Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Jumaat, 2 Mei 2014

Cuti2 Melaka - jalan2 di sepanjang sungai di River Cruise

Sebelum naik kapal river cruise tu kami jalan2 dulu di sepanjang pejalan kaki di tepi sungai. Sepanjang pejalan kaki tu x bosan sebab kita boleh melihat keindahan persekitaran tepi sungai. Memang cantik dan menarik dapat melihat keindahan hotel mewah Casa Del Rio Melaka. Dari jauh dah tersergam indah. Ada swimming pool lagi kat hotel ni boleh nampak kalau kita berjalan di sepanjang muara river cruise. Sepanjang pejalan kaki tu kita akan dapat melihat penyanyi jalanan. Di tepi tu juga ada gerai kecik yang menjual minuman. Tak perlu nak risaulah bila kita berjalan2 di Melaka ni. Sepanjang jalan ada orang jual minuman. Tekak sentiasa basahlah. Harga pun ok. Sempat merasa cendol spesial sagu rumbia dan gula melaka. 












Masa saya berjalan2 di sepanjang muara river cruise ni ada photo shot. Tempat macam ni memang sesuai sangatlah bagi mereka yang gemar berphoto shot dan berphotographer. 


Cantik sungguh kan hotel Casa Del Rio betul2 tepi sungai tu........Wowww memang memukaulah pemandangan hotel tu. TERBAIKKKKKK

Kalau Sesiapa yang ingin honey moon sangat sesuailah hotel ni.Kalau setakat nak bercuti bersama family or kawan2 eloklah cari hotel biasa2 aje sebab cuma untuk bermalam aje dan tidurkan. Tak berbaloi nak yang mahal2. 

Casa Del Rio Melaka
88, Jalan Kota Laksamana 
75200 Melaka Malaysia
Tel: 06-2896888








Cendol special Gula Melaka sagu Rumbia. kalau kat KL ke Selangor macam cendol biasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...