Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Sabtu, 29 Disember 2012

AISKRIM GORENG.................

Pertama kali makan ais krim goreng dah terfikir nak cuba buat pulak. Memang sedap kalau makan ketika musim panas sebab ketika makan tu bila kita gigit sahaja akan terasalah ais krim yang sejuk tu. Sedapnya.

Bahan-bahan Aiskrim Goreng

Roti (tak kisahlah roti apa gardiner ke high 5)
Ais krim (suka hatilah nak aiskrim apa) saya guna 2 perisa kalau guna banyak perisa lagi sedap

Cara membuatnya

1. Ambil 2 keping roti. Roti yang pertama diletakkan aiskrim. Ambillah 2 atau 3 sudu aiskrim pelbagai perisa letakkan di atas roti yang pertama.
2. Roti yang ke 2 letakkan di atas roti per 1 yang telah diletakkan aiskrim tadi. Kemudian tekan sedikit roti ke2 tadi supaya roti tersebut mampat sedikit.
3. Ambil cawan yang bulat (tak kisahlah nak guna cawan ke, bekas air ke, mug ke yang penting hujungnya bulat. Kemudian tekan atas roti tersebut. Pastikan disekeliling roti tersebut tiada lelehan aiskrim.
4. Apabila sudah selesai semua roti telah diisi aiskrim bolehlah disimpan untuk semalam di dalam peti ais. Ini membolehkan roti dan aiskrim keras dan sedap apabila digoreng.


Inilah dia bahan-bahan untuk membuat aiskrim goreng. Roti dan aiskrim pelbagai perisa


Inilah dia aiskrim goreng telah siap. Siap untuk untuk digoreng


Aiskrim goreng yang dah siap digoreng......YUMMMYUMMM




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...