Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Rabu, 28 Mei 2014

1 HARI 1 AYAT - SUMBER MAKANAN HARAM TIDAK BAWA KEBERKATAN

Penciptaan sumber alam yang amat luas dan tidak terhad itu adalah bagi tujuan kemudahan dan kegunaan manusia. Meskipun manusia dibenarkan menggunakannya namun ia tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya. Sebaliknya manusia mesti memahami etika dan peraturan penggunaan yang Alalh SWT tetapkan. Salah satu etika dan peraturan itu ialah makan makanan dari sumber yang halal.


Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai Rasul makanlah daripada benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal soleh, sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."(Surah al-Mu'minun: 51)


FirmanNya lagi yang bermaksud: "wahai orang yang beriman. makanlah daripada benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika betul kamu hanya beribadah kepadaNya."(Surah a-Baqarah: 172)


Rasulullah SAW bersabda mengenai lelaki yang jauh perjalanannya, rambutnya kusut masai lagi berdebu, dua tangannya menadak ke langit memohon doa: "Wahai Tuhan! Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dibekalkan dengan bahan-bahan haram maka bagaimana doanya diperkenankan."(Riwayat Muslim dan al-Tirmizi)


Memakan makanan yang halal dan suci mempunyai hubungan yang erat dengan amalan kebaikan sebaliknya memakan makanan yang haram dan kotor tidak mendatangkan keberkatan sekali gus menjauhkan seseorang itu daripada Allah SWT. Sahl bin Abdullah berkata, "Keselamatan itu terletak pada 3 perkara iaitu makan makanan yang halal, melaksanakan perkara fardhu atau wajib dan mencontohi Nabi SAW."


Abu Abdullah al-Sajiy atau nama sebenarnya Saíd bin Yazid berkata, "Kesempurnaan ilmu itu terletka pada 5 perkara iaitu mengenali Allah, mengetahui kebenaran, melakukan sesuatu amalan dengan ikhlas kerana Allah, beramal mengikut al-sunnah dan makan makanan yang halal. Sekiranya salah satu dari lima perkara ini gugur maka sesuatu amalan yangdilakukan itu tidak diangkat atau tidak diterima."


Penggunaan sumber alam hanya terhad keapda yang baik-baik dan halal saja. Hal ini disebabkan oleh matlamat akhir kehidupan manusia adalah untuk mencapai keredaan Allah SWT. Tidak mungkin matlamat ini jika tercapai jika aspek penggunaan sumber ini tidak diambil berat.


Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa-apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu."(Surah al-Baqarah : 168)

Selasa, 27 Mei 2014

1 HARI 1 AYAT - ISRAK MIKRAJ UJIAN AKIDAH UMAT ISLAM

Tanggal 27 Rejab mengingatkan umat islam peristiwa israj dan mikraj, satu sejarah yang penting dalam kehidupan Baginda SAW. Malngnya meskipun peristiwa bersejarah ini seringkali diulangcerita setiap kali sambutan Israk Mikraj, roh dan inti pati disebalik peristiwa itu masih tidak meresap dalam jiwa masyarakat islam kini. Mereka seolah-olah masih tercari-cari suatu jalan menuju kebenaran sehingga terkadang keliru disebabkan suasana masyarakat yang sentiasa menjadikan dunia sebagai wadah perjuangan. Peristiwa ini adalah noktah penting dalam menyampaikan seruan dakwah diperingkat awal dakwah Islamiyah.


Inilah penapisan pertama bagi mereka yang beriman terhadap kebenaran Islam. Di sinilah bermulanya ujian Alalh SWT terhadap akidah umat islam sehingga ramai yang telah gagal dalam ujian ini apabila mereka mengingkari kebenaran peristiwa Israk Mikraj. Maka muncullah sahsiah individu Muslim yang tulen seperti Abu Bakar dan sahabt yang lain. Perjalanan dari MasjidilHaram ke Masjidil Aqsa hingga ke Sidratul Muntaha adalah perjalanan di luar jangkauan akal manusia yang memisahkan mereka yang benar-benar beriman dengan Allah SWT dan mereka yang munafik.


Segala-galanya telah dirakamkan oleh Alalh SWT dalam surah Israk. Apabila berbicara mengenai mengenai peristiwa Israk dan Mikraj kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah SAW bersama malaikat Jibrail dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada 2 fasa. 


PERTAMA

Israk ialah perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari MasjidilHaram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis Palestin


KEDUA

Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.


Firman Allah SWT yang bermaksud: "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya supaya Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."(Surah Israk:1)


Hanya dengan keimanan yang jitu serta kenyakinan mantap terhadap agama saja dapat menilai peristiwa Israk Mikraj sebagai suatu kebenaran daripada Allah SWT. Hakikat sebenar adalah kekuasaan Alalh SWT mengatasi segala kemampuan akal manusia yang amat terbatas. Kita mengetahui masa seruan dakwah di Makkah telah menghadapi ujian getir serta tentangan hebat daripada pihak Musyrikin Quraisy. Tekanan ini bertambah parah dengan berlakunya peristiwa Taif yang menyayat hati apabila Baginda SAW cedera akibat dibaling batu oleh penduduk Taif.


