Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Memaparkan catatan dengan label MUHAMMAD RAQIB IRHAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MUHAMMAD RAQIB IRHAM. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Mei 2014

KAU ADA......

Macam2 hal 3 kesayangan ni. Rezeki yang x ternilai anugerah Allah yg perlu kita semua jaga. Kalau difikirkan bukan semua orang dikurniakan rezeki macam ni. Rezeki kurniaan Allah tu pelbagai. Rezeki kekayaan, kesihatan, rumahtangga bahagia, rezeki anak-anak, jiran2 yang baik, rumah kediaman yang aman damai, kenderaan yang banyak, rezeki jodoh, suami isteri yang baik, rezeki kebahagian hati macam2lah cuma kita sebagai manusia aje yang terlalu fikirkan rezeki kemewahan.

Ada setengah orang tu kahwin dah bertahun2 tpi masih belum dikurniakan anak, yang bujang sering mengeluh bila nak kahwin, bila nak ada suami dan anak2 tapi terfikirkah kita apa yang berlaku dalam kehidupan kita sebenarnya adalah ketentuan Allah. Allah lebih mengetahui apa yang telah dirancangkannya. Mungkin yang belum dikurniakan anak atau tiada anak adalah lebih baik jika ada anak. Sekiranya ada anak mungkin anak2 itu lebih banyak mendatangkan masalah kepada ke 2 ibu bapanya. Hanya Allah aje yang tahu kan. Bagi yang bujang pula lambat atau cepat itu semua telah Allah tentukan. Mungkin berkahwin lambat itu lebih mendatangkan kebaikan kepada diri seseorang itu. Itu semua rahsia Allah. Allah aje yang mengetahuinya. Bersyukurlah kita semuanya. Sepatutnya kita sebagai manusia sentiasa berdoa supaya berada dalam rahmat dan perlindungan Allah.


" Sesungguhnya jika kamu bersyukur niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim : 7)

“Jika kamu menghitung-menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” (Surah An Nahl : 18)

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui ". Surah al-Baqarah ayat 216  

Alamak lain pulak dah crite sebenarnya. Ok back balik cerita 3 kesayangan ni. Walaupun belum ada anak sendiri tapi bersyukur sebab dapat tumpang kasih 3 kesayangan ni. Memanglah apa yang dikatakan anak2 ni memang harta yang paling bernilai. Kalau saya rasa hati tak tenang, rasa ada banyak masalah saya lebih suka balik kg dan jumpa dengan 3 kesayangan ni. Sungguh hilang segala masalah. Bila kita peluk cium mereka satu nikmat dan perasaan yang tak boleh kita gambarkan. Memang sungguh berharga anugerah Allah ni.



3 kesayangan yang tak boleh berpisah. Penyenang hati kami semua. Alhamdulillah TERIMA KASIH YA ALLAH...atas kurnianMU



Abang Long yang sedikit pendiam dan cepat mengalah dengan adik2. Along yang TERBAIK


 Abang Ngah nama pun abang Ngah memang tak nak mengalah....Dia saja nak menang. Suka berebut dengan abang long dan adik.


Adik Irshad pun dah sama perangai dengan abang Ngah x nak mengalah. Suka berebut dengan abang Ngah.




Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. ( Ibrahim:40 )

" Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani ". (Baqarah: 128)

Rabu, 2 April 2014

Love you ayah dan ibu......


Gembiranya hati Irshad dapat basikal panda. Tunggu irshad pandai jalan ye ayah ibu. Tak yah lagi nak sorong irshad kat basikal ni. Nanti irshad dah boleh kayuh sendiri.





Abang Ngah pun dapat juga basikal baru. Yohoo spot rim basikal bang ngah warna hijau. Dah macam kereta racing. 





Abang Long pun dapat juga. Baru adil kan ayah bagi kami semua hadiah. Kami janji akan jadi anak2 ayah dan ibu yang terbaikkkkk. InsyaAllah


Terima kasih ayah sebab bgi kami semua basikal baru.......yohooooo....kami semua suka sangat. Moga ayah sentiasa murah rezeki dengan rezeki yang halal lgi berkat. Moga kami juga jadi anak2 yang menjadi harapan dan kebanggaan ayah dan ibu. Moga kehidupan kami sekeluarga sentiasa dalam keberkatan dan rahmat Allah. Sayang ketat2 sangat pada ayah dan ibu. Terima kasih sebab besarkan dan didik kami 3 hero ni dengan kasih sayang. Kami tahu bukan mudah ayah dan ibu nak membesarkan kami dengan kerenah kami 3 hero ni yang bermacam2 perangai. LOVE you ayah dan ibu. Moga kasih sayang kami semua sampai ke syurga. AMIN



Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil. (Al-Isra: 24)

Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku,  dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai, dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sungguh aku bertaubat kepada-Mu dan sungguh aku termasuk orang muslim.(al-Ahqaf: 15)








Khamis, 13 Mac 2014

3 TAHUN......HAPPY BIRTHDAY SAYANG


HAPPY BIRTHDAY.....to my kesayangan Muhammad raqib Irham. Dah 3 tahun lah. Moga kehidupan kesayangan dalam doa-doa kami semua. Kehidupan yang sentiasa diberkati dan dalam rahmat Allah. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dengan rezeki yang berkat. Panjang umur, Kehidupan yang sentiasa dipermudahkan Allah, menjadi anak-anak yang soleh dan membahagiakan kedua ibubapa, mendapat perkerjaan yang baik, jodoh yang baik dan tempat tinggal yang baik. AMIN
 
Doa kami semua yang sentiasa berada disampingmu.



Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (Doa Nabi Ibrahim)

Isnin, 4 November 2013

HAPPY BIRTHDAY BABY.....

 
02.11.2013 genap umur Mohammad Rafiee Irsyad setahun. Pejam celik pejam celik dah setahun baby Irsyad. Dah macam-macam perangai irsyad pandai buat. Cuma berjalan aje yang belum pandai lagi. Letih jugak nak melayan kerenah baby irsyad sorang ni. Jenis yang tak suka duduk dalam rumah. Kerjanya suka nak berjalan keluar rumah. Kalau dah tahu berjalan tu tak apalah jugak boleh pergi nak ini tahu jalan lagi letihlah wan nya nak mendukung dia bawa berjalan. Kalau mak cik, ayah dan ibu dia bolehlah lagi melayan kerenah baby irsyad ni. Tiba tang wan dan atuknya awal-awal tak larat nak dukung irsyad. Huhuhu semakin irsyad membesar berbagai ragam irsyad buat. Tapi semua itu menjadi penghibur hati kami sekeluarga semua. Penat-penat pun layankan juga perangai irsyad ni. Nasib baiklah abang long dan abang ngah tak buat perangai. Abang long dan abang ngah dah pandai main sendiri-sendiri. Lepas ni kalau irsyad dah besar irsyad boleh join abang long dan abang ngah main sama-sama. Selama ini irsyad cuma tengok ajelah abang long dan abang ngah main. Setiap kali irsyad nak join abang long dan abang ngah main mesti abang along akan cakap .........irsyad tak boleh main...irsyad kecik lagi.....itulah ayat yang abang long suka sebut...Setelah 2 minggu baby irsyad baik dari demam bermula dengan ulser di mulut kemudian demam diikuti dengan demam campak pulak, baik aje campak kena pulak batuk dan selsema. Agaknya tu demam nak naik setahun. Alhamdulillah syukur kepadaMU Ya ALLAH atas kurnianMU yang amat berharga ini. 
 

Irsyad yang dah setahun......cepat membesar dan moga menjadi anak yang soleh yang sentiasa  mendoakan untuk ayah dan ibu.


Abang ngah pun nak melaram macam baby irsyad. Itulah rupanya tiga beradik ni apa irsyad buat abang long dan abang ngah mesti nak ikut buat. Tapi kalau irsyad nak ikut apa abang long dan abang ngah buat tak boleh....sebab abang long dah cakap.....irsyad kecik lagi......Abang long yang TERBAIKKKKK

 
Anugerah Allah yang tak terhingga untuk kami semua sekeluarga. Akan kami jaga dan kami didik amanah dari Allah yang amat besar dan tak ternilai ini. InsyaAllah moga menjadi khalifah Allah di muka bumi ini.
 






Yeaaahhhh...akhirnya irsyad ada kek hari jadi ulangtahun yang pertama. Doa kami semua semoga menjadi anak yang soleh, sentiasa dalam rahmat dan hidayah Allah, dimurahkan rezeki yang halal, hidup dunia dan akhirat yang sentiasa diberkati Allah, mendapat jodoh yang baik dan diberikan kesihatan yang baik. AMIN


Abang Long, abang ngah dan baby irsyad sama-sama nak tiup lilin kek baby irsyad. Semoga 3 beradik ini sentiasa dilindungi Allah dunia dan akhirat.


Akhirnya baby irsyad nak tiup lilin. Abang long dan abang ngah bodyguard kiri dan kanan untuk baby irsyad.



Ertinya " Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dan zuriat keturunanku orang-orang yang tetap mengerjakan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doa kami. Tuhanku, ampunilah aku dan ibubapaku serta sekelian orang-orang mukmin pada hari hisab nanti" (Ibrahim: 40-41)


Ketika itu Nabi Zakariya berdo’a kepada TuhanNya, katanya: “Wahai Tuhanku Kurnialah kepadaku dari sisiMu keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan.” (Ali Imran: 38)
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah: 128)
'Ya Tuhanku, anugerahkan kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh." (Surah as-Saffat ayat 100)  
 
 
 
 

Selasa, 1 Oktober 2013

RINDUNYA......Terima kasih Ya ALLAH atas kurnianMU


“Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmah kepada Luqman, yaitu: Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” (QS. Al Luqman : 31).
Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik hamba Allah adalah orang yang suka memanjatkan puji dan syukur kepada Allah” (Riyadhus Shalihin 27).
 
“Yang paling pandai bersyukur kepada Allah adalah orang yang paling pandai bersyukur kepada manusia.” (HR. Ath-Thabrani).
 

 

Rindunya kat si comel 3 ni........Buah hati pengarang jantung kami semua. LUP YOU ALL

Ahad, 14 April 2013

ALONG DAN ANGAH.............Selamat Hari Jadi

13 APRIL 2013
 
Hari ini genap umur MUHAMMAD RAFIQ IRFAN berusia 3 tahun. Ayah dan ibu dah merancang hendak menyambut hari jadinya pada hari ini. Disebabkan tarikh harijadi adiknya MUHAMMAD RAQIB IRHAM telah berlalu sebulan yang lalu pada 13.03.2013 maka ayah dan ibunya merancang untuk menyambutnya sekali. Apalagi masa untuk masak memasak menu hidangan yang istimewa seperti mana yang telah dirancang awal oleh ayah dan ibu. Berpeluh kami memasaknya maklumlah cuaca sekarang yang sememangnya panas. Macam-macam menu kami masak pada hari itu termasuklah nasi impit, kuah kacang, mee kari, puding jagung, buah tembikai, ayam bakar dan nasi ayam. Ayam bakar masakan pasangan suami isteri yang romantis siapa lagi kalau bukan adik saya. Nasi impit dan kuah kacang resipi istimewa mak saya. Nasi ayam resipi istimewa kakak ipar a.k.a kepada ibu yang meraihkan harijadi anak-anak tersayang. Resipi saya ialah air sirap. Hahahahaa jangan marah ye....bukan tak nak masak resipi tapi air ni penting tau tanpa air tercekek nak makan.

 
 
Ayam bakar special .....
 
 
Chef import khas dari Perlis
 
 
Kuah kacang istimewa masakan mak saya
 

Ada kuah kacang mesti ada nasi impit baru sepadan
 
 
 
 Kari ayam ni pun resipi turun temurun mak saya...
 
 
Pencuci mulut mesti ada
 
 
 Birthday boys....along dan angah bersiap nak tiup lilin. 1 2 3 dah boleh tiup
 
 
Sedapnya along makan kek....
 

 Sedapnya angah makan.....alahai comotnya muka dia

 

Jumaat, 12 April 2013

Macam-macam along dan angah.............

Along dan angah buat perangai lagi. Macam-macam hal lah diorang berdua. Tapi kalau diorang berdua ni tak ada kat rumah wan nya kami semua rasa sunyi. Tiada dengar rajukan along dan tangisan angah yang asyik nak bergaduh aje. Main gaduh, main gaduh kalau salah seorang tak ada depan mata pasti akan dicari. Kenakalan mereka memang dah terserlah. Itulah buah hati kami semua.

 
Tengoklah perangai mereka berdua ni macam-macam hal diorang buat. Semuanya itu menceriakan hidup kami sekeluarga
 
 
Angah pun dah ikut apa yang along buat.
 

Along...along....macam marah kat kami aje..

Selasa, 5 Mac 2013

ALONG, ANGAH DAN BABY............


Huhuhu.....kami dah bertiga.....IRSHAD dah pandai meniarap tak lama lagi nanti pandai merangkak pula dan berjalan. Dah boleh main bersama along dan angah. Sekarang ini IRSHAD hanya tengok aje along dan angah main berdua. IRSHAD tak tahu apa-apa. Kalau IRSHAD dah besar nanti habislah along dengan angah nak layan IRSHAD.


Sayangnya angah kat IRSHAD. Kalau dah besar nanti boleh temankan along dan angah main-main. Sekarang ni cuma along dan angah aje main berdua. Yang suka layan IRSHAD cakap ibu, ayah, wan dan makcik. Suka layan IRSHAD cakap. IRSHAD kalau dah cakap tak berhenti. Tunggulah IRSHAD besar nanti....

Ahad, 17 Februari 2013

LAGI GELAGAT ALONG DAN ANGAH....


Tidur pun nak ditemani dengan boboyboy. Macam tulah perangai Along dan Angah. Kalau kat rumah tulah kerjanya setiap hari main patung boboy, patung ultraman, patung upin dan ipin.



Kalau dah bosan main nak pulak tengok cd upin dan ipin. Jenuhlah Wan kesayangannya nak buka player dvd tu. Kadang-kadang kalau malam biasanya along dan angah memang tidur lambat. Jadi Wan nya tak larat nak tunggu diorang tidur. Cd upin dan ipin yang menjadi teman Along dan Angah sebelum tidur. Layanlah cd upin dan ipin sampai habis. Itulah aktiviti di orang 2 beradik tu setiap hari tak kiralah di rumah ayah dan ibu mereka atau di rumah Wan kesayangan mereka.

Khamis, 10 Januari 2013

BILA ALONG DAN ANGAH MERAJUK.......

Gelagat 2 beradik ni bila merajuk. Macam tulah baringkan diri dan buat2 merajuk. Tak nak dipujuk dan diamkan diri. Tapi itulah nikmat yang Allah bagi selain rezeki wang ringgit tapi rezeki anak-anak (walaupun bukan anak sendiri anak sedara aje). Dapat merasakan kasih sayang mereka dan tumpang sedikit kasih sayang mereka. Nikmat dunia yang tak dapat digambarkan. Pandang aje muka mereka hilang segala masalah dunia. Betapa besarnya rahmat yang Allah berikan kepada kita melalui anak-anak ini. Berkasih sayanglah kita dengan anak-anak kecil kerana setiap anak-anak kecil itu telah Allah janjikan rezeki masing-masing. Bayangkanlah bila kita bangun tidur aje anak-anak kecil ini ada disebelah kita dan memberikan senyuman yang paling indah untuk kita. Mungkin bagi ibu-ibu yang ada anak dapat merasakan saat-saat inikan. Saat yang paling saya suka dan ingat sampai bila-bila pun sehingga akhir hayat saya bila IRFAN dan IRHAM mengucapkan kata-kata.....cik ngun (makcik bangun). Ya Allah betapa nikmatnya syurga Allah ini (anak-anak kecil yang belum ada dosa) yang sentiasa menceriakan hidup orang-orang dewasa yang berada di sekeliling mereka. Hargailah anak-anak kita dan anak-anak orang lain. Bersyukurlah yang kita ada anak yang perlu kita jaga dan didik kerana anak-anak adalah amanah Allah dan juga saham kita di akhirat nanti. Bagi mereka-mereka yang belum ada anak atau belum berkahwin sayangilah anak-anak kecil. Mungkin dengan kasih sayang yang kita berikan kepada anak-anak kecil ini Allah akan makbulkan doa-doa kita yang kita panjatkan selama ini. InsyaAllah


Angah IRHAM yang sedang merajuk sama macam alongnya juga...


Along IRFAN dengan muka masamnya.....merajuklah tu........ala-ala busyuk, manja, sayang, intan payung, kecayangan kami semua.

Sabtu, 5 Januari 2013

ALONG IRFAN DAH JADI ABANG LONG.....

Sekarang dah jadi 3 beradik....Along bukan setakat jaga adik angah sekarang dah kena jaga baby irshad...Dah jadi abang long sekarang......


Abang Along bersama dengan adik Angah dan baby Irshad


Apa yang abang long buat adik angah pun ikut buat. Along pinjam handphone ayah. Adik angah pinjam handphone ibu. Baru adil. Along tengok ultramen dalam handphone ayah. Adik angah tengok upin dan ipin dalam handphone ibu. Baju pun kena sama warna. Tak boleh lain-lain. Apa-apapun kamu berdua tetap wajah kesayangan kami semua. Tiada mereka di rumah terasa rindu yang teramat sangat.

Abang Angah yang tak boleh berpisah dengan abang long



Huhuhu  seriusnya Abang Long........Tapi kalau adik2 tiada didepan matanya memang dicarinya...Tanya mana adiknya Angah Irham dan baby Irshad

Jumaat, 28 Disember 2012

GELAGAT ALONG DAN ADIK.....

Along dan adik lagi.....Tak taulah nak cakap apa kalau along dan adik tak ada kat rumah wan nya. Kami semua akan rasa bosan gileeeerrrrrrrrrrr kalau budak comel 2 orang ni tak ada. Suka tengok gelagat mereka berdua ini yang semakin hari semakin menakal. Along yang kuat merajuk dan adik yang kuat melawan. Riuh-riuh kalau mereka buat perangai dan bergaduh. Of courselah adik yang kalah dan akhirnya menangis. Along kalau dah marah dia tolak aje adiknya. Macam tulah perangai mereka berdua. Rumah Wan berapa banyak basikal mereka ada. Tapi bila nak main basikal asyik nak berebut aje. Bukan ada satu tapi banyak tapi itulah yang adik main yang itu jugalah along yang nak. Masing-masing tak mahu mengalah. 


Entah apalah yang along nak kan tu. Masa ni rambutan rumah wan nya baru nak berbuah belum masak lagi. Musim hujan banyaklah buah rambutan yang gugur.


Adik dah mengutip pulak buah rambutan yang gugur tu.


Apalah yang dipetik oleh 2 si comel ni. Tu pokok bunga kelapa payung. Memang banyak kat rumah wan nya.


Dah habis bunga dipetiknya, daun pokok kelapa payung yang kering pulak di buat penyapu. Adik....adik


Yeahhhhh dah penat kutip buah rambutan yang gugur nak pergi main pulak.

Ahad, 23 Disember 2012

MACAM-MACAM ALONG DAN ADIK

Gelagat budak comel dua orang ni tak tau nak cakap apa. Macam-macam gaya diorang ni buat. Kalau boleh dua-dua mesti sama tak boleh sorang aje yang ada. Yang sorang lagi mesti nak juga. Tengoklah tu topeng spiderman. Dua hero yang sentiasa tak kering gusi kalau tengok gelagat mereka. Tapi memeningkan kepala Wan nya kat rumah.


 Along ala spiderman


Dua-dua dah jadi spiderman



Dua-dua kalau naik kereta nak duduk depan. Biasanya alonglah yang menang. Sesiapa pun tak boleh duduk depan. Di sorang aje yang boleh duduk kat situ.


Yang ini bukan along punya tapi along pinjam kejap ye buat main


Kesian doremon tu kena pijak dengan adik. Patung ipin tu along yang punya. Nasib along tak ada dalam kereta tu kalau tidak jangan haraplah along nak bagi kat adik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...