Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Memaparkan catatan dengan label PULAU PERHENTIAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PULAU PERHENTIAN. Papar semua catatan

Ahad, 30 Jun 2013

HASIL TANGKAPAN TERBAIKKKK..............3 H 2 M PULAU PERHENTIAN

Last entry percutian di Pulau Perhentian selama berada di sana selama 3H2M inilah dia hasilnya. Tak lengkapkan kalau kita pergi bercuti kalau tidak menghabiskan duit poket untuk di bawa pulang ke KL. Pada saya mesti ada benda yang perlu saya bawa balik tak kiralah murah ke mahal ke yang penting mesti saya suka dan ada value kenangan. Saya ni bukanlah jenis kaki shooping tapi jenis yang lebih suka berjalan-jalan sambil menikmati keindahan dunia ciptaan Allah. Tapi kalau saya dah berkenan kat sesuatu benda yang saya suka saya akan cuba dapatkan juga. Selepas bersuka ria dan bersantai sakan sampai muka dan badan pun sama-sama gelap sempat juga saya merembat beberapa helai tshirt untuk saya dan anak buah kesayangan saya. Untuk diri saya aje 3 helai tshirt menjadi koleksi saya semua. Hitam, coklat dan pink. 2 daripadanya tshirt I LOVE dan sehelai GO PERHENTIAN. Sejak-sejak suka beli tshirt I LOVE ni dah mula jadi hobi pulak mengumpul tshirt I LOVE. Sekarang ni kalau sesiapa aje pergi bercuti ke atau jalan-jalan saya akan kirim baju tshirt I LOVE. Di Jeti Kuala Besut saya juga beli key chain dan fridge magnet. Semua ni memang hobi saya sebelumnya yang suka mengumpul. Tak lupa juga saya berikan untuk kawan-kawan office dan keluarga saya. Untuk mak tersayang saya belikan asam bergula yang menjadi kesukaan mak saya. Biasalah dah sampai kat Terengganu ni keropok mestilah beli cuma tak dapat nak beli keropok longsong dan sata sahaja tak apalah lain kali kalau datang sini saya akan pastikan keropok longsong dan sata mesti dapat. Bunyi macam orang kempunan aje.
 
 
Macam-macam tshirt berjaya saya rembat.....yang warna oren dan maroon tu khas buat untuk anak buah kesayangan saya tu.....yang lain siapa punya lagi kalau bukan saya yang gileerrrr t shirt ni
 

Key chain dan fridge magnet tu semua dah diberikan kepada adik beradik saya dan kawan baik saya.......untuk saya dapat bawa balik ke KL dan bagi kat adik beradik pun dah cukup membahagiakan saya......


Asam bergula ni satu kemestian kalau balik Terengganu adik ipar saya mesti belikan untuk mak mertuanya sebab mak saya memang suka sangat makan asam bergula ni. Asam bergula ni khas untuk mak tersayang saya

 
Keropok-keropok ni pun dah selamat bagi kat adik beradik saya dan kawan baik.
 


 
Tu dia gilerrr t-shirt sekali rembat sampai 3 helai.....yang penting puas hati...ada aku kisah

Jumaat, 21 Jun 2013

PERCUTIAN 4 - SELAMAT TINGGAL PULAU PERHENTIAN

6 JUNE 2013 - HARI TERAKHIR DI PULAU PERHENTIAN


Malam tadi tidur ditemani dengan hujan di pulau. Sedap tidur sejuk-sejuk macam tu. Nikmat sungguh hidup ini. Bersyukurlah kita masih diberikan kesempatan bernafas lagi dan dapat lagi untuk menambah amalan kita untuk saham akhirat nanti. Kalau kawan sebilik saya tak kejutkan saya pada pukul 3.00 pagi untuk angkat baju kami yang berada di jemuran luar tu memang tak sedarlah saya hujan turun. Ok lupa nak bagitau menu dinner kami malam tadi BBQ dan air sirap bandung. Lunch tengahari semalam pula ayam goreng, sayur campur, kari daging dan air oren. Mavelous. Sedap sebab apa saya kata sedap sebab selera kampung memang makanan kegemaran saya. Terima kasih tukang masak yang menyajikan lauk yang sedap-sedap kat kami di samping keramahan adik pelayan kat situ. InsyaAllah ada rezeki kami lagi kami akan datang lagi ke sini. Seperti biasa bangun pagi solat subuh dulu kemudian pukul 8.00 pagi kami terus sarapan pagi. Menu sarapan pagi ni nasi lemak dan teh tarik. Kami makan puas-puas sambil lepak-lepak kat cafe tersebut ditemani dengan radio stesen pantai timur. Layan jiwang gituuuuu lagu-lagu rock 90an.


