Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Memaparkan catatan dengan label KECANTIKAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KECANTIKAN. Papar semua catatan

Khamis, 16 Oktober 2014

Clearskin Pore Penetrating Black Mineral Mask....Masker lumpur

Semua orang pernah pakai mask mukakan. Tak kiralah produk jenis apa yang berlambak dipasaran sekarang ni tapi yang pasti cara paling nak jimat duit untuk hilangkan2 bintik hitam dan putih di muka ni pakailah mask. Agak2 kita2 ni yang x seberapa mampu nak g salon kita gunalah mask muka. Seperti saya ni yang sememangnya suka yang murah tapi berkesan. Ialah kegunaan mask ni selain membersihkan muka serta menanggalkan sel2 kulit mati boleh juga mengecilkan pori2 dan juga mencerahkan kulit muka. Boleh juga membantu menghalus, melembut dan mengatasi masalah kulit tona tidak sekata, kesan terbakar dan boleh menyerap lebihan minyak dengan berkesan. 


Clearskin Pore Penetrating Black Mineral Mask produk Avon


Blak mineral mask kaya dengan antioksidan dari lumpur, arang, kolagen serta sumber mineral bagi mengurangi tanda2 penuaan seperti kedutan halus, menganjalkan kulit, melembap dan kulit lebih tegang.  Rasanya semua black mask dipasaran mempunyai semua kelebihan seperti itukan. Saya paling suka sangat gunakan produk avon ni kiranya dah jatuh cinta pandang pertamalah. Clearskin Pore Penetrating Black Mineral Mask sesuai sangat dengan kulit muka saya. 




Biasanya saya gunakan mask ni 2@3 kali  seminggu waktu yang paling saya suka pakai ketika santai2 sedang menonton tv. Ketika itulah terbaik sambil relax2 tonton tv sambil rehat2kan badan. Lepas pakai tu basuh muka dengan air bersih dan hasilnya memang perfect. Masa inilah yang paling saya suka muka akan kelihatan bersih dan lembut bila disentuh. Kalau tak percaya cubalah. 


Selasa, 14 Oktober 2014

Wet Wipes tisu.... sangat2 berguna

Sejak kawan kenalkan wet wipes tapi dah tak ingat jenama apa sejak itulah dah terjebak suka gunakan wet wipes selepas bermekap. Ala tisu yang boleh menanggalkan mekap tu. Senang nak tanggalkan makeup bila nak solat. Lepas guna wet wipes rasa muka bersih dan sebelum dicuci dengan pembersih. Di tambah pulak setiap wet wipes ni ada harumannya. Sungguh wangi tu yang suka guna. Kadang-kadang kalau berjalan terlupa nak bawa pembersih muka sbb dalam handbeg tak tersenarai pembersih muka. Masa nilah wet wipes tisu berguna dan sangat membantu. Bila ada wet wipes ni senang aje masukkan dalam handbeg dan boleh jadi pembersih muka. Lepas guna kita akan rasa muka tu dah bersih cuma guna air aje untuk bersihkan dah boleh ambil wuduk. Senangkan dan mudah tak perlu nak mengusung pembersih muka ke hulu ke hilir dalam beg.

Saya ni jenis yang suka beli yang murah tapi memenuhi citarasa saya. Wet wipes guardian ni saya beli di guardian. Harga sebenar RM 5.90 untuk 3 pack. 3 pack ni ada yang hanya untuk satu haruman sahaja. Kalau saya suka beli yang campur2 ada 3 haruman ada 3 pack. Wet wipes guardian ada 3 haruman termasuk apple, rose dan sea breeze with vitamin E & Aloe dan susu pembersih. Saya paling suka haruman rose. Baunya yang harum dan segar. Sebenarnya mana2 wet wipes ni ada macam2 haruman terpulang kepada anda semua suka yang mana. Jangan ikut saya suka yang murah. Masa saya beli ada promotion 3 pack RM 3.45 diskaun 40%. Apa lagi belilah banyak2 sbb murahkan. Bukan selalu dapat diskaun.


Haruman apple


Haruman Rose



Haruman Sea Breeze


Dalam pasaran ada banyak wet wipes tisu macam2 ada seperti antabax, johson & johson, simple, biore, kleenex dan pelbagailah. Mungkin ada yang saya tak sebut apa yang anda gunakan. Gunalah apa saje produk yang berkenan dihati. Tepuk dada tanya selera.



ada 3 pax dalam bungkusan tersebut. 1 pax terdapat 10 keping tisu wipes boleh pakai untuk seminggu bergantung kepada kekerapan kita menggunakannya. 

Khamis, 19 September 2013

KOLEKSI FAR AWAY........tidak lengkap diri ini tanpamu


Koleksi peribadi yang semestinya ada. Suka sangat dengan Avon ni. Senang di cari dan harganya pun mampu milik. Dari dulu memang setia dengan koleksi peribadi Avon ni. Walaupun macam-macam yang Avon keluarkan produk setiap tahun tapi yang Far Away ni memang tetap setia. Sampaikan dealer yang menjual produk ni dah tahu kalau saya datang nak beli. Tak perlu cakap dealer tu dah tahu apa produk saya nak. Setia yang satu. Setia sesangatlah tuuuuuuuu. Suka sesangat dengan harumannya....


Nabi s.a.w bersabda "Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut)." (Sahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah) 

"Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan solat), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas." Al-A'raaf, ayat 31”
Apa-apa pun yang kita lakukan niatkan diri kerana Allah. Jangan sekali-kali untuk menarik perhatian manusia atau untuk dipuji. Di bolehkan memakai haruman untuk menghilangkan bau dan untuk mengelakkan tidak keselesaan.
hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah s.w.t adalah Maha Indah dan menyukai keindahan.”

Khamis, 27 Disember 2012

MASK MUKA............MASA UNTUK MANJAKAN MUKA

Masa untuk manjakan muka. Selalunya suka pakai yang murah2 aje. Sebab pakai buangkan. Walaupun murah tapi memang sesuai dengan kulit muka. Tak suka beli yang mahal-mahal. Kalau ada jual yang murah suka beli banyak2 dan boleh pakai untuk beberapa lama. Sebab nak tunggu yang ada murah payah sikitlah. Biasa suka pakai mask ni seminggu 2 kali. Tapi kadang-kadang seminggu sekali. Pernah sebulan sekali sebab stok mask dah habis. Bila nak beli mask cari masa yang ada jual sale. Hari tu pergi BTS kat Sasa adalah jual sale mask ni. Tu yang beli. Mask ni macam-macam produk pakai. Tapi setakat ni memang sesuai dengan muka. Suka sangat pakai mask ni salah satu sebabnya dapat hilangkan stressssssssss dan bila pakai nyaman dan rasa tenanggggg. Hilang sekejap masalah.



Mask dari timun, madu, teh hijau dan lavender. Suka dengan buah-buahan dan bunga-bungaan.


Kelebihan MASK
1. Menegangkan kulit muka..rasa pejal dan bergetah.
2. Untuk menutup liang-liang pori, yang mana, kita terdedah dengan peluh, haba, debu, yang buat liang pori2 kita tersumbat. Bila kita pakai masker ni dia boleh segarkan kulit wajah.
3. Melembapkan kulit wajah. Di dalam masker ada bahan yang mana boleh melembap dan melembutkan kulit wajah kita.
4. Boleh hilangkan stress! bila kita pakai mask duduk atau baring diam-diam sambil tengok tv ke atau dengar radio, ambil mood..rasa cam relax je, hilang masalah.....rasa tenang dan damai....

Rabu, 7 November 2012

1 HARI 1 AYAT - TIPS CANTIK SENTIASA

"" TIPS CANTIK SENTIASA ""

Amat penting untuk kita menjaga kecantikan untuk ALLAH dan gunakanlah kecantikan yang ada pada kita dengan betul. Berikut sedikit Tips Cantik yang SEBENAR untuk Anda!

1. Selalu sirami hati kita dengan zikir.
2. Suburkan jiwa kita dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
3. Aktifkan tubuh kita untuk sentiasa beribadat kepadanya.
4. Tekadkan hati kita dengan mencintai Allah dan RasulNya. 
5. Berbuat baiklah kepada orang tua dan orang lain. 
6. Jadikan sifat jujur sebagai pengharum mulut.
7. Sematkan kesabaran anda pada setiap langkah.
8. Taburi benih-benih cinta dan kasih sayang dalam setiap waktu kepada ALLAH.
9. Menjadikan syukur sebagai benteng pertahanan diri.
10. Mengenakan sifat taqwa sebagai pakaian tetap anda setiap hari.

Itulah sedikit tips cantik buat para pembaca sekalian, kalau kita mampu mempraktikkan diri, insyaallah kita akan mendapat nilai A++ dalam kecantikan diri kita.

“Sesungguhnya Allah tidak menilai kepada susuk dan rupa badan serta hartamu tetapi Allah akan menilai hati dan amalanmu..” (HR. Muslim)

Dari segi batiniah itulah sebaik-baik cara untuk kelihatan cantik apabila hati telah dibasahi dengan sifat tawaduk, ikhlas dan taqwa maka segalanya akan kelihatan cantik.
Kalau dari segi lahiriah inilah dia yang membuatkan diri ini rasa cantik (yang cantik hanya ALLAH sahaja) cantik hanya untuk diri ini sahaja. Asal sempurna pada pandangan orang lain sudak cukup. Tak perlulah nak secantik model sekadar sedap mata memandang dan menyenangkan hati apabila orang lain memandang. Produk AURA MAYA dah setahun menggunakannya. Alhamdulillah muka terasa licin dan segar dan bintik-bintik dan jeragat hilang. Tak percaya cubalah......satu set hanya RM 145.00



Ada set untuk krim siang (yang berwarna putih), krim malam (yang berwarna hitam) dan sabun untuk basuh muka.

Rabu, 15 Ogos 2012

MASKER MUKA.......................


Masker ni saya beli semasa pergi ke KL Centrel. Murah harganya dan mampu milik. Bukan terletak pada harganya tapi memang sesuai dengan kulit saya. Sangat fresh dan tenang. Kalau kita sedang stress atau sakit kepala masker ini dapat mengurangkan sedikit tekanan dan sakit. Walaupun tak sepenuhnya tapi akan rasa tenang dan lega. Kalau tak percaya cubalah..........

Terasa wajah lembut dan segar selepas pakai masker tersebut. Biasanya  pakai dalam masa 20 - 25 minit tapi saya lebih suka pakai masker ini sehingga kering. Lepas masker tu kering barulah saya tanggalkan. Saya akan pastikan yang masker tu benar-benar telah meresap sepenuhnya di muka saya. Selepas itu saya akan sapu lebih-lebihan masker yang belum kering keseluruhan wajah saya. Terasa benar-benar segar dan licin wajah saya. Saya tidak akan membasuh wajah saya selepas itu dan saya akan terus tidur. Apabila bangun pagi nanti kelembapan wajah saya masih lagi terjaga dan wajah saya akan kelihatan segar dan bersih. Saya memang sukakan masker yang diperbuat daripada buah-buahan terutamanya buah epal dan strawberry. Selain masker epal dan strawberry saya juga suka masker daripada buah apprikot.

Ahad, 5 Ogos 2012

CANTIK OH CANTIK......

