Selepas tamatnya drama siri ‘Anugerah Terindah’ di slot
Samarinda, kini muncul sebuah drama rantaian 18 episod berjudul ‘Masihkah Ada Cinta’
terbitan produksi Rashbir Media menampilkan gandingan pelakon-pelakon hebat
iaitu Amar Asyraf, Nabila Huda, Fouziah Gous, Shah Iskandar, Elizad
Sharifuddin, Dato’ Jalaluddin Hassan dan ramai lagi. ‘Masihkah Ada Cinta’
merupakan hasil garapan sutradara Rashid Sibir dan nukilan skrip oleh Panel
Opera Klasik.
Fuhhhhh..............NABILA HUDA pelakon kesukaan saya. Bagi apa saje watak kat Nabila memang terbaiklah hasil......Mantap dan berkaliber.....suka sesangat dengan lakonannya. Sentiasa akan mengikuti apa saje drama lakonannya. Tak kiralah watak baik, jahat, gadis lemah lembut, gadis yang paling busuk hati, watak ibu what everlah semuanya berkesan. LIKE3X
Kisah bermula apabila Azril (Shah Iskandar) meninggalkan
Tina (Nabila Huda) tanpa sempat menamatkan pengajian dan sebab yang nyata.
Mujur ada rakan-rakan yang banyak memberikan semangat untuk Tina meneruskan
pengajian sehingga berjaya menjadi seorang doktor. Azril merupakan lelaki dan
cinta pertamanya. Sukar untuk Tina melupakan memori indah sewaktu bersama.
Walaupun telah bertahun berlalu tapi parut luka masih terasa membuatkan Tina
berhati-hati dalam memilih pasangan. Cintanya kini hanyalah pada kerjaya
setelah kehilangan Azril dan kedua ibu bapanya akibat kemalangan.
Iman (Amar Asyraf) seorang doktor muda yang bertugas di
Taiping, Perak, tempat kelahirannya. Ramai yang meminatinya terutama rakan
sekerja tapi Iman lebih senang fokus pada kerjaya dan keluarganya buat masa
kini. Semenjak kematian ayahnya, Dato’ Imran, dia menjadi ketua keluarga
menjaga ibunya, Datin Maimon dan kakak kesayangannya, Leen (Elizad
Sharifuddin), yang tidak berapa sihat sejak kemalangan. Leen memerlukan lebih
perhatian kerana menghadapi tekanan perasaan akibat kecacatan.
Datin Maimon sendiri sudah kering air mata melihat
penderitaan Leen yang adakalanya mengamuk dan suka bercakap bukan-bukan kesan
dari pembedahan mengeluarkan darah beku dalam kepalanya. Mujur suaminya begitu
tabah menjaga dan melayan kerenah Leen bila ada kelapangan. Dia akan berulang-alik
dari Kuala Lumpur ke Taiping menguruskan perniagaan keluarga. Anak tunggal
mereka, Dhia, terpaksa diuruskan oleh Datin Maimon bersama Iman.
Liya (Fouziah Gous) merupakan sepupu kepada Iman. Mereka
amat rapat semenjak kecil sehinggakan Pak Long berharap sangat mereka dapat
disatukan apabila dewasa kelak. Iman sebenarnya tidak menyimpan apa-apa
perasaan terhadap Liya. Sikap Liya agak
sosial dan sombong apabila menetap di kota. Hingga kini, Liya masih memendam
perasaan pada Iman dan berharap impiannya untuk berkahwin dengan Iman menjadi
kenyataan. Pak Long telah banyak berkorban untuk keluarga Datin Maimon semenjak
adiknya itu kematian suami.
Liya telah pulang ke kampung dengan alasan ingin menjaga
rumah pusaka yang telah lama ditinggalkan dan jemu hidup di kota. Liya ingin
mencari Iman setelah hatinya terluka dengan beberapa lelaki bandar. Dia ingin menyambung ikatan mereka yang terputus apabila masing-masing melanjutkan
pelajaran. Untuk mengeratkan hubungannya dengan Iman, Liya telah memaksa
ayahnya untuk membuka pusat taska.
Tina mendapat sepucuk surat menyatakan dia akan ditukarkan
ke Taiping, Perak. Selama ini dia hanya mengetahui tentang keindahan Taiping
hanya melalui Iman yang ditemui ketika berkursus beberapa bulan lalu anjuran
Jabatan Kesihatan. Tina berharap Iman akan membantunya di sana nanti. Iman amat
senang bersama Tina kerana mereka boleh berbincang apa saja dari soal kerjaya
sehinggalah kehidupan, ini boleh meredakan tekanan yang dihadapi terutamanya
soal kakaknya, Leen dan Liya yang amat merimaskan hidupnya.
Setelah sekian lama Iman berusaha memenangi hati Tina,
akhirnya Tina bersedia menerima Iman. Iman telah melamar Tina ketika mereka
sama-sama berada di puncak Bukit Larut. Iman banyak mengembalikan kegembiraan
dalam hidupnya. Liya kecewa, dia pura-pura sakit apabila mendapat tahu Iman
akan bertunang dalam masa terdekat ini.
Iman telah membawa Tina bertemu dengan keluarganya. Leen
gembira akhirnya Iman telah bertemu dengan seorang gadis yang mampu membuka
pintu hatinya. Selama ini masanya banyak dihabiskan dengan kerja dan keluarga
tanpa menghiraukan masa depan. Tina merasa sebak apabila Leen mintanya berjanji
supaya tidak melukakan hati Iman. Leen juga berharap Tina dapat menjaga Dhia
sekiranya terjadi apa-apa pada dirinya.
Liya telah menelefon ayahnya kerana tidak puas hati layanan
Iman padanya semenjak kedatangan Tina. Pak Long pergi ke rumah Datin Maimon
untuk menuntut janji sebelum ini iaitu bercadang untuk menyatukan Iman dan Liya
apabila sampai masanya. Sekiranya terjadi apa-apa pada Liya, Pak Long tidak
akan melepaskan Iman begitu saja. Dia sudah banyak berkorban untuk Iman. Apakah
yang bakal berlaku selanjutnya?
Saksikan drama siri ‘Masihkah Ada Cinta’ di slot Samarinda
menampilkan Amar Asyraf, Nabila Huda, Fouziah Gous dan Shah Iskandar mulai 8
Mei 2014 pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 10.00 malam di TV3!
SELAMAT MENONTON SEMUANYA.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan