Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Rabu, 18 Julai 2012

1 Hari 1 Ayat - PEMBURU DUNIA YANG MUFLIS



MUFLIS

Itulah perkataan yang selama ini mencengkam jiwa. Tuntutan hidup yang kian mendesak membuatkan dia terasa begitu terdera dan menderita. Betapa kemewahan yang terpaksa dilepaskan membuatkan dia terasa gelap masa hadapan. Secara sedar atau tidak ramai orang menganggap bahawa " ada duit semua boleh jadi". Seolah-olah wang adalah jaminan dapat membeli segala-galanya. Tidak hairanlah ada yang bertungkus-lumus memerah tenaga untuk mengumpul harta sebanyak mungkin sehingga terlupa matlamat hidup sebenarnya di dunia ini. Siang malam memikirkan bagaimana hendak menambah kekayaan yang sedia ada. Apabila tiada duit dia resah dan merasakan hidupnya yang paling susah.

Bukankah ini sudah termasuk syirik khafi-satu dosa yang dilakukan tanpa disedari. Oleh kerana yakin segala kekayaan dan rezeki adalah datang daripada titik peluh sendiri, dia telah meletakkan pergantungan kepada selain Allah s.w.t. Dia terlupa akan siapa yang mengatur hidupnya.

Kita hendaklah memahami akan hakikat dunia ini. Dunia yang dulunya tiada kemudian diadakan oleh s.w.t untuk meniadakannya semula. Contohnya ialah harta benda yang kita miliki pada bila-bila masa sahaja Allah boleh mengambilnya semula. Mensyukuri nikmat Allah s.w.t bermaksud kita menggunakan harta itu pada jalan yang diredhaiNya. Jangan sampai Dia menarik kembali nikmat itu sementara di akhirat pula tersedia seksaan yang maha pedih.

Bagi pemburu-pemburu dunia, Rasulullah s.a.w telah mengingatkan:
" Orang yang menjadikan dunia matlamat utamanya dan tidak dihubungkan sedikitpun dengan Allah s.w.t akan ditetapkan oleh Allah dalam hatinya empat perkara:
1. Kegelisahan tanpa ada hentinya
2. Kesibukan yang tidak berakhir
3. Rasa kekurangan yang tidak pernah cukup
4. Angan-angan yang tidak pernah kesampaian

Lazimnya manusia mudah mengingati Allah apabila ditimpa sesuatu musibah. Ramai yang boleh bersabar dalam kesempitan hidup. Namun jarang orang yang dapat bersyukur ketika mendapat nikmat. Oleh sebab itu ujian yang paling ujian yang paling besar ialah ujian nikmat kerana dengannya ramai yang lupa dan lalai terhadap Pemberi nikmat itu. Allah s.w.t ingin melihat sejauh mana pula dia bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan.

Dalam hal muflis ini, cari dan kajilah hikmah yang tersirat di sebaliknya. Manalah tahu harta yang kita miliki telah bercampur dengan sumber-sumber haram seperti riba, rasuah, judi dan sebagainya. Boleh jadi kita telah membelanjakan harta tersebut pada jalan yang tidak diredhai Allah s.w.t. Mungkin juga kekayaan yang dimiliki selama ini telah menjadikan kita orang yang bakhil, tamak, bingkak dan sebagainya. Oleh sebab dosa-dosa sedemikian Allah datangkan ujian demi ujian untuk memperbaiki diri supaya bersih daripada dosa dan segala sifat mazmumah.

Allah s.w.t merotan atau menghukum kita dengan musibah yang berbentuk kerugian dan kemiskinan. Semoga kita menginsafi kesilapan yang dilakukan. Ibarat seorang ibu yang merotan anaknya, bukannya kerana benci tetapi mahukan si anak menjadi baik. Sekiranya perkara ini menimpa kita, bersyukurlah. Itu suatu tanda kita mendapat perhatian Allah s.w.t. Jika muflis di dunia kita menghadapinya dengan rasa terhimpit, malu untuk berdepan dengan masyarakat namun masih banyak rezeki Allah s.w.t di muka bumi ini. Kita boleh boleh memulakan penghidupan baru dengan mencari sumber mata pencarian yang lain. Boleh jadi ketika senang dahulu kita pernah membantu orang lain. Maka masih ada orang yang simpati sehingga bebanan yang ditanggung terasa ringan.

Namun bagaimana sekiranya kita muflis di akhirat? Rasulullah s.a.w pernah bertanya kepada para sahabat:
" Siapakah orang yang muflis itu?" " Mereka ialah orang yang tidak memiliki harta walaupun sedirham," jawab para sahabat. Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang membawa amalan solat, puasa dan zakat pada hari kiamat tetapi di dunia dia pernah memaki seseorang, menuduh, memakan harta dan membunuh tanpa hak. Maka orang yang dianiayai itu diberikan kebaikan (pahala) orang tadi."

Sekiranya telah habis kebaikan sebelum terlunas penganiayaannya itu maka diambil dosa orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut. Seterusnya dia dilemparkan ke dalam neraka." Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang muflis akhirat. Apalah gunanya melakukan ibadah yang banyak tetapi di sisi Allah s.w.t sedikit pun tiada nilai. Ini menunjukkan kita perlu sentiasa menjaga hak sesama manusia kerana hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah s.w.t berjalan seiring.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...