Kalau sebut pasal kecantikan ini macam-macam pendapat. Setiap orang lain pendapatnya. Ada yang pandang pada luaran sahaja. Di luar nampak cantik, sempurna dan tiada cacat cela. Potongan badan mak aiii, melentik dan bergetah, wajah putih mulus, gebu dan halus. Macam kat iklan-iklan majalah dan suratkhabar yang sentiasa ada mempromosikan produk kecantikan. Bagi setengah-setengah orang Kecantikan pada saya sebenarnya terletak pada hati. Kalau hati kita bersih maka akan terpancarlah kebersihan pada wajah tersebut. Walaupun hakikat luarannya tidak cantik tapi kenapa bila kita pandang seseorang itu kita akan rasa seronok dan tenang. Bak kata orang manis itu ada. Kadang-kadang dengan hanya senyuman pun boleh membuatkan seseorang itu nampak cantik. Pada saya terpulangkan kepada individu itu sendiri. Sebagai manusia kita dibenarkan untuk berusaha kelihatan cantik dan kemas. Dalam islam itu sendiri ada mengatakan Islam suka pada keindahan dan kecantikan. Cuma kita tidak dibenarkan untuk mengubah kecantikan anugerah Allah yang telah diberikan. Kita tidak dibenarkan mengubah atau menambah apa yang dah ada pada kita. Dalam Islam tidak membenarkan umatnya mengubah wajah yang telah sedia ada sepeti meruncingkan dagu, memancungkan hidung, membesarkan mata, mencantikan wajah dengan memakai susuk dan memakai rambut palsu. Dalam islam sendiri sudah ada cara macam nak mencantikkan peribadi kita:
  1. Hiasilah muka dengan air sembahyang nescaya wajah akan sentiasa berseri-seri dan tampak bercahaya.
  2. Berkatalah hanya perkataan yang baik-baik agar kita terhindar dari keji dan umpatan orang.
  3. Bercakaplah hanya perkara yang benar agar kita tidak di salah sangka kelak.
  4. Beristigarlah apabila kita sedang marah nescaya kemarahan itu akan kurang dan hilang.
  5. Tutupilah rambutmu agar terhindar dari pandangan lelaki-lelaki yang merbahayakan.
  6. Salutilah tubuhmu dengan seeloknya sesungguhnya menutup aurat tu dapat menjauhkan diri dari fitnah.
  7. Peliharalah matamu dari memandang perkara maksiat sesungguhnya mata itu permulaan segala perkara.
  8. Terangilah hati dengan ayat-ayat suci Al-Quran nescaya akan hilang segala bintik-bintik hitam di dalam hati kita.
  9. Untuk menghilangkan stress, Cukup dengan memperbanyakkan solat.Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.
  10. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN.
  11. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.
  12. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Semua perempuan nak cantik. Perempuan mana yang tak nak cantik sehingga ada yang sanggup berhabisan ribu-ribuan semata-mata nak cantik. Sanggup menyeksa diri dengan tidak makan semata-mata nak badan cantik. Sanggup tak nak mengandung lagi semata-mata takut badan tak cantik. Pada saya semua itu terletak pada diri sendiri. Sekiranya kita sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah telah berikan kepada kita. InsyaAllah kita tidak akan jadi seperti mereka-mereka ini. Setiap manusia dilahirkan ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Sekiranya kita boleh menerima kelemahan dan kelebihan diri kita dan kita perbaiki apa yang terkurang dan kita tutup kekurangan diri kita dengan kelebihan yang ada. Allah ciptakan manusia dengan ciptaan yang cukup sempurna dan setiap ciptaanNya itu mempunyai kelebihan masing-masing.

SIAPAKAH MILIKI WAJAH YANG CANTIK

Pada hari kiamat kelak Allah swt akan membangkitkan suatu umat daripada kubur mereka dengan wajah yang berseri-seri. Para malaikat bertanya kepada mereka 'Apakah amalan kamu sewaktu di dunia?' Mereka pun menjawab ' Kalau mendengar seruan azan kami terus bangun, bersuci dan tidak mengendahkan pekerjaan lain.' Kemudian terdapat pula suatu umat yang dibangkitkan dengan wajah seperti bulan purnama. Apabila ditanya mereka menjawab, ' Kami berwuduk sebelum tiba waktu solat.' Ada pula suatu umat yang lain yang mana wajah mereka bercahaya seperti matahari. Para malaikat bertanya lalu mereka menjawab: "Setiap kali azan dikumandangkan kami sudah terlebih dahulu berada di dalam masjid.'

“Ya Allah, kayakanlah aku dengan ilmu, hiasilah diriku dengan sifat lemah lembut, muliakanlah aku dengan ketakwaan dan cantikkanlah aku dengan kesihatan”.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...