Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Memaparkan catatan dengan label SEDEKAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SEDEKAH. Papar semua catatan

Rabu, 2 Julai 2014

TAMBAH SAHAM AKHIRAT - JOM MENDERMA RUMAH ANAK YATIM BUDI MULIA NURULHUDA

Sebuah rumah anak yatim dan warga miskin memerlukan sumbangan bagi membina penempatan baru kepada warga mereka yang berjumlah 40 orang. Jumlah keseluruhan diperlukan adalah RM1.5 Juta. Mengharapkan bantuan dan sumbangan orang ramai. Moga dengan sumbangan kita, dapat memberikan sedikit keselesaan kepada mereka yang memerlukan. Tanah dah ada, cuma untuk membina bangunan yang masih memerlukan dana.

Sumbangan kita kepada golongan ini, yang mengejar ilmu di jalan Allah, akan memberikan pahala berterusan kepada kita. Mungkin RM10, tak banyak bagi kita. Buka maybank2u atau cimb click, online kan RM10 atau lebih kepada mereka. Sikit2, dengan ramai orang, tak mustahil mereka berjaya menikmati sedikit keselesaan.

Sekarang ini mereka berada di rumah lama yang sempit dan kurang selesa. Diharapkan dengan sumbangan dari kita yang prihatin di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini akan menghasilkan pahala berlipat kali ganda kepada kita dan membolehkan pihak pengurusan Budi Mulia Nurul Huda memulakan pembinaan kompleks Asrama Anak-anak Yatim dan Warga Miskin. Untuk memulakan pembangunan ini, lebih kurang RM400k- RM500k diperlukan dari kos keseluruhan RM1.5 juta itu.

Bagi yang sudi, dan inginkan pahala berlipat kali ganda, boleh memberi sumbangan kepada mereka. Bagi yang kurang kemampuan, boleh klik share, semoga sampai kepada mereka yang berkemampuan, dan kita dapat sedikit pahala keran menyebarkan benda yang bermanafaat.





ASRAMA ANAK-ANAK YATIM/WARGA MISKIN BUDI MULIA NURUL HUDA (NO. PENDAFTARAN 0774-06-PRK)
LOT 429 & 431, KAMPUNG TERSUSUN TANAH HITAM, 31200 CHEMOR, PERAK DARUL RIDZUAN.

NO. TELEFON : 05-201 1391 (PEJABAT)
05-201 6786 (FAX)


016-5682465 (PENTADBIR- AYAH DIN)
NAMA AKAUN : BUDIMULIA NURUL HUDA
NO AKAUN : 0815-0068314-52-9
NAMA BANK : CIMB BANK

NAMA AKAUN : PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM / WARGA MISKIN
NO AKAUN : 5084-3010-4146

NAMA BANK : MAYBANK

Rabu, 25 Jun 2014

1 HARI 1 AYAT - GALAKAN BERSEDEKAH KETIKA SUSAH DAN SENANG

Seseorang yang mempunyai sifat bakhil selalunya digelar sebagai tangkai jering kerana sukarnya untuk mengeluarkan sesuatu yang menjadi miliknya kepada orang lain. Orang yang bakhil selalu mementingkan diri tanpa memikirkan kesusahan dan keperluan orang lain.


Membuang sifat bakhil dalam diri bukanlah sesuatu perkara yang mudah, bahkan ia memerlukan kekuatan dalaman yang tinggi untuk kita terus melakukan kebaikan. Kita perlu menghias diri dengan sifat mahmudah dan bersangka kepada orang lain. Perlu diingkatkan apa yang disedekah di dunia tidak akan membawa kepada kefakiran tetapi ia bekalan untuk 'akaun' di akhirat kelak. Antara kelebihan sifat pemurah di dunia adalah mempunyai ramai sahabat, diselamatkan daripada kemungkaran atau kesalahan.


Mereka yang suka, bersedekah memiliki akhlak mulia, cekal dan tawakal dalam kehidupan, memperoleh kelebihan di akhirat seperti mendapat naungan Arasy, diringankan hisab amalan di Padang Mahsyar, dipermudahkan untuk menyeberangi titian sirat dan ditambah darjat ketika berada di syurga. Kita digalakkan bersedekah ketika susah dan senang. Kebiasaannya mengeluarkan harta ketika keadaan senang lebih mudah berbanding dalam kesempitan tetapi yakinlah bahawa setiap kebaikan yang dilakukan akan dibalas dengan kebaikan.


Saidatina Fatimah meminta Saidina Ali membeli buah delima dan dalam perjalanan menuju rumahnya tiba-tiba beliau melihat seseorang sedang terbaring sakit di tepi jalan maka Saidina Ali pun berhenti menghampirinya. Ternyata lelaki itu tidak mempunyai wang dan teringin untuk memakan buah delima. Maka tanpa ragu-ragu Saidina Ali membelah buah deli  aitu menjadi 2 bahagian, separuh untuk orang tua itu dan separuh lagi untuk isterinya Fatimah.


Sesampai di rumah, ia menceritakan peristiwa itu kepada isterinya dan Fatimah berkata: "Wahai suamiku, kenapa engkau bersedih, demi Allah ketika engkau memberikan buah delima kepada orang tua itu, maka puaslah hatiku dan lenyaplah keinginanku pada buah delima itu." Kemudian datanglah Salman al-Farisi ke rumah Saidina Ali dan bersamanya ada bekas yang berisi sembilan delima dan memberitahu buah itu hadiah daripada Rasulullah.


Maka berkata Saidina Ali, "Wahai Salman, jika ini memang untukku pasti jumlahnya sepuluh. Lalu ia membacakan firman Allah SWT yang bermaksud: "Barang siapa yang membuat satu amal kebaikan maka pasti baginya 10 kali ganda amalnya."(Surah al-An,am:160). Salman pun tertawa mendengarnya sambil mengembalikan delima yang ada di tangannya seraya berkata " Wahai Ali, demi Allah, aku hanya sekadar menguji sejauh mana kenyakinanmu terhadap firman Allah yang engkau bacakan sebentar tadi."

Jumaat, 23 Mei 2014

1 HARI 1 AYAT - MENJINAKKAN HATI IKHLAS BERSEDEKAH

Allah SWT berjanji kepada hamba-hambaNya yang bersedekah bahawa amalan itu tidak akan menyebabkan rezeki mereka menjadi kurang, bahkan akan bertambah mengikut apa yang tertulis di Luh Mahfuz. Pertambahan rezeki itu datang atau turun kepada manusia dalam pelbagai bentuk dan cara, samada disedari atau tidak mengikut ketetapanNya.

Allah SWT berjanji menerusi firmanNya yang bermaksud: "Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai menagndungi 100 biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui."(Surah al-Baqarah: 261). 

FirmanNya lagi yang bermaksud: "Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendakiNya). Dan barang apa saja yang kamu menafkahkan maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya."(Surah Saba: 39)


HARTA TIDAK KURANG KERANA SEDEKAH


Secara logik mungkin kita akan berfikir bagaimana harta yang dikeluarkan untuk sedekah tidak akan menyebabkan harta berkurang tetapi Rasulullah SAW bersabda harta seseorang itu akan berkurang kerana orang itu bersedekah.

Daripada Abu Hurairah, Rasululalh SAW bersabda: "Harta tidak akan berkurang dengan sebab bersedekah. Dan Allah tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain) melainkan kemuliaan kepadanya dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan Allah akan mengangkat darjatnya. 

Selain itu, amalan bersedekah sebenarnya akan berfungsi sebagai penolong kepada manusia selepas mereka meninggal dunia seperti dinyatakan Rasululalh SAW. Daripada Abu Hurairah, Nabi Muhamamd SAW bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati, putuslah amalnya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat keapda orang lain atau anak soleh yang tidak putus berdoa untuknya."(Riwayat Muslim dan lain-lainnya).

Hakikatnya, dalam persoalan bersedekah, umat islam lazimnya memiliki sifat pemurah dalam hidup mereka dan mudah bersedekah atau memberi bantuan kepada golongan memerlukan seperti dilihat dalam kehidupan hari ini.


