Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Memaparkan catatan dengan label DOA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DOA. Papar semua catatan

Rabu, 19 November 2014

BINGKISAN TERBAIK........AMALAN DOA HARIAN DAN 100 DOA DARI RASULULLAH

ALHAMDULILLAH

Syukur kepada Allah atas limpah dan kuniaNya kepada ku sehingga hari ini masih diberi kesempatan untuk terus mencari bekalan untuk akhirat. Alhamdulillah masih diberikan usia untuk bernafas di muka bumi yang hanya sementara ini. Ya Allah rasanya terlalu sedikit amalan yang telah aku lakukan di dunia ini. Astafirullah alazim. Ya Allah kau ketuklah pintu hati ini untuk sentiasa menginsafi dosa2 yang aku lakukan sama ada aku sedari atau tidak. Terima kasih Ya Allah. Alhamdulillah sentiasa ada sahaja hamba Allah yang bermurah hati memberikan ilmu yang boleh kita kongsikan bersama. InsyaAllah...........




Amalan Doa Harian 100 Doa dari Rasulullah



Betapa indahnya kehidupan islam ini. Bermacam2 doa Rasulullah ajarkan kepada umatnya untuk diamalkan. Alangkah baiknya kita menjadikan setiap satu amalan harian Nabi saw sebagai ikutan untuk kita setiap hari. Setiap perkara yang ingin kita lakukan Rasulullah telah tinggalkan doa2 yang perlu kita mulakan dengan lebih beradab dan sopan. Lihatlah kecintaan Rasulullah terhadap umatnya betapa besarnya ilmu yang diamalkannya diturunkan untuk umatnya supaya sentiasa berada dilandasan syariat Allah. Beruntungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad saw akhir zaman. 



“Berdoalah kepadaku, akan aku perkenankan permintaanmu.” (Al-Mukmin, 60)


"Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi". (HR Hakim)


"Barangsiapa mahu supaya doanya dikabulkan ketika dalam keadaan kesempitan atau kesusahan hendaklah dia banyak berdoa ketika dalam kesenangan".
(HR Tirmizi)

Khamis, 13 November 2014

Bingkisan ikhlas dari my best friend..........Surah Yasin

Alhamdulillah

Terima Kasih Ya Allah

Terima kasih juga yang memberikan ilmu ini sebagai hadiah untuk saya. Alhamdulillah bertambah2 lagi pahala sahabat saya moga Allah rahmati dan lindungi sahabat saya dan keluarganya. Surah Yasin, Manzil, Doa dan Surah2 Pilihan. 


Sabda Rasulullah SAW : “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (Riwayat Al-Bukhari, Tirmizi, Ahmad dan Ibni Hibban)


Bayangkanlah dalam buku ini terdapat beratus2 ayat. Bayangkanlah berapa banyaknya pahala yang akan sahabat saya dapat sekiranya saya mengamalkannya dan memberikan ilmu tersebut kepada orang lain. MasyaAllah betapa mudahnya untuk mengumpulkan pahalakan. Semudah itu Allah berikan kepada kita. Terpulang kepada kita untuk memanfaatkannya, rebutlah peluang itu selagi Allah beri kesempatan kepada kita. Tak perlulah nak keluarkan duit yang banyak cukuplah ikut kemampuan kita untuk menyampaikan ilmu kepada orang lain walaupun hanya dengan kata2 nasihat dan doa. InsyaAllah, Allah lebih tahu kemampuan kita. Berusahalah kita menyampaikan apa jua kebaikan kepada orang lain kerana ganjarannya sangat besar. Semoga segala amalan yang kita kerjakan diterima Allah hendakNya. AMIN. 


Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memberi contoh kebaikan, maka ia mendapat pahala dan pahala orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat; dan sesiapa yang memberi contoh kejahatan, maka ia mendapat dosa dan dosa orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat.” (Petikan Kitab Tanbihul Ghafilin halaman 13).

Rabu, 16 Julai 2014

1 HARI 1 AYAT - 10 PERKARA HALANG DOA MAKBUL

Firman Allah SWT yang bermaksud: " Dan apabila hamba-hambaKU bertanay kepadamu mengenai Aku maka sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKU. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKU), dan hendaklah mereka beriman kepadaKU supaya mereka menjadi baik serta betul." (Surah al-Baqarah: 186)


Ayat di atas berada ditengah-tengah perbincangan berkenaan kewajipan berpuasa, hukum berkaitan puasa dan mengenai Nuzul Al-Quran. Sesuatu yang tersirat di sini ialah Allah SWT Maha Mengetahui hambaNya yang merasai kelazatan kefarduan ibadah puasa yang zahirnya kelihatan susah tetapi di sebaliknya ada seribu rahmat lalu mereka ingin bertanya kedudukan doa mereka setelah menunaikan ibadah puasa.


Daripada Abu Hurairah. Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "3 orang yang tidak ditolak doa-doa mereka. sesorang yang berpuasa sehingga dia berbuka, seorang imam (pemerintah) yang adil dan doa daripada seorang yang dizalimi. Allah SWT akan mengangkatnya ke atas awan dan terbuka pintu langit dan Allah berfirman: " Demi kemuliaanKU, pasti Aku akan menolong kamu walaupun selepas beberapa ketika"(Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi).


Seseorang yang berpuasa itu mungkin bukan seorang pemimpin yang adil dan mungkin juga bukan seorang yang sedang dizalimi namun demikian dia mempunyai ruang dimakbulkan doa melalui ibadah puasa dilaksanakannya. Jika diperhatikan dalam al-Quran setiap persoalan yang dibangkitkan akan dijawab oleh Allah SWT dengan perkataan Qul atau "katakanlah". Firman Allah SWT yang bermaksud: " Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia khasnya ibadah haji."(Surah al-Baqarah": 189)


Firman Allah SWT yang bermaksud: " Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (hukum) berperang pada bulan yang dihormati: katakanlah: " Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar,"(Surah al-Baqarah: 217). Firman Allah SWT mafhumnya," Mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (masalah) anak-anak yatim itu amatlah baiknya."(Surah al-Baqarah: 220). Dalam konteks pertanyaan berkenaan dengan doa, Allah SWT tidak menjarakkan dengan perkataan katakanlah tetapi terus menjawab sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka).


Pada suatu hari seorang lelaki datang bertemu dengan rasululah SAW katanya, "Wahai Rasulullah adakah Tuhan itu dekat sehingga kami dapat bermunajat kepadaNya? Atau Tuhan itu jauh sehingga kami perlu menyeru kepadaNya?" Rasulullah SAW mendiamkan diri sehingga turunlah firman Allah SWT yang bermaksud: " dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka)."(Surah al-Baqarah: 186)


Dalam hadis riwayat Muslim diceritakan satu ketika ketika hari Jumaat datang seorang lelaki bertemu Rasulullah SAW ketika Nabi SAW sedang berkhutbah. Lelaki tersebut menyatakan "wahai Rasulullah telah musnah harta benda dan jalan-jalan pun telah retak maka berdoalah kepada Allah agar Allah SWT menurunkan hujan kepada kita lalu Nabi SAW pun mengangkat tangannya kemudian berdoa, "Ya Allah turunkanlah hujan kepada kami." Maka Allah SWT pun mendatangkan awan dan menjadikannya mula meluas kemudian turunlah hujan dalam keadaan Nabi SAW masih berada di atas mimbarnya sehingga air hujan membasahi janggut Baginda yang mulia. Kemudian hujan turun terus menerus selama seminggu. 


Kemudian pada hari Jumaat berikutnya seorang lelaki lain atau lelaki yang sama sebelum ini berkata, " Wahai Rasulullah, harta benda telah tenggelam, bangunan menjadi rosak maka berdoalah kepada Allah agar menghentikan hujan ini lalu Nabi SAW pun menadahkan kedua tangannya kemudian berdoa, "Ya Allah turunkanlah hujan di sekitar kami yang memberi kebaikan kepada kami bukannya merosakkan kami". Kisah di atas memberikan peringatan kepada kita bahawa sesuatu doa itu tidak seharusnya diminta dengan tergopoh gapah untuk melihat hasilnya.


Setiap daripada kita perlu menyedari jika Allah SWT memakbulkannya itu pun adalah terbaik untuk kita. Berlaku keadaan di mana manusia mulai nampak kebaikan Allah SWT memakbulkannya itu pun adalah terbaik untuk kita. Berlaku keadaan di mana manusia mulai nampak kebaikan Allah SWT yang tidak memperkenankan doanya selepas puluhan tahun dan menaytakan, " Ya Allah rupa-rupanya sesuatu yang Kau berikan adakah terbaik daripada sesuatu yang aku inginkan." Sebenarnya tanggungjawab hamba adalah berdoa kerana dengan doa itu sendiri pun adalah bentuk ketaatan dan perhambaan kepadaNya. 


Firman Allah SWT yang bermaksud: " Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru dalam segala halnya" (surah al-anbiya: 37). Mungkin dengan doa adalah satu bentuk penghapusan dosa atau ia menghindarkan diri kita daripada bahaya bencana atau kita akan meraih pahala doa itu dia khirat. Sabda Rasulullah SAW, " Seseorang Muslim yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa dan ia bukan perkara dosa serta tidak memutuskan hubungan silaturrahim melainkan diberikan oleh Allah dengan salah satu dari 3 bentuk, samada disegerakan apa yang didoakan atau sebagai simpanan bekalan pada hari akhirat atau diselamatkan dariapda sebarang kejahatan."(Riwayat Tirmizi).


Jika doa yang dipanjatkan kepada Allah SWT belum dimakbulkan Allah adalah juga suatu ruang untuk kita bermuhasabah dan meneliti diri kita terutama pada bulan yang mulia ini. Pada suatu hari Ibrahim bin Adham yang juga dikenali dengan Abu Ishaq berjalan di pasar Basrah lalu beliau dikeliling oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya: " Ya Aba Ishaq, Allah berfirman: " dan Tuhan kamu berfirman: " Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu."(Surah Ghafir: 60) Sedangkan kami telah berdoa dan doa kami belum dikabulkan!.


Beliau menjawab, "Ia kerana hati kamu mati disebabkan oleh 10 perkara".

1. Kamu mengenali Allah tetapi belum menunaikan hakNya.
2. Kamu membaca al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya.
3. Kamu mengetahui syaitan  sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.
4. Kamu menyatakan kamu umat Nabi Muhammad SAW tetapi tidak mengerjakan sunnahnya.
5. Kamu menyatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu kesyurga.
6. Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu tidak menghindarkan dirimu daripadanya.
7. Kamu menyatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-siap menghadapi mati.
8. Kmau sibuk meneliti keaiban manusia tetapi tidak pernah melihat keaibanmu sendiri.
9. Kamu makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mahu besyukur kepadaNya.
10.Kamu menguburkan mayat rakanmu tetapi tidak mengambil penagjaran daripada mereka.



Selasa, 31 Disember 2013

Senyuman Tahun Baru...2014



Assalammualaikum.....lagi beberapa jam sahaja kita akan menyambut tahun baru. Sebagai orang muslim tak perlulah kita nak menyambut tahun baru dengan pesta-pesta yang melalaikan. Sekadar kita mengucapkan syukur kerana masih lagi bernafas di bumi Allah ini. Cuba kita fikirkan sejenak apa kebaikan dan amalan yang telah kita lakukan di tahun ini dan tahun2 sebelumnya yang boleh kita jadikan bekalan untuk akhirat kita nanti. Pernahkah kita fikirkan apabila kita celik saja mata bangun dari tidur apa kebaikan yang boleh kita lakukan kepada orang lain. Tak perlu tunggu orang lain untuk buat kebaikkan kepada kita. Renung2kanlah dan selamat beramal.
 
 
YA ALLAH.....jadikan kehidupan kami ini kehidupan yang sentiasa diberkati, amalan yang diterima, dijauhi sifat riak dan sombong, permudahkan segala urusan dunia dan akhirat kami, kurniakan kami keluarga yang sakinah, anak2 yang soleh dan solehah, suami yang Engkau redhai menjadi pemimpin kami di dunia ini, kesejahteraan ibu bapa kami, ampunkanlah segala dosa2 kami, ahli keluarga kami, anak2 kami, saudara mara islam kami, jiran2 kami, guru2 kami dan para ulama kami, berkati hidup mereka dan kami sekeluarga, rezeki yang halal dan diberkati, pimpinlah kami ke jalan yang Engkau redhai, berilah kami hidayahMU dan rahmatMU. Janganlah Engkau sesatkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk. Hidupkan, matikan dan masukkan kami dalam syurgaMU dengan iman. AMIN...AMIN....AMIN



GOOD BYE 2013.....SELAMAT DATANG 2014

....Jadikan hari2 seterusnya lebih baik dari hari2 sebelumnya...