Tu trip yang nak pergi snorkeling pagi tu awal-awal lagi mereka dah menunggu semangat untuk bersnorkeling


Dah puas lepak kat cafe kami berdua pergilah jalan-jalan kat tepi jeti pulau tu sambil melihat ikan-ikan yang comel. Itulah aktiviti kami untuk hari-hari yang terakhir di pulau ni. Dah puas melihat berbagai ragam manusia di pulau ni dengan ketibaan pengunjung yang sentiasa tak putus. Sempat bersembang dengan abang dan pakcik-pakcik bot yang sentiasa bertali arus menghantar dan mengambil pengunjung. Sempat lagi mereka memberi cadangan kepada kami supaya pergi ke Pulau Redang pula selepas ini kerana kata mereka Pulau Redang lagi cantik dan menarik. Kami berdua sangat suka dengan cadangan mereka. InsyaAllah kalau ada rezeki lagi kami akan sampai pula ke Pulau Redang. Dah puas cuci mata dan beramah mesra kami pun pulang semula ke chalet untuk persiapan balik ke KL. Di sini saya nak bagitau bot untuk membawa kami balik semula ke Jeti Kuala Besut pada pukul 12.30 tengahari. Masa bot untuk membawa balik penumpang hanya ada 3 kali sahaja. Pilih pukul berapa kita nak balik ke darat semula. 8.30 pagi, 12.30 tengari atau 4.30 petang. Saya pilih 12.30 tengahari sebab tiket balik ke KL kami pukul 10.30 malam. Jadi kami tak perlu terkejar-kejar masih sempat untuk kami shopping singgah mana-mana tempat yang kami nak sebelum balik KL. Seperti yang dijanjikan bot yang membawa kami pulang semula ke darat sudah berada di jeti pulau menunggu ketibaan kami. Bila sahaja naik bot saya rasa puas berada di sini selama 3 H 2 M. Buktinya sekarang ni dah nak hampir 2 minggu barulah muka yang nampak terbakar ni dah beransur pulih. Warna kulit di tangan dan muka dah mula sekata dan sama seperti dulu. Masa minggu pertama balik dari pulau tu tak perlu nak cakaplah macam mana rupanya orang balik bercuti dari pulau. Dengan muka yang nampak gelap, kesan seperti terbakar, kusam dan hitam yang paling tak bestnya bila basuh muka terasa pedih sebab muka tengah dalam proses pengelupasan kulit. Balik dari bercuti aje semua kawan-kawan yang terjumpa tegur kenapa muka nampak gelap dan kusam. Itulah bahananya tak nak pakai losyen sunblok. Hahahaha padan muka aku.


 Muka kepuasan selama berada di pulau 3 H 2 M

 
Tu yang kat belakang tu bot laju kami yang dah bersedia nak bawa kami balik ke darat


Atas bot laju sebelum bertolak balik ke Kuala Besut. Tak tahu bila lagi dapat naik bot laju ni.


