Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Memaparkan catatan dengan label WANITA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label WANITA. Papar semua catatan

Jumaat, 7 Jun 2013

1 HARI 1 AYAT - 41 DARJAT WANITA SOLEHAH


 
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada Bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
3. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
5. Seorang wanita jahat adalah lebih buruk dari daripada 1000 lelaki jahat.
6. Wanita yang menguli tepung dan gandum dengan Bismillah, Allah akan berkahkan rezekinya.
7. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah. 
8. Wanita yang memerah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkahan.
9. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah diharamkan api neraka atas tubuhnya.
10. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa menyukai anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
11. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah Surga.
12. Daripada Aisyah “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka maka mereka akan menjadi penghalang daripada api Neraka.
13. Syurga itu dibawah telapak kaki ibu.
14. Apabila memanggil engkau dua orang Ibu Bapamu maka jawablah panggilan Ibumu dahulu.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu Neraka dan terbuka pintu-pintu Syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.
16. Wanita yang taat akan suaminya semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya(serta menjaga shalat dan puasa). 
17. Perempuan apabila Solat 5 waktu, puasa Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya masuklah dia dari pintu Syurga mana saja yang dia kehendaki.
18. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad. 
19. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun Solat.
 
20. Aisyah ra berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah “Ibunya”.
21. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam Syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10.000 tahun).
22. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
23. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapatkan pahala 7 tola perak.
24. Wanita yang meninggal dunia dengan keridhoan suaminya akan memasuki Surga.
25. Jika suami mengajarkan istrinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadah.
26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk Syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam Syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
27. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka berIstighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
28. 2 rakaat solat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
29. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari.
 
30. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada malam hari.
31. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
32. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mangurniakan satu pahala haji.
33. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.
35. Apabila telah lahir anak lalu disusui maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup waktu (2 1/2 tahun) maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa Syurga wajib baginya.
37. Jika wanita memberi susu badannya (ASI) kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
38. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (ASI) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
39. Apabila semalaman (Ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
40. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.
41. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam Syurga.

Selasa, 22 Januari 2013

1 HARI 1 AYAT - 9 SITI YANG PATUT DI CONTOHI KAUM WANITA

" 9 SITI YANG PATUT DI CONTOH OLEH KAUM HAWA "

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

1. Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2. Siti Fatimah
Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3. Siti A’ishah.
Beliau isteri Rasulullah yang paling romantis. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum disitu beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4. Siti Hajar.
Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5. Siti Mariam.
Wanita suci yg memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

6. Siti Asiah.
Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yg dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7. Siti Aminah.
Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8. Siti Muti’ah.
Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya saja.

9. Siti Zubaidah.
Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah Subhanahu Wata'ala.

SubhanAllah Semoga para wanita yang sedang membaca tulisan ini boleh menjadi salah satu Diantaranya...

Aamiin Ya Rabbal'alamiin..

Selasa, 11 Disember 2012

1 HARI 1 AYAT - PERINGATAN BUAT WANITA

WANITA (sila baca dan hayati)

1. Mesti menutupi seluruh badannya kecuali apa yang dibenarkan untuk diperlihatkan iaitu wajah dan tapak tangan. 
2. Pakaian janganlah terlampau berhias-berhias hingga menarik perhatian lelaki asing.
3. Pakaian mestilah tebal yang tidak nipis hingga boleh menampakkan warna kulitnya.
4. Pakaian itu biarlah agak besar dan tidak ketat hingga menampakkan bentuk badannya.
5. Wangi-wangian yg dipakai tidak terlalu wangi sampai menarik perhatian orang. Manakala wangi sekadar untuk menutup bau busuk tidak mengapa seperti bau sabun basuh yang tidak melampau.
6. Pakaian itu tidak serupa pakaian orang lelaki jika orang pandang sahaja nampak itu pakaian lelaki maka haram memakainya.
7. Tidaklah ia menyerupai pakaian perempuan kafir.
Telah ramai gadis Melayu yang melilit tudung mereka paras leher dan sekaligus menampakkan dada. Perihal ini ada sebuah hadis tentang golongan ahli neraka yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. dalam satu hadis: “Dan orang-orang perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, berjalan dengan bergaya (melenggang-lenggok), kepala-kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta (mereka meninggikan gumpalan-gumpalan rambut mereka dengan berhias-hias), mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapati baunya..” (Sahih Muslim).
Daripada Asma' binti U'mais ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah datang untuk berjumpa dengan Aisyah binti Abu Bakar (isteri baginda Saw) dan bersama Aisyah pada ketika itu saudara perempuannya (iaitu saudara perempauan Aisyah) Asma' binti Abu Bakar. Pada ketika itu Asma' memakai pakaian orang Syam (sejenis pakaian arab) yang lengannya agak luas terbuka (yang mungkin menampakkan lengan dan bahagian badan yang lain). Apabila Rasulullah Saw melihat keadaan Asma' sedemikian lantas Rasulullah Saw bangun dan keluar dengan cepat. Apabila Aisyah melihat Rasulullah Saw keluar dengan cepat maka dia berkata kepada kepada Asma' (mungkin Aisyah perasan apa yang tidak disenangi oleh Rasulullah Saw): ”Beredarlah sesungguhnya Rasulullah Saw telah melihat perkara yang tidak disenanginya." Setelah Asma' beredar maka Rasulullah Saw datang kembali untuk berjumpa dengan Aisyah. Maka Aisyah terus bertanya mengapa baginda bangun dan terus keluar? Maka jawab baginda Saw: ADAKAH KAU TIDAK MELIHAT KEADAANYA (IAITU KEADAAN ASMA' BERPAKAIAN)? SESUNGGUHNYA SEORANG PEREMPUAN MUSLIMAH ITU TIDAK BOLEH MENAMPAKKAN SESUATU DARI TUBUH BADANNYA MELAINKAN INI DAN INI (RASULULLAH SAW MENUNJUKKAN PERGELANGAN TANGANNYA DAN MENGGENGGAMNYA DAN JUGA RASULULLAH SAW MENEKAPKAN KEDUA TANGANNYA KE PIPINYA UNTUK MENUNJUKKAN MUKA SAHAJA).
lagi Hadith berkaitan wanita sebagai peringatan
Dalam hadis daripada Jabir bin Abdullah, katanya: “Aku hadir bersama-sama Rasulullah mengerjakan sembahyang pada hari raya (selepas sembahyang dan berkhutbah). Baginda kemudian pergi (ke barisan belakang) hingga sampai ke tempat kaum perempuan. Lalu Baginda menasihati dan mengingatkan mereka serta Baginda (menggalakkan mereka bersedekah) sabdanya: “(Bersedekahlah kamu kerana sesungguhnya kebanyakan kamu menjadi kayu bakaran api neraka.”
Pada saat itu seorang perempuan yang berkedut kedua-dua pipinya bangun dari tengah kaum perempuan lalu bertanya: “Mengapa (kami dimurkai Allah seberat itu), Ya Rasulullah? “Baginda menjawab: “Kerana kamu selalu saja mengadu (tidak cukup nafkah) dan kamu pula tidak mengenang budi suami (sedikit pun).
(Kaum perempuan diciptakan Allah dalam keadaan yang semulia-mulianya sebagai ibu yang dihormati, isteri dikasihi dan anak disayangi. Selain itu, diberi panduan supaya mereka menjadi manusia beriman dan beramal salih.)
Untuk menyedarkan mereka akan hakikat itu, Rasulullah menasihati mereka supaya menjauhi apa-apa juga tabiat buruk seperti diterangkan dalam hadis di atas.
Perkara itu ditegaskan lagi dalam hadis berikut.
Daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Wahai kaum perempuan, bersedekah dan banyakkan beristighfar kerana sesungguhnya aku mengetahui (bahawa) kamu golongan yang banyak sekali antara ahli neraka.”
Seorang perempuan yang bijak antara mereka berkata: “ Ya Rasulullah mengapa kami menjadi golongan yang banyak sekali antara ahli neraka?” Baginda menjawab: "(Kerana) kamu selalu mengutuk dan memaki-hamun dan kamu pula tidak mengenang budi suami dan (selain itu) aku tidak melihat golongan yang kurang akal dan kurang pula (amal) agamanya serta besar pula pengaruhnya kepada orang lelaki bijak bestari (sekalipun) – selain daripada kamu.”
Perempuan itu bertanya lagi katanya: “Ya Rasulullah apa maksudnya: (Kaum perempuan) kurang akal dan kurang (amal) agama itu?” Baginda menjawab: “Mengenai kurang akal, maka (ketika menjadi saksi): Saksi dua perempuan, (hanya) menyamai saksi seorang lelaki; maka inilah (tanda) kurang akal. Dan seseorang perempuan pula akan tinggal beberapa hari dengan tidak mengerjakan sembahyang (kerana kedatangan haid) dan dia pula ada kalanya tidak berpuasa pada Ramadan (kerana kedatangan haid juga) maka ini dan (tanda yang menunjukkan kaum perempuan) kurang amal agamanya (berbanding dengan kaum lelaki).” (Hadis riwayat Bukhari dan Ibn Majah)

