Belia, muda, mahupun tua tidak ada yang tahu mereka pun boleh merasakan kematian. Setahun yang silam kita barangkali melihat saudara kita dalam keadaan sihat bugar, ia pun masih muda dan kuat. Namun hari ini ternyata ia telah pergi meninggalkan kita. Kita pun tahu, kita tidak tahu bila maut menjemput kita. Entah esok, entah lusa, entah bila. Namun kematian sahabat kita itu sudah cukup sebagai pengingat, penyedar dari kelalaian kita. Bahawa kita pun akan sama dengannya akan kembali pada Allah. Dunia akan kita tinggalkan di belakang. Dunia hanya sebagai persinggahan mencari bekal. Alam akhiratlah tempat akhir kita.
Sungguh kematian dari orang sekeliling kita banyak menyedarkan kita. Oleh kerananya kita diperingatkan untuk banyak-banyak mengingati mati. Dan faedahnya amat banyak. Kami mengutarakan beberapa di antaranya kali ini.
Dianjurkan untuk mengingati mati dan mempersiapkan diri menghadap kematian.
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أَكْثِرُوا ذِكْرَ هَاذِمِ اللَّذَّاتِ
“Perbanyaklah mengingati pemutus kelazatan” (HR. An Nasai: 1824, Tirmidzi: 2307 dan Ibnu Majah: 4258 dan Ahmad 2: 292. Hadits ini hasan shahih menurut Syaikh Al Albani).
Yang dimaksudkan adalah kematian. Kematian disebut haadzim (pemutus) kerana ia menjadi pemutus kelezatan dunia.
عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ : كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَجَاءَهُ رَجُلٌ مِنَ الأَنْصَارِ فَسَلَّمَ عَلَى النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- ثُمَّ قَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ الْمُؤْمِنِينَ أَفْضَلُ قَالَ : « أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا ». قَالَ فَأَىُّ الْمُؤْمِنِينَ أَكْيَسُ قَالَ : « أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا أُولَئِكَ الأَكْيَاسُ ».
Dari Ibnu ‘Umar, ia berkata, “Aku pernah bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu seorang Anshor mendatangi beliau ia memberi salam dan bertanya, “Wahai Rasulullah, mukmin manakah yang paling baik?” Beliau bersabda, “Yang paling baik akhlaknya.” “Lalu mukmin manakah yang paling cerdas?”, ia kembali bertanya. Beliau bersabda, “Yang paling banyak mengingati kematian dan yang paling baik dalam mempersiapkan diri untuk alam berikutnya, itulah mereka yang paling cerdas.” (HR. Ibnu Majah : 4259. Hasan kata Syaikh Al Albani).
Wahai diri ini yang lalai akan kematian ingatlah faedah mengingat kematian.
1. Mengingat kematian adalah termasuk ibadah tersendiri dengan mengingatinya saja seseorang telah mendapatkan ganjaran kerana inilah yang diperintahkan oleh nabi kita, Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.
2. Mengingati kematian membantu kita dalam khusyuk dalam solat. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
اذكرِ الموتَ فى صلاتِك فإنَّ الرجلَ إذا ذكر الموتَ فى صلاتِهِ فَحَرِىٌّ أن يحسنَ صلاتَه وصلِّ صلاةَ رجلٍ لا يظن أنه يصلى صلاةً غيرَها وإياك وكلَّ أمرٍ يعتذرُ منه
“Ingatlah kematian dalam solatmu kerana jika seseorang mengingati mati dalam solatnya maka ia akan memperbaiki solatnya. Solatlah seperti solat orang yang tidak menyangka bahawa ia masih punya kesempatan melakukan solat yang lainnya. Hati-hatilah dengan perkara yang kelak malah engkau meminta uzur (meralatnya) (kerana tidak boleh memenuhinya).” (HR. Ad Dailami dalam musnad Al Firdaus. Hadits ini hasan sebagaimana kata Syaikh Al Albani)
3. Mengingat kematian menjadikan seseorang semakin mempersiapkan diri untuk berjumpa dengan Allah. Kerana barangsiapa mengetahui bahawa ia akan menjadi mayat kelak ia pasti akan berjumpa dengan Allah. Jika tahu bahawa ia akan berjumpa Allah kelak padahal ia akan ditanya tentang amalnya didunia maka ia pasti akan mempersiapkan jawapannya.
4. Mengingat kematian akan membuat seseorang memperbaiki hidupnya. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أكثروا ذكر هَاذِمِ اللَّذَّاتِ فإنه ما ذكره أحد فى ضيق من العيش إلا وسعه عليه ولا فى سعة إلا ضيقه عليه
“Perbanyaklah banyak mengingati pemutus kelazatan (iaitu kematian) kerana jika seseorang mengingatinya saat kehidupannya sempit maka ia akan merasa lapang dan jika seseorang mengingatinya saat kehidupannya lapang maka ia tidak akan tertipu dengan dunia (sehingga lalai akan akhirat).” (HR. Ibnu Hibban dan Al Baihaqi, dinyatakan hasan oleh Syaikh Al Albani)
5. Mengingat kematian membuat kita tidak berlaku zalim. Allah Ta’ala berfirman,
أَلَا يَظُنُّ أُولَئِكَ أَنَّهُمْ مَبْعُوثُونَ
“Tidaklah orang-orang itu menyangka bahawa sesungguhnya mereka akan dibangkitkan.” (QS. Al Muthoffifin: 4). Ayat ini dimaksudkan untuk orang-orang yang berlaku zalim dengan berbuat curang ketika hidup. Seandainya mereka tahu bahawa esok ada hari dibangkitkan dan akan dihisab satu per satu tentu mereka tidak akan berbuat zalim seperti itu.
Abu Darda’ berkata, “Jika mengingat mati maka anggaplah dirimu akan seperti orang-orang yang telah meninggalkanmu.
Yang menakjubkan pula dari Ar Rabi’ bin Khutsai
Ia pernah menggali kubur di rumahnya. Jika dirinya dalam kotor (penuh dosa) ia bergegas memasuki lubang tersebut berbaring dan berdiam di sana. Lalu ia membaca firman Allah Ta’ala,
“(Ketika datang kematian pada seseorang, lalu ia berkata): Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia) agar aku berbuat amal yang soleh terhadap yang telah aku tinggalkan.” (QS. Al Mu’minuun: 99-100). Ia pun terus mengulanginya dan ia berkata pada dirinya, “Wahai Rabi’, mungkinkah engkau kembali (jika telah mati)! Beramallah …”
Terima kasih banyak2 ye akak.. :) saye harap akak truskan usaha yang mulia ni.
BalasPadam