Di sinilah kita dapat melihat munajat seorang mukmin adalah senjata utama dalam dakwah. Baginda SAW menadah tangan berdoa dengan doa masyur: "Wahai Tuhan, sesungguhnya aku mengadu mengenai kelemahan diriku ini dan betapa hinanya aku dalam kalangan manusia, Engkaulah Tuhan yang akan membantu golongan yang lemah dan tiada lagi tempat mengadu selain daripada diriMu. Jika ujian ini tidak mengundang kemurkaanMu maka aku terima dengan dada terbuka."


Keyakinan terhadap kebenaran adalah kunci kepada kesanggupan jiwa untuk berkorban dengan bayaran harga yang tinggi terhadap kebenaran itu. Justeru sifat dendam perlu dikikis daripada sanubari umat islam kerana ia tidak dapat membantu dalam urusan dakwah. Ini dapat dilihat apabila malaikat menawarkan diri untuk meruntuhkan dua bukit bagi menghancurkan penduduk Taif. Namun, Baginda menjawab dengan ungkapan yang penuh bermakna. Sabda Baginda SAW: "Sesungguhnya aku mengahrapkan daripada kelahiran yang akan datang daripada zuriat mereka seorang insan yang akan menyembah Alalh SWT suatu hari nanti. Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui."


Sifat putus asa juga perlu dihindarkan bagi menjamin kejayaan yang cemerlang di amas hadapan. Peristiwa itu antara mukadimah kepada perjalanan israk mikraj, ganjaran Allah SWT menggantikan kesedihan Baginda SAW terhadap kehilangan insan yang menjadi roh perjuangan baginda. Penghormatan yang dianugerahkan Allah SWT kepada Baginda SAW lebih jelas apabila Baginda diundang untuk mengimami semua nabi-nabi ketika solat di Baitulmaqdis seterusnya menjadi tetamu Allah SWT ke langit.


Dengan itu lengkaplah gambaran kekuasaan Allah SWT di langit dan bumi bagi menzahirkan keagunganNya. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Penglihatannya (Muhamamd) pada malam itu amat jelas. Sesungguhnya dia telah melihat tanda kekuasaan Tuhannya yang amat besar."(Surah an-Najm: 17-18).


Isnin, 26 Mei 2014

Cuti2 Melaka - Ole-Ole Melaka

Masa bercuti di Melaka tempoh hari tu sempatlah belikan ole-ole untuk family dan kawan2. Khas untuk my 3 kesayangan pun ada yang ini wajib g mana-mana mesti belikan. Tak ada duit ke ada duit ke tetap nak belikan juga. Rasa tak lengkap dan sempurna kalau tak belikan untuk 3 kesayangan ni.



T-Shirt from Melaka dah dirasmikan pun oleh 3 kesayangan. 3 baju ni beli kat gerai2 yang ada di Bangunan Merah.


T-Shirt yang ni khas untuk anak perempuan kepada adik lelaki kesayangan saya. T- Shirt ni beli kat dalam Bazar Bandar Hilir.


T-Shirt yang ni special untuk saya. Yalah dah puas jalan2 untuk diri sendiri pun kena beli juga. Tak acilah kan asyik belikan untuk orang lain aje. Beli kat Medan Samudera.


Belacan ni belikan untuk mak. Bukan tak ada kat KL/Selangor tapi dah sampai sini belilah yang made in melaka pulak.



Frigde Magnet dan key chain ni khas untuk my adik beradik. Ada lagi sebenarnya tapi tak sempat nak snap gambar dah terbagi dulu kat family.


Topi yang coklat tu untuk my friend. Yang oren tu saya yang punya.


Capal tu saya yang punya. Beli sebab dah terdesak. Kaki sudah melecet habis. Masa berjalan2 tu dah x ingat dunia. 



Biskut kelapa, biskut sagu, biskut bangkit dan dodol tu untuk my family.


Tudung yang 3 warna ni sempat rembat kat Melaka Central masa baru sampai sementara nak tunggu bas ke Bandar Hilir. Masa tu jalan2lah dulu kat Melaka Central. Tudung2 ni pun dah rasmikan pakai. Ingatkan nak buat tudung raya. Tak de nya tudung raya vs tudung basahan. Pakai buat g kerja.





Lagi entry tentang cuti2 Melaka: 

Jumaat, 23 Mei 2014

1 HARI 1 AYAT - MENJINAKKAN HATI IKHLAS BERSEDEKAH

Allah SWT berjanji kepada hamba-hambaNya yang bersedekah bahawa amalan itu tidak akan menyebabkan rezeki mereka menjadi kurang, bahkan akan bertambah mengikut apa yang tertulis di Luh Mahfuz. Pertambahan rezeki itu datang atau turun kepada manusia dalam pelbagai bentuk dan cara, samada disedari atau tidak mengikut ketetapanNya.