Marilah kita bermuhasabah.. Lelaki sentiasa hidup disamping seorang wanita dari kalangan ibu, isteri, kakak dan adik2.. Sanggupkah kita melihat mereka di nereka dalam kesusahan juga antara penyebab kita(lelaki) ke neraka juga... Peliharalah dirimu wanita daripada menjadi perangkap syahwat, jerat syaitan, pemuas nafsu lelaki... Sayangi dirimu dan lantas Allah pasti bersamamu.. Jangan engkau merendah-rendahkan maruahmu sedangkan Allah sudah mengangkat darjatmu " tidak ternilai wanita solehah dengan seisi alam" (meremang) .. Semoga kita temui isteri-isteri yang solehah kepada suami dan ibu kepada anak-anak.. WANITA adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.. ..

Khamis, 8 November 2012

1 HARI 1 AYAT - 13 PERKARA YANG PERLU DIJAGA WANITA

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.

1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
2. Kaki dan semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki atau mengangkatnya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Surah An-Nur Ayat 31.)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan dan melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan locen sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah. 
3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.) 
4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Surah An-Nur Ayat 31).
5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Hadis Riwayat At-Thabrani). Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik yang merubah ciptaan Allah. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Pakaian yang nipis (jarang)
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Riwayat Muslim dan Bukhari.)
8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.) 
9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Hadis Riwayat Ibn Majah.)
11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.) 
12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Hadis Riwayat Ahmad, Abu D, An Nasaii dan Ibn Majah.) Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud: Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin Hushain ra: Bahawa Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Ahad, 4 November 2012

1 HARI 1 AYAT - 6 PESAN UNTUK WANITA


1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Di anjurkan baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia dan akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw seperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid dan Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Rabu, 31 Oktober 2012

1 HARI 1 AYAT - MENGAPA HAWA TERCIPTA SAAT ADAM TERTIDUR

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Dikatakan bahawa seorang laki-laki jika kesakitan maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita saat dia kesakitan maka semakin bertambah sayang dan cintanya.

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam 'alaihissalam saat Adam terjaga pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga dia melihat kematian ada dihadapannya akan tetapi semakin bertambah sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya bahkan dia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).

Tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Oleh kerana itu Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah kerana dia akan berinteraksi dengan tanah dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi dan tukang kayu.

Adapun seorang wanita maka akan berinteraksi dengan perasaan dengan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja dan seorang isteri yang penurut.

Kedoktoran moden telah menetapkan bahawa seandainya bukan kerana tulang rusuk tersebut pastilah pukulan yang paling ringan yang diberikan kepada jantung akan menyebabkannya rosak dan menuju kepada kematian.

Maka Allah menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga qalbu. Kemudian Dia menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh kerana itu wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok!!

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut di sebabkan dia sebagaimana yang dikhabarkan oleh Nabi s.w.t jika seorang lelaki berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta maka dia akan mematahkannya.

Yang dimaksudkan dengan kebengkokkan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa dia memang diciptakan seperti itu dia adalah separuh bahagian dari masyarakat sosial yang membangun separuh yang lain. Sekalipun demikian hampir seorang wanita solehah boleh menjadi keseluruhan masyarakat sosial tersebut.

Khamis, 18 Oktober 2012

1 HARI 1 AYAT - CIRI-CIRI WANITA SYURGA

Apakah hanya orang-orang beriman dari kalangan lelaki dan bidadari~bidadari saja yang menjadi penduduk syurga. Bagaimana dengan isteri-isteri kaum mukminin di dunia wanita-wanita penduduk bumi?

Isteri-isteri kaum mukminin yang beriman kepada Allah dan RasulNya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk syurga lain nanti tentu ianya sesuai dengan amal mereka selama di dunia. Tentu setiap wanita muslimah ingin menjadi ahli syurga pada hakikatnya wanita ahli syurga adalah wanita yang taat kepada Allah dan RasulNya..

Seluruh ciri-ciri wanita merupakan cerminan ketaatan yang dia miliki. Di antara ciri~ciri wanita ahli syurga tersebut adalah:- 
1.   Bertakwa 
2. Beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Kiamat dan Beriman kepada Takdir yang Baik mahupun yang Buruk.
3. Bersaksi bahwa tiada Allah yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan RasulNya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan ramadlan dan naik haji bagi yang mampu.
4. Ihsan iaitu beribadah kepada Allah seakan akan melihat Allah jika dia tidak dapat melihat Allah dia mengetahui bahawa Allah Melihat diri mereka. 
5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah & RasulNya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepadaNya dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepada mereka. 
6. Gemar membaca Al-Quran dan berusaha memahaminya berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama banyak orang dan berdoa kepada Allah semata.
7. Menghidupkan amar-ma’ruf dan nahi-munkar pada keluarga & masyarakat.
8. Berbuat-baik [ihsan] kepada tetangga, anak-yatim, faqir-miskin, dan seluruh-makhluk, serta berbuat-baik terhadap haiwan ternak yang mungkin dia miliki.
9. Menyambung tali persaudaraan [ukhuwah/silaturrahim] terhadap orang yang memutuskannya memberi kepada orang menahan pemberian kepada diri mereka dan memaafkan orang yang menzalimi mereka. 
10. Berinfaq, baik ketika lapang mahupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.
 11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk. 
12. Menjaga lisan mereka dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan [aib] orang~lain [ghibah].
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepada mereka. 
14.  Berbakti kepada kedua orang tua.
15. Menyambung silaturrahim dengan kaum kerabat mereka, sahabat terdekat & terjauh.

SUBHAANALLAAH
Allah Ta’ala berfirman:
**...barang siapa taat kepada Allah dan RasulNya, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga~syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar** [Q.S. An~Nisaa’ : 13]

Dari Abdurrahman bin Auf, Rasulullaah bersabda:
**jika seorang wanita menjaga shalat lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan, menutup aurat & menjaga kehormatannya, mentaati suaminya, maka dikatakan padanya masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai**

Selasa, 16 Oktober 2012

1 HARI 1 AYAT - PAKAIAN WANITA DI MATA LELAKI

Bismillahir-Rahmaanir-Rahim ...Allah telah menjadikan setiap kejadian ini berpasang-pasangan. Malam pasangannya siang , rajin pasangannya malas, tidur pasangannya jaga dan lelaki pasangannya perempuan.

Disebabkan perempuan pasangannya lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat sesungguhnya ini ada hubungkaitnya dengan nafsu. Ia ada pula perkaitannya dengan bisikan syaitan. Jadi untuk mengawal nafsu mestilah dikawal dengan iman. Tetapi untuk mendapatkan iman mestilah menurut perintah ALLAH dan RASUL serta menjauhi segala kemungkaran.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa ye?? Semua orang tahu apa maksudnya. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak di kawal dengan iman. Jadi mata lelaki ini selalu menjalar apabila terpandang seorang wanita. Setiap bentuk badan wanita akan dihayati oleh seorang lelaki dengan pelbagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki melihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihat oleh seorang lelaki adalah rambut perempuan itu. Sebab itulah wanita berkewajipan untuk menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu dah ditutup, maka mata lelaki ini akan turun ke bawah melihat lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Seterusnya mata lelaki ini akan turun lagi melihat bentuk dadanya sebab itulah wanita berkewajipan untuk menutup dadanya dengan melabuhkan tudung. Setelah itu, mata lelaki ini akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, sebab itulah wanita perlu dan wajib untuk melabuhkan pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya. Kemudian mata lelaki ini akan turun lagi melihat pula bentuk punggungnya maka wajiblah wanita itu untuk membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan dan lelaki ini seterusnya akan melihat bentuk pehanya. Maka janganlah sesekali wanita ini memakai kain yang agak ketat hingga nampak bentuk pahanya.

Mata lelaki ini akan turun lagi melihat kepada kaki perempuan. Oleh itu wajiblah seorang wanita itu memakai stoking yang warnanya tak sama sekali dengan warna kulit kita. Tolonglah..agar mata-mata lelaki ini tak berdosa. Sesudah itu mata lelaki ini akan kembali semula ke atas. Menengok pula bentuk tangan yang cantik pada pandangan mata lelaki. Maka tolonglah wahai muslimah semua labuhkanlah tudung kita menutupi bentuk tangan kita. Tak pun pakailah sarung lengan yang ada sekarang ini lebih afdal.

Wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya kerana ia akan menimbulkan fitnah kecualilah jika kamu nak meminangnya. Dan kalau wanita tu sangat soleh, takut muka yang cantik tu akan menimbulkan fitnah..maka berpurdahlah jika itu lebih baik buat kamu. Tetapi mata lelaki ini ada satu jenis penyakit lagi iaitu mata lelaki ini akan tertangkap secara spontan bila ternampak warna yang terang. Oleh itu wanita sekalian janganlah pakai pakaian yang warnanya terang sangat kalau nak pakai pun pakailah untuk suami kat umah. Lebih selamat.

Itulah wahai sahabiah semua berkenaan dengan mata lelaki ini. Bila dah tutup aurat itu jangan pulak ingat tugas kita dah selesai. Kenalah pula kita menjaga kehormatan diri kita. Jangan keluar seorang diri. Keluarlah dengan mahram. Mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah walau muslimah tu dah menutup aurat. Insya Allah selamat duniawi ukhrawi.

Ingatlah, apa yang ada pada seorang wanita tu tiada pada lelaki. Itulah istimewanya wanita maka peliharalah ia sebaik mungkin dan serahkan saja itu semua kepada yang halal iaitu untuk suami. Ingatlah, hukum Allah tu adalah untuk kebaikan kita jua. Tiada ruginya pada Allah tapi amat malang jika kita melanggarnya. Dan pada kaum lelaki, mata kamu tu wajib untuk tak mencuri melihat wanita ajnabi dan dilarang sangat sangat oleh Allah dan Rasul.

Sesungguhnya pandangan antara lelaki dan wanita yang ajnabi adalah salah satu daripada panahan syaitan. Ingat, wanita dijadikan dari rusuk lelaki, bukan dari kepala sebagai atasnya dan bukan dari kaki sebagai alasnya. Tetapi dekat dengan lengan untuk dilindungi dan dekat dengan hati untuk dididik dan dikasihi.

Berkorban kerana Allah membuatkan kita tak terasa kehilangan harga diri malah mendapat ketenangan dan kebahagiaan hakiki..InsyaAllah.

Jumaat, 28 September 2012

1 HARI 1 AYAT - PERINGATAN UNTUK KAUM WANITA

Hawa,

Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar Islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilai di mata kaum adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat Islam menyelubungi alam, bila sinar Islam berkembang, darjat kita diangkat, maruah kita terpelihara, kita dihargai dan dipandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan di dunia ini melainkan wanita sholehah.

Wahai Hawa,

Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan Islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?

Wahai Hawa,

Tangan yang mengoncang buaian boleh mengoncangkan dunia, sedarlah hawa kau dapat mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang sholeh dan sholehah, kau bisa menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia.

Tapi hawa, jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.

Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, karena aku risau ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah.

Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang sholehah buat kedua ibu-bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sampai ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,

Andai engkau belum menikah, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya.

Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku risau dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan... takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.

Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya karena dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mau bermain cinta sebabnya dia tahu apa tujuan dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni pernikahan.

Oleh itu Hawa,

Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibu-bapamu yang memberi kehangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,

Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga mencintai Allah. Cintailah kedua ibu-bapamu kerana kau akan peroleh keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa,

Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.

Suatu saat ada yang harus pergi, suatu saat ada yang akan datang. Mungkin yang pergi tidak akan kembali, dan mungkin yang datang hanya sebentar.




Sabtu, 14 Julai 2012

1 Hari 1 Ayat - SEBAIK-BAIK KEJADIAN WANITA TERSEMBUNYI RAHSIA ALLAH SANGAT BESAR

Kejadian wanita amat unik berbanding dengan kejadian lelaki. Sengaja Allah s.w.t menjadikan wanita berbeza dengan kaum lelaki. Perbezaan ini mengandungi hikmah yang tidak dapat dibantah atau disangkal oleh pemikiran manusia.

Di sebalik kejadian wanita yang serba lemah sebenarnya tersembunyi rahsia Allah yang amat besar yang perlu disedari oleh setiap wanita. Jika wanita dapat meletakkan diri mereka di tempat yang sesuai dengan hakikat kejadian mereka yang serba lemah itu, wanita menjadi lebih mulia daripada lelaki serta menjadi penyeri alam.

Wanita pertama yang dijadikan Allah s.w.t iaitu Hawa adalah hasil doa Nabi Adam a.s. Beliau yang kesepian hidupnya di syurga ketika itu tiada teman untuk berbicara. Allah s.w.t memperkenankan doa beliau dengan menciptakan seorang wanita untuknya. Inilah secara ringkasnya kejadian wanita, mahkluk yang halus kulitnya, leamah sendi tulangnya dan berbeza pula bentuk serta susunan tubuhnya berbanding dengan lelaki.

Kaum wanita harus menerima hakikat asal kejadian mereka. Oleh kerana mereka dijadikan daripada tulang yang bengkok lagi lemah mereka perlu kepada pimpinan yang halus tetapi tegas, Rasululllah s.a.w bersabda lagi:

" Perempuan itu seperti tulang rusuk jika kamu meluruskannya bererti kamu mematahkannya. Jika kamu membiarkannya dia akan tetap bengkok."

RIWAYAT IMAM BUKHARI

Dalam keadaan yang lemah ini wanita tidak mampu untuk membuat sesuatu pekerjaan kecuali dibantu dengan baik. Oleh sebab itulah Allah s.w.t tidak menuntut wanita melaksankan sesuatu yang tidak termampu olehnya. Apa yang dipertanggungjawabkan ke atas wanita adalah bersesuaian dengan kekuatan fizikal dan mentalnya. Ini dapat dilihat dari sudut ibadahnya. Walaupun Allah s.w.t telah mewajibkan ke atas setiap mukalaf supaya mengucapkan dua kalimah syahadah, menunaikan solat, berpuasa, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji namun bagi kaum wanita hanya tiga perkara yang mampu dilaksanakan sendiri iaitu mengucapkan syahadah, solat dan berpuasa. Dalam melaksanakan haji dan berzakat, mereka umunya memerlukan bantuan kaum lelaki.

Jika dibandingkan dengan kaum lelaki daripada sudut ibadah ternyata ibadah kaum wanita adalah sedikit. Cuma Allah s.w.t melebihkan kaum lelaki daripada segi pahalanya sepertimanan firman Allah s.w.t:

" Barangsiapa mengerjakan kebaikan, baik daripada lelaki mahupun perempuan  padahal dia beriman maka Kami pasti akan beri penghidupan dengan hidup yang baik dan nescaya Kami akan beri balasan pahala atas mereka itu dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan." (SURAH AN-NAHL:97)

Wanita tidak hanya lemah pada asal kejadiannya malah pada umumnya lemah juga pada akalnya. Jika diukur nisbah antara akal dan nafsu, wanita hanya mempunyai satu akal berbanding dengan sembilan nafsu. Manakala lelaki pula mempunyai satu nafsu berbanding dengan sembilan akal. Ini jelas dalam Al-Quran sebagaimana firman Allah s.w.t:

" Dialah yang menciptakan kamu daripada nafsu yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isterinya agar dia merasa senang kepadanya."

