Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Memaparkan catatan dengan label TIPS PASANGAN BAHAGIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TIPS PASANGAN BAHAGIA. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Mac 2013

1 HARI 1 AYAT - TIPS CINTA UNTUK SUAMI ISTERI

♥19 TIPS CINTA UNTUK SUAMI ISTERI♥

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar ke mana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur. 
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja 
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi. 
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang 
11. Amalkan solatkan berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya. 
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga. 
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Rabu, 9 Januari 2013

TERAPI MINDA - TIPS MENJADI PASANGAN YANG BAIK

-Tips Menjadi Pasangan Yang Baik-

1.TERIMA SEADANYA
Jangan cuba mengubah pasangan anda mengikut kemahuan kita. Ingat pasangan yang kita kahwini itu ataupun yang dicintai itu adalah pilihan kita sendiri. Jangan terlalu mendambakan kesempurnaan. Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan kita daripada terus memikirkan kekurangan atau keburukannya.

2. BERKOMUNIKASI SECARA TERBUKA.
Jangan selalu membuat andaian tentang perasaan pasangan kita. Adalah lebih baik mengajak pasangan kita berbincang secara terbuka tentang semua perkara.
Belajar mengekspresikan perasaan dengan cara yang terbaik supaya pasangan dapat memahami ketika kita marah, terluka, tersinggung ataupun gembira. Ucaplah kata sayang sekerap yang boleh walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan kerana itulah yang mahu didengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.

3. AKTIVITI BERSAMA.
Aktiviti bersama mampu merapatkan hubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Misalnya menonton video di rumah atau menonton wayang.
Kita perlu berhati-hati bila pasangan lebih gemar bersama kawan-kawan melebihi pasangan sendiri. Ini petanda tidak baik.

4.TUNJUKKAN CINTA ANDA.
Selepas berumahtangga sesetengah orang kurang mengambil perhatian terhadap hati pasangan masing-masing. Ada yang kata....
Sudah kahwin untuk apa romantik lagi?
Itulah tanggapan yang salah. Rasa cinta dan sayang tidak salah diluahkan melalui sejambak bunga buat isteri ataupun menyediakan makan malam yang romantis untuk suami. Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah perkara yang mampu mengekalkan hubungan.

5. KAWAL PERASAAN.
Apabila sedang marah ataupun ada perkara yang mengganggu kita cuba bertenang dan bertanya kepada pasangan. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana itu hanya akan membawa kepada pergaduhan. Pasangan akan menghargai sekiranya kita bertenang ketika menghadapi sebarang situasi.

6. JANGAN UNGKIT KISAH LALU
Berhenti mengungkit masa lalu yang negatif. Tidak ada sesiapa yang mahu mengingati kesilapan apatah lagi kesilapan itu merupakan kenangan pahit ataupun memalukan. Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan kita sebagai senjata setiap kali berlaku pergaduhan.

7. KURANGKAN RASA CEMBURU.
Setiap individu tidak boleh lari daripada perasaan cemburu. Namun cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana sikap itu boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri. Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya pada pasangan.

8.JAGA KOMITMEN ANTARA SATU SAMA LAIN.
Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi kerana sikap ini akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. Menjaga kepercayaan memerlukan komitmen supaya dapat membina satu perhubungan yang sihat. Apabila pasangan merasakan kita mula mengabaikan komitmen maka bersiap sedialah akan kehilangannya.

9. JUJUR.
Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu pasangan kerana sikap itu antara punca suatu perpisahan. Kejujuran yang dimaksudkan ialah kejujuran dalam mengungkapkan perasaan kepada pasangan kita. Sekiranya kita terluka katakan kita terluka. Beritahu dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...