Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Memaparkan catatan dengan label MUHAMMAD RAQIB IRHAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MUHAMMAD RAQIB IRHAM. Papar semua catatan

Rabu, 8 Oktober 2014

JANTUNG HATIKU....

Kenapa ye setiap kali tak balik kg mesti rindukan 3 jantung hati ni plus baby. Kalu balik tiap2 minggu pun belum tentu dapat jumpa si jantung hati ni ialah bergantung time ayahnya off kerja. Kalu kebetulan ayahnya off dan datang rumah mak dapatlah jumpa si jantung hati ni. Rindu sesangat3 kat 4 kesayangan ni.




Alang


Angah


Baby


Along

4 si jantung hati yang menjadi hero di hati kami semua.




Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (Surah Ali-Imran: 38)

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (Surah Ibrahim: 40)

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al baqarah: 128)

Khamis, 28 Ogos 2014

SAMA TAPI TAK SERUPA........Alhamdulillah atas anugerah ini


Along 


Angah



Alang


Baby terkini


Along terkini 4 tahun


Angah  3 Tahun


Alang 2 tahun

Sama kan semuanya tapi cuma tak serupa aje....Terima Kasih Ya ALLAH atas kurniaanMU ini. 

“Dan orang-orang yang berkata” Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan: 74)



Anak-anak adalah amanah dari Allah SWT dan Ia sebahagian dari ujian Allah SWT kepada kita hamba-hambaNYA. Firman Allah SWT : "Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar." 
(QS. At-Taghabun, 64 : 15)




Rabu, 20 Ogos 2014

MACAM2 RAYA 2014.....KESAYANGAN HAMBA

Kalau sebut pasal raya ni yang paling gembira ialah budak2 tak kiralah umur berapa tahun sampai yang dah masuk kerje pun gembira dan suka sangat2. Paling mereka suka tahap gaban ialah bila dapat duit raya yang lain tu mungkin dapat pau mak ayah lebih2 beli baju raya yang cantik2 ikut selera sendiri. Budak2 zaman sekarang kan dah tak macam dulu2 ikut aje apa mak ayah belikan tak bantah yang penting ada baju raya. sekarang dah tak macam tu. Nak beli sendiri ikut selera sendiri nak warna ikut sendiri. Kalau yang sedondon tu yang budak2 kecik yang ikut mak ayah. Tapi kalau yang dah remaja tu biasanya tak nak dah warna yang sama. Apa merepek ni crite hal raya pulak sebenarnya nak cerita pasal kesayangan hamba tu. Biasalah budak2 ni walaupun ibunya masih dihospital sebab kena tahan kesayangan macam tak kisah. Raya tetap raya pakai baju cantik2 ikut wan, atuk dan pak mak saudara jalan2. Lagipun kesayangan ni dah biasa dengan kami semua. Yang penting makan minum diorang semua tersedia. Yang bestnya bila bawa kesayangan ni berjalan diorang tak buat hal. Ikut aje kami semua beraya.



Haaaaaaaa.....tu dia jom kita semua beraya..siapa nak ikut



Agak2 kita nak gi beraya ke mana ye.....hahahaa kesayangan2 ni apa2 ajelah pun boleh..


Hehehe............nanti dulu ada apa kat atas tu....macam2 gelagatlah kesayangan semua ni....



Oppppssss.......nanti dulu belum sedia....5 minutes


Jumaat, 13 Jun 2014

GET READY.......Jom kita pergi


Assalammualaikum....

Sambung cerita hari tu yang x habis lagi. Pagi tu lepas bangun kami sekeluarga pun bersiap sedia untuk ke Majlis Pertunangan. Kami semua dah siap sarapan nasi lemak pagi tu. Siap2kan untuk 3 kesayangan ni. Pukul 10.00 pagi kami semua dah kena ada kat rumah perempuan tapi biasalah dengan anak2 kecil ni mesti time tak pernah tepat. Bukan setakat anak2 kecil aje kadang2 mak2 orang pun sama juga lambat. Bukan apa biasalah mak2 orang ni nak make up dan touch up dulu kasi cantik. Ok semuanya dah siap kami pun bertolak nasib baik rumah perempuan tu tak jauh tak sampai 10 minit dah sampai.......





Tengoklah kesayangan ni dah tak sabar nak g...... Senang kalau dah siapkan awal2 kesayangan ni....Taklah kelam kabut kami....


Get ready tunggu yang lain pulak......

Selasa, 3 Jun 2014

Lepak2 di R&R Tapah....

Assalammualaikum......


Jumaat lepas serombolan cik Kiah ke Perlis untuk majlis pertunangan dan pernikahan. Bertolak hari Jumaat pagi sampai perlis 12 malam. Mak aiiiiiiiiiiiiiiii punyalah jauh ok lagi kalau jauh tapi jem teruk. Masuk lebuhraya guthrie dah jem. Huhuhuhu memang masak kami dalam kereta tu. Masuk aje lebuhraya plus kat Perak tu ada treller melintang dan kemalangan. Memang berasap kami yang dalam kereta tu. Nasib baik hari tu cuaca baik tak panas sepanjang jalan hujan dan redup. Sejuk sikit dalam kereta. Nasib kami lah melalui lebuhraya utara selatan time cuti sekolah. Kami dah agak dah mesti jem teruk punya. Tak palah nak buat macamna majlis nak dilangsungkan masa time cuti sekolah. Redha ajelah. Yang penting dah selamat sampai dan selamat balik semula Banting/KL. Majlis pun dah selesai cuma untuk persandingan nanti di buat pada bulan Ogos nanti. Tak palah masa tu bukan cuti sekolah. Mungkin jalan xlah jem seperti hari tu. InsyaAllah.

Sampai aje kat R&R Tapah. Rehatkan badan sekejap, solat dan makan tengahari. Apalagi melayanlah kerenah my 3 kesayangan kami semua ni. Hilang segala penat kami semua. Terima kasih sayang menghiburkan hati kami dengan gelegat 3 beradik ni. LOVE YOU..









Kau dah kenapa sayang.................dah penat dan rimaslah tu dok lama sangat dalam kereta...macam2 gelagat sayang buat. 




Nak join jugak layan gelagat kesayangan ni...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...