Khamis, 1 Ogos 2013

1 HARI 1 AYAT - ÄNDAI INI RAMADAN TERAKHIRKU....Harapan Ramadan kali ini

Segala puji hanya milik Allah Taala, selawat dan salam semoga sentiasa dilimpahkan kepada Rasulullah, keluarga dan para sahabatnya serta orang-orang yang setia kepadanya. AMIN.
 
"Ya Allah, Yang Maha Hidup dan Berdiri sendiri, Pemilik segala keagungan dan kemuliaan jadikanlah kami dan segenap kaum muslimin sebagai orang-orang yang menunaikan ibadah puasa Ramadan dan solat malam dengan penuh keimanan dan harapan akan pahala dan diampuni segala dosanya, baik yang telah lalu mahupun yang akan datang dengan rahmatMU wahai Zat Yang Maha Penyayang di antara para penyayang."
 
"Ya Allah, Yang Maha Pemberi segala kebaikan, Yang setiap hari mencipta, mematikan, memberi rezeki dan mengatur, zat yang tak terpengaruh sedikitpun dengan ketaatan orang-orang yang taat dan kemaksiatan daripada para pelaku maksiat, jadikanlah kami orang-orang yang Berjaya mencapai maghhrifah dan redhaMu sekligus memperolehi keselamatan hingga terbebas daripada neraka."
 
"Ya Allah jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang yang diterima segala amalannya pada bulan suci ini dan berikanlah kepada kami pahala dan anugerah yang melimpah."
 
"Ya Allah jadikanlah kami golongan orang-orang yang mampu melaksanakan puasa di bulan ini, menyempurnakan pahala, mendalami Laitul Qadar dan memperoleh penghargaan daripada sisiMU."
 
" Ya Allah, Yang Maha Hidup dan Berdiri sendiri, Pemilik segala Keagungan dan Kemuliaan, Maha mengabulkan doa orang yang dalam kesulitan, kami memohon segala limpahan rahmat dan curahan maghrifahMU, kekuatan untuk meniti di jalan kebenaran, memperoleh banyak kebajikan, terlepas dari noda dosa dan memperolehi anugerah syurga serta selamat daripada api neraka."
 
" Ya Allah, kami memohon kepadaMU seluruh pembuka pintu kebajikan dan penutupnya yang singkat tapi padat yang Nampak dan tersembunyi, wahai Pemilik kerajaan, Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu wahai Pengabul doa orang yang dalam kesulitan."
 
"Ya Allah, Yang Maha Hidup dan Berdiri sendiri, Pemilik segala keagungan dan Kemuliaan kami memohon kepadaMU petunjuk, ketakwaan, kesucian diri dan kekayaan."
 
 Ya Allah, kami memohon kepadaMU segala kebaikan yang telah dimohon RasulMU Muhamad dan hamba-hambaMU yang soleh. Dan kami memohon perlindungan MU daripada seluruh keburukan yang dimohon RasulMU Muhammad dan hamba-hambaMU yang soleh."
 
"Ya Allah, kami memohon padaMU syurga dan semua amal baik perkataan mahupun perbuatan yang boleh mendekatkan diri kami kepadaMU serta memohon perlindungan MU daripada neraka dan murkaMU dan kami mohon padaMU syurga dan mohon perlindungan daripada neraka."
 
"Ya Allah perbaikilah agama kami yang merupakan penjaga urusan kami, perbaikilah dunia kami merupakan tempat hidup kami, perbaikilah akhirat kami yang merupakan tempat kembali kami dan jadikanlah kehidupan kami sebagai penambah kebaikan bagi kami serta jadikanlah kematian kami sebagai istirehat bagi kami daripada segala keburukan."
 
"Ya Allah anugerahkan kepada kami rasa takut yang boleh melindungi diri kami daripada perbuatan maksiat kepadaMU dan ketaatan yang dapat menghantarkan kami ke syurgaMU dan keyakinan yang boleh meringankan musibah-musibah duniawi."
 
"Ya Allah limpahkan kenikmatan untuk kami dengan pendengaran, penglihatan dan kekuatan kami selama Engkau anugerahkan hidup kepada kami."
 
" Ya Allah kami memohon perlindunganMU daripada cubaan berat daripada kesusahan yang hebat daripada keputusan yang buruk dan kejahatan musuh."
 
"Ya Allah kami memohon perlindunganMU daripada kehilangan nikmatMU daripada perubahan kesihatan dariMU daripada seksaMU yang datang mendadak dan daripada segala murkaMU."
 
" Ya Allah kami memohon perlindungan daripada neraka Jahannam daripada seksa kubur daripada fitnah kehidupan dan kematian serta fitnah Dajjal."
 
"Ya Allah hanya rahmatMU yang kami harap maka janganlah Engkau sandarkan kami kepada diri kami sendiri walau sekejap dan perbaikilah seluruh urusan kami tiada Tuhan yang haq melainkan hanya Engkau."
 
"Ya Allah perbaikilah akhir segala urusan kami dan jauhkanlah daripada kami kehinaan dunia dan seksa akhirat."
 
" Ya Allah bersihkan hati kami daripada unsur kemunafikan, segala amal kami daripada riyak, lisan kami daripada dusta, mata kami daripada khianat mata. Sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui khianat mata dan segala sesuatu tersimpan dalam dada."
 
" Ya Alalh binasakanlah orang-orang Yahudi, kafir, musyrik yang selalu merintangi jalanMU, menggantikan agamaMU dan memusuhi kaum mukminin. Ya Allah, cerai beraikanlah persatuan mereka, pisahkanlah kesatuan mereka dan gilirkan atas mereka giliran yang buruk."
 
" Ya Allah timpakan seksaMU kepada mereka, seksa yang tidak akan ditarik kembali daripada kaum yang berdosa. dengan rahmatMU wahai Zat Yang Maha Penyayang di antara para penyayang."
 
"Ya Allah ampunilah segala kesalahan kaum mukminin yang telah wafat yang bersaksi dengan sungguh-sungguh akan ke EsaanMU dan risalah NabiMU serta mereka meninggal dunia dalam keadaan demikian. Ya Allah ampuni dan rahmatilah mereka, maafkanlah semua kealpaan mereka, muliakanlah tempat tinggal mereka, luaskanlah kediaman mereka , bersihkanlah mereka dengan air dan salju. Bersihkanlah mereka daripada pelbagai dosa dan kesalahan sebagaimana pakaian putih yang dibersihkan dari kotoran. Dan balaslah amal kebaikan mereka dengan kebaikan pula dan amal buruk mereka dengan keampunan."
 
" Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memberi maaf maka maafkanlah (kesalahan-kesalahan) kami."
 
" Ya Allah tolonglah kami dalam berzikir dan bersyukur serta memperbaiki ibadah kami kepadaMU, wahai Yang Maha Hidup dan Berdiri sendiri, Pemilik segala keagungan dan Kemuliaan."
 
" Ya Tuhan kami berikanlah keapda kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami daripada seksa Neraka."
 
" Ya Tuhan kami, jauhkan seksa Jahannam daripada kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal."
 
" Ya Tuhan kami janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat daripada sisïMU kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia)."
 
" Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan wafatkanlah kami berserta oarng-orang yang berbakti."
 
" Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka."
 
" Ya Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami daripada sisiMU dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)."
 
" Ya Tuhan kami janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami jangalah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami, Engkau penolong kami, maka tolonglah kami atas orang-orang kafir."
 
" Ya Tuhan sekelian alam, Yang Maha Hidup dan Berdiri sendiri, Pemilik segala Keagungan dan Kemuliaan, kabulkanlah permohonan kami."
 
" Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmatNya kepada Nabi Muhammad, segenap keluarga dan sahabatnya, amin.
 
 

Jumaat, 15 Mac 2013

1 HARI 1 AYAT - DOA DAN AMALAN UNTUK MEMPEROLEHI ZURIAT


Doa dan amalan untuk memperolehi zuriat~Ustazah Siti Nor Bahiyah
Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.

 Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.
Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.
Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.
Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:
 
 
1. Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
 2. Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.
 3. Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.
 4. Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.
 5. Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.
SURAH AL-FATIHAH
Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatanSurah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hatiSurah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat
Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.
Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.
Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.
AMALAN PERTAMA.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
 - Baca Bismillah 1 kali
 - Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
 - Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
 - Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
 - Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
AMALAN KEDUA.
-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
 -Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
 -Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
 -Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
 Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

Khamis, 14 Mac 2013

1 HARI 1 AYAT - DOA HARAPKAN BANTUAN ALLAH

 
 
Segala peristiwa dan kejadian yang berlaku terhadap insan sama ada kecil atau besar, mudah atau susah semua sudah tertulis di Luh Mahfuz sejak azali lagi. Jika takdir ini telah ditetapkan maka timbul persoalan adakah ketetapan itu boleh berubah menerusi doa.
 
Hendaklah ditegaskan bahawa perintah untuk berdoa bersumberkan daripada Allah s.w.t sepertimana firmanNya: " Berdoalah kamu padaKU nescaya Aku akan memperkenankan doa permohonan kamu,"(Surah Ghaafir:60). Jika amalan berdoa ini tidak mampu mengubah nasib seseorang insan mana mungkin Allah s.w.t menyuruh hambaNya melakukan sesuatu perbuatan sia-sia. Firman yang lain, Allah s.w.t turut memerintahkan hambaNya berusaha memperbaiki diri dan tidak hanya menyerahkan urusan hidup kepada takdirNya.
 
FirmanNya: "Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."(Surah al-Ra'd:11).
 
TAKDIR BOLEH BERUBAH IKUT USAHA
 
Oleh itu dapat kita fahami takdir dapat berubah mengikut usaha yang dilakukan insan jika diizinkan Allah s.w.t bahkan Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Tidak ada yang dapat mengubah takdir selain doa."(Riwayat Imam al-Tirmidzi). Abu Hurairah juga menerangkan: "Bahawanya Nabi SAW pernah berdoa untuk berlindung daripada takdir buruk, kesialan, cacian musuh dan ujian yang menyusahkan."(Riwayat Imam Muslim). Menurut Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin dalam Majmu Fatawa Arkanil Islam: " Tidak diragukan lagi bahawa doa berpengaruh dalam mengubah apa yang telah tertulis (takdir). Akan tetapi perubahan menerusi doa ini juga telah tertulis (ditakdirkan). Janganlah anda beranggapan apabila anda berdoa bermakna anda meminta sesuatu yang belum tertulis bahkan doa anda telah tertulis dan apa yang terjadi kerananya juga tertulis (termasuk dalam takdir). Ini bermakna segala perbuatan manusia itu telah sedia diketahui Allah s.w.t. Dia tahu pada sekian masa individu itu akan doanya dimakbulkan serta bila dimakbulkan tidaklah terlindung daripada ilmu pengetahuan Allah s.w.t.
 
Dalam erti kata lain sebab yang kita usahakan semua itu termasuk dalam takdir Allah swt. Dia telah sedia mengetahui sejak azali lagi bahawa seseorang itu akan melakukan usaha berkenaan termasuklah amalan seperti berdoa yang dibincangkan ini. Rasululah saw pernah ditanya: "Wahai Rasulullah, apa pendapatmu mengenai jampi-jampi yang sering kami gunakan, ubat yang sering kami gunakan untuk berubat serta pelindung yang sering kami pakai untuk berlindung, apakah hal ini dapat menolak takdir Allah? Rasulullah menjawab: Bahkan hal ini termasuk takdir Allah. (Riwayat Imma al-Tirmidzi). Menurut Syaikh al-Utsaimin: Segala sesuatu terjadi kerana takdir Allah begitu juga segala sebab mempunyai penagruh terhadap musababnya dengan izin Allah. Maka semua sebab itu telah tertulis dan semua musabab juga telah tertulis."
 
KEMATIAN TIDAK AKAN TERTUNDA
 
Kematian pasti akan tiba tanpa mengenal bangsa, kedudukan, kekayaan atau kekuatan. Tiada sesiapa boleh melarikan diri daripada maut. Apabila telah ditetapkan waktu kematian seseorang, ia tidak akan tertunda atau dipercepatkan walaupun sesaat. FirmanNya: Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka tentula Dia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak akan tetapi Dia memberikan tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu  kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaat pun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan."(surah al-Nahl:61). Timbul pula persoalan kedua jiak waktu ketibaan ajal telah ditetapkan maka adakah perlu untuk berdoa supaya dipanjangkan umur? Takdir boleh berubah denagn doa termasuk doa dipanjangkan umur serta kadar umur seseorang itu walaupun telah termaktub dalam ilmu pengetahuan Allah swt.
 
DOA PANJANG UMUR
 
Oleh itu dibolehkan berdoa untuk dipanjangkan umur bahkan Rasulullah saw pernah mendoakan suapya Anas bin Malik dipanjangkan umurnya. Doa Baginda: "Ya Allah perbanyakkanlah hartanya dan anaknya, panjangkanlah umurnya dan berilah keampunan kepadanya."(Riwayat Imam al-Bukhari   dalam Adab al-Mufrad). Ternyata dengan izin Allah swt, Anas bin Malik dipanjangkan umurnya dan diriwayatkan beliau meninggal dunia pada umur 99 tahun. Dalam riwayat lain pula disebut beliau meninggal dunia pada umur 107 tahun. Bukan berdoa sahaja dapat memanjangkan umur bahkan amalan seperti membuat amal kebajikan dan menyambungkan silaturahim turut berupaya melanjutkan usia seseorang. Diriwayatkan: "Tidak ada yang dapat merubah takdir melainkan doa dan tidak ada yang menambahkan umur melainkan amal kebaikan."(Riwayat Imam al-tirmidzi). Oleh itu, jangan putus asa berdoa kerana selain satu usaha berkesan untuk mendapatkan bantuan Allah swt doa juga adalah ibadah yang amat mulia di sisi Allah swt dan akan diberi ganjaran pahala bagi mereka yang melakukannya.

Ahad, 10 Februari 2013

1 HARI 1 AYAT - DOA YANG TIDAK DIPERKENANKAN

Berdoa adalah suatu yang mempunyai syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi supaya ia dimakbulkan oleh Allah. Sebagai seorang muslim perlu memahami konsep "Iyya Kana'budu wa iyya kanas taen" yang bermaksud kepadaMu aku sembah kepadaMu aku memohon pertolongan. Jelas dalam maksud ayat ini bahawa kita hendaklah sentiasa berdoa melalui ibadat tanpa mengira masa senang atau susah dengan pemuh pengharapan kepada Allah S.W.T. Oleh itu ada beberapa kemungkinan doa itu tidak dimakbulkan Allah iaitu:

1) Ditangguhkan pada suatu ketika yang munasabah
2) Kerana Allah mengetahui seandainya permohonan ini dimakbulkan boleh menyebabkan sesuatu yang akan menyusahkan diri pemohon.
3) Berkemungkinan syarat-syarat doa tidak lengkap seperti tidak ikhlas, tergesa-gesa, tidak memohon kebaikan, hati yang tidak hadir, makanan dan pakaian dari sumber yang haram.

Ingatlah firman Allah yang bermaksud: "Janganlah sesekali kamu berputus asa dari rahmat Allah sesungguhnya orang yang berputus asa adalah dari golongan zalim".

Saudara adalah orang yang bertuah kerana berpeluang menikmati segala kurniaan Allah terhadap diri saudara. Cuma apa yang saudara inginkan sahaja yang tidak dapat terlaksana, bukanlah bererti Allah tidak mengasihi dan menyayangi saudara kerana Allah Maha Mengasihi lagi Maha Menyayangi hambaNya dan Maha Mengetahui segalanya. Ini ternyata sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud:  
" Perkara yang kamu benci boleh jadi ia baik bagi kamu dan perkara yang kamu suka ianya boleh jadi buruk bagi kamu. Ingatlah Allah jua yang mengetahui semuanya itu sedang kamu tidak mengetahui."

Isnin, 26 November 2012

TERMENUNG SEJENAK...MUHASABAH DIRI

ASSALAMMUALAIKUM......

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas lagi hari ini  dan diberikan kesihatan yang baik untuk menjalankan tugas-tugas harian yang telah di amanahkan di samping melakukan tanggungjawabku sebagai hamba Allah di mukabumi ini. Sudah 39 tahun aku diberi kesempatan untuk menikmati kesenangan dunia ini dan mencari bekalan untuk akhirat nanti. Dalam usia sebegini aku sering berfikir cukupkah amalanku untuk dibawa ke sana. Di terimakah segala amalan ku selama ini. Walaupun aku tahu semua itu rahsia Allah. Ikhlaskah aku selama ini dalam melaksanakan ibadah yang telah di wajibkan ke atas diriku. Hanya Allah aje yang tahu. Kadang-kadang aku sering terfikir adakah aku telah mensia-siakan usia yang telah diberikan oleh Allah kepadaku. Adakah aku telah memanafaatkan usia ku untuk berbakti kepada Allah. Mampukah aku menjawab nanti di akhirat apakah kebaikan yang telah aku lakukan semasa aku hidup di dunia ini. Ke mana aku salurkan hartaku semasa di dunia. Apakan aku telah manafaatkan ilmu yang telah aku pelajari dan aku ajarkan kepada orang lain. Aku sering ketawa dan senyum di dunia ini tapi mampukah aku senyum dan ketawa ketika berada di sana nanti. Aku sering terfikir apakah kebaikkan yang telah aku lakukan semasa aku masih diberi kesempatan. Ya Allah, dalam usia ku sebegini KAU berikan aku hidayahMU. KAU bukakan pintu taubat seluas-luasnya. KAU berikan rahmat kepadaku. KAU sentuh hatiku untuk sentiasa mengingatiMU walaupun aku tahu dahulu aku sering lupa kepadaMU. KAU telah jadikan hatiku untuk sentiasa CINTA kepadaMU. KAU berikan kepadaku sedikit demi sedikit hidayah supaya aku sentiasa melakukan kebaikkan. Walaupun kecil tapi itulah yang KAU redhai. Ya ALLAH sesungguhnya aku bersyukur akan hidayah dan rahmatMU.

"Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pesongkan hati Kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu, Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya" (Ali Imran : 8)

Ya ALLAH, aku sedar aku hanya manusia biasa yang tidak sempurna dan sering melakukan kesilapan demi kesilapan. Ya ALLAH ketika aku lupa janganlah Engkau sesatkan aku. Berikanlah aku petunjukMU dan bimbinglah aku ke jalanMU sesungguhnya aku bertaubat kepadaMU.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang menguasai di Hari Pembalasan

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ
المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.  (Surah Al-Fatehah)



Isnin, 5 November 2012

1 HARI 1 AYAT - 10 SEBAB DOA TERTOLAK DAN SYARAT TERKABULNYA DOA

10 SEBAB DOA TERTOLAK

Ketika Ibrahim bin Khadam (seorang ahli tasauf yang masyhur) ketika berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada yang bertanya: Mengapakah doa mereka tidak dikabulkan Allah pada hal mereka selalu berdoa kepadanya? Beliau menjawab: Kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara iaitu:-

PERTAMA
Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan hakNya.
 KEDUA
Kamu berkata bahawa kamu cinta Rasulullah SAW tetapi kamu tinggalkan sunahnya.
KETIGA
Kamu telah membaca Al Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
KEEMPAT
Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya. 
KELIMA
Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
KEENAM
Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
KETUJUH
Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
KELAPAN
Kamu telah berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya. 
KESEMBILAN
Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan keaiban manusia tetapi kamu lupa keaiban diri kamu sendiri.
KESEPULUH
Kamu kebumikan mayat-mayat sahabat kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar ( pengajaran) daripada mereka.

SYARAT TERKABULNYA DOA...

Semua manusia yang berdoa tentunya ia ingin agar doanya itu terkabul. Dan agar doanya itu terkabul maka dibutuhkan adanya beberapa syarat diantaranya sebagai berikut:-
1. Disyaratkan adanya kesucian hati yakni jangan asal mulut bergerak sementara hati melayang ke sana ke mari.
2. Disyaratkan bersih dari noda dan dosa yakni tidak makan barang yang haram. Seperti makan hasil rasuah, mencuri atau menipu orang.
3. Disyaratkan harus bersungguh-sungguh yakni tidak sekadar hanya mengharap.
4. Disyaratkan harus berkeyakinan bahawa doanya itu pasti akan di kabulkan.
5. Disyaratkan tidak berputus asa bila doanya belum terkabulkan.
6. Disyaratkan berdoa tidak pada perkara yang di larang atau mustahil didapati. Umpamanya berdoa mohon dijatuhkan wang yang sekarung dari langit.

ADAB BERDOA

Untuk mencapai doa yang dikabulkan diharuskan adanya beberapa adab diantaranya sebagai berikut:-
1. Mengawali doanya dengan menyebut nama Allah dan memuji kepadaNya serta menyebut langsung tujuan kita memohon.
2. Mengulang-ulang doanya sebanyak 3 kali tanpa merasa jemu atau bosan.
3. Menghadap kiblat dengan berperasaan takut rendah diri.
4. Mengangkat kedua tangan setinggi bahu dengan suara lembut yakni tidak keras sebagai layaknya memanggil orang di tempat yang jauh.
5. Bertaubat sebelum berdoa untuk membersihkan dosa-dosa yang pernah kita lakukan.
6. Hendaknya susunan kalimat doanya tidak bersajak cukup dengan susunan kata yang sederhana tidak perlu dilagukan. Kerana itu dianjurkan memakai susunan kalimat doa yang berasal dari Rasulullah SAW, terutama doa-doa yang terdapat dalam Al-Quran.
7. Mengakhiri doanya dengan bacaan selawat kemudian dilanjutkan dengan bacaan alhamdulillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...