Ok kita sambung lagi part ke 5 percutian ni di Kuala Terengganu pulak ye.....tungguuuuuuuu

Khamis, 20 Jun 2013

PERCUTIAN 3 - MASA UNTUK SNORKELING

05 JUNE 2013 - HARI KEDUA DI PULAU PERHENTIAN
 
 
Assalammualaikum

Sambung semula part ke 3 selepas puas tidur pada malam pertama di Pulau Perhentian. Macam biasa bangun pagi untuk solat subuh dan pada pukul 8.00 kami berdua turun untuk sarapan pagi. Menu pagi ni kuew tew goreng dan teh tarik. Kami makan puas-puas sebab pukul 10 pagi nanti kita akan memulakan aktiviti utama kami yang paling ditunggu-tunggu snorkeling. Yahoooo............bunyi macam bagus aje....macam pandai berenang... sebenarnya tak pandai berenang tapi buat-buat apungkan diri. Kuikuikui. Lepas sarapan tu kami lepak-lepak jap kat cafe chalet kami sambil menikmati angin pagi di tepi pantai. Di samping itu sempat lagi melihat suasana budak-budak kecil yang berseronok mandi ditepi pantai. Masa saya lepak kat tepi pantai ni ramai orang yang berkayak ketika itu. Pagi-pagi macam nilah masa yang sesuai untuk berkayak masih pagi lagi kalau dah tengahari panas pulak. Tapi semalam saya lihat ramai orang yang berkayak dari pagi hingga petang. Tak putus-putus untuk berkayak. Bot laju sentiasa berulang alik menghantar pengunjung yang datang dan pergi. Ok kat sini saya nak bagitahu bot laju ni ada masa yang telah ditetap untuk pergi dan balik. Bot yang kami dah tempah ni masa menghantar kami balik pada pukul 8.30 pagi, 12.30 dan 4.30 ptg. Masa kami lepak-lepak pagi tu sentiasa ada bot laju yang membawa balik pengunjung yang sudah selesai ber scuba dan ber snorkeling. Masa tengok di orang yang hendak pergi dan sesudah balik  tu rasa berkobar-kobar dan tak sabar-sabar. Bestnya. Dah puas lepak-lepak sambil sembang-sembang dengan pengunjung yang lain kat situ kami berdua balik sekejap ke chalet untuk salin pakaian untuk aktiviti snorkeling. Tepat pukul 10 pagi kami telah di bawa menaiki bot laju menuju ke 4 destinasi snorkeling kami.
 

Masa ni tengah menunggu botman untuk bawa kami pergi aktiviti snorkeling
 
 
Belakang tu cafe chalet kami menginap
 
 
Tu yang nampak bersepah kat depan bekal yang dibawa masa yang pergi snorkeling. Biasalah bawa air mineral kalau dah penat bersnorkeling boleh terus minum. Nak tunggu balik chalet lama lagi 3 jam oiiiii. Apa-apa bawalah roti dan air. Bersedia
 
 
Posing jap depan port snorkeling tu sementara menunggu
 

sempat posing kat bot (konon-konon macam pandai bawa bot padahal lesen bot pun tak ada) sebelum botman pulak yang ambil alih
 


Dalam bot laju sebelum di bawa ke destinasi yang pertama

 
Dalam bot laju yang dah mula bergerak dan kami dah diminta untuk memakai jaket keselamatan
 
 
POINT PERTAMA......SHARK POINT
 
 
First kami dibawa ke point yang pertama SHARK POINT. Di tempat yang pertama ni siapa yang bernasib baik akan jumpa dengan jerung. Masa kami berada di tempat itu kebetulan memang ada shark kat situ cuma saya tak pergilah tengok setakat saya bersnorkeling kat persisir pantai sambil melihat ikan-ikan yang comel dan cantik-cantik tu. Itupun tak sampai kat tengah setakat tepi-tepi aje. Al-maklumlah tak pandai berenang jadi langkah berjaga-jaga sentiasa ada.  Walaupun kami dipakaikan jaket keselamatan saya masih tak berani nak ketengah. Takat-takat tepi aje. Masa ni saya tengok ramai yang ke tengah dan ke dalam laut untuk melihat ikan-ikan yang cantik-cantik belaka semuanya. Jadi siapa yang ketengah tu dapatlah tengok shark yang kebetulan ada ketika itu. Masa kat tempat nilah tangan saya luka sebab terkena batu-batu kat situ. Sendiri mahu ingatlah sebab tak tahu berenanglah katakan. Disebabkan takut kaki tak jejak dasar laut tu yang jadi gelabah sikit bila tiba-tiba aje terasa badan bagai terapung kat laut. Apa lagi gelabah cari benda yang boleh untuk dipegang. Pegang punya pegang terkenalah batu-batu kat situ. Tulah yang luka sikit tak palah satu kesan peninggalan kenangan bila balik KL nanti. Masa snorkeling ni botman dah bagitau bernafas melalui mulut. Masa pakai alat snorkeling tu dah pandai bernafas melalui mulut. Tu yang bila masuk laut aje tertelan air laut yang masin. Masuk air dalam telinga memang pengalaman yang sangat menyeronokkan. Selama ni tak pernah masuk dalam air kalau mandi kat swimming pool tu pun takat duduk dan main tepi-tepi kolam aje nak ke tengah apatah lagi masuk dalam air memang tak adanyalah. Tapi masa kat sini itulah first time rasa dapat merasa masuk dalam air. Memang sungguh indah dan menyeronokkan. Kalau pandai berenang lagi seronok. Selepas kami dah puas bersnorkeling kat situ botman kami pun panggil kami semua untuk ke point yang kedua. Botman kami ni pun tak nak melepaskan peluang bila dah hantar kami ke sini dengan-dengan dia sekali snorkeling kat situ.
 

