Akhirnya dapat juga makan buah rambutan. Alhamdulillah rezeki hari ini. Rambutan, manggis dan langsat. Sedapnya. Tengah musimlah katakan baru dapat tengok dan makan buah-buah ini semua.
Rezeki dari kebun orang lain tapi saya dapat juga merasa buah yang menjadi kegemaran saya
Langsat...huhhhhh sedapnya
Teringat masa zaman sekolah dahulu. Masa tu kat kampung rumah mak pokok rambutan tak payah cakaplah memang banyak. Dari yang manis sehingga ke masam umat. Dari yang bulat ke lonjong dari yang merah atau kuning. Semua ada. Tapi itu semua tinggal kenangan. Dari hari ke sehari sehingga masa berganti masa. Kawasan rumah mak yang dahulunya penuh dengan pokok rambutan, manggis, jambu air dan segala macam buah-buah kini dah tiada lagi. Rumah yang dan halaman rumah yang semakin dibesarkan. Terpaksalah mengorbankan pokok ini. Yang ada sekarang ini hanyalah pokok mempelam. Itupun sebab berada di belakang rumah. Kalau berada di halaman rumah confirm dah kena tebang menjadi halaman rumah.
Pokok mempelam ini sahaja yang masih ada di belakang rumah mak. Bila berbuah aja mak aiiiiii.....dia punya buah punyalah banyak sehingga monyet pun suka makan buah tersebut.
Buah rambai......huh kalau diingatkan dulu kalau masa musimnya. Ya Allah Tuhan aja yang tahu. Banyaknya buahnya. Almaklumlah pokoknya yang sebesar-besar pokok. Kalau nak petik buahnya perlu dipanjat begitu juga dengan buah manggis kena panjat. Sudah tentulah kerja lelaki. Kalau pokok rambutan tu memang bagi saya. Balik aja dari sekolah terus panjat pokok rambutan. Ya Allah nikmatnya makan buah rambutan hasil dari tanaman mak dan abah. Masa tu tak pernah pun terfikir nak beli...cuma panjat dan petik sahaja. Sekarang aja yang sukar nak cari. Kalau nak makan kena beli. Durian pun dulu pun tak payah cakap. Bila musim aja...pagi-pagi dah cari buah durian yang gugur.
Walaupun hanya ada sebatang pokok sahaja. Buah mempelam masa dulu setiap hari kalau musimnya mesti pergi ke pokok tersebut cari buah mempelam yang gugur. Biasanya yang dah gugur tu kebanyakkannya dah masak. Kalau diingat-ingatkan ingin kembali semula ke zaman tersebut. Tapi semua itu hanya memori. Sekarang ni kalau nak makan buah mempelam pergi aja rumah kakak. Alhamdulillah nasib baiklah rumah ada buah mempelam. Tak payah nak susah-susah beli. Mempelam padi, mangga epal dan mempelam kampung semua ada kat rumah kakak. Berkat tanaman arwah mummy dan ayah mertua kakak. Saya pun dapat tumpang sama makan. Kalau nak makan buah pulasan, cempedak, rambutan dan durian pergi aja ke rumah abang. Kat rumah abang ada dusun buah-buahan tersebut. Dusun itu pun berkat tanaman mak dan bapak mertua abang saya. Dapatlah juga tumpang merasa rezeki orang lain.
Buah pulasan..buah yang paling susah nak dapat sekarang..tapi memang sedap nak makan pun kena pulas dahulu buahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan