Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Memaparkan catatan dengan label KELEBIHAN WUDUK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KELEBIHAN WUDUK. Papar semua catatan

Selasa, 19 Mac 2013

1 HARI 1 AYAT - WUDUK YANG SEMPURNA MENGHAPUSKAN DOSA-DOSA


Pengambilan wuduk yang sempurna bukan sahaja menjamin diterimanya solat tetapi ianya juga dapat menghapuskan dosa-dosa selagi tidak melakukan kesyirikan. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
 عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِذَا تَوَضَّأَ الْعَبْدُ الْمُسْلِمُ - أَوِ الْمُؤْمِنُ - فَغَسَلَ وَجْهَهُ ، خَرَجَ مِنْ وَجْهِهِ كُلُّ خَطِيْئَةٍ نَظَرَ اِلَيْهَا بِعَيْنِهِ مَعَ الْمَآءِ أَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَآءِ فَاِذَا غَسَلَ يَدَيْهِ خَرَجَتْ مِنْ يَدَيْهِ كَلُّ خَطِيْئَةٍ كَانَ بَطَشَتْهَا يَدَاهُ مَعَ الْمَآءِ اَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَآءِ ، فَاِذَا غَسَلَ رِجْلَيْهِ خَرَجَتْ كَلُّ خَطِيْئَةٍ مَشَتْهَا رِجْلاَهُ مَعَ الْمَآءِ اَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَآءِ حَتَّى يَخْرُجَ نَقِيًّا مِنَ الذُّنُوْبِ.
“Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk maka setelah ia membasuh wajahnya keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwuduk ia bersih dari dosa-dosanya”. H/R Muslim 1/148
 وَعَنْ عُثْمَانَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ اَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ تَوَضَّأَ فَاَحْسَنَ الْوُضُوْءَ خَرَجَتْ خَطَايَاهُ مِنْ جَسَدِهِ حَتَّى تَخْرُجَ مِنْ تَحْتِ أَظْفَارِهِ.
Dari Umar radiallahu ‘anhu berkata: Sesungguhnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Barangsiapa berwuduk dengan sebaik-baik wuduk maka akan keluar dosa-dosanya dari tubuhnya sehingga ia keluar dari celah-celah kukunya”. H/R Muslim 3/133.
مَنْ تَوَضَّأَ هَكَذَا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَكَانَتْ صَلاَتُهُ وَمَشْيُهُ اِلَى الْمَسْجِدِ نَافِلَةً.
Barangsiapa yang berduduk seperti ini (seperti wuduknya Rasulullah), diampunkan dosa-dosanya yang telah berlalu dan solat serta perjalanannya ke masjid adalah dipenuhi pahala”. H/R Msulim 3/113

 عَنْ أَبِيْ مَالِكِ اْلأَشْعَرِيْ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَلطُّهُوْرُ شَطْرُ اْلإيْمَانِ.

“Dari Abu Malik al-Asy’ari radiallahu ‘anhu berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Bersuci itu sebahagian dari iman”. H/R Muslim. 1/140
عَنْ حُمْرَانَ ابْنِ أَبَانَ ، أَنَّ عُثْمَانَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ دَعَا بِوُضُوْءٍ ، فَذَكَرَ صِفَةَ وُضُوْءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، ثُمَّ قَالَ : مَنْ تَوَضَّأَ مِثْلَ وُضُوْئِيْ هَذَا ، ثُمَّ قَامَ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ لاَ يُحَدِّثُ فِيْهِمَا نَفْسَهُ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.
Dari Humran bin Aban, bahawasanya Uthman radiallahu ‘anhu meminta air untuk berwuduk, lalu dia menyebutkan sifat wuduk Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam kemudian beliau berkata di penghujung hadis: Barangsiapa yang berwuduk seperti wudukku ini, kemudian ia mendirikan solat dua rakaat dengan tidak berkata-kata yang keji pada diriya maka (wuduk dan solatnya) maka diampunkan baginya segala dosa-dosa yang telah berlalu”. H/R Bukhari 11/213. Muslim 226. Dan An-Nasaii. 1/698
مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوْءَ ، ثُمَّ رَاحَ فَوَجَدَ النَّاسَ قَدْ صَلُّوْا ، أَعْطَاهُ اللهُ مِثْلَ اَجْرِمَنْ صَلاَهَا وَحَضَرَهَا لاَيَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أَجْرِهِمْ شَيْئًا
Barangsiapa berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya kemudian ia pergi ke masjid, lalu ia dapati orang-orang sudah selesai mengerjakan solat maka Allah memberikan pahala kepadanya sebagaimana pahala orang yang sudah solat, tidak dikurangi sedikitpun dari ganjaran yang mereka perolehi”. H/R Abu Daud No. 564. Nasaii. No. 865. Disahihkan oleh Al-Albani. Lihat: Sahih Jamiu as-Saghir. No. 6039
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى مَا يَمْحُوْ اللهُ بِهِ الْخَطَايَا وَيَرْفَعُ بِهِ الدَّرَجَاتِ ؟ قَالُوْا : بَلَى يَا رَسُوْلَ اللهِ ، قَالَ : اِسْبَاغُ الْوُضُوْءِ عَلَى الْمَكَارِهِ ، وَكَثْرَةُ الْخُطَا اِلَى الْمَسَاجِدِ ، وَانْتِظَارُ الْصَّلاَةِ بَعْدَ الصَّلاَةِ ، فَذَلِكُمُ الرِّبَاطُ ،فَذَلِكُمُ الرِّبَاطُ ،فَذَلِكُمُ الرِّبَاطُ.

Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Mahukah aku tunjukkan kepada kamu beberapa perkara yang dengannya Allah akan menghapuskan dosa-dosa dan mengangkat derajat kamu? Mereka menjawab: Mahu wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Iaitu menyempurnakan wuduk walau dalam keadaan susah (Kalimah مكاره yang jamaknya مكره ialah keadaan susah/sulit untuk mengerjakan wuduk, seperti dalam keadaan sakit atau terlalu sejuk), sering berjalan ke masjid (solat jamaah) dan menunggu solat setelah selesai menunaikan solat. Yang demikian itu adalah ribat (jihad/perjuangan), yang demikian itu ribat, yang demikian itu ribat”. H/r Muslim. 133

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتْى الْمَقْبَرَةَ فَقَالَ : اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمِ مُؤْمِنِيْنَ وَاِنَّا اِنْ شَآءَ اللهُ بِكُمْ عَنْ قَرِيْبٍ لاَحِقُوْنَ ، وَدِدْتُ لَوْ أَنَّا قَدْ رَأيْنَا اِخْوَانَنَا ، قَالُوْا : أَوَ لَسْنَا اِخْوَانَكَ يَارَسُوْلَ اللهِ ؟ قَالَ : أَنْتُمْ أَصْحَابِيْ وَاِخْوَانُنَا الَّذِيْنَ لَمْ يَأْتُوْا بَعْدُ ! قَالُوْا : كَيْفَ تَعْرِفُ مَنْ لَمْ يَأْتِ مِنْ أُمَّتِكَ يَارَسُوْلَ اللهِ ؟ قَالَ : أَرَأَيْتَ لَوْ أَنَّ رَجُلاً لَهُ خَيْلٌ غُرِّ مُحَجَّلَةً بَيْنَ ظَهْرَى خَيْلٍ دُهْمٍ بُهْمٍ أَلاَ يَعْرِفُ خَيْلَهُ ؟ قَالُوْا : بَلَى يَا رَسُوْلَ اللهِ ، قَالَ : فَاِنَّهُمْ يَأْتُوْنَ غُرًّا مَحَجَّلِيْنَ مِنَ الْوُضُوْءِ ، وَأَنَا فَرَطُهُمْ عَلَى الْحَوْضِ ، أَلاَ لَيُذَادَنَّ رِجَالٌ عَنْ حَوْضِيْ كَمَا يُذَادُ الْبَعِيْرُ الضَّالُ ، أُنَادِيْهِمْ أَلاَ هَلُّمَ ، فَيُقَالُ : اِنَّهُمْ قَدْ بَدَّلُوْا بَعْدَكَ ، فَأقُوْلُ سُحْقًا سُحْقًا.

Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ketika sampai ke perkuburan, baginda mengucapkan salam: (Kesejahteraan atas kamu wahai penghuni negeri kaum mukminin, insya-Allah tidak lami lagi kami akan menyusul kamu). Alangkah gembiranya hatiku ketika hendak melihat saudara-saudaraku! Para sahabat berkata: Bukankah kami saudara-saudara engkau wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Kamu ini adalah para sahabatku, adapun saudara-saudaraku ialah orang-orang yang belum muncul. Mereka bertanya: Bagaimana engkau dapat mengenali keadaan umat yang belum muncul itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagaimana pendapat kamu, dimisalkan ada seorang mempunyai seekor kuda berwarna putih yang berada di tengah-tengah kuda yang berwarna hitam pekat, tidakkah ia dapat mengenali kuda itu? Benar wahai Rasulullah, ujar mereka! Baginda bersabda: Demikianlah halnya mereka itu, mereka datang dalam keadaan putih cermerlang bertanda disebabkan dari wuduk, sedangkan aku menjadi perintis mereka menuju telaga. Ketahuilah, sesungguhnya ada beberapa orang yang didorong masuk telaga sebagaimana unta yang sesat yang diusir, aku menyeru mereka: Marilah ke sini, marilah ke sini, marilah ke sini!” (H/R Malik, Nasaii 1/93-94. Ibnu Majah No. 4306. Ibnu Khuzaimah No. 6. Ahmad 2/300, 408. Muslim. 1/150.Lihat Mukhtasar Sahih Muslim No. 129. Baihaqi 4/78. Dan Abu Daud. No. 3237.)

 عَنْ أَبِيْ أُمَامَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِذَا تَوَضَّأَ الرَّجُلُ الْمُسْلِمُ خَرَجَتْ خَطَايَاهُ مِنْ سَمْعِهِ وَبَصَرِهِ وَيَدِهِ وَرِجْلَيْهِ ، فَاِذَا قَعَدَ ، قَعَدَ مَغْفُوْرًا لَهُ.

Dari Abi Umamah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Apabila seseorang muslim berwuduk maka akan keluar dosa-dosanya dari pendengarannya (telinganya), matanya, tangannya dan dari kedua kakinya. Apabila ia duduk menanti solat, ia duduk dalam keampunan (diampunkan) dosa-dosanya”. H/R Ahmad. 5/252. Dihasankan oleh Nasruddin al-Albani rahimahullah dalam Jamiu as-Saghir. No. 461

Isnin, 25 Februari 2013

1 HARI 1 AYAT - KELEBIHAN BERWUDHU

KELEBIHAN BERWUDHU DARI ASPEK SAINTIFIK

1. Berwudhu dapat mencegah seseorang dari mendapat kanser kerana salah satu punca kanser ialah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang kesan dari pencemaran yang berlaku pada hari ini. Pembasuhan anggota badan melalui wuduK membersihkan badan dari pencemaran ini.
2. Amalan istinsyaq iaitu mencuci hidung ketika berwuduK mampu mencegah seseorang dari penyakit yang berpunca dari kotoran dan debu seperti resdung. Kegiatan istinsyaq ini juga dapat membantu dalam pengesanan awal tumur di bahagian nasopharyng yang tersembunyi di bahagian hidung.

3. Berkumur-kumur itu bertujuan untuk menjaga kebersihan mulut dan kerongkong dari radang dan pembusukan pada gusi serta menjaga gigi dari sisa-sisa makanan yang melekat gigi.

4. Neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu yang menyejukkan hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran. Kajian menunjukkan terdapat persamaan antara anggota-anggota rukun wudhu dengan titik-titik sensitif yang digunakan dalam ilmu akupuntur. Apabila titik-titik ini diransang ketika berwudhu berlaku komunikasi antara sistem saraf dan hormon seterusnya menghasilkan terapi yang memberi ketenangan kepada orang yang berwudhu. Ransangan pada titik-titik akupuntur ini juga dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak dan jari kaku.

5. Perbuatan menggosok anggota-anggota badan ketika berwudhu dapat menguatkan peredaran darah pada organ-organ tersebut sehingga membantu kita menambah tenaga dan kecergasan badan.

6. Berwuduk dapat mencantikkan kulit dengan membantu proses regenerasi kulit iaitu pengantian sel-sel lama dan baru. Kestabilan kulit ditentukan oleh nilai pH iaitu keasidan dan kelembaban kulit. Bersuci adalah salah satu cara menjaga kestabilan itu khususnya kelembaban kulit. Kulit yang terlalu kering juga merbahaya bagi kesihatan kulit. Ini memudahkan ianya dijangkiti kuman.

7. Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan dan kakinya sehingga yang berkaitan bersih dari dosa. Sememangnya anggota-anggota wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa. Oleh itu wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosakkan wudhu. Dosa dan kemaksiatan berbeza dengan wudhu.

Allah berfirman di dalam al-Qur’an yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, basuhlah muka kamu dan kedua tangan kamu sampai ke siku. Sapulah kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu sehingga ke buku lali (Surah al-Maidah:6).

Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah S.A.W berwuduk. Maka beliau pun meminta sebekas air lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .” (Hadis Riwayat Muslim)

Allah swt yang Maha Bijaksana tidak mensyariatkan sesuatu untuk sia-sia. Ternyata terdapat pelbagai kelebihan yang dikurniakan disebalik kewajipan kita berwudhu sebelum melaksanakan pelbagai ibadat. Semoga dengan perkongsian ini ramai antara kita akan menjaga amalan berwuduk seterusnya menjadi asbab untuk kita dimasukkan ke dalam syurga Allah kelak. In sha Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...