Maka atas ketinggian nafsu yang terlalu berbeza dengan akal, wanita lazimnya menjadi terlalu emosional sehingga mudah merasa sensitif dalam semua hal. Lebih-lebih lagi dalam hal yang berkaitan dengan urusannya. Oleh kerana itu wanita perlu mendapatkan pimpinan daripada kaum lelaki yang lebih luas pemikirannya. Dengan pimpinan itu mereka akan mendapat panduan untuk bertindak dalam sesuatu hal yang dapat manfaatkan emosinya untuk kebaikan.

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab kepada kaum perempuan. Oleh kerana Allah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaannya)  atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka." (SURAH AN-NISA:34)

Emosi perlu bagi wanita kerana tanpa emosi kaum wanita ditakuti bertindak liar dan merosakkan. Tanpa bimbingan, nafsu lebih banyak mempengaruhi mereka daripada akal. Namun begitu jika emosi dipimpin dan diatur selaras dengan syariat wanita akan menjadi makhluk yang paling cantik, unik, sensitif dengan Allah dengan mahkluk dan alam sekitarnya. Barulah mereka menjadi mutiara yang paling berharga di dunia.

Bagi memimpin emosi, wanita perlu meningkatkan ilmu dunia dan akhirat. Jika ilmu dapat dipertingkatkan daya fikrah (akal) juga menjadi kuat. Apabila daya fikrah kuat, nafsu yang liar akan dapat diddidik dan ditundukkan. Nafsu yang telah ditundukkan akan bertukar kepada nafsu yang tinggi martabatnya di sisi Allah iaitu sekurang-kurangnya peringkat nafsu yang paling rendah yang dapat menjamin keselamatan di akhirat kelak. Ini dinyatakan sendiri oleh Allah s.w.t dengan firmanNya yang bermaksud:

" Hai jiwa yang tenang (nafsu mutmainnah) kembalilah kamu kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya." (SURAH AL-FAJR: 23)

Satu lagi faktor yang boleh menundukkan emosi wanita secara semulajadi ialah apabila wanita melahirkan anak. Pada setiap kelahiran anak terkandung 1001 rahsia Allah s.w.t perlu juga diketahui sedikit sebanyak oleh wanita itu sendiri. Sakit yang dideritai ketika bersalin selain menjadi sebab untuk menghapuskan dosa-dosa yang lalu juga menurunkan emosi  wanita. Jika emosi boleh dibialng maka pada setiap kelahiran itu gugurlah satu emosi. Inilah antara sebab mengapa wanita menjadi kian matang anak semakin bertambah.

Tujuan kita mendedahkan kelemahan bukanlah kerana hendak merendah-rendahkan kaum wanita tetapi mereka terus terpimpin dan sedar di garisan mana harus mereka bertapak dan berpijak. Andai kata terdapat kekurangan dari segi hak dalam syariat islam atau din dalam sudut-sudut yang lain, sebenarnya islam telah menggantikannya dengan kelebihan dalam sudut yang lain bersesuaian dengan fitrah semulajadinya. Terjadi kekurangan itu adalah untuk faedah atau kepentingan kaum wanita itu sendiri.

Oleh kerana kaum wanita itu sendiri halus perasaannya berbanding dengan kaum lelaki maka atas dasar inilah mereka lebih sesuai berperanan sebagai pendidik anak-anak dan menguruskan keluarga. Ini kerana bidang ini memerlukan seorang pengurus yang halus emosinya dan tabiat ini sememangnya ada pada wanita. Ianya bukanlah satu penghinaan tetapi merupakan satu penghormatan daripda Allah s.w.t. Di situlah letaknya kemuliaan.

Oleh sebab itulah kaum wanita mestilah berusaha menjaga maruahnya supaya tidak tercemar. Usaha menjaga maruah diri juga merupakan satu cabang daripada banyak cabang ibadah. Ini termasuklah menjaga tutur kata, gerak geri, tingkah laku dan apa saja yang berkaitan dengan peribadi wanita itu sendiri. Maruah wanita adalah sesuatu yang seni, halus dan sensitif. Bagi menjaganya bukanlah mudah kecuali dengan ilmu dan iman yang kuat.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...