Ni di point yang pertama.....masa ni masih kat tepi lagi baru nak test nak masuk air. Di point yang kat sinilah tangan saya luka kena batu. Tajam jugalah batu-batu kat sini. Masa kat sini hati-hati sikit. Kat sinilah jugalah kalau nasib sesiapa baik boleh jumpa dengan shark. Masa kedatangan kami memang bernasib baik sebab ada yang dapat melihat shark kat situ.

 
Dah habis snorkeling di point yang pertama. Masa ni muka dah mula nampak gelap. Baru sekejap aje kat situ dah gelap. Kulit saya ni memang jenis yang cepat merah dan gelap kalau lama terdedah dengan matahari
 
 
 
POINT KEDUA..........TURTLE POINT
 
 
Point kedua ni memang mengerikan bagi saya yang tahu berenang. Bukan apa point yang ini memang dalam sikit. Tempat penyulah katakan. Dalam sikit laut tu memang tak cecah kaki ke laut sebab dah ketengah kelaut. Tapi masa itu memang ramai yang tak mahu lepaskan peluang berenang bersama penyu kat situ sambil melihat-lihat kehidupan habitat tersebut. Saya tak berani nak turun ke laut sebab saya tengok dari atas bot tu dalam jugak. Saya sekadar tengok dari atas bot sahaja tapi dapatlah tengok penyu tu kebetulan penyu tu lalu bawah bot kami. Besar penyu ni. First time dalam hidup ini tengok penyu yang real selama ni dalam tv aje. Seperti biasalah botman saya sambil menyelam minum air.....sambil-sambil hantar kami tu dia pun snorkeling sekali bersama-sama penyu tersebut. Masa ni kan terasa dalam hati ruginya tak tahu berenang sebab terasa ruginya tak dapat tengok keindahan dasar lautan tu.
 
 
 
 
Masing-masing dah berebut nak tengok penyu.
 
 
Jelous sungguh tengok diorang-diorang ni masuk laut. Tak berani nak turun nampak dalam
 
 
Masa ni saya berada di atas bot aje takut nak masuk dalam air laut. Tengok dasarnya tak jejak kaki. Terus tak berani turun. Nampak dalam lautnya. Tengok dari atas bot aje tengok penyu tu lalu bawah bot kami.
 
 
POINT KETIGA -----BLUE LAGON / CORAL VIEW
 
 
Tempat ni memang cantik gileeerrrrrrrrr.....wowwww cantik sungguh coral view ni. Memang terjagalah kawasan ni. Tempat ni taklah ketengah laut dekat sikit dengan persisir pantai. Masa bot kami lalu kat kawasan ini memang dah nampak coral view nya. Tempat ni juga boleh bawa roti untuk bagi ikan-ikan yang comel tu makan. Air lautnya memang bersih dan dari atas bot tu dah boleh nampak batu karang yang cantik dan terjaga. Wow kalau tahu berenang dah masuk dalam laut tu untuk melihat keindahan dasar laut. Kalau dari atas bot pun dah nampak cantik apatah lagi kalau berada di dalam mesti lagi hebat. 
 
 
Masing-masing dah seronok meneroka dasar lautan tu. Tak ingat dah nak naik bot balik.
 
 
 
 
Nilah dia tempat point untuk coral view. Cantikkan yang nampak gelap-gelap kat dalam laut tulah dia terumbu karang tu
 
 
Cantikkan coral view ni. Gambar ni diambil masa atas bot.  Kalau ambil dari dalam laut lagi cantikan. Kamera saya tak boleh masuk laut. Hancurlah my kamera
 
 
Tengok tu masa nak turun kat laut masih lagi pegang besi tu. Kukuikui...masih tak berani nak terjun terus ke laut.....
 
 
Dah mula nak masuk laut.....posing dulu.
 
 
Dah nak naik semula ke bot.....
 
 
POINT KE EMPAT......K.K BAY
 
Point ke empat yang terakhir cuma untuk aktiviti rehat selepas penat bersnorkeling. Kat sini ada satu telaga. Air kat telaga ni memang sejuk giler dan rasa segar selepas mandi dengan air ni. Masa ni berebut diorang nak mandi dengan telaga ni.
 
 
mandi...mandi jangan tak mandi
 
 
Tu dia bermandikan air perigi tersebut memang sejuklah air tu......buat cukup syarat datang sini....

Rabu, 19 Jun 2013

PERCUTIAN 2 - SELAMAT DATANG KE PULAU PERHENTIAN

04 JUNE 2013 - HARI PERTAMA.......
 
 
Kami sampai di Pulau Perhentian dalam pukul 9.45 pagi. Sampai-sampai aja kami bergambar dulu kat depan jeti Pulau tu. Biasalahkan nak tumpang menikmati keindahan alam. Lepas puas bergambar sakan kami terus check in kat chalet kami. Masa kami check in tu tak boleh masuk lagi. Jadi sementara tu kami lepaklah jap kat depan chalet kami tu sambil menikmati keindahan tepi pantai. Tapi tak lama kami menunggu dalam setengah jam lepas tu kami dah boleh check in kiranya kami bernasib baik sebab dapat check in awal. Ikutkan check in kami baru boleh masuk pukul 12.30. Dapat aje check in aktiviti awal saya terus mandi kat chalet ni. Rasa badan ni dah berlengas dan berpeluh. Yelah dari malam tadi sampailah ke pagi tak mandi mahu tak rasa macam dah gatal-gatal badan. Terus aje mandi dan kemudian rehat-rehat dan senang-senangkan badan kat atas katil chalet ni.
 
 
Inilah dia chalet tempat penginapan kami. Tapi bilik saya kat bukan yang kat depan ni tapi kat sebelah tu...
 

Cafe chalet kami ........

 
Tu dia nama chalet kami....
 
 
Chalet yang ini berada di belakang chalet kami.......cantikkan chalet ye
 
Pukul 1 tghari kami turun ke cafe chalet untuk makan tengahari. Sedap masakannya ala-ala kampung. First menu tengahari tu kami makan tomyam campur, telur dadar, sayur campur dan air teh o ais. Disebabkan kami ambil pakej termasuk makan sekali itu yang tak perlu nak risau sebab makan semua telah tersedia. Bagi saya kalau kita nak bercuti eloklah ambil pakej yang termasuk makanan disediakan. Tak perlu nak risau nak cari makan kat mana. Kalau tempat yang kita pergi bercuti tu memang banyak tempat makan tak apa. Kalau macam kat pulau ni sendiri mahu ingatlah mana ada kedai-kedai ke warung ke, food court ke, restoran-restoran. Kalau ada pun kat cafe chalet tu ajelah yang ada. Tapi mahal sikitlah. Sambil menikmati makan tengahari tu kami dihiburkan dengan radio stesen pantai timur. Gempak woiiii......lagu-lagu dia memang rock 90 an semua. Mengimbau kenangan zaman persekolahan menengah dahulu. Memang taste lagu-lagu kesukaan saya rock 90an. Jiwang giler wa cakap lu. Kalau kat KL nak dengar lagu-lagu rock 90an hanya ada di stesen radio SURIA FM dan SINAR FM tapi lagu-lagunya ada juga campur dengan lagu-lagu yang terkini. Tapi stesen pantai timur ni 100% lagu rock 90an. Betul ke orang pantai timur. Kalau salah sorry ye sebab first time baru sampai kat Pulau ni. Adik yang kerja kat cafe chalet tu kata stesen radio pantai timur. Lepas makan makan tu sempatlah sembang-sembang dengan adik yang kerja kat cafe chalet tu dan tauke dia sekali. Macamlah saya ni peramah sangat. Biasalah kalau kat tempat orang ni saya suka bersembang mesra alamlah katakan. kukuikuikui.....angkat bakul sendirilerrrrr.
 