Allah SWT berjanji menerusi firmanNya yang bermaksud: "Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai menagndungi 100 biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui."(Surah al-Baqarah: 261). 

FirmanNya lagi yang bermaksud: "Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendakiNya). Dan barang apa saja yang kamu menafkahkan maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya."(Surah Saba: 39)


HARTA TIDAK KURANG KERANA SEDEKAH


Secara logik mungkin kita akan berfikir bagaimana harta yang dikeluarkan untuk sedekah tidak akan menyebabkan harta berkurang tetapi Rasulullah SAW bersabda harta seseorang itu akan berkurang kerana orang itu bersedekah.

Daripada Abu Hurairah, Rasululalh SAW bersabda: "Harta tidak akan berkurang dengan sebab bersedekah. Dan Allah tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain) melainkan kemuliaan kepadanya dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan Allah akan mengangkat darjatnya. 

Selain itu, amalan bersedekah sebenarnya akan berfungsi sebagai penolong kepada manusia selepas mereka meninggal dunia seperti dinyatakan Rasululalh SAW. Daripada Abu Hurairah, Nabi Muhamamd SAW bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati, putuslah amalnya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat keapda orang lain atau anak soleh yang tidak putus berdoa untuknya."(Riwayat Muslim dan lain-lainnya).

Hakikatnya, dalam persoalan bersedekah, umat islam lazimnya memiliki sifat pemurah dalam hidup mereka dan mudah bersedekah atau memberi bantuan kepada golongan memerlukan seperti dilihat dalam kehidupan hari ini.


IKHLAS BERSEDEKAH


Hanya yang menjadi isu soal sedekah ini ialah aspek keikhlasan dalam memberikan sedekah samada ada sedikit atau banyak selain bersikap memilih hendak melaksanakan amalan sunat yang amat digalakkan ini. Hal ini sebenarnya memang tidak dapat dielakkan memandangkan al-Quran turut menjelaskan manusia mempunyai perasan cintakan harta seperti terkandung dalam ayat ke-20 surah Fajr yang bermaksud: "Dan kamu mencintai harta dengan kecintaan yang berlebihan."

Justeru, bagaimanakah hendak menjinakkan supaya mudah bersedekah dengan ikhlas terutama ketika diri sendiri juga merasakan kurang berkemampuan untuk bersedekah ke jalan Allah SWT. Pegawai Perunding Korporat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Abdul Hadi Kamil Mohamed Sariff, berkata perkara ini sering terjadi disebabkan manusia tidak dapat menyaksikan ganjaran pahala bakal diperoleh daripada amalan bersedekah yang menjadikan mereka tidak memiliki semangat untuk berlumba-lumba bersedekah.

Jika manusia dapat melihat ganjaran bersedekah, sudah pasti mereka kan berlumba-lumba melakukannya. Cuba bayangkan jika hari ini kita melabur sebanyak RM 1,000 dan tiba-tiba memperoleh keuntungan sehingga  RM 700,000 sudah tentu ramai orang akan bersedekah. Jelasnya, manusia tidak terlepas daripada bisikan syaitan yang berusaha menghalang seseorang daripada bersedekah. Bisikan syaitan boleh datang dalam pelbagai cara, akhirnya mendorong manusia menangguhkan hasrat untuk bersedekah atau berkira-kira dalam bersedekah.

Bisikan syaitan ini juga boleh menyebabkan seseorang manusia tiba-tiba menjadi kedekut untuk bersedekah atau bersedekah dengan jumlah yang kecil. Inilah antara dugaan yang akan dialami seseorang manusia apabila hatinya terdetik hendak melakukan amal kebajikan seperti bersedekah,"katanya.


KELEBIHAN BERSEDEKAH


Katanya lagi, seperkara yang kurang diketahui manusia hari ini mengenai kelebihan bersedekah, ia antara cara dianjurkan Islam untuk menyembuhkan penyakit yang menimpa seseorang berdasarkan hadis Rasulullah SAW; "Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah.

Amalan sedekah ini nampak remeh tetapi ian mempunyai ganjaran berganda. Sebagai manusia beriman, kita harus sedar segala yang kita miliki adalah pinjaman dan hendaklah menafkahkan sebahagian daripada harta pinjaman ini kepada orang lain yang memerlukan,"katanya.

Allah SWT memberi peringatan kepada manusia supaya bersikap pemurah dengan bersedekah agar tidak menyesal pada kemudian hari. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan belanjakanlah sebahagian daripada apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, lalu ia berkata Ya Rabbku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yang dekat yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang yang soleh."(Surah al-Munifikun: 10)


Rabu, 21 Mei 2014

Dinner di Sany Char Koay Teow Tasik Titiwangsa......


Dah lama tak makan otak-otak. Masa g tengok teater di bawah lindungan kaabah tu kami g dinner jap kat warung makan seberang jalan istana budaya. Apa lagi Nampak aje otak-otak terus order. Terbaiklah memang sedap. Kesukaan saya betullah. Kalau makan satu memang tak cukuplah. Tak berbaloi makan satu cucuk. Paling2 pun makan otak-otak ni sampai kenyang. Tak puas kalau makan satu aje. Mesti nak lebih. Sedap gileeerrrrr. gileeerrrrr kau tak sedap. Kalau tak sedap memang takkan makanlah. Kalau dapat makan hari-hari pun cukup bagus dah. Tapi duduk kat KL ni kenalah cari sendiri. Kalau Johor lainlah dah memang makanan tradisional kat situ. Kat mana-mana pun boleh jumpa. Macam sata juga kat Terengganu tu dah macam makanan harian. Sentiasa ada. 


Kalaulah pandai buat otak-otak ni memang dah lama buat kat rumah. Tak pa akan dicari resepi di internet. Saya kalau dah suka makan sesuatu tu akan saya cari resipinya dan cuba sendiri kat rumat. Menjadi tak jadi tu belakang kira yang penting mencuba buat.


Kue tew nampak merah2 sikit. Tukang masak tu bubuh sos tomato tu yang ada rasa masam2 sikit. Kalau saya masak tak pernah bubuh sos tomato ikut tukang masaklah nak bubuh apa. 



Tu dia banting Char Koay Teow Penang famous. Tak tau pulak mungkin di penang memang dah famaous char koay tew ni.


Inilah dia warung makan kat seberang jalan istana budaya tu Sany Char Koay teow. Saya tak cuba pulak char koay teow dia tapi memang ramailah orang masa ni. Mungkin ramai yang makan kat sini sementara menunggu pementasan teater tu bermula pukul 8.30 malam.



Kalau sesiapa yang nak pergi makan kat sana senang aje kat belakang tasik titiwangsa dan kat belakang istana budaya tu aje. 


Restoren Sany Char Koay Teow
Taman Tasik Titiwangsa
53200 Kuala Lumpur.

Selasa, 20 Mei 2014

1 HARI 1 AYAT - 5 TEMPAT ORANG KAFIR MINTA DIHIDUPKAN SEMULA

Ada 5 tempat yang akan diminta oleh orang kafir untuk dihidupkan kembali ke dunia, iaitu ketika hampir hendak mati, menyaksikan azab pada hari kiamat, berdiri di hadapan neraka, hendak diadili dan hendak tenggelam dalam neraka.

1. Mengenai saat mereka hampir hendak mati, 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata: Ya Tuhanku, kembalilah aku (ke dunia) agar aku berbuat amal soleh terhadap yang telah tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan." (Surah al-Mukmin: 99-100)

2. Ketika mereka menyaksikan azab pada hari kiamat

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan berikanlah peringatan kepada manusia terhadap hari (yang pada waktu itu) datang azab kepada mereka maka berkatalah orang zalim: Ya Tuhan kami beri tangguhkan kami (kembalikan kami ke dunia) walaupun dalam waktu yang sedikit nescaya kami akan mematuhi segala seruan Engkau dan akan mengikuti rasul-rasul. (Kepada mereka dikatakan): Bukankah kamu telah bersumpah dulu (di dunia) bahawa sekali-kali kamu tidak akan binasa?"(Surah Ibrahim: 44).


BERDIRI DI HADAPAN NERAKA


3. Semasa mereka berdiri di hadapan neraka dan menyaksikan betapa dahsyatnya seksaan, 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan jika kamu (Muhammad SAW) melihat ketika mereka dihadapkan ke neraka lalu mereka berkata: Kiranya kami kembalikan (ke dunia) dan tidak mendustakan ayat-ayat Tuhan kami melihat suatu peristiwa yang mengharukan). " ( Surah al-Anám: 27)

4. Apabila mereka diadili tiada siapa yang berani mengangkat wajah. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "dan jika kamu melihat mereka ketika orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar maka kembalikan kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal soleh, sesungguhnya kami adalah orang yang yakin."(Surah As-Sajdah: 12)

5. Semasa mereka tenggelam dalam neraka, 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan mereka berteriak dalam neraka itu: Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami nescaya kami akan mengerjakan amal soleh berlainan dengan yang telah kami kerjakan. Dan apakah Kami tidak akan memanjangkan umurnya dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan? Maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang yang zalim seorang penolong pun."(Surah Fathir: 37)



Isnin, 19 Mei 2014

SANTAI MALAM MINGGU - TEATER DI BAWAH LINDUNGAN KAABAH

Semalam dapatlah pergi tengok teater di bawah lindungan kaabah. First time dalam hidup ini tengok teater. Dulu zaman sekolah pernah tengok pementasan budak2 form enam bawah buat teater Hang Tuah vs Jebat. Tu zaman sekolah. Alhamdulillah ada orang belanja tengok teater di bawah lindungan kaabah. Memang best dan terbaik. Apatah lagi pelakonnya yang terbaik Adi Putra, Nasha Aziz, Yasmin Hani, Fizow Omar, Liza Abdullah, Elfira Loy, Dafi, dan lain2. First time juga g ke Istana Budaya dah bertahun2 duduk KL ni ini pertama kalilah sampai kat bangunan yang cantik tu. 




Sinopsis teater

Di Bawah Lindungan Kaabah mengisahkan seorang pemuda bernama Hamid yang dilahirkan sebagai manusia yang baik, bersopan-santun, patuh kepada ibu dan tidak pernah meninggalkan suruhan Allah S.W.T sejak kecil.

Dia dibesarkan dalam kehidupan yang susah, menumpang kasih dan ilmu agama dari Engku Hj. Jaafar dan Mak Asiah serta membesar bersama anak mereka bernama Zainab.

Setelah remaja, Hamid dan Zainab menyimpan perasaan kasih sayang antara mereka tetapi hanya tersimpan dalam hati.

Hamid yang cuba menyingkirkan perasaan itu kerana telah menganggap Zainab sebagai adik sendiri, membawa diri mengembara hinggalah ke Tanah Suci Mekah.

Ketika di tanah haram itulah, banyak perkhabaran sedih diterima melalui sahabat baiknya, Salleh dan isterinya Rosnah.


Hamid sendiri meninggal dunia sebaik sahaja selesai mengerjakan haji pada usia 34 tahun.


Suasana dalam Istana Budaya. Masa ni break sekejap  15 minit. Bolehlah tangkap gambar tapi kalau dah bermula teater di larang sama sekali mengambil gambar dan membuat rakaman. Peraturan yang perlu dipatuhi.


Dari mula teater hingga ke akhir teater memang tidak membosankan. Sentiasa tertunggu2 untuk pementasan seterusnya. Lagu2nya pun best. Pendek kata 5 star boleh bagi kat pementasan teater ni. TERBAIKKKKK. Costum baju dan prop untuk teater pun cantik2. Suka tengok baju2 yang dipakai oleh pelakon2nya. Cantik2 walaupun baju tradisional. Yang bestnya seperti mempromosikan batik. Pakaian yang dipakai pun banyak menggunakan batik. Memang cantik. Prop untuk rumah pun cantik dengan permandangan kampung dan masa tawaf di kaabah yang 3G. Tahniah untuk perekanya. Untuk pengarah teater tersebut pun tahniah Rosminah Tahir. Best teater arahan kamu ini. Masa scene Zainab merindui Hamid dan saat kematiannya memang sedih. Tak sangka boleh menitiskan air mata. Cinta sejatilah katakan.



Tiket masuk RM 66. 80. 




Lepas habis teater tu terus g tangkap gambar dengan klon pelakon2 tu. Jadilah walaupun bukan dengan pelakon yang sebenarnya. Ada sesi untuk autograf tapi kami x g.





Jumaat, 16 Mei 2014

KAU ADA......

Macam2 hal 3 kesayangan ni. Rezeki yang x ternilai anugerah Allah yg perlu kita semua jaga. Kalau difikirkan bukan semua orang dikurniakan rezeki macam ni. Rezeki kurniaan Allah tu pelbagai. Rezeki kekayaan, kesihatan, rumahtangga bahagia, rezeki anak-anak, jiran2 yang baik, rumah kediaman yang aman damai, kenderaan yang banyak, rezeki jodoh, suami isteri yang baik, rezeki kebahagian hati macam2lah cuma kita sebagai manusia aje yang terlalu fikirkan rezeki kemewahan.

Ada setengah orang tu kahwin dah bertahun2 tpi masih belum dikurniakan anak, yang bujang sering mengeluh bila nak kahwin, bila nak ada suami dan anak2 tapi terfikirkah kita apa yang berlaku dalam kehidupan kita sebenarnya adalah ketentuan Allah. Allah lebih mengetahui apa yang telah dirancangkannya. Mungkin yang belum dikurniakan anak atau tiada anak adalah lebih baik jika ada anak. Sekiranya ada anak mungkin anak2 itu lebih banyak mendatangkan masalah kepada ke 2 ibu bapanya. Hanya Allah aje yang tahu kan. Bagi yang bujang pula lambat atau cepat itu semua telah Allah tentukan. Mungkin berkahwin lambat itu lebih mendatangkan kebaikan kepada diri seseorang itu. Itu semua rahsia Allah. Allah aje yang mengetahuinya. Bersyukurlah kita semuanya. Sepatutnya kita sebagai manusia sentiasa berdoa supaya berada dalam rahmat dan perlindungan Allah.


" Sesungguhnya jika kamu bersyukur niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim : 7)

“Jika kamu menghitung-menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” (Surah An Nahl : 18)

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui ". Surah al-Baqarah ayat 216  

Alamak lain pulak dah crite sebenarnya. Ok back balik cerita 3 kesayangan ni. Walaupun belum ada anak sendiri tapi bersyukur sebab dapat tumpang kasih 3 kesayangan ni. Memanglah apa yang dikatakan anak2 ni memang harta yang paling bernilai. Kalau saya rasa hati tak tenang, rasa ada banyak masalah saya lebih suka balik kg dan jumpa dengan 3 kesayangan ni. Sungguh hilang segala masalah. Bila kita peluk cium mereka satu nikmat dan perasaan yang tak boleh kita gambarkan. Memang sungguh berharga anugerah Allah ni.



3 kesayangan yang tak boleh berpisah. Penyenang hati kami semua. Alhamdulillah TERIMA KASIH YA ALLAH...atas kurnianMU



Abang Long yang sedikit pendiam dan cepat mengalah dengan adik2. Along yang TERBAIK


 Abang Ngah nama pun abang Ngah memang tak nak mengalah....Dia saja nak menang. Suka berebut dengan abang long dan adik.


Adik Irshad pun dah sama perangai dengan abang Ngah x nak mengalah. Suka berebut dengan abang Ngah.




Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. ( Ibrahim:40 )

" Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani ". (Baqarah: 128)

Khamis, 15 Mei 2014

1 HARI 1 AYAT - TIGA MATLAMAT HIDUP PERLU DICAPAI

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir) kemudian ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat) akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi pembalasan bagi segala yang kamu kerjakan)." (Surah al-Baqarah: 28)

Mengingkari Allah SWT setelah menyaksikan sendiri dalil yang jelas serta menerima pelbagai nikmatNya adalah kekufuran yang amat buruk dan keji. Antara pendekatan al-Quran supaya manusia beriman kepada Allah SWT dan risalah yang dibawa oleh Nabi serta Rasul ialah dengan mengingatkan mereka perkara yang dekat dengan mereka. Allah SWT menjelaskan antara tanda kebesaranNya yang sememangnya cukup mudah difahami ialah penciptaan mereka sehinggalah kepada kematian mereka. Allah SWT mencipta manusia dalam bentuk paling baik dan melebihkan mereka dengan mengurniakan akal, pengetahuan dan pemahaman.

Kenyataan di amna kita masih boleh bernafas dan hidup sekarang sebenarnya dalil yang kuat menunjukkan adanya Allah SWT. Hidup ini yang berakhir dengan kematian juga adalah dalil kewujudan Allah SWT yang menentukan kematian itu. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dialah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya."(Surah al-Mulk : 2)

Persoalan hidup dan mati dua perkara yang tidak menjadi pertikaian manusia kerana mereka dapat melihat sendiri kematian ahli keluarga, sahabat handai dan yakin bahawa mereka tidak boleh melepaskan diri daripada kematian. Apa yang diragukan oleh mereka ialah bagaimana manusia boleh dihidupkan kembali dan akan dihisab.

Firman Allah SWT yang bermaksud: " Dan mereka berkata: "Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti) dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman. Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai hal itu mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata."(Surah al-Jathuah: 24)

Pada hakikatnya Allah SWT menghidupkan kembali manusia bukan suatu yang pelik dari sudut pemikiran, menagdakan sesuatu yang tidak pernah wujud seperti sesorang manusia mampu dilakukan oleh Allah SWT, apalah sangat di sisi Allah menghidupkan sesuatu yang sudah ada.

Firman Allah SWT yang bermaksud: " Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (mengenai kekuasan itu) dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu? Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal wujudnya dan Dia maha mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya)."(Suarh Yasin: 78-79).

Manusia begitu gembira dan seronok berbicara soal kehidupan dan akan mengelak daripada berbicara soal kematian. Ini adalah sesuatu yang didedahkan oleh Allah SWT melalui firmanNya yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad) sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu tetaplah ia akan menemui kamu: kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)."(Surah al-Jumuah:8)

Kehidupan ini bermula daripada Allah dan berakhir kepada Allah justeru itu kita wajar menjadikan kehidupan sebagai wadah untuk mencari keredaan Allah SWT. Menjadi satu hikmah besar kita tidak mengetahui bila dan di mana kematian supaya sentiasa bersiap sedia untuk bertemu Allah SWT dengan membawa bekalan amal yang secukupnya.

Bagi mukmin yang memahami hakikat mereka akan kembali kepada Allah SWT pasti akan membetulkan jalan hidup dengan mengikut manhaj al-Quran. Mereka akan memahami matlamat kehidupan sebenarnya seperti mencari rezeki halal dan membina kehidupan kelaurga bersyariat. Sekurang-kurangnya ada tiga perkara harus kita renungkan. Pertama bagaimana cara terbaik kita boleh bahagia dan dapat memberi sumbangan keapda orang lain. Kedua, apakah perasaan isteri, suami, anak, keluarga dan rakan taulan selepas ketiadaan kita. Ketiga, berapa banyak amalan soleh yang kita bawa untuk bertemu Allah SWT. Sudah tentu setiap daripada kita jika sentaisa berfikiran begitu akan berusaha mealakukan yang terbaik dalam hidup. Jiak kita seorang pekerja, sudah tentu kita bekerja dengan tekun dan amanah. Jika kita seorang suami, kita pasti berusaha menjadi suami yang bertanggungjawab dan penyayang. Jika kita seorang pemimpin, sudah tentu kita menjadi pemimpin yang adil kepada semua.






