Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Khamis, 13 Disember 2012

1 HARI 1 AYAT - 32 AMALAN KEBAIKAN BERPAHALA


BismillahirRahmaanirRahim

Perkara di bawah ini mengulas sedikit tentang beberapa amalan yang mudah dilaksanakan dan akan mendapatkan ganjaran pahala yang sangat besar dengan karunia dari Allah SWT.
Amalan-amalan ini banyak dilalaikan dan diremehkan oleh sebahagian besar manusia padahal di dalamnya terdapat banyak pahala.
Adapun amalan-amalan itu adalah sebagai berikut:

1. Memperbanyakkan solat di al-Haramain asy-Syarifain (Masjid Haram dan Masjid Nabawi). Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah ra.
Rasulullah saw. bersabda: Solat di masjidku ini lebih afdhal dari 1000 solat di masjid lainnya kecuali Masjid Haram dan solat di masjid Haram lebih afdhal dari 100.000 solat di masjid lainnya. (HR. Ahmad dan Ibnu Majah). Dan solat seorang wanita di rumahnya lebih baik daripada solat di masjid Haram dan masjid Nabawi. 
2. Solat di Masjid Quba
Rasulullah saw. bersabda: Barangsiapa yang keluar hingga sampai ke masjid ini masjid Quba lalu solat di dalamnya maka baginya pahala yang sama dengan (pahala) umrah. (HR. Ahmad, Tirmidzi, Nasai dan Ibnu Majah)
3. Rutin melaksanakan solat Dhuha
Dan waktu yang terbaik untuk melaksanakannya adalah ketika matahari sudah semakin terik.
Rasulullah saw. bersabda: Solatnya orang-orang yang bertaubat adalah ketika unta kecil telah merasakan panasnya (matahari). (HR. Muslim)
4. Menggandakan istighfar
Seperti dengan membaca doa: Ya Allah, ampunilah orang-orang mukminin dan mukminat, orang-orang muslimin dan muslimat, baik yang masih hidup di antara mereka mahupun yang sudah meninggal.
Rasulullah saw. bersabda: Barangsiapa yang meminta ampun untuk orang-orang mukmin dan mukminat maka Allah akan menuliskan untuknya setiap mukmin dan mukminat satu kebaikan. (HR. Thabrani)
5. QiyamulLail pada saat Lailatul Qadar
Tahukah anda bahawa pahala orang yang melaksanakan qiyamullail pada saat lailatul qadar lebih afdhal dari pahala ibadah selama kira-kira 83 tahun lebih 3 bulan? Allah swt. berfirman:
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. (QS. Al-Qodar: 1-5)
6. Menggandakan tasbih iaitu dengan membaca: Maha suci Allah dan dengan memujiNya sebanyak makhlukNya, keredhaan diriNya, seberat Ars-Nya dan sepanjang kalimatNya.
7. Membaca doa ketika akan memasuki pasar.
Rasulullah saw. bersabda: Barangsiapa yang memasuki pasar maka hendaklah ia membaca
[Laa ilaaha illallahu wahdahuu laa syariikalahu, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumiitu, wa huwa hayyun laa yamuutu, biyadihil khoir, wa huwa `alaa kulli syai`in qodiir]
(Tiada Tuhan selain Allah semata, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kerajaan dan bagiNya pujian, Yang menghidupkan dan Mematikan. Ia hidup dan tidak mati, di TanganNya kebaikan dan Ia Maha Kuasa atas segala sesuatu.)
maka Allah akan menulis baginya satu juta kebaikan, dihapuskan darinya satu juta kehinaan dan diangkat darjatnya satu juta darjat. Dan dalam riwayat lain disebutkan: Dan akan dibangun untuknya rumah di syurga. (HR. Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim)
8. Menunaikan umrah di bulan Ramadhan
Kerana menunaikan umrah di bulan Ramadhan sama dengan berhaji sekali. Sebagaimana sabda Rasulullah saw. kepada Ummu Sinan: Bila bulan Ramadhan tiba maka tunaikanlah umrah kerana umrah di saat tersebut sama dengan berhaji sekali. Atau bersabda: sama dengan berhaji bersamaku. (Muttafaqun `alaihi)
9. Mengamalkan adab-adab pada hari Jumaat
Rasulullah saw. bersabda: Siapa yang mandi lalu bersegera dan berjalan kaki tidak dengan menaiki kenderaan lalu mendekati imam, beriktikaf di masjid dan tidak berbual-bual maka baginya setiap langkah amal setahun pahala puasa dan solatnya. (HR. Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi dan Nasai).
10. Puasa Sunnah
Nabi saw. menganjurkan untuk memperbanyakkan puasa sunnah dalam beberapa hari tertentu dalam satu tahun seperti puasa dua hari (Isnin dan Khamis) hari-hari pertengahan (13, 14, 15 setiap bulan Hijriah), bulan Sya`ban, enam hari di bulan Syawal, Muharram, puasa hari Arafah bagi selain jemaah haji dan pada hari Asyura.
Rasulullah saw. bersabda: Barangsiapa yang berpuasa satu hari di jalan Allah maka Allah akan menjauhkan wajahnya (dirinya) dari api neraka sejauh 70 tahun perjalanan. (HR. Ahmad)
11. Memberi buka puasa bagi orang-orang yang berpuasa
Rasulullah saw. bersabda: Barangsiapa yang memberi makan pada orang yang berpuasa maka baginya sama dengan pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikitpun. (HR. Ahmad dan Tirmidzi)
12. Memperbanyak ucapan ~Laa haula walaa quwwata illaa billah~ (Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah)
Kerana ucapan ini adalah salah satu kekayaan syurga sebagaimana dijelaskan dalam salah satu hadits Muttafaqun `alaihi dari Rasulullah.
13. Memenuhi kesusahan manusia
Rasulullah saw. bersabda dalam salah satu hadits yang panjang: Aku berjalan beriring dengan saudaraku sesama muslim dalam suatu keperluan lebih aku senangi daripada beri`tikaf di masjid selama satu bulan. (HR. Thabrani dan ditahsin oleh Al-Albani).
14. Solat dua rakaat (Solat Isyraq) setelah terbitnya matahari.
Dari Anas bin Malik ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda: Barangsiapa yang solat subuh berjemaah lalu duduk-duduk berdzikir kepada Allah hingga terbitnya matahari kemudian solat dua rakaat maka ia akan mendapatkan pahala haji dan umrah. Beliau berkata: Rasulullah saw. bersabda: Sempurna, sempurna, sempurna. (HR. Tirmidzi dan ditahsin oleh Al-Albani)
15. Berbuat baik dengan anak yatim
Dari Sahal bin Saad bahawa Rasulullah saw. bersabda: Saya dan pengasuh anak yatim di syurga seperti ini. (HR. Bukhari) Beliau memberi isyarat dengan kedua jarinya, jari telunjuk dan tengah. Dan anda boleh melakukan itu melalui salah satu yayasan atau lembaga sosial lainnya.
16. Sentiasa solat jenazah
Dari Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda: Siapa yang menghadiri jenazah hingga disembahyangkan maka baginya pahala satu qirath dan siapa yang menghadirinya hingga dikebumikan maka ia akan mendapatkan dua pahala qirath. Dikatakan kepada beliau: Apakah qirath itu? Beliau menjawab: Iaitu seperti dua gunung yang besar. (Muttafaqun `alaihi)
 17. Memperbanyakkan selawat untuk Nabi saw
Jadi barangsiapa yang berselawat untuk nabi saw. sekali maka Allah akan berselawat untuknya sepuluh kali dan akan menjadi manusia paling utama nanti pada hari kiamat. Allah swt. mewakilkan malaikat yang berkeliling menyampaikan salam umatnya kepada nabi mereka.
