Semalam dapatlah pergi tengok teater di bawah lindungan kaabah. First time dalam hidup ini tengok teater. Dulu zaman sekolah pernah tengok pementasan budak2 form enam bawah buat teater Hang Tuah vs Jebat. Tu zaman sekolah. Alhamdulillah ada orang belanja tengok teater di bawah lindungan kaabah. Memang best dan terbaik. Apatah lagi pelakonnya yang terbaik Adi Putra, Nasha Aziz, Yasmin Hani, Fizow Omar, Liza Abdullah, Elfira Loy, Dafi, dan lain2. First time juga g ke Istana Budaya dah bertahun2 duduk KL ni ini pertama kalilah sampai kat bangunan yang cantik tu.
Sinopsis teater
Di Bawah Lindungan Kaabah mengisahkan seorang pemuda bernama
Hamid yang dilahirkan sebagai manusia yang baik, bersopan-santun, patuh kepada
ibu dan tidak pernah meninggalkan suruhan Allah S.W.T sejak kecil.
Dia dibesarkan dalam kehidupan yang susah, menumpang kasih
dan ilmu agama dari Engku Hj. Jaafar dan Mak Asiah serta membesar bersama anak
mereka bernama Zainab.
Setelah remaja, Hamid dan Zainab menyimpan perasaan kasih
sayang antara mereka tetapi hanya tersimpan dalam hati.
Hamid yang cuba menyingkirkan perasaan itu kerana telah
menganggap Zainab sebagai adik sendiri, membawa diri mengembara hinggalah ke
Tanah Suci Mekah.
Ketika di tanah haram itulah, banyak perkhabaran sedih
diterima melalui sahabat baiknya, Salleh dan isterinya Rosnah.
Hamid sendiri meninggal dunia sebaik sahaja selesai
mengerjakan haji pada usia 34 tahun.
Suasana dalam Istana Budaya. Masa ni break sekejap 15 minit. Bolehlah tangkap gambar tapi kalau dah bermula teater di larang sama sekali mengambil gambar dan membuat rakaman. Peraturan yang perlu dipatuhi.
Dari mula teater hingga ke akhir teater memang tidak membosankan. Sentiasa tertunggu2 untuk pementasan seterusnya. Lagu2nya pun best. Pendek kata 5 star boleh bagi kat pementasan teater ni. TERBAIKKKKK. Costum baju dan prop untuk teater pun cantik2. Suka tengok baju2 yang dipakai oleh pelakon2nya. Cantik2 walaupun baju tradisional. Yang bestnya seperti mempromosikan batik. Pakaian yang dipakai pun banyak menggunakan batik. Memang cantik. Prop untuk rumah pun cantik dengan permandangan kampung dan masa tawaf di kaabah yang 3G. Tahniah untuk perekanya. Untuk pengarah teater tersebut pun tahniah Rosminah Tahir. Best teater arahan kamu ini. Masa scene Zainab merindui Hamid dan saat kematiannya memang sedih. Tak sangka boleh menitiskan air mata. Cinta sejatilah katakan.
Tiket masuk RM 66. 80.
Lepas habis teater tu terus g tangkap gambar dengan klon pelakon2 tu. Jadilah walaupun bukan dengan pelakon yang sebenarnya. Ada sesi untuk autograf tapi kami x g.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan