Persiapkan Lima Amalan Yang Dapat Membantu Ketika Berada di Hari Akhirat
1. Memberi sumbangan untuk jihad fisabilillah dan sedekah jariah.
Orang mukmin akan mengambil kesempatan semasa hidup di dunia yang sementara ini untuk membuat pelaburan untuk hari akhirat. Harta yang dimiliki akan dilaburkan untuk jihad fisabilillah, bersedekah, amal jariah dan membantu fakir miskin dan anak-anak yatim. Allah SWT akan menggandakan sedekah kita sehingga 700 kali ganda atau lebih.
2. Menuntut ilmu, mengajarkannya dan mengamalkan ilmu tersebut.
Firman Allah SWT dalam Al-Quran surat Al-Mujaadilah ayat 11: “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat”. Orang-orang yang berilmu akan pula dimudahkan jalannya ke syurga oleh Allah SWT dan sentiasa didoakan oleh para malaikat.
Nabi SAW bersabda maksudnya: "Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia wajiblah ia memiliki ilmunya dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat wajiblah ia mengetahui ilmunya pula dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
3. Memperbanyakkan berzikir kepada Allah SWT.
Orang-orang mukmin menganggap bahawa hidup di dunia ini hanya sementara dan diakhiratlah tempat yang kekal abadi. Mereka akan sentiasa mengingati Allah SWT dan sentiasa berzikir supaya hati mereka akan menjadi tenang dan tenteram dan sentiasa reda dengan qadak dan qadar dari Allah SWT
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan zikrullah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah (zikrullah) hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d ayat 28).
Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud:
”Tidak duduk satu jemaah mengucap zikrullah melainkan (di tempat itu) telah di kelilingi malaikat-malaikat yang dipenuhi rahmat dan diturunkan kepada mereka sakinah (ketenangan).” (Hadis Riwayat Muslim)
4. Banyakkan bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT.
Bertaubat dan beristighfarlah setiap hari kerana Nabi SAW beristighfar 100 kali sehari. Sesiapa yang sentiasa bertaubat kepada Allah SWT dia akan bersih daripada dosa-dosa.
Allah SWT berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (Surah Al-Baqarah ayat 222)
5. Perbanyakkan membuat kebaikan dan solat tahajud dan kepada Allah SWT.
Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya."(Hadis Riwayat Muslim).
Allah SWT menceritakan bahawa ahli syurga adalah mereka yang ketika di dunia ini banyak membuat kebaikan dan mengerjakan solat tahajjud.
Firman Allah SWT maksudnya :
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat Tahajjud” padanya sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”.(Surah al-Israa’ ayat 79)
Jangan sia2 kan hidup anda..dunia hanya sementara akhirat itu pasti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan