Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Rabu, 4 Julai 2012

1 Hari 1 Ayat - TIDAK KALAH DENGAN MENGALAH

" Saya hendak menawarkan sesuatu kepada engkau," kata Kaisar kepada Abdullah bin Huzaifah ketika ditawan oleh tentera kerajaan Rom. Tentera Muslimin yang ditawan ketika itu tidak dibunuh sebaliknya diuji sejauh mana ketahanan iman mereka. " Baiklah apa yang hendak kamu tawarkan?" " Kamu boleh bebas dengan satu syarat. Masuklah agama Nasrani. Aku akan kurniakan hadiah yang besar buatmu." Abdullah pun menarik nafas dalam-dalam.

" Lebih baik saya mati seribu kali daripada menerima tawaran tuan itu." " Ah, kuat juga iman orang ini," getus hati Kaisar. " Kau seorang yang pintar. Kalau kau terima tawaranku, engkau akan dilantik menjadi pembesar kerajaan." Kaisar terus mengumpan. Abdullah hanya tersenyum mendengar tawaran itu. Keimanan dalam dirinya jauh lebih berharga daripada jawatan dunia.

" Demi Allah. Sekiranya kerajaan tuan yang ditambah dengan semua kerajaan Arab hendak diberikan kepada saya, namun untuk keluar daripada agama Muhammad adalah tidak sesekali!" " Kalau begitu, engkau akan kubunuh!" marah Kaisar." Silakan, lakukanlah apa yang anda fikir patut," jawab Abdullah tanpa rasa gentar. Abdullah pun diikat di tiang salib. Tukang panah diperintahkan memanah lengan Abdullah.

" Mahukah kamu masuk agama Nasrani?"
" Tidak!"
" Panah kakinya!" perintah Kaisar
" Bagaimana sekarang?" Abdullah tetap menolak. Seksaan panah diberhentikan. Abdullah diturunkan dari tiang salib. Kaisar mengarahkan kepada pengawalnya agar menyediakan kuali besar yang berisi minyak. Setelah minyak menggelegak, dua orang tentera Muslimin yang ditawan dibawa kehadapan Abdullah. Salah seorang dari tawanan itu dilemparkan ke dalam kuali. Daging mangsa itu hancur lebur lagi mengerikan.

" Nah, sekarang apa bicaramu?" kata Kaisar dengan angkuh kepada Abdullah. " Aku tidak akan sekali-kali menukar agamaku!" tegas Abdullah. Kaisar menjadi putus asa. Dia pun mengarahkan Abdullah dihumban ke dalam kuali tersebut. Ketika diangkat untuk dihumbankan, beliau pun menangis. Tentera itu pun mengadu kepada Kaisar. Kaisar tersenyum kerana umpannya hampir berjaya. Abdullah pun dibawa menghadap. " Mahukah kamu memeluk agama Nasrani?" Abdullah tetap menolak.

" Celaka kamu!" Tetapi mengapa kamu menangis?" " Saya menangis kerana keinginan saya untuk mati di medan jihad tidak tercapai. Sebaliknya saya akan mati konyol dalam kuali." Kaisar terdiam seketika. kemudian dia bersuara kembali. " Mahukah engkau mencium kepalaku?" tanyanya angkuh. Abdullah diam. " Kalau kamu mencium kepalaku, kamu akan dibebaskan." " Bebas bersama tawanan Islam yang lain?" tanya Abdullah inginkan kepastian.
"  Ya."
" Jika saya mencium kepala musuh Allah, saya dan kawan-kawan akan dibebaskan. Ah........., tidak rugi saya mencium kepalanya. Allah lebih tahu." bisik hati Abdullah. Abdullah pun menghampiri Kaisar lalu mencium kepalanya. Selepas itu seperti yang dijanjikan, Kaisar melepaskan seluruh tawanan Muslim. Mereka pun kembali menemui Khalifah Umar al-khattab. Abdullah pun menceritakan segala apa yang berlaku. Khalifah Umar sangat gembira dengan tindakan Abdullah itu. Beliau pun menyeru kepada tentera Muslimin yang dibebaskan tadi.

" Sewajarnya setiap orang Muslimin mencium kepala Abdullah bin Huzaifah. Lihatlah saya yang memulakan." Khalifah Umar berdiri dan mencium kepala Abdullah. Ianya kemudian diikuti oleh tentera Muslimin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...