18. Solat Isya dan Subuh secara berjemaah
Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa yang solat isya secara berjemaah maka seakan-akan ia telah melaksanakan solat tengah malam dan barangsiapa yang solat subuh berjemaah maka seakan-akan ia telah melaksanakan solat sepanjang malam. (HR. Muslim)
19. Membaca tasbih, tahmid dan takbir
Masing-masing 33 kali pada setiap selesai solat lalu membaca: ~laa ilaaha illallahu, wahdahuu laa syariikalahu, lahul mulku walahul hamdu, wahuwa `alaa kulli syai`in qodiir~. Ucapan ini memiliki keutamaan yang sangat besar sebagaimana diriwayatkan dalam hadits tentang orang-orang fakir Muhajirin yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (hadits panjang Muttafaqun `alaihi) dalam bab Dzikir-dzikir yang dibaca setelah sholat fardhu.
20. Dakwah kepada Allah dan menasihati orang lain
Rasulullah saw. bersabda: Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk maka ia akan mendapatkan pahala yang sama dengan pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahalanya sedikitpun. Dan barangsiapa yang mengajak kepada kesesatan maka ia pun akan menanggung dosa yang sama dengan dosa orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosanya sedikitpun. (HR. Muslim).
Jadi bila anda menasihati orang lain untuk menuju Allah maka pahala nasihat itu akan mengalir untukmu selama nasihat itu masih berguna bagi dirinya hingga hari kiamat. Misalnya dengan menyebarkan kebaikan seperti tulisan-tulisan yang ada di hadapan anda sekarang ini maka anda akan mendapatkan pahala orang yang mengamalkannya hingga hari kiamat dengan izin Allah swt.
21. Solat empat rakaat sebelum asar
Sabda Rasulullah saw.: Semoga Allah merahmati seseorang yang solat 4 rakaat sebelum asar. (HR. Abu Daud dan Tirmidzi).
Empat rakaat itu dilakukan dengan dua salam setelah azan dan sebelum iqomah (solat Qabliyah).
22. Mengunjungi orang yang sakit
Sabda Rasulullah saw.: Barangsiapa mengunjungi orang yang sakit maka ia akan tetap di khurfah syurga. Rasulullah saw. ditanya: Apakah khurfah syurga itu wahai Rasulullah? Beliau menjawab: Buah syurga yang dipetik. (HR. Muslim) Dan anda akan didoakan, diampuni oleh 70.000 malaikat. (Sebagaimana yang terdapat dalam hadits panjang.)
23. Puasa, mengikuti jenazah, menziarahi orang yang sakit dan memberi makan orang miskin 
Bila semua ini terkumpul pada seorang muslim pada satu hari maka ia akan masuk syurga dengan kurnia Allah sebagaimana yang terjadi pada diri Abu Bakar ra. di mana Rasulullah saw. bersabda dalam hadits yang panjang: Tidaklah hal itu semua berkumpul pada seseorang kecuali ia akan masuk syurga. (HR. Muslim)
24. Mengadakan perdamaian di antara manusia
Allah swt. berfirman: Tidak ada kebaikan pada kebanyakkan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah atau berbuat ma`ruf atau mengadakan perdamaian di antara manusia. (QS. An-Nisa: 114). Dan banyak hadits yang menunjukkan keutamaan hal itu.
25. Memperbanyakkan ucapan Subhaanallahi walhamdulillahi walaailaaha illallahu wallahu akbar
Ucapan ini lebih afdhal daripada hari terbitnya matahari sebagaimana terdapat dalam hadits yang diriwayatkan oleh Muslim dari Nabi saw. Ucapan ini juga termasuk yang paling disenangi oleh Allah swt. sebagaimana dalam hadits shohih. 
26. Membaca Surah Al-Ikhlas berulang-ulang
Kerana surah ini sebanding dengan sepertiga Al-Quran dalam hal pahala dan kandungan maknanya di mana surat ini mengandungi Tauhid, pengagungan dan penghormatan kepada Allah swt.. Rasulullah saw. bersabda: Qul huwallahu ahad sebanding dengan sepertiga Al-Quran dan Qul yaa ayyuhal kaafirun sebanding dengan seperempat Al-Quran. (HR. Thabrani dan ditashih oleh as-Suyuti dan al-Albani). Dan perlu diperhatikan bahawa sepertiga dalam keutamaan tidak bererti merasa cukup membacanya dan meninggalkan bacaan surat-surat Al-Quran lainnya.
27. Sedekah jariyah
Misalnya dengan membantu pembangunan masjid, penggalian sumur, madrasah, tempat pengkongsia ilmu, pendidikan anak tentang agama yang benar dan adab-adab Islam serta pendidikan anak untuk selalu melakukan kebaikan kerana bila anak Adam meninggal dunia maka amalannya akan terputus kecuali tiga hal di antaranya adalah anak soleh yang mendoakan orang tuanya. Termasuk pula mencetak, menyebarkan dan membahagikan buku-buku dan kaset-kaset yang berguna ataupun memberikan sumbangan dana melalui organisasi kerjasama dakwah, penyuluhan dan bimbingan untuk orang-orang asing atau yayasan dan lembaga keagamaan.
28. Solat empat rakaat sebelum zuhur dan empat rakaat setelahnya (qabliyah dan badiyah)
Dari Ummu Habibah ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda: Barangsiapa yang sentiasa melaksanakan solat sunnat 4 rakaat sebelum zuhur dan 4 rakaat setelah zuhur maka Allah akan mengharamkan baginya neraka. (HR. Abu Daud dan Tirmidzi)
Empat rakaat itu dengan dua salam antara azan dan iqomah dan 4 rakaat dengan dua salam setelah solat zuhur.
29. Qiyamul Lail menyebarkan salam dan memberi makan
Dari Abdullah bin Salam ra., Nabi saw. bersabda: Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berilah makan dan solatlah di waktu malam sementara manusia sedang tidur maka kalian akan masuk syurga dengan selamat. (HR. Tirmidzi)
Rasulullah saw. juga bersabda: Solat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat lail. (HR. Muslim)
30. Mengikuti ucapan muadzin
Rasulullah saw. bersabda: Barangsiapa yang membaca ketika mendengar azan:
~Allahumma rabba hadzihidda`watittaammati washsholatil qooimati aati Muhammadanil wasiilata walfadhiilata wab`atshu maqoomam mahmuudanilladzi wa `adtah~
(Ya Allah, Tuhan pemilik panggilan yang sempurna ini (azan) dan solat (wajib) yang ditegakkan ini. Berilah wasilah (darjat yang tinggi) dan fadhilah kepada Rasulullah dan bangkitkanlah beliau pada maqam yang terpuji yang telah Engkau janjikan.)
Maka ia berhak mendapatkan syafaatku nanti pada hari kiamat. (HR. Bukhari)
31. Memperbanyak membaca dan menghafal Al-Quran
Allah swt. berfirman: Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi. (QS. Faathir:29). 
Dari Ibnu Mas`ud ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda: Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Kitab Allah maka baginya satu kebaikan dan kebaikan itu dilipatgandakan menjadi sepuluh kebaikan. Saya tidak mengatakan bahwa `alif laam mim` itu satu huruf, tetapi `alif` satu huruf, `laam` satu huruf, dan `mim` satu huruf. (HR. Tirmidzi dan berkata: Hadits hasan shohih)
32. Memperbanyak zikir kepada Allah
Sabda Rasulullah saw.: Mahukah kalian aku khabarkan kepada kalian amalan yang paling baik dan suci yang kalian miliki yang paling tinggi dalam darjat kalian, paling baik bagi kalian daripada menginfakkan emas dan perak dan lebih baik daripada ketika kalian bertemu musuh lalu kalian memenggalkan lehernya atau mereka memenggal leher kalian? Mereka menjawab: Tentu. Beliau bersabda: Iaitu zikir kepada Allah Ta`ala. (HR. Tirmidzi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...