Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Khamis, 15 Mei 2014

1 HARI 1 AYAT - TIGA MATLAMAT HIDUP PERLU DICAPAI

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir) kemudian ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat) akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi pembalasan bagi segala yang kamu kerjakan)." (Surah al-Baqarah: 28)

Mengingkari Allah SWT setelah menyaksikan sendiri dalil yang jelas serta menerima pelbagai nikmatNya adalah kekufuran yang amat buruk dan keji. Antara pendekatan al-Quran supaya manusia beriman kepada Allah SWT dan risalah yang dibawa oleh Nabi serta Rasul ialah dengan mengingatkan mereka perkara yang dekat dengan mereka. Allah SWT menjelaskan antara tanda kebesaranNya yang sememangnya cukup mudah difahami ialah penciptaan mereka sehinggalah kepada kematian mereka. Allah SWT mencipta manusia dalam bentuk paling baik dan melebihkan mereka dengan mengurniakan akal, pengetahuan dan pemahaman.

Kenyataan di amna kita masih boleh bernafas dan hidup sekarang sebenarnya dalil yang kuat menunjukkan adanya Allah SWT. Hidup ini yang berakhir dengan kematian juga adalah dalil kewujudan Allah SWT yang menentukan kematian itu. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dialah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya."(Surah al-Mulk : 2)

Persoalan hidup dan mati dua perkara yang tidak menjadi pertikaian manusia kerana mereka dapat melihat sendiri kematian ahli keluarga, sahabat handai dan yakin bahawa mereka tidak boleh melepaskan diri daripada kematian. Apa yang diragukan oleh mereka ialah bagaimana manusia boleh dihidupkan kembali dan akan dihisab.

Firman Allah SWT yang bermaksud: " Dan mereka berkata: "Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti) dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman. Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai hal itu mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata."(Surah al-Jathuah: 24)

Pada hakikatnya Allah SWT menghidupkan kembali manusia bukan suatu yang pelik dari sudut pemikiran, menagdakan sesuatu yang tidak pernah wujud seperti sesorang manusia mampu dilakukan oleh Allah SWT, apalah sangat di sisi Allah menghidupkan sesuatu yang sudah ada.

Firman Allah SWT yang bermaksud: " Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (mengenai kekuasan itu) dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu? Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal wujudnya dan Dia maha mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya)."(Suarh Yasin: 78-79).

Manusia begitu gembira dan seronok berbicara soal kehidupan dan akan mengelak daripada berbicara soal kematian. Ini adalah sesuatu yang didedahkan oleh Allah SWT melalui firmanNya yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad) sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu tetaplah ia akan menemui kamu: kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)."(Surah al-Jumuah:8)

Kehidupan ini bermula daripada Allah dan berakhir kepada Allah justeru itu kita wajar menjadikan kehidupan sebagai wadah untuk mencari keredaan Allah SWT. Menjadi satu hikmah besar kita tidak mengetahui bila dan di mana kematian supaya sentiasa bersiap sedia untuk bertemu Allah SWT dengan membawa bekalan amal yang secukupnya.

Bagi mukmin yang memahami hakikat mereka akan kembali kepada Allah SWT pasti akan membetulkan jalan hidup dengan mengikut manhaj al-Quran. Mereka akan memahami matlamat kehidupan sebenarnya seperti mencari rezeki halal dan membina kehidupan kelaurga bersyariat. Sekurang-kurangnya ada tiga perkara harus kita renungkan. Pertama bagaimana cara terbaik kita boleh bahagia dan dapat memberi sumbangan keapda orang lain. Kedua, apakah perasaan isteri, suami, anak, keluarga dan rakan taulan selepas ketiadaan kita. Ketiga, berapa banyak amalan soleh yang kita bawa untuk bertemu Allah SWT. Sudah tentu setiap daripada kita jika sentaisa berfikiran begitu akan berusaha mealakukan yang terbaik dalam hidup. Jiak kita seorang pekerja, sudah tentu kita bekerja dengan tekun dan amanah. Jika kita seorang suami, kita pasti berusaha menjadi suami yang bertanggungjawab dan penyayang. Jika kita seorang pemimpin, sudah tentu kita menjadi pemimpin yang adil kepada semua.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...