD)
4. NABI DAN PARA ULAMA
Dalam sebuah hadis ada menyatakan bahawa 3 kumpulan manusia yang akan memberi syafaat iaitu nabi, ulama dan para syuhada.
5. ANAK YANG SOLEH
Anak yang soleh dapat memberi syafaat kepada kedua-dua ibu bapanya yang telah meninggal dengan amaln dan doa. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: " Jika anak Adam meninggal maka amalnya terputus kecuali dari 3 perkara, sedekah jariah (wakaf), ilmu yang bermanafaat dan anak soleh yang berdoa kepadanya." (HR MUSLIM)
6. PUASA
Puasa juga dapat memberi syafaat kepada tuannya pada hari yang penuh ketakutan di mana tidak ada pembelaan kecuali amal solehnya. Sabda Rasulullah s.a.w: " Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat. Puasa berkata, " Wahai Tuhan, aku telah menghalangnya dari makan dan nafsu syahwat maka berikan syafaat kepadanya disebabkan oleh aku ini." Dan berkata pula al-Quran " Aku telah menghalanginya daripada tidur pada waktu malam maka berilah syafaat kepadanya disebabkan oleh aku ini.
7. ORANG YANG BERSOLAT KE ATAS JENAZAH
Dalam sebuah hadis ada menerangkan bahawa tidak ada satu mayat pun yang solat ke atasnya sekumpulan orang Islam sampai bilangan seratus, semuanya memohon syafaat untuknya kecuali akan diterima syafaat mereka ke atasnya.
Pada hari kiamat segala urusan adalah milik Allah s.w.t. Segala sesuatu yang terjadi di atas izinNya termasuklah syafaat kerana Allah itu luas rahmat dan maghfirahnya. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: " Tidak ada yang dapat memberi syafaat kecuali setelah ada izinNya. (SURAH YUNUS: 3)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan