Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk
seseorang wanita untuk menerima gelaran solehah dan seterusnya menerima habuan
syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t. . Mereka hanya perlu memenuhi 2
syarat sahaja iaitu:
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:
1- Taat kepada Allah dan RasulNya
Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari
segala-galanya.
Wajib menutup aurat
Tidak berhias dan
berperangai seperti wanita jahiliah
Tidak bermusafir
atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya mahramnya
Sering membantu
lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa
Berbuat baik kepada
dua ibubapa
Sentiasa bersedekah
samada dalam keadaan susah ataupun senang
Tidak berkhalwat
dengan lelaki ajnabi
Bersikap baik
terhadap jiran tetangga
2. Taat kepada suami
Memelihara kewajipan terhadap suami
Sentiasa
menyenangkan suami
Menjaga kehormatan
diri dan harta suaminya semasa suami tiada di rumah.
Tidak cemberut di
hadapan suami.
Tidak menolak
ajakan suami untuk tidur
Tidak keluar tanpa
izin suami.
Tidak meninggikan
suara melebihi suara suami
Tidak membantah
suaminya dalam kebenaran
Tidak menerima tamu
yang dibenci suaminya.
Sentiasa memelihara
diri, kebersihan fizikal dan kecantikannya serta kebersihan rumahtangga.
FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
Apabila kita melihat bahawa punca rendahnya martabat wanita
adalah datangnya dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang
berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang
hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1. Lupa mengingati Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan aktiviti luar atau
memelihara anak-anak, maka tidak hairan jika ramai wanita yang tidak menyedari
bahawa dirinya telah lalai dari mengingati Allah. Dan saat kelalaian ini pada
hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka di mana
syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23:
Ertinya: " Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya
sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah
telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas
penglihatannya."
Sabda Rasulullah s.a.w.: Ertinya: "Tidak sempurna iman
seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang aku
sampaikan." (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan sahaja dengan berzikir tetapi
termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu, muzakrah atau sebagainya.
2. Mudah tertipu dengan keindahan dunia
Keindahan dunia dan keseronokkannya memang banyak menjebak
wanita ke perangkapnya. Bukan setakat itu sahaja, malahan syaitan dengan mudah
memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan
dosa dan noda. Bukan sedikit yang sanggup menderhaka kepada Allah s.w.t. hanya
kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: Ertinya:"
Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan
sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa oleh
kerana itu tidakkah kamu berfikir."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan