Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Memaparkan catatan dengan label SLOT RATU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SLOT RATU. Papar semua catatan

Khamis, 11 Disember 2014

SATU HARI - SLOT RATU TV9


Slot Ratu TV9
Selasa dan Rabu
Pukul 8.30 hingga 9.30 malam


Mengisahkan Isfahan (Remy Ishak) yang membawa diri ke Sarajevo kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa isterinya, Lia (lakonan Rita Rudaini) curang dengan sahabat baiknya sendiri, Moez (Miller Khan) biarpun telah berkahwin selama sembilan tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Puteri. Isfahan kemudiannya bertemu Sabrina (Sara Ali) seorang penganalisa air mentah di Sarajevo.

Dalam hati yang tidak keruan, tidak pernah sekali pun terdetik di hati kecil Remy bahawa dia akan bertemu cinta baharu di ibu negara Bosnia-Herzegovina itu. Keletah comel dan misteri sikap yang dimiliki si gadis, Sabrina akhirnya membuka pintu hati Isfahan untuk bercinta kembali, walaupun dia masih terikat dengan memori silam. Namun Isfahan terpaksa pulang semula ke tanah air gara-gara kematian Puteri. Selepas terpaksa pulang semula ke tanah air, kesetiaan hati Isfahan kemudian diduga apabila Lia kembali menagih cinta lama selepas diceraikan Moez.

Adakah Remy kembali menyulam kenangan lalu atau kekal bersama cintanya bersama Sabrina yang ditinggalkan di Sarajevo? Apakah kesudahan kisah cinta mereka?


Para Pelakon
Remy Ishak sebagai Isfahan
Sarah Ali sebagai Sabrina
Rita Rudaini sebagai Lia
Miller Khan sebagai Moez


Setakat ni dah 3 episod ditayangkan di tv. Best memang best bukan setakat kehebatan pelakonnya tapi pemandangannya memang cukup cantik disamping pelakon2 dari Bosnia sendiri. Terbayang di fikiran saya semasa bergolaknya negara Bosnia dulu dengan pembunuhan beramai2, penghapusan etnik islam dan penyembelihan etnik islam bosnia. Kalau diingatkan memang cukup mengerikan dan menakutkan. Begitulah keadaan penduduk etnik islam Bosnia dulu yang sentiasa dianiaya dengan kekejaman oleh puak Serbia. Dunia tak pandang sebelah mata pun. Pelbagai kisah penderitaan diceritakan sendiri oleh mangsa perang, saudara-mara, ahli keluarga yang terbunuh dalam perang itu termasuk kekejaman askar Serb, lebih-lebih lagi tentera Serbia di bawah komander Bosnia Serb, Jeneral Ratko Mladic yang diarah oleh pemimpin Yugoslovia ketika itu, Radovan Karadzic untuk melancarkan kempen penghapusan etnik bagi membunuh penduduk Islam Bosnia. Keganasan tentera Serb tidak terhenti setakat itu, penghapusan etnik turut dilakukan terhadap wanita Islam Bosnia dan melakukan keganasan termasuk merogol mereka yang ditempatkan di seluruh kem tahanan di Bosnia. Sesetengah wanita dirogol berulang kali oleh tentera Serb pada setiap malam. Malah, wanita Islam yang sedang mengandung juga tidak terlepas daripada kekejaman Serbia apabila janin atau bayi mereka yang di dalam kandungan dikorek keluar dengan tujuan tiada lagi bayi etnik Islam Bosnia yang lahir ke muka bumi ini.

Bersyukur sangat bila tengok drama Satu hari ni melihat keindahan negara Islam Bosnia yang dah merdeka walaupun kesan trajedi perang dan kekejaman puak Serbia terhadap penduduk etnik Islam Bosnia masih melekat dalam hati saya lebih2 lagi penduduk islam Bosnia itu sendiri. Moga Allah sentiasa pelihara umat islam Bosnia. 

Ok dah cerita lain plak ni tapi untuk generasi yang lahir selepas tahun 90an dan yang lahir tahun 90an untuk pengetahuan dan makluman anda semua. Kisah sedih penganiayaan terbesar umat islam pada tahun 90an. 










