Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Selasa, 3 Julai 2012

1 Hari 1 Ayat - KATA-KATA IMAM GHAZALI BERKENAAN SOMBONG DAN ANGKUH

Tidak akan masuk syurga siapa yang di dalam hatinya ada kesombongan seberat debu (HR Muslim)

"Dan kamu janganlah memalingkan muka kamu dari manusia (kerana kesombongan) dan jangalah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri." (Surah Luqman: 18)

"Janganlah kamu jalan dengan menyombongkan diri kerana sesungguhnya kamu sekali sekala tidak dapat menembusi bumi dan ketinggianmu tidak akan melepasi gunung." (Al Israk: 37)

"Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong.' (An-Nahl:23)


1. Apabila bertemu dengan kanak-kanak anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia dari kita kerana kanak-kanak masih belum banyak melakukan dosa berbanding dengan kita.
2. Apabila bertemu dengan orang tua anggaplah mereka itu lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih banyak melakukan ibadat kerana lebih lama hidup berbanding dengan kita
3. Apabila bertemu dengan orang alim anggaplah mereka itu lebih mulia daripada kita kerana ilmu yang mereka miliki dan pelajari lebih banyak daripada kita
4. Apabila bertemu dengan orang jahil anggaplah mereka itu lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa kerana kejahilan dan kegelapan tetapi kita membuat dosa dalam keterangan.
5. Apabila melihat orang jahat anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mungkin suatu hari nanti dia akan bertaubat dan insaf akan kesalahannya
6. Apabila melihat orang kafir bedoalah dalam hati agar suatu hari nanti pintu hati mereka akan disinari oleh taufik dan hidayah dengan izin Allah dan segala dosa mereka diampuni.


Manakala Al-Imam Abdullah bin Alwi Al-Haddad mengatakan bahawa sifat sombong itu sentiasa terpendam di dalam hati, tetapi ia memiliki tanda-tanda yang dapat dikenali oleh orang, di antara tanda-tandanya iaitu:-
 
1.   Merasa bangga melihat dirinya maju lebih daripada orang lain.
2.   Suka menonjolkan diri terhadap orang lain.
3.   Bila menghadiri sesuatu majlis, minta untuk  di kedepankan.
4.   Jika berjalan, bersikap angkuh.
5.   Membantah bila ditegur orang lain, meskipun ia salah.
6.   Tidak mengindahkan nasihat serta teguran orang lain.
7.   Suka menindas orang yang miskin dan lemah.
8.   Selalu menganggap dirinya hebat dan tidak pernah melakukan  kesilapan.
9.   Suka memuji-muji diri sendiri.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...