Rabu, 14 Mei 2014

TERLIUHHHHH...Sedapnya

Memang musimlah sekarang ni. Mangga epal dan pelam kat rumah mak sedang rancak berbuah. Tengah membesar pulak tu. Tunggulah sebulan lagi masak ranumlah buah tu. Sekarang ni memang tengah melantak pelam dan mangga muda pulak. Alhamdulillah tak payah nak g cari beli mangga muda. Balik rumah mak aje terus cari galah panjang dan kait buah2 pelam tu. Best gilerrrr....Terbaikkkk. Tumbuh cili api skit tambah belacan bubuh kicap dan gule. Melilih air liuh. SEDAPPPPPPPPPP x terkata.



Lebih suka makan pelam ni daripada mangga epal. Mangga epal kalau masih muda keras sikit. Yang ini ok lagi boleh nak gigit  walaupun muda. Tapi masamnya ya ampunnnnnnnnnnnnnnnnnn..................sedappp


Sedapnya.....Tengok mangga tu dah nampak kuning2 sikit. Tak lama lagi ranumlah tu. Sebelum tunggu mangga tu ranum bedal dulu yang muda2 ni. Mavelos3x. Berebut2  makan dengan anak2 buah yang sememangnya hantu asam.

Isnin, 12 Mei 2014

PUN BOLEH....kena buli dengan mama

Pun boleh..........akhirnya Nashriq kena buli dengan mama...alahai dh macam anak perempuan. Tetap comel macam kak long Tasya. Kiutt sesangat. Apa2 pun saya tetap anak lelaki mama......Jadilah tuala pun boleh buat tutup kepala............






Terkejutttttttttttt saya dikerjakan oleh mama...

Jumaat, 9 Mei 2014

MASIHKAH ADA CINTA....Slot terbaru Samarinda

Selepas tamatnya  drama siri ‘Anugerah Terindah’ di slot Samarinda, kini muncul sebuah drama rantaian 18 episod berjudul ‘Masihkah Ada Cinta’ terbitan produksi Rashbir Media menampilkan gandingan pelakon-pelakon hebat iaitu Amar Asyraf, Nabila Huda, Fouziah Gous, Shah Iskandar, Elizad Sharifuddin, Dato’ Jalaluddin Hassan dan ramai lagi. ‘Masihkah Ada Cinta’ merupakan hasil garapan sutradara Rashid Sibir dan nukilan skrip oleh Panel Opera Klasik. 

Fuhhhhh..............NABILA HUDA pelakon kesukaan saya. Bagi apa saje watak kat Nabila memang terbaiklah hasil......Mantap dan berkaliber.....suka sesangat dengan lakonannya. Sentiasa akan mengikuti apa saje drama lakonannya. Tak kiralah watak baik, jahat, gadis lemah lembut, gadis yang paling busuk hati, watak ibu what everlah semuanya berkesan. LIKE3X 




Kisah bermula apabila Azril (Shah Iskandar) meninggalkan Tina (Nabila Huda) tanpa sempat menamatkan pengajian dan sebab yang nyata. Mujur ada rakan-rakan yang banyak memberikan semangat untuk Tina meneruskan pengajian sehingga berjaya menjadi seorang doktor. Azril merupakan lelaki dan cinta pertamanya. Sukar untuk Tina melupakan memori indah sewaktu bersama. Walaupun telah bertahun berlalu tapi parut luka masih terasa membuatkan Tina berhati-hati dalam memilih pasangan. Cintanya kini hanyalah pada kerjaya setelah kehilangan Azril dan kedua ibu bapanya akibat kemalangan.

Iman (Amar Asyraf) seorang doktor muda yang bertugas di Taiping, Perak, tempat kelahirannya. Ramai yang meminatinya terutama rakan sekerja tapi Iman lebih senang fokus pada kerjaya dan keluarganya buat masa kini. Semenjak kematian ayahnya, Dato’ Imran, dia menjadi ketua keluarga menjaga ibunya, Datin Maimon dan kakak kesayangannya, Leen (Elizad Sharifuddin), yang tidak berapa sihat sejak kemalangan. Leen memerlukan lebih perhatian kerana menghadapi tekanan perasaan akibat kecacatan.

Datin Maimon sendiri sudah kering air mata melihat penderitaan Leen yang adakalanya mengamuk dan suka bercakap bukan-bukan kesan dari pembedahan mengeluarkan darah beku dalam kepalanya. Mujur suaminya begitu tabah menjaga dan melayan kerenah Leen bila ada kelapangan. Dia akan berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Taiping menguruskan perniagaan keluarga. Anak tunggal mereka, Dhia, terpaksa diuruskan oleh Datin Maimon bersama Iman.

Liya (Fouziah Gous) merupakan sepupu kepada Iman. Mereka amat rapat semenjak kecil sehinggakan Pak Long berharap sangat mereka dapat disatukan apabila dewasa kelak. Iman sebenarnya tidak menyimpan apa-apa perasaan terhadap Liya.  Sikap Liya agak sosial dan sombong apabila menetap di kota. Hingga kini, Liya masih memendam perasaan pada Iman dan berharap impiannya untuk berkahwin dengan Iman menjadi kenyataan. Pak Long telah banyak berkorban untuk keluarga Datin Maimon semenjak adiknya itu kematian suami.

