♥ KISAH HARI JUMAAT ♥
Pada setiap jumaat selepas selesai menunaikan solat jumaat seorang imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan ke kota itu dan menyebarkan risalah 'jalan-jalan syurga'.
Pada 1 jumaat yg indah pada ketika iman dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah islam itu hari itu menjadi sangat dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas seraya berkata ''ayah! Saya dah bersedia'' ayahnya terkejut dan berkata ''bersedia untuk apa?''
''ayah,bukankah ini masalahnya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah.''
''anakku, bukankah sejuk keadaan diluar.''
''ayah, bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan.''
ayahnya menambah ''ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan sebegini.''
dengan merintih anaknya merayu ''benarkan saya pergi ayah.'' ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya ''pergilah nak dan berhati-hati, Allah bersamamu''. ''terimakasih ayah''.
Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberi risalah itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam hanya tinggal satu saja risalah 'jalan-jalan syurga' ada ditangannya. Dia berpusing-pusing ke sana kemari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhir itu namun gagal.
Akhirnya dia ternampak 1 rumah yang agak tersorok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Di tunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuknya pula pintu itu sekali lagi namun tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi mungkin rumah inilah harapan agar risalah itu diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan lingkungan 50-an mukanya suram dan sedih. ''nak, apa yang makcik boleh bantu?'' wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit ''makcik maaf saya menganggu, saya hanya ingin menyatakan yang Allah amat sayangkan makcik. Saya datang ini hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah'' dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. ''terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu''
Jumaat minggu berikutnya sebelum waktu solat jumaat bermula seperti biasa imam memberi ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya ''ada sesiapa nak menyatakan sesuatu?''
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu ''saya rasa tiada siapa dalam majlis ini yang kenal saya. Saya tidak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda sebelum jumaat minggu lepas saya bukan seorang muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini'' air mata mulai bergenang dikelopak matanya.
''Pada jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk bunuh diri, jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga saya ikat hujung tali digalang atas dan hujung satu lagi diketatkan dileher. Apabila tiba saat untnk terjun tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar pada anggapan saya, siapapun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi dan kemudian saya mendengar ketukan.
Belum pernah ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali dileher dan terus pergi ke pintu, seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar iklas dan suaranya seperti malaikat. 'Makcik maafkan saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang Allah amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik.' itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar.
Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus membaca risalah itu. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal. Saya tak perlukan itu lagi.
Lihatlah sekarang saya sudah menjadi hamba kepada Tuhan yang satu Allah. Dibelakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya disini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentu roh saya akan berada di dalam neraka.'' Tiada satupun anak mata di majlis itu yang masih kering, ramai pula yang bertakbir Allahuakbar. Imam lantas turun dari mimbar dan terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis.
Jumaat ini dikira jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang ada sekarang dalam pelukkannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah Allah kepada makhluknya yang penyayang. ALLAHUAKBAR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan