Penciptaan sumber alam yang amat luas dan tidak terhad itu adalah bagi tujuan kemudahan dan kegunaan manusia. Meskipun manusia dibenarkan menggunakannya namun ia tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya. Sebaliknya manusia mesti memahami etika dan peraturan penggunaan yang Alalh SWT tetapkan. Salah satu etika dan peraturan itu ialah makan makanan dari sumber yang halal.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai Rasul makanlah daripada benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal soleh, sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."(Surah al-Mu'minun: 51)
FirmanNya lagi yang bermaksud: "wahai orang yang beriman. makanlah daripada benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika betul kamu hanya beribadah kepadaNya."(Surah a-Baqarah: 172)
Rasulullah SAW bersabda mengenai lelaki yang jauh perjalanannya, rambutnya kusut masai lagi berdebu, dua tangannya menadak ke langit memohon doa: "Wahai Tuhan! Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dibekalkan dengan bahan-bahan haram maka bagaimana doanya diperkenankan."(Riwayat Muslim dan al-Tirmizi)
Memakan makanan yang halal dan suci mempunyai hubungan yang erat dengan amalan kebaikan sebaliknya memakan makanan yang haram dan kotor tidak mendatangkan keberkatan sekali gus menjauhkan seseorang itu daripada Allah SWT. Sahl bin Abdullah berkata, "Keselamatan itu terletak pada 3 perkara iaitu makan makanan yang halal, melaksanakan perkara fardhu atau wajib dan mencontohi Nabi SAW."
Abu Abdullah al-Sajiy atau nama sebenarnya Saíd bin Yazid berkata, "Kesempurnaan ilmu itu terletka pada 5 perkara iaitu mengenali Allah, mengetahui kebenaran, melakukan sesuatu amalan dengan ikhlas kerana Allah, beramal mengikut al-sunnah dan makan makanan yang halal. Sekiranya salah satu dari lima perkara ini gugur maka sesuatu amalan yangdilakukan itu tidak diangkat atau tidak diterima."
Penggunaan sumber alam hanya terhad keapda yang baik-baik dan halal saja. Hal ini disebabkan oleh matlamat akhir kehidupan manusia adalah untuk mencapai keredaan Allah SWT. Tidak mungkin matlamat ini jika tercapai jika aspek penggunaan sumber ini tidak diambil berat.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa-apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu."(Surah al-Baqarah : 168)
agaknya kalau ditimbang makanan haram yang kita makan tu dah sebesar seekor kambing atau lembut kot sebab kita sangat yakin dengan label halal jakim..atau apa-apa label halal tu
BalasPadamInsyaAllah....yg kita tak ketahui Allah akan maafkan...sbb manusia sentiasa khilaf....yg dah kita ketahui tu x halal patutlah kita jauhkan.....
BalasPadam