Liya telah pulang ke kampung dengan alasan ingin menjaga rumah pusaka yang telah lama ditinggalkan dan jemu hidup di kota. Liya ingin mencari Iman setelah hatinya terluka dengan beberapa lelaki bandar. Dia ingin menyambung ikatan mereka yang terputus apabila masing-masing melanjutkan pelajaran. Untuk mengeratkan hubungannya dengan Iman, Liya telah memaksa ayahnya untuk membuka pusat taska.

Tina mendapat sepucuk surat menyatakan dia akan ditukarkan ke Taiping, Perak. Selama ini dia hanya mengetahui tentang keindahan Taiping hanya melalui Iman yang ditemui ketika berkursus beberapa bulan lalu anjuran Jabatan Kesihatan. Tina berharap Iman akan membantunya di sana nanti. Iman amat senang bersama Tina kerana mereka boleh berbincang apa saja dari soal kerjaya sehinggalah kehidupan, ini boleh meredakan tekanan yang dihadapi terutamanya soal kakaknya, Leen dan Liya yang amat merimaskan hidupnya.

Setelah sekian lama Iman berusaha memenangi hati Tina, akhirnya Tina bersedia menerima Iman. Iman telah melamar Tina ketika mereka sama-sama berada di puncak Bukit Larut. Iman banyak mengembalikan kegembiraan dalam hidupnya. Liya kecewa, dia pura-pura sakit apabila mendapat tahu Iman akan bertunang dalam masa terdekat ini.

Iman telah membawa Tina bertemu dengan keluarganya. Leen gembira akhirnya Iman telah bertemu dengan seorang gadis yang mampu membuka pintu hatinya. Selama ini masanya banyak dihabiskan dengan kerja dan keluarga tanpa menghiraukan masa depan. Tina merasa sebak apabila Leen mintanya berjanji supaya tidak melukakan hati Iman. Leen juga berharap Tina dapat menjaga Dhia sekiranya terjadi apa-apa pada dirinya.

Liya telah menelefon ayahnya kerana tidak puas hati layanan Iman padanya semenjak kedatangan Tina. Pak Long pergi ke rumah Datin Maimon untuk menuntut janji sebelum ini iaitu bercadang untuk menyatukan Iman dan Liya apabila sampai masanya. Sekiranya terjadi apa-apa pada Liya, Pak Long tidak akan melepaskan Iman begitu saja. Dia sudah banyak berkorban untuk Iman. Apakah yang bakal berlaku selanjutnya?


Saksikan drama siri ‘Masihkah Ada Cinta’ di slot Samarinda menampilkan Amar Asyraf, Nabila Huda, Fouziah Gous dan Shah Iskandar mulai 8 Mei 2014 pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 10.00 malam di TV3! 



SELAMAT MENONTON SEMUANYA.....

Khamis, 8 Mei 2014

Cuti2 Melaka - Lagi santai Kota A Famosa

Assalammualaikum.....


Sambung semula santai di Kota A Famosa. Selepas puas jalan2 di Kota A Famosa yang berada di kaki bukit tu kami pun turun melalui tangga. Tangganya agak curam jugalah sebab tinggikan bukit tu. Sampai bawah aje kami pun terus menaiki beca yang sememangnya telah menunggu penumpang di bawah bukit tersebut. Tak perlu risaulah beca2 ni memang banyak dan sentiasa berkeliaran di bawah ni untuk mencari penumpang. Kelebihan menaiki beca ni kita dibawa ke tempat2 yang menarik dan mereka sanggup untuk menunggu kita bila singgah ditempat2 tersebut. Satu beca RM 20.00. Beca ni terus bawa kami ke Kota A Famosa yang terletak di bawah bukit pula. Kota A Famosa yang ini betul2 bersebelahan dengan Dataran Pahlawan.



Kat belakang tu kebanyakkan adalah muzium.


Naik beca ni sempatlah sembang2 dengan abang yang bawa beca ni. Sempatlah sembang2 dengan abang beca tu pasal beca dia yang kiut sesangat2. Cantikkan beca dia. Pink lagi dan ada toys besar kat depan pulak tu. Kalau kita naik beca kat sini memang boleh jumpa macam2 design kat beca tu. Sampaikan design scorpion pun ade dengan lagu kumpulan scorpion beca tu putar. Tak sempat nak ambil gambar beca scorpion tu tapi memang kreatif. Kebanyakkan tuan2 beca tu semuanya kreatif sebab nak nampak cantikkan beca mereka.




Perasan x kat belakang tu dah Dataran Pahlawan. Kalau nak tengok kota ni dekat aje dengan Dataran boleh jalan kaki.








Di hadapan pintu gerbang kota A Famosa


 Muzium ni kami x sempat nak g...kebanyakkan semua muzium kat sini kami tak masuk. Mungkin lain kali kami datang ye.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...