Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Selasa, 11 Disember 2012

1 HARI 1 AYAT - PERINGATAN BUAT WANITA

WANITA (sila baca dan hayati)

1. Mesti menutupi seluruh badannya kecuali apa yang dibenarkan untuk diperlihatkan iaitu wajah dan tapak tangan. 
2. Pakaian janganlah terlampau berhias-berhias hingga menarik perhatian lelaki asing.
3. Pakaian mestilah tebal yang tidak nipis hingga boleh menampakkan warna kulitnya.
4. Pakaian itu biarlah agak besar dan tidak ketat hingga menampakkan bentuk badannya.
5. Wangi-wangian yg dipakai tidak terlalu wangi sampai menarik perhatian orang. Manakala wangi sekadar untuk menutup bau busuk tidak mengapa seperti bau sabun basuh yang tidak melampau.
6. Pakaian itu tidak serupa pakaian orang lelaki jika orang pandang sahaja nampak itu pakaian lelaki maka haram memakainya.
7. Tidaklah ia menyerupai pakaian perempuan kafir.
Telah ramai gadis Melayu yang melilit tudung mereka paras leher dan sekaligus menampakkan dada. Perihal ini ada sebuah hadis tentang golongan ahli neraka yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. dalam satu hadis: “Dan orang-orang perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, berjalan dengan bergaya (melenggang-lenggok), kepala-kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta (mereka meninggikan gumpalan-gumpalan rambut mereka dengan berhias-hias), mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapati baunya..” (Sahih Muslim).
Daripada Asma' binti U'mais ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah datang untuk berjumpa dengan Aisyah binti Abu Bakar (isteri baginda Saw) dan bersama Aisyah pada ketika itu saudara perempuannya (iaitu saudara perempauan Aisyah) Asma' binti Abu Bakar. Pada ketika itu Asma' memakai pakaian orang Syam (sejenis pakaian arab) yang lengannya agak luas terbuka (yang mungkin menampakkan lengan dan bahagian badan yang lain). Apabila Rasulullah Saw melihat keadaan Asma' sedemikian lantas Rasulullah Saw bangun dan keluar dengan cepat. Apabila Aisyah melihat Rasulullah Saw keluar dengan cepat maka dia berkata kepada kepada Asma' (mungkin Aisyah perasan apa yang tidak disenangi oleh Rasulullah Saw): ”Beredarlah sesungguhnya Rasulullah Saw telah melihat perkara yang tidak disenanginya." Setelah Asma' beredar maka Rasulullah Saw datang kembali untuk berjumpa dengan Aisyah. Maka Aisyah terus bertanya mengapa baginda bangun dan terus keluar? Maka jawab baginda Saw: ADAKAH KAU TIDAK MELIHAT KEADAANYA (IAITU KEADAAN ASMA' BERPAKAIAN)? SESUNGGUHNYA SEORANG PEREMPUAN MUSLIMAH ITU TIDAK BOLEH MENAMPAKKAN SESUATU DARI TUBUH BADANNYA MELAINKAN INI DAN INI (RASULULLAH SAW MENUNJUKKAN PERGELANGAN TANGANNYA DAN MENGGENGGAMNYA DAN JUGA RASULULLAH SAW MENEKAPKAN KEDUA TANGANNYA KE PIPINYA UNTUK MENUNJUKKAN MUKA SAHAJA).
lagi Hadith berkaitan wanita sebagai peringatan
Dalam hadis daripada Jabir bin Abdullah, katanya: “Aku hadir bersama-sama Rasulullah mengerjakan sembahyang pada hari raya (selepas sembahyang dan berkhutbah). Baginda kemudian pergi (ke barisan belakang) hingga sampai ke tempat kaum perempuan. Lalu Baginda menasihati dan mengingatkan mereka serta Baginda (menggalakkan mereka bersedekah) sabdanya: “(Bersedekahlah kamu kerana sesungguhnya kebanyakan kamu menjadi kayu bakaran api neraka.”
Pada saat itu seorang perempuan yang berkedut kedua-dua pipinya bangun dari tengah kaum perempuan lalu bertanya: “Mengapa (kami dimurkai Allah seberat itu), Ya Rasulullah? “Baginda menjawab: “Kerana kamu selalu saja mengadu (tidak cukup nafkah) dan kamu pula tidak mengenang budi suami (sedikit pun).
(Kaum perempuan diciptakan Allah dalam keadaan yang semulia-mulianya sebagai ibu yang dihormati, isteri dikasihi dan anak disayangi. Selain itu, diberi panduan supaya mereka menjadi manusia beriman dan beramal salih.)
Untuk menyedarkan mereka akan hakikat itu, Rasulullah menasihati mereka supaya menjauhi apa-apa juga tabiat buruk seperti diterangkan dalam hadis di atas.
Perkara itu ditegaskan lagi dalam hadis berikut.
Daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Wahai kaum perempuan, bersedekah dan banyakkan beristighfar kerana sesungguhnya aku mengetahui (bahawa) kamu golongan yang banyak sekali antara ahli neraka.”
Seorang perempuan yang bijak antara mereka berkata: “ Ya Rasulullah mengapa kami menjadi golongan yang banyak sekali antara ahli neraka?” Baginda menjawab: "(Kerana) kamu selalu mengutuk dan memaki-hamun dan kamu pula tidak mengenang budi suami dan (selain itu) aku tidak melihat golongan yang kurang akal dan kurang pula (amal) agamanya serta besar pula pengaruhnya kepada orang lelaki bijak bestari (sekalipun) – selain daripada kamu.”
Perempuan itu bertanya lagi katanya: “Ya Rasulullah apa maksudnya: (Kaum perempuan) kurang akal dan kurang (amal) agama itu?” Baginda menjawab: “Mengenai kurang akal, maka (ketika menjadi saksi): Saksi dua perempuan, (hanya) menyamai saksi seorang lelaki; maka inilah (tanda) kurang akal. Dan seseorang perempuan pula akan tinggal beberapa hari dengan tidak mengerjakan sembahyang (kerana kedatangan haid) dan dia pula ada kalanya tidak berpuasa pada Ramadan (kerana kedatangan haid juga) maka ini dan (tanda yang menunjukkan kaum perempuan) kurang amal agamanya (berbanding dengan kaum lelaki).” (Hadis riwayat Bukhari dan Ibn Majah)

Marilah kita bermuhasabah.. Lelaki sentiasa hidup disamping seorang wanita dari kalangan ibu, isteri, kakak dan adik2.. Sanggupkah kita melihat mereka di nereka dalam kesusahan juga antara penyebab kita(lelaki) ke neraka juga... Peliharalah dirimu wanita daripada menjadi perangkap syahwat, jerat syaitan, pemuas nafsu lelaki... Sayangi dirimu dan lantas Allah pasti bersamamu.. Jangan engkau merendah-rendahkan maruahmu sedangkan Allah sudah mengangkat darjatmu " tidak ternilai wanita solehah dengan seisi alam" (meremang) .. Semoga kita temui isteri-isteri yang solehah kepada suami dan ibu kepada anak-anak.. WANITA adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.. ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...