Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Memaparkan catatan dengan label BABY BARU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BABY BARU. Papar semua catatan

Rabu, 8 Oktober 2014

JANTUNG HATIKU....

Kenapa ye setiap kali tak balik kg mesti rindukan 3 jantung hati ni plus baby. Kalu balik tiap2 minggu pun belum tentu dapat jumpa si jantung hati ni ialah bergantung time ayahnya off kerja. Kalu kebetulan ayahnya off dan datang rumah mak dapatlah jumpa si jantung hati ni. Rindu sesangat3 kat 4 kesayangan ni.




Alang


Angah


Baby


Along

4 si jantung hati yang menjadi hero di hati kami semua.




Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (Surah Ali-Imran: 38)

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (Surah Ibrahim: 40)

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al baqarah: 128)

Isnin, 11 Ogos 2014

SELAMAT DATANG KE DUNIA BARU............

Alhamdulillah 5 hari sebelum sambut Syawal kami sekeluarga terima family baru.......MUHAMMAD RAZIQ IRWAN....Syukur3x dipanjatkan kepada Allah SWT atas anugerah Allah ini. Terima Kasih ya Allah walaupun kena tahan 5 hari sebab kuning tapi kami bersyukur kerana baby dapat juga pulang ke rumah pada first raya. Bertambah lagi family kami. 











Lahirmu kami sambut dengan rasa syukur. Kami iringi dengan azan tanda kami bersyukur atas kelahiranmu.


Allahu Akbar Allahu Akbar. (2X)
Asyhadu alla illahaillallah. (2X)
Asyhadu anna Muhammadar rasulullah. (2X)
Haiyaalas solah (2X)
Haiyaalal falah. (2X)
Allahu Akbar Allahu Akbar.
La ilahaillallah.
 
 
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Aku menyaksikan bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.
Marilah Sembahyang.
Marilah kepada kejayaan.
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Tiada Tuhan melainkan Allah.



Rabu, 2 Oktober 2013

Sayang sesangat.....

 
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (AL BAQARAH:128)
 

Sayang sesangat kat adik saya...........saya dah jadi kak long..


Oppssss...............saya malu jangan ambil gambar saya......comel sesangat..

Sabtu, 10 November 2012

BABY BARU.....



Inilah dia baby baru MUHAMMAD RAFIEE IRSHAD. Masa gambar ni di ambil baru 2 hari dilahirkan. Bertambah sudah adik beradik ALONG. ALONG dah jadi abang sekarang. Walaupun ALONG baru berumur 2 tahun setengah tapi dah ada ciri-ciri seorang abang. Ingat lagi masa ayah bawa balik ibu dan baby dari hospital balik ke rumah Wan. Masa along nak keluar kereta dia dah kata baby, baby, baby......Masa ibu masih di hospital bila orang tanya mana baby. Along kata BU (IBU....maksudnya baby ada pada ibu).



ALONG dan ADIK (ANGAH IRHAM) memang tak boleh dipisahkan. Cuma sekarang ini aje ADIK yang masih belum tahu ada baby. Mungkin adik baru setahun setengah belum tahu apa-apa lagi. Bila nampak baby adik akan cucuk-cucuk pipi baby, baling bantal peluk pada baby. Bila along nampak adik cucuk pipi baby along akan kata JANGAN....Along akan marah adik.

Jumaat, 2 November 2012

DAPAT ADIK LAGI......





Berita gembira hari ini buat ke dua-dua orang budak comel ini. Ibu mereka telah selamat melahirkan baby lelaki. Di hari yang menjadi penghulu segala hari (Jumaat). Bermakna along irfan dah bertambah tanggungjawab ke atas adik-adiknya. Berita gembira juga buat diriku selaku makcik kesayangan kerana dapat anak buah baru....Memang dah lama bersabar menunggu hari ini dan tak sabar juga nak balik esok untuk melihat baby baru kesayangan. Moga baby baru ini comel seperti abang-abangnya.

ALHAMDULILLAH ya ALLAH kerana mengurniakan kami dan memberikan kami kegembiraan yang tak dapat di ucapkan dengan kata-kata. Satu rezeki yang amat bernilai dan berharga buat kami sekeluarga. TERIMA KASIH YA ALLAH....TERIMA KASIH YA ALLAH.......TERIMA KASIH YA ALLLAH..... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...