Dah penat bersembang dan berkenalan kami pun balik chalet untuk solat zohor dulu. Lepas solat zohor saya pun pergilah ambil angin dan jenguk-jenguk tepi pantai sambil menikmati suasana pantai. Kawan saya tak join sekali sebab dia rehat aje kat chalet dengan brutalnya saya pun santai sorang-sorang je kat tepi pantai tu. Sambil tengok budak-budak dan segala bapak mak budak mandi kat tepi pantai tu. Dalam hati ini rasa macam nak terjun aje dan join dengan-dengan diorang tu sejali tapi tak apa ada hari lain lagi. Kan 3 Hari 2 Malam. Hari ni cuma nak tengok-tengok dan rehat-rehatkan badan kat tepi pantai aje. Ramai jugalah pelancong pun bersantai kat tepi pantai tu. Biasalah mat salleh ni diorang buat macam kat tempat diorang berbikini dan seluar sahaja. Pada saya tak heranlah diorang macam tu. Lama jugaklah melayan perasaan kat tepi pantai tu sambil berayunkan buaian. Letih berayunkan buaian saya pun terus ke hujung pantai melihat batu-batu yang ada kat situ.
 
 
Sambil berayun di buaian seorang diri sambil menikmati keindahan pantai......jiwang jituuuu
 

Tempat ini di hujung sekali pantai.... Kat hujung ni banyaklah batu-batu seperti ini....layanlahhh

 
ala-ala manja.......



 
Dah nak masuk waktu asar saya pun balik ke chalet semula untuk solat asar. Masa saya balik ke chalet kawan saya tu dah bangun dan dah puas berehat. Lepas solat asar aje saya dan kawan pun sambung semula bersantai kat tepi pantai tu sambil menikmati keindahan pantai. Kemudian kami pun lepak-lepak kat cafe chalet yang terdapat di tepi pulau tersebut sambil menikmati pelbagai ragam manusia yang sedang lepak-lepak di situ. Terasa seronok sangat masa tu. Hilang segala masalah seketika. Dalam ingatan waktu tu hanya ada keseronokan percutian. Kami lepak-lepak kat cafe chalet tu hingga masuk waktu maghrib. Masuk aje waktu maghrib kami pun pulang semula ke chalet untuk mandi dan solat maghrib.
 
 
Yang ini papan tanda amaran bila berada di kawasan taman laut.....bacalah sendiri
 
 
Yang ini port snorkelling dan taxi centre.....kalau nak berkayak pun ada bayaran RM 15
 
 
 
Pukul 8.00 malam kami turun semula ke cafe chalet untuk makan malam. Menu makan malam hari ini adalah ikan goreng, sup, sayur campur dan air nescafe o ais. Sedapkan menu dia ala-ala kampung. Menu tu memang memenuhi selera saya. Lepas makan aje kami pun lepak-lepak aje kat cafe chalet tu sambil menonton tv kat situ. Maklumlah kat chalet kami tak ada tv so tumpanglah tengok tv melayan cerita kesukaan saya tu drama LULURNYA SEBUAH IKRAR dan I MISS YOU (episod last pulak tu) dahlah ter miss episod semalamnya sebab dah nak bertolak naik bas malam tu. Siap minta kat adik cafe tu tukarkan channel tv9. Terima kasih adik chalet yang sentiasa memenuhi permintaan kakak berdua ni yang banyak songel dan ragamnya. Sambil-sambil layan cerita kesukaan tu kami sempat lagi sembang-sembang dengan adik cafe tu. Ramah sungguh adik ni. Habis aje cerita kesukaan kami tu terus kami balik chalet semula untuk solat isyak dan tidur sebelum kami memulakan aktiviti untuk keesokkan harinya. TUNGGGGUUUUUUUUUUUUUU..

Isnin, 17 Jun 2013

PERCUTIAN 1 - PULAU PERHENTIAN

Lama tak update blog ni....bukan sebab malas ke atau kekangan masa tapi sebab tak ada mood nak update. Bahan banyak dan idea banyak tapi tulah mood tak ada. Banyak bahan yang dah terperam tak dikeluarkan. Hari ini terasa macam nak keluarkan balik bahan yang dah terperam lama ni. Mood bercuti dari pulau perhentian masih ada lagi walaupun dah seminggu berlalu. Sekarang ni tengah berusaha untuk memutihkan semula kulit selepas terbakar oleh sinaran matahari masa pergi pulau perhentian hari tu. Hari-hari bubuh daun lidah buaya kat muka ni. Dalam masa seminggu ni memang rasa panas aje muka ni sebab tak hilang lagi kesan sunburn muka ni. Nasib baiklah ada daun lidah buaya kat rumah. Hari-hari pakai. Tradisional lah pulak. Semua orang tahukan apa kelebihan daun lidah buaya ni kan. Tak perlulah saya nak terangkan kat sini cari aje kat internet tu. Itulah pada sesiapa yang malas nak guna produk yang kat luar tu yang macam bagai tu gunalah produk lidah buaya yang tak perlukan kos cuma tenaga ajelah. Memang rasa segar dan sejuk bila pakai ketika wajah terasa seperti terbakar oleh pancaran matahari. Dah seminggu ni muka dah beransur hilang sikit gelapnya. Cuma yang masih nampak gelap di tangan. Kalau yang sesiapa memang sayangkan kulit muka sangat dan tak nak bila balik dari bercuti nanti muka nampak gelap atau seperti terbakar tu rajin-rajinlah pakai sunblok kat muka dan seluruh tangan. Kalau tak nak nampak gelaplah. Kalau yang brutal tu dan kisah suka hati koranglah nak pakai ke tak nak. Kalau saya tak berapa suka sangat pakai bagai-bagai ni. Biarlah nak nampak gelap bukti pergi mandi laut baru nampak seronok.

Hari ni nak cerita persiapan masa nak pergi pulau Perhentian hari tu. Dah nak masuk 2 minggu berlalu baru nak bercerita. Tiket bas awal-awal dah beli seminggu lebih awal takut tak ada maklumlah masa tu cuti sekolah. Mahu tak takut kalau tak ada alamatnya tak bercutilah kami berdualah ni. Saya beli tiket pergi dan balik. Pergi dari KL ke Kuala Besut. Balik dari Kuala Terengganu ke KL. Kami naik bas Sani Ekspress. First time naik bas ekspress yang jalan jauh. Biasalah selama ni kalau pergi mana-mana bawa kereta aje. Cadangan kami selepas aje kami habis bercuti di Pulau perhentian kami tak nak terus balik KL tapi kami nak singgah dulu pergi Pasar payang kat Kuala Terengganu. Tu yang kami beli tiket dari Kuala Terengganu.
 
 
03 JUNE 2013
 
Habis sahaja kerja petang tu saya terus balik rumah dan rehat sementara nak bertolak pada malam tu. Tengok-tengok tv dahulu dan makan. Isi perut dulu yang penting. Sempat juga kami tengok drama kesukaan kami TEDUHAN KASIH tu. Kami solat maghrib dan isyak di rumah dulu. Dalam pukul 9.00 malam barulah kami keluar rumah menaiki LRT ke stesen PWTC. Kami naik bas kat Hentian PUTRA. Masa kami sampai memang ramai orang kat hentian. Ini pun first time naik bas nak ke Pantai Timur sebelum ni kalau saya nak ke Terengganu naik kereta aje.


Tiket bas pergi balik dari KL ke Kuala Besut dan Kuala Terengganu ke KL yang telah dibeli awal-awal lagi.
 
Pukul 10.30 seperti yang tertulis dalam tiket bas kami pun sampai dan kami pun terus naik dan duduk di seat yang kami dah booking awal-awal lagi di tingkat atas. Macam best aje naik bas 2 tingkat ni. Sepanjang perjalanan malam tu apalagi aktiviti kami dalam bas tu tidurlah ler. Tapi ada masa tertentu duduk di seat atas ni seperti berada di tengah lautan. Terhentak-hentak, terhenjut-henjut. Ada kami kisah semua tu, sedar-sedar dah sampai ke Kuala Besut tepat jam 6.20 pagi bertepatan dengan alarm di handphone saya.


Kalau dari arah stesen bas Kuala Besut nak ke jeti tu ikut arah kiri aje. Nanti jumpalah Jeti Kuala Besut ni.
 
 
Sampai aje kat Kuala Besut tu perkara pertama yang kami cari ialah surau. Solat dulu dah masuk waktu subuh. Nasib baiklah surau tu dekat aje kat Jeti tu. Selesai solat kami sarapan pagi dulu kat Jeti Kuala Besut tu. Tak perlu risau nak sarapan memang ada gerai makan sarapan pagi kat situ. Kami pekena nasi lemak dulu sambil lepak-lepak kat tepi laut tu sebelum daftarkan diri kat office chalet kami. Office chalet kami buka pukul 8.00 pagi. Sementara menunggu tu dok tengoklah dulu matahari terbit. Cantik dan rasa aman dan tenang di samping bunyi bot-bot kecil dan bot laju yang baru memulakan aktiviti mereka.


Waktu matahari terbit
 

Sekitar kawasan jeti banyak bot-bot nelayan.
 

Nilah dia ke rupanya Jeti nak Pulau Perhentian.


Pukul 8.00 aje kami pergi daftar kat office chalet kami Pejabat Samudera Chalet. Sebenarnya kat jeti Kuala Besut banyak sangat terdapat office chalet yang telah disediakan untuk pendaftaran. Tak susah lah kalau nak cari office chalet masing-masing sebab memang berada di sekitar kawasan tersebut. Pagi tu masa kami sampai memang ramai orang kat sini. Lepas aje daftar kami pergi sekejap cuci mata jalan-jalan sekitar jeti untuk melihat apa-apa yang menarik dijual di sini sementara menunggu boatman kami datang jemput kami pada pukul 9.00 nanti. Jalan punya jalan singgah jap kat kedai cenderahati yang telah dibuka pada masa tu sempatlah rembat satu helai t-shirt nak pakai masa kat pulau nanti. Maklumlah saya tak bawa banyak t-shirt. Memang dah rancang nak beli t-shirt kat sini aje.
 
Dalam 8.45 kami pun balik semula kat office chalet kami dan pada pukul 9.00 tu kami telah dibawa oleh boatman kami ke jeti untuk menaiki boat laju. Naik aje boat tu kami disuruh mrmakai jaket keselamatan untuk langkah berjaga-jaga. Bermulalah perjalanan kami menaiki boat laju. Cantik dan sungguh cantik permandangan laut. Dan inilah first time dalam sejarah hidup saya naik boat laju. Sebelum ni pernahlah naik feri. Tapi tak seindah naik bot laju ni. Memang terasa aura laut. Laut yang terbentang luas dan percikan ombak yang benar-benar mengkagumkan. Indah sungguh ciptaan ALLAH. Perjalanan boat laju mengambil masa 35 minit untuk kami sampai ke Pulau Perhentian kami. Sebenarnya kami menginap di Pulau Perhentian Besar. Kat sini ada banyak pulau-pulau. Cuma ada kat Pulau Perhentian Kecil sahaja kami dimaklumkan ada sekolah, klinik dan penduduk. Alhamdulillah akhirnya selepas melalui permandangan yang indah di laut kami pun sampai ke destinasi kami. Itulah dia PULAU PERHENTIAN BESAR. Kami sampai akhirnya.
 
 
PULAU PERHENTIAN
 
 
Permandangan di tepi pantai Pulau Perhentian
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...