Jumaat, 26 September 2014

DRAMA ASTANA CINTA ALEESA - Slot Ratu di TV9


SLOT RATU (TV9)
DRAMA ASTANA CINTA ALEESA
Setiap Selasa dan rabu jam 8.30 malam


SINOPSIS 


Mengisahkan ujian yang menimpa pasangan suami isteri iaitu Aleesa (Emma Maembong) dan Zhariff (Nazim Othman). Aleesa merupakan seorang isteri yang ceria dan amat dikasihi oleh suaminya Zhariff. Namun hubungan mereka teruji apabila Aleesa tidak dapat menerima kenyataan anak keduanya telah meninggal dunia.

Aleesa begitu tertekan. Tambahan lagi tekanan yang diberikan oleh nenek mertuanya, menuduh Aleesa seorang pembunuh. Pembunuh kepada cucunya yang baru lahir. Semenjak kematian cucunya, nenek mertua Aleesa begitu membencinya.

Aleesa begitu bersedih, gagal menangani berita pahit yang diterimanya. Aleesa merasakan anak keduanya masih hidup. Malah sering bercakap keseorangan dengan anak patung, seolah-olah patung tersebut merupakan bayinya. Kesedihan yang ditanggung Aleesa kian mendalam, pernah suatu ketika Aleesa ingin membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas. Mujur Zhariff menyelamatkannya dan berjaya menghalang Aleesa dari terjun.


Dek masalah yang dihadapi di rumah, Zhariff terpaksa menyerahkan tugas kepada rakan sekerjanya iaitu Jimmy. Jimmy bukanlah orang yang tepat mengambil alih tugas Zhariff. Ini kerana Jimmy mempunyai niat tidak baik terhadap Zhariff. Apakah kesinambungan kisah ini? Berjayakah Zhariff mengembalikan Aleesa yang terdahulu? Adakah rumah tangga Aleesa dan Zhariff akan berkekalan? Saksikan segalanya dalam drama Astana Cinta Aleesa di TV9.






Pelakon Astana Cinta Aleesa

Emma Maembong - Aleesa
Nazim Othman - Zhariff
Amyra Rosli – Zaleha
Bill Azali – Jimmy
Ku Faridah – Hajah Timah
Aleeza Shadan – Hajah Zainab
Mustapha Kamal – Datuk Rahim
Puteri Balqis – Zara
Falisha Crossley – Alia
Ezzrin Loy – Azmeer
Qazem Nor – Suffiyan
Abang Rafi – Sulaiman
Laila Nasir – Kamariah


Dah masuk beberapa episod makin seronok pulak tengok cerita ni. Jujur dari hati saya tak berapa minta sangat tengok pelakonnya. Kureng sikitlah. Tapi saya respek dengan pelakon baru tu siapa artis yang baru2 ni kecoh sikit pasal perkahwinan yang tak jadi tu dengan pelakon baru juga sama2 tengah nak naik. Berbakat jugalah Amyra Rosli ni berlakon. Sakit hati tengok watak dia yang mental sikit (bukan sikit tapi memang mental banyak) tu. Rasa macam nak tampar2 aje dia tu. Geram pulak tengok watak dia yang cuba menghancurkan rumahtangga kawan baik dia sendiri. Dahlah jadi isteri no. 2 ada hati pulak nak duduk dalam bilik utama isteri pertama tu. Siap halau Aleesa duduk kat bilik bawah. Puiiiiiiilah tengok watak Leha tu. TERBAIKKKKlah lakonan Leha. Sorry terover sikit pulak sebab geram sesangat2. Tapi memang best tengok cerita ni rasa tak sabar nak tunggu episod seterus2nya. Nak tengok apa pulak lagi lakonan gila si Leha tu nak buat. Yelah nak jadi mem besarlah katakan. Memang tak bosanlah nak tengok drama ni walaupun geram dengan watak Leha dan nenek Timah yang dah tua2 tu pun tak sedar diri lagi, bongkak dan sombong dengan hartanya. Nenek Timah yang suka mencampuri urusan rumah tangga cucu kesayangannya itu. Nenek Timah yang percaya bulat2 kat Leha tu yang dianggap terlalu sempurna untuk dijodohkan dengan cucunya Zhariff. Sanggup memaksa Zhariff berkahwin dengan Leha dan menuduh Aleesa membunuh anaknya sendiri. Nak tahu apa kesudahan jadi pada nenek Timah yg sombong sesangat2 tu dan yang pasti Leha tu confirm giler sudahnya. Cewahhhhhhhhhhhh mcm saya penulis skripnya. Tak sabar nak tunggu bila agaknya Zhariff sedar akan perangai sebenar Leha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...