Lepas aje waktu Maghrib kami terus naik kapal river Cruise. Naik waktu malam baru nampak cantik kerana ada lampu-lampu di sepanjang permandangan muara sungai ni. Sepanjang bangunan yang berada di situ semuanya telah dilukis dengan pelbagai lukisan dan cerita dan sejarahnya. Sepanjang kita menaiki kapal cruise ini kita akan di berikan penerangan mengenai sejarah bangunan dan juga jambatan yang terdapat di sepanjang sungai tersebut yang telah ada namanya yang tersendiri. Perjalanan menaiki kapal river cruise mengambil masa 45 minit. Harga tiket RM 10 untuk dewasa kalau tunjuk mykad. Kanak2 pula RM 5 dengan mykad.
Tiket untuk menaiki river cruise.
Kaunter tiket. Kat depan tu dah ada pemberitahuan harga tiket. Masa beli tiket kena tunjuk mykad untuk dapat diskaun
Muka pun dah nampak letih....abaikanlah ye
Masa kita nak naik cruise river tu ada sesi pphoto shot. Ikut suka kitalah nak bergambar ke x nak mereka tak paksa. Gambar tu dijual selepas kita selesai menaiki river cruise. Ada 2 keping gambar. 1 biasa dan 1 lagi 3G. Harga RM 40.00. Tiada paksaan untuk membeli. Terpulang pada kita. Kalau suka dengan gambar tu boleh beli. Kalau tak nak pun boleh juga.........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan