Hari Kedua di Melaka selepas sarapan pagi kami terus naik teksi dari Hotel kami ke Kota A Famosa. Kat sini kalau kita naik teksi memang standard kalau ke Bandar Hilir dikenakan RM 15.00. Selepas semalam dari hotel kami ke Bandar Hilir dengan berjalan kaki terasa boleh tahan juga penatnya. Pada yang dah biasa duduk di kawasan sekitar sini kata mereka berjalan kaki adalah lebih baik sebab pada mereka xlah jauh sangat dalam 20 minit perjalanan tapi bagi kami yang first time datang terasa jugalah kepenatannya. nasib baiklah hari pertama tu tak panas sebab pagi tu dah hujan lebat. Jadinya petang tu taklah panas tapi mendung memang sesuai sangatlah nak jalan2.
Seperti kata tuan warung nasi lemak yang kami sarapan kat situ. Dia kata orang Melaka dah biasa jalan ke Bandar Hilir. Tak jauh dekat aje. Berpeluh juga abang..............kami jalan penat aiii..Sarapan nasi lemak kat sini pun murah aje. Nasi lemak dan telur rebus sebiji dengan milo ais baru RM3.00. Murahnya. Tak silap saya warung nasi lemak tu kat Jalan Tamby Abdullah. Dekat sikit dengan Hotel Dreamz yang kami menginap.
Selesai sarapan aje kami terus tahan teksi ke Kota A Famosa. Mula2 sekali kami g melihat2 sekitar kawasan keretapi lama dan replika kapal terbang.....Tak adalah sangat yang menarik tapi sempat berself-fise untuk kenang2an.
Belakang tu keretapi lama. Dalam tu bila kami masuk rupa2nya dijadikan tempat menjual souvenir.
Kat sebelah replika tu terdapat macam2 muzium cuma kami tak sempat nak masuk. Next time ye kami g. Kemudian kami terus mendaki bukit xlah tinggi cuma jalan agak menaik sikit untuk ke Kota A Famosa. Sebenarnya kita boleh naik tangga aje ada kat sebelah kanan deretan muzium2. Tapi kebetulan kami ikut arah kiri tu yang menaiki bukit sedikit. Fuhhhhhhhhhhhhhhh boleh tahan. Bila dah sampai atas bukit tu rasa sejuk dan nyaman aje yelah tempat tinggilah katakan sejuk angin bertiup.
Sepanjang laluan ke Kota A Famosa. Kat sini memang sejuk sebab angin bertiup.
Rehat jap setelah penat mendaki sambil2 tu tengok2 jap gelagat pengunjung yang turun naik atas bukit tu. Masa ni ramai betul pengunjung dan pelancong yang datang.
Nampak tangga tu kena naik lagi pulak. Lepas rehat jap kami pun teruskan mendaki tangga tu menuju ke kota tersebut.
Sampai kat atas aje memang cantiklah peninggalan sejarah Portugis ni. Kota lama yang cantik pemandangannya. Kami pun apa lagi masuk ke dalam kota tersebut sambil melihat2 keindahan di dalamnya. Terdapat banyak batu peringatan dan mungkin juga makam2 lama sebab ada nama. Saya tak pasti mungkin orang Melaka lebih tahu.
Di dalam kota A Famosa. Sekeliling tu semua batu peringatan. Di dalam tu pun ada lagi batu peringatan.
Yang dibelakang tu semuanya batu peringatan yang bernama. Besar2kan batu peringatan ni semuanya.
Di dalam Kota A Famosa. Belakang tu semuanya pelancong. Masa saya sampai kat sini memang ramai pelancong.
Besar benar batu peringatan mereka2 ini. Memang betul2 nak buat peringatan untuk generasi akan datang ni.
Tu dia catatan pada batu peringatan tu. Betul ke kat bawah tu makam persemadian mereka. Entahlah......
Lagi nama pada batu peringatan tu....
Sekitar di luar kota A Famosa
Dah puas pusing2 dalam Kota A Famosa masa untuk berself-fise. Tengok ramai pelancong tangkap gambar kat tepi tu kami pun nak juga bergambar. Belakang tu menara taming sari. Yang tolong tangkapkan gambar kami ni ialah pelancong dari China. Terima Kasih
Kat atas ni pun ada dijual bermacam2 souvenir. Pilih aje harga sama dengan kalau kita beli di bawah kat Bandar Hilir. Key chin untuk 6 keping RM 10.00 dan fridge magnet untuk 3 RM 10.00. Fridge magnet ada macam2 yang melekat seperti getah pun ada.
Kat atas ni pun ada dijual bermacam2 souvenir. Pilih aje harga sama dengan kalau kita beli di bawah kat Bandar Hilir. Key chin untuk 6 keping RM 10.00 dan fridge magnet untuk 3 RM 10.00. Fridge magnet ada macam2 yang melekat seperti getah pun ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan