Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Sabtu, 8 Disember 2012

1 HARI 1 AYAT - 11 PERKARA KETIKA DITIMPA MUSIBAH


Hal-hal berikut boleh jadi bahan renungan ketika kita mendapati musibah atau cubaan. Dan merenungkannya musibah tersebut kita akan sabar dan mengharapkan pahala dari Allah.
1. Renungkanlah bahawa manusia dan hartanya semuanya milik Allah semuanya hanya sementara di sisi kita.
2. Setiap orang akan kembali pada Allah dan akan meninggalkan dunia.
3.  Allah akan memberi yang semisal dan yang lebih baik bagi yang telah hilang.
4. Ingatlah bahawa mengeluh dan merungut hanya menambah derita bukan menghilangkan musibah.
5. Jika mahu bersabar dan yakin semuanya kembali pada Allah maka itu lebih besar pahalanya dibanding dengan tidak sabar.
6. Berkeluh kesah hanya membuat musuh kita senang dan membuat Allah murka.
7. Sabar dan mengharap pahala itu lebih besar ganjarannya daripada mengharap yang telah hilang itu kembali.
8. Jika kita redha terhadap musibah Allah pun senang dengan sikap kita. Sebaliknya jika kita benci Allah pun akan murka. 
9. Ketahuilah bahawa Allah yang menurunkan musibah Maha Hakim dengan hikmah yang ia beri, Penuh Rahmat dengan kasih sayang yang ia beri. Allah tidaklah menimpakan cubaan untuk membinasakan hamba, bahkan untuk menguji seberapa kuat imannya.
10. Musibah itu datang untuk menghindarkan diri kita dari penyakit buruk iaitu riak dan sombong.
11. Ingatlah bahawa dengan merasakan pahit di dunia namun dapat merasakan lazatnya kehidupan akhirat.

Semoga Allah memberikan kita kesabaran ketika menghadapi setiap ujian dan cubaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...