IKHLAS BERSEDEKAH


Hanya yang menjadi isu soal sedekah ini ialah aspek keikhlasan dalam memberikan sedekah samada ada sedikit atau banyak selain bersikap memilih hendak melaksanakan amalan sunat yang amat digalakkan ini. Hal ini sebenarnya memang tidak dapat dielakkan memandangkan al-Quran turut menjelaskan manusia mempunyai perasan cintakan harta seperti terkandung dalam ayat ke-20 surah Fajr yang bermaksud: "Dan kamu mencintai harta dengan kecintaan yang berlebihan."

Justeru, bagaimanakah hendak menjinakkan supaya mudah bersedekah dengan ikhlas terutama ketika diri sendiri juga merasakan kurang berkemampuan untuk bersedekah ke jalan Allah SWT. Pegawai Perunding Korporat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Abdul Hadi Kamil Mohamed Sariff, berkata perkara ini sering terjadi disebabkan manusia tidak dapat menyaksikan ganjaran pahala bakal diperoleh daripada amalan bersedekah yang menjadikan mereka tidak memiliki semangat untuk berlumba-lumba bersedekah.

Jika manusia dapat melihat ganjaran bersedekah, sudah pasti mereka kan berlumba-lumba melakukannya. Cuba bayangkan jika hari ini kita melabur sebanyak RM 1,000 dan tiba-tiba memperoleh keuntungan sehingga  RM 700,000 sudah tentu ramai orang akan bersedekah. Jelasnya, manusia tidak terlepas daripada bisikan syaitan yang berusaha menghalang seseorang daripada bersedekah. Bisikan syaitan boleh datang dalam pelbagai cara, akhirnya mendorong manusia menangguhkan hasrat untuk bersedekah atau berkira-kira dalam bersedekah.

Bisikan syaitan ini juga boleh menyebabkan seseorang manusia tiba-tiba menjadi kedekut untuk bersedekah atau bersedekah dengan jumlah yang kecil. Inilah antara dugaan yang akan dialami seseorang manusia apabila hatinya terdetik hendak melakukan amal kebajikan seperti bersedekah,"katanya.


KELEBIHAN BERSEDEKAH


Katanya lagi, seperkara yang kurang diketahui manusia hari ini mengenai kelebihan bersedekah, ia antara cara dianjurkan Islam untuk menyembuhkan penyakit yang menimpa seseorang berdasarkan hadis Rasulullah SAW; "Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah.

Amalan sedekah ini nampak remeh tetapi ian mempunyai ganjaran berganda. Sebagai manusia beriman, kita harus sedar segala yang kita miliki adalah pinjaman dan hendaklah menafkahkan sebahagian daripada harta pinjaman ini kepada orang lain yang memerlukan,"katanya.

Allah SWT memberi peringatan kepada manusia supaya bersikap pemurah dengan bersedekah agar tidak menyesal pada kemudian hari. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan belanjakanlah sebahagian daripada apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, lalu ia berkata Ya Rabbku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yang dekat yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang yang soleh."(Surah al-Munifikun: 10)


Jumaat, 8 Februari 2013

SANTAPAN MINDA - MENUNDA KEMATIAN DENGAN SEDEKAH

MENUNDA KEMATIAN DENGAN BERSEDEKAH ...

Bismillahir-Rah maanir-Rahim
Hanya Allah sajalah yang mengetahui kematian seseorang.
Kisah ini terjadi pada zaman Nabi Ibrahim as, Beliau mempunyai seorang murid yang akan segera menikah. Tapi sebelum pemuda ini menikah, Nabi Ibrahim as ditemui oleh malaikat yang memberitahukan bahawa usia pemuda itu tidak sampai sehari lagi.
Bagaimana kisahnya,

Nabi Ibrahim as suatu hari Nabi Ibrahim as didatangi oleh salah satu muridnya dan ia menceritakan bahawa ia akan segera menikah esok pagi. Setelah berbincang sejenak, anak muda tersebut meninggalkan Nabi Ibrahim as.
Beberapa saat kemudian, Malaikat Maut mendatangi Nabi Ibrahim dan bertanya, "Siapa anak muda yang tadi mendatangimu wahai Ibrahim?" tanya Malaikat Maut. "Yang anak muda tadi adalah sahabat sekaligus muridku," jawab Nabi Ibrahim as.
"Ada apa dia datang menemuimu?" tanya Malaikat Maut lagi.
"Dia menyampaikan bahawa dia akan melangsungkan pernikahan pada esok pagi," jawab Nabi Ibrahim as.
"Wahai Ibrahim, sayang sekali umur anak itu tidak akan sampai besok pagi," jelas Malaikat Maut.
Setelah berkata demikian, Malaikat Maut pergi meninggalkan Nabi Ibrahim.
Keesokan harinya Nabi Ibrahim as berjalan menuju rumah pemuda tersebut dan alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim melihat pemuda itu masih dalam keadaan hidup.
Dan pemuda itu akhirnya melangsungkan pernikahan dengan lancar. Nabi Ibrahim turut bahagia melihat muridnya menikah.
Pemuda tersebut Masih Hidup Hingga Umur 70 Tahun.
Walau senang, terbit rasa sedih, rasa kasihan kerana Nabi Ibrahim tahu bahawa kebahagiaannya tak akan lama. Namun apa yang terjadi berkata lain.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun, Nabi Ibrahim as malah melihat anak muda ini panjang umurnya hingga usia anak muda ini 70 tahun.
Nabi Ibrahim merasa kehairanan dan tak lama kemudian malaikat datang menemuinya.
Terus Nabi Ibrahim menanyakan tentang keganjilan itu kerana Malaikat tidak pernah akan berbohong.
"Apa gerangan yang membuat Allah SWT menahan tanganmu untuk tidak mencabut nyawa anak muda itu dulu?" tanya Nabi Ibrahim.
"Wahai Ibrahim, di malam menjelang pernikahannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut hingga engkau masih melihatnya hidup hingga sekarang," jelas Malaikat. 
Kematian adalah di tangan Allah. Mencepatkan atau melambatkan kematian adalah hak Allah semata ..
Diriwayatkan dari sahabat Amr bin Auf, Rasulullah Saw bersabda, “Sesungguhnya sedekah seorang Muslim dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang su’ul khotimah, Allah akan menghilangkan sifat sombong, kefakiran, dan sifat berbangga diri darinya.” (HR. Thabrani)

Rabu, 7 November 2012

1 HARI 1 AYAT - KELEBIHAN SEDEKAH


Dari Abu Hurairah RA, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:-
"Bila seorang hamba telah meninggal  dunia segala amalnya terputus kecuali tiga perkara iaitu amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya"(HR. Bukhari dalam Adabul Mufrad).
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk". (Al-Quran surah Al-Baqarah Ayat 159)

Dari Abdullah bin 'Amru ra, Rasulullah S.A.W bersabda:"Sampaikanlah pesanku walaupun hanya satu ayat".
Semoga Allah Ta'ala membalas amal Ibadah kita.

LAGI KELEBIHAN BERSEDEKAH

“Orang yang membantu perempuan janda dan orang miskin samalah seperti berjihad di jalan Allah dan seperti bersolat malam tanpa letih dan seperti berpuasa siang hari tanpa berbuka” (Riwayat Bukhari)

Dari Abdullah Ibnu Mas’ud r.a Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang bertakziah kepada orang yang tertimpa musibah maka ia mendapat pahala seperti yang diperolehinya" (Riwayat Tarmizi Ibnu Majah & Hakim)
“Si pemurah yang jahil lebih Allah cintai daripada ahli ibadah yang bakhil.” (Riwayat Al-Khatib)

Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.” (Riwayat Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)


SEDEKAHLAH BENDA YANG KITA SAYANGI

Dalam amalan bersedekah kita perlu melakukannya dengan ikhlas kerana Allah bukan disebabkan balasan nama atau sekadar bersedekah saja. Agar sedekah tidak menjadi sia-sia, Islam mengajarkan umatnya menyumbang dan bersedekah menepati erti ‘sedekah’ iaitu:-
Sedekahlah dengan barang yang disenangi penerima. Allah melarang bersedekah dengan benda yang tidak baik kerana bersedekah adalah ibadat dan tanda mensyukuri nikmat Allah.

Firman Allah yang maksudnya :
“Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi sentiasa terpuji.” (al-Baqarah: 267)
Sesuatu yang disedekahkan ialah yang halal bukan haram atau subahat.
Sunat bagi pemberi sedekah atau penderma bersedekah dan menderma daripada benda yang disukai dan disayangi tidak kira sama sedikit atau banyak sebagaimana firman Allah SWT yang maksudnya:
“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Ali-Imran:92)
Bersedekah dengan disertai keikhlasan bukan mengungkit, merungut, membidas dan menyakiti hati orang yang menerima sedekah kerana perbuatan ini haram dan merosakkan amalan bersedekah.
Sedekah yang diberikan secara sembunyi lebih afdhal ibarat tangan kanan yang memberi tangan kiri tidak mengetahuinya. 
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang maksudnya:
Mana-mana orang mukmin yang memberi makanan kepada seorang mukmin yang lain kerana kelaparan maka Allah akan memberi makanan kepadanya pada Hari Kiamat daripada buah-buahan Syurga. 
Dan mana-mana orang mukmin yang memberi minuman kepada seorang mukmin yang lain kerana kehausan maka Allah akan memberi minuman kepadanya pada Hari Kiamat daripada tamar Syurga yang termetri bekasnya. 
Dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakaian kepada seorang mukmin yang lain kerana tidak berpakaian maka Allah akan memberi pakaian kepadanya daripada pakaian Syurga yang berwarna hijau. (Riwayat Tirmizi dan Abu Daud).
Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan 7 tangkai pada setiap tangkai ada 100 biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui. (Surah Al-Baqarah, ayat: 261.)

Selasa, 6 November 2012

1 HARI 1 AYAT - KEKUATAN SEDEKAH

KEKUATAN SEDEKAH
Hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Ahmad:
Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi maka bumi pun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya ternyata bumi pun terdiam. Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung?"

Allah menjawab, " Ada iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi).

Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi?"
Allah yang Maha Suci menjawab, " Ada iaitu api" (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api).

Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api?"
Allah yang Maha Agung menjawab, " Ada iaitu air" (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air).
Para malaikat pun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air?"
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, " Ada iaitu angin" (air di samudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat).
Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi "Ya Allah adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua?"
Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, " Ada iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya". 
Ertinya yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain.
Berkaitan dengan ikhlas ini, Rasulullah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah: " Wahai segenap manusia! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya".
Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata-mata tanpa berasa ingin dipuji dianggap dermawan, dihormati, dan lain-lain yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.

GANJARAN BERSEDEKAH

Rasulullah s.a.w menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkat. Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang bersedekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW.
Allah Ta'ala berfirman, "Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah".{Qs. Al Lail (92) : 5-8}
Allah Ta'ala berfirman, "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan) oleh orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui".{Qs. Al Baqarah (2) : 261} 
Rasulullah SAW bersabda,"Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah". Yang satu lagi menyeru "musnahkanlah orang yang menahan hartanya".
  
TOLAK BALA DENGAN SEDEKAH

Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda Rasulullah SAW. : 
"Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah".
"Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah "Ubatilah penyakitmu dengan sedekah".
Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas dan lain-lain. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah), sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah.
Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran bukan lagi urusan kita kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/ fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???
Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada pengemis/peminta/fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum solat Jumaat dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jumaat misalnya Jumaat ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jumaat berikutnya harus dengan jumlah yang sama syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.
Sedekah anda walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkat dan sebaliknya menahannya adalah celaka. Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung di sisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.

Rabu, 31 Oktober 2012

1 HARI 1 AYAT - SEDEKAH MEMADAMKAN KEMURKAAN ALLAH

SEDEKAH MEMADAMKAN  KEMURKAAN ALLAH ...........

Bismillahir-Rahmaanir-Rahim

Seorang pemuda mendengar hadits-hadits dan ayat tentang mulianya bersedekah di jalan Allah betapa mulianya berinfaq dengan shadaqatussir (sedekah secara sembunyi-sembunyi) sebagaimana hadits Rasul saw : "Sedekah dengan sembunyi sembunyi memadamkan kemurkaan Allah" (HR Thabrani dg sanad Hasan).

Maka terdetiklah di hati pemuda niat luhur untuk melakukannya dia merasa telah banyak bermaksiat dan dia merasa ibadah-ibadahnya tak cukup untuk memadamkan kemurkaan Allah swt dan dia pun mula mengumpulkan hartanya, setiap kali dia mendapat untung dari pekerjaannya selalulah dia asingkan untuk bersedekah secara sembunyi-sembunyi, siang malam dia terus berusaha dengan gigih mengumpulkan wang hingga setahun lamanya, terkumpullah sejumlah wang dinar emas yang cukup banyak jumlahnya.

Malam itu pemuda menaruh seluruh wangnya itu dalam uncang besar lalu dia berpakaian gelap dan penutup wajah hingga tak seorangpun mengenalinya dia berjalan di tengah malam yang sunyi.

Tiba-tiba dia melihat seorang wanita yang tertidur di tepi jalan maka dia melemparkan uncang wangnya pada tubuh si wanita tersebut. Si wanita itu pun terkejut lalu bangun dan hanya menyaksikan pemuda bercadar itu lari tergesa-gesa.

Pemuda itu membisikkan dalam hatinya : "ah? wanita itu pasti berharap isi uncang itu adalah makanan, namun MASYA ALLAH' SEKELOMPOK WANG DINAR"!!..wah.. dia pasti gembira dan mendoakanku. Puji syukur atas Mu Rabbi, aku berusaha setahun mengumpulkan wang untuk hal ini semoga Engkau menjadikannya sedekah rahsia yang Kau terima.

Keesokan harinya hebohlah kampung itu dengan khabar bahawa seorang wanita pelacur mendapat uncang wang dinar emas ketika sedang menunggu pelanggannya!, mendengar berita itu maka Amir tersentak, ia mengucap, " Subhanallah, pelacur......sedekahku yang kukumpulkan setahun ternyata ditelan pelacur!, ah.. sedekahku tak diterima oleh Allah hanya menjadi santapan wanita pezina dan penyebab orang berzina, naudzubillah!"

Pemuda itu muram dan sedih namun ia tetap bersabar dan dia ingin agar sedekahnya diterima oleh Allah dan tak salah penerima maka dia mengumpulkan lagi harta dengan lebih gigih lagi hingga setahun lamanya setelah harta terkumpul dia membeli sebanyak-banyaknya perhiasan emas dan berlian terkumpullah sekarung perhiasan beragam corak dan jenis. Dia merasa puas memandang jerih payahnya.

Dia pun mengulangi perbuatannya, menggunakan penutup wajah dan membawa uncang perhiasan itu di tengah-tengah malam tiba-tiba dia melihat seorang lelaki setengah baya yang sedang berjalan di tengah malam, wajahnya tampak kusut dan penuh kegundahan maka si pemuda itu pun melemparkan uncang itu pada si lelaki tersebut dan berkata : "terimalah sedekahku..!", lalu dia pun lari tergesa-gesa agar si lelaki itu tidak mengenalinya.

Keesokan harinya kampung itu gempar, semalam ada seorang perompak yang mendapat rezeki uncang perhiasan dari lelaki yang tak dikenali?, Pemuda itu sangat sedih.. dua tahun sudah dia mengumpulkan wang dengan susah payah tapi selalu sahaja  salah penerimanya.

Namun pemuda itu masih juga bersabar dan dia kembali mengumpulkan wang berlanjutan hingga setahun maka dia melakukan seperti tahun yang lalu, menaruh wang dinar emasnya di uncang kulit lalu berjalan di tengah malam dia melihat seorang lelaki yang berjalan tertatih tatih sendirian. Jadi ini pastilah tak salah penerimanya bisik pemuda itu. Dia pun memberikan uncang Dinar Emasnya pada lelaki itu dan lari.

Keesokan harinya kampung itu gempar lagi seorang lelaki yang menjadi orang terkaya di kampung itu mendapat sedekah seuncang emas dinar maka pemuda itu pun jatuh terjelopok bererti memang dia adalah pemuda busuk yang sedekahnya tak akan diterima oleh Allah, 3 tahun ia berjuang namun Allah menghendaki lain.  Pemuda itu pun berdoa: "Rabb......kalau kau menerima sedekahku itu maka tunjukkanlah".

Zaman terus berlalu tanpa terasa puluhan tahun kemudian pemuda itu sudah tua di usia senjanya ia mendengar ada dua orang ulama adik kakak, keduanya menjadi ulama besar dan mempunyai ribuan murid.

Kedua Ulama itu anak yatim, ayah mereka wafat saat mereka masih kecil, lalu kerana jatuh miskin maka ibunya akhirnya melacur untuk menyara anaknya dalam suatu malam ibunya bermunajat pada Allah: "Ya Allah ya Rabbi, kuharamkan rezeki yang haram untuk anak-anakku, malam ini berilah aku rezeki Mu yang halal,"

lalu Ibu itu tertidur di tepi jalan, lalu ada seorang yang tidak dikenali yang melemparkan seuncang wang dinar emas padanya, lelaki itu menutup wajahnya dengan cadar maka sang Ibu gembira, bertaubat dan menyekolahkan anaknya dengan wang itu dan hingga kedua anaknya menjadi Ulama dan mempunyai murid ribuan banyaknya…

Airmata menitis membasahi kedua belah pipi pemuda yang sudah tua itu oh.. sedekahku itu ternyata diterima Allah dan pahalanya dijaga Allah hingga berkesinambungan dengan anak-anak sipelacur yang menjadi ulama dengan wang sedekahnya dan memiliki ribuan murid pula Maha Suci Allah Dia tidak mensia-siakan susah payahku namun apa nasibnya dengan sedekahku yang tahun kedua?

Tidak berapa lama kemudian  pemuda yang sudah tua itu mendengar khabar bahawa seorang Wali Allah baru saja wafat dia dulunya adalah seorang perompak suatu malam ia dilempari seuncang perhiasan oleh lelaki yang tidak dikenali lalu ia bersyukur kepada Allah, beribadah dan beribadah, meninggalkan kehidupan duniawi, berpuasa dan bertahajjud, hingga menjadi orang yang Soleh dan Mulia, dan wafat sebagai dengan mencapai darjat Waliyullah (kekasih Allah) dan banyak pula orang yang bertaubat ditangannya.

Pemuda yang sudah tua itu  semakin cerah wajahnya dan semakin malu kepada Allah, tak lama kemudian sampai pula khabar padanya bahawa telah dibangunkan sebuah rumah amal, yang selalu tak pernah sepi dikunjungi para pengemis, rumah amal itu selalu membahagi-bahagikan hartanya pada para Fuqara, rumah amal itu didirikan oleh seorang tua yang kaya raya di kampung itu dia awalnya sangat kedekut namun suatu malam dia dihadiahi seuncang wang dinar emas oleh lelaki yang tidak dikenali dia pun malu dan bertaubat, lalu menginfakkan seluruh hartanya untuk rumah amal.

Pemuda yang sudah tua itu pun lalu menyungkur sujud kehadirat Allah swt betapa luhurnya Dia Yang Maha Menjaga Amalnya yang tak berhenti hingga berlipat-lipat dan berkesinambungan. Pemuda yang sudah tua itu benar-benar telah mencapai cita-citanya.
Sabda Rasul saw:"Sedekah secara sembunyi-sembunyi memadamkan kemurkaan Allah."
dan dia mendapatkan pahala yang terus mengalir tanpa henti bagai membeli saham dengan keuntungan berjuta kali lipat gandanya, betapa tidaknya?, Apalah ertinya seuncang wang dinar emas dibandingkan pahala sujud orang yang bertaubat?, sedangkan kita mendengar hadits Rasul saw : "Dua raka'at Qabliyah Subuh lebih mulia dari dunia dan segala isinya"

Lalu bagaimana dengan pahala yang berkumpul dari sebab amal sedekahnya yang tak bererti itu?, betapa beruntungnya si pemuda yang sudah tua ini dan betapa mulia darjatnya dan rugilah mereka yang kedekut dengan hartanya, yang merasa bahawa makan dan minumnya lebih berhak didahulukan daripada menjadikannya perantara yang mendekatkannya pada Keluhuran yang Abadi.
Semoga kita semua dikelompokkan sebagai penanam saham untuk meneruskan tegaknya Dakwah Nabi Muhammad saw, amiin.....

Semoga kita dapat mengambil pengetahuan yang bermanfaat dan menambahkan ibadah 

Khamis, 11 Oktober 2012

1 HARI 1 AYAT - KEUTAMAAN SEDEKAH

KEUTAMAAN SEDEKAH

Diceritakan, ketika Nabi Ayub Alaihi Salam sedang mandi tiba-tiba Allah Taala mendatangkan seekor belalang emas dan hinggap dilengannya. Baginda menepis-nepis lengan-nya agar belalang jatuh. Lantas Allah taala berfirman, “Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya ?”

Nabi Ayub Alahi Salam menjawab, “Ya benar, wahai Sang Pencipta! Demi Keagungan-Mu apalah makna kekayaan tanpa keberkatan-Mu.”

Kisah di atas menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah Taala. Kekayaan tidak akan membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta dan rezeki yang sedikit akan dirasakan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan rezeki yang meskipun banyak akan terasakan sempit dan menyusahkan.

Agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi berkat, Rasulullah Sholallohu alaihi wassallam menganjurkan kepada umatnya untuk memperbanyak sedekah. Kata Rasulullah, “

Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah.” Dalam hadits lain, Rasulullah menjelaskan, “ Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi, Yang satu menyeru, “Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah.” Yang satu lagi menyeru, Musnahkanlah orang yang menahan hartanya’.”

Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah Taala. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan merugi di dunia dan akhirat kerana tidak ada keberkatan. Jadi, sejatinya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab, menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkat, dan sebaliknya menahannya adalah celaka.
Sedekah memiliki beberapa keutamaan bagi orang yang mengamalkannya,

 

PERTAMA, mengundang datangnya rezeki. Allah Taala berfirman dalam salah satu ayat al-quran bahawa Dia akan membalas setiap kebaikan hamba-hamba-Nya dengan 10 kebaikan. Bahkan, di ayat yang lain dinyatakan 700 kebaikan. Khalifah Ali bin Abi Thalib menyatakan, “Pancinglah rezeki dengan sedekah.”

KEDUA, sedekah dapat menolak bala. Rasulullah bersabda, “Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah boleh mendahului sedekah.”

KETIGA, sedekah dapat menyembuhkan penyakit, Rasullullah menganjurkan, “Ubatilah penyakitmu dengan sedekah.”

KEEMPAT, sedekah dapat menunda kematian dan memanjangkan umur. Kata Rasulullah , “Perbanyaklah sedekah, Sebab sedekah akan memanjangkan umur.”Mengapa semua itu boleh terjadi? sebab Allah Taala mencintai orang-orang yang bersedekah. Kalau Allah sudah mencintai seorang hambanya, maka tidak ada persoalan yang tidak boleh diselesaikan, tidak ada permintaan dan doa yang Allah tidak kabulkan, serta tidak ada dosa yang Allah tidak ampuni, dan hamba tersebut akan meninggal dunia dalam keadaan husnul khotimah (baik).

Kekuatan dan kekuasaan Allah jauh lebih besar dari persoalan yang dihadapi manusia, kalau manfaat sedekah begitu dahsyatnya, masihkan kita belum juga tergerak untuk mencintai sedekah ?

Wallahu a’lam bis-shawab.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...