1. Muhasabah diri.
Maksud muhasabah diri ialah seseorang itu melakukan muhasabah terhadap dirinya sendiri. Muhasabah itu bertujuan memperbaiki diri dan membetulkan akhlak di dunia ini. Pintu taubat sentiasa terbuka sebelum kematian menjelma. Muhasabah akan diikuti taubat, dan tiada taubat selepas mati.
2. Banyakkan solat sunat.
Mengerjakan solat sunat seperti solat dhuha, sunat taubat, witir, tahajjud dan solat hajat. Sesungguhnya kita akan melupakan segala masalah dan tekanan yang dihadapi apabila masa kita diisi dengan solat sunat selain daripada solat yang wajib.
3. Membaca Al-Quran.
Membaca al-Quran dan apatah lagi dengan memahami maknanya adalah rawatan kepada pelbagai permasalahan. Al-Quran adalah rahmat untuk sekelian alam dan ia adalah cahaya dan penyembuh bagi penyakit. Dengan memahami dan menghayati kandungan al-Quran seseorang dapat menenangkan hati, fikiran dan jasmani.
4. Bersangka baik kepada Allah.
Kita hendaklah berbicara dan berkata dengan positif serta penuh pengharapan kepada Allah. Ini kerana setiap lafaz diucapkan itu adalah doa dan sangkaan kita kepada Allah.
5. Banyak bertaubat dan istighfar.
Ambil peluang dengan bertafakur mengenang dosa, merenung mengenai segala nikmat yang Allah berikan kepada kita. Ingatlah segala kejahatan kita kepada orang lain dan lupakanlah segala kebaikan kita kepada orang lain.
6. Berzikir.
Abu Hurairah r.hu berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: Orang-orang Mufradun Al Mustahtarun adalah orang-orang yang paling beruntung mereka selalu berzikir kepada Allah, dosa-dosa mereka diringankan oleh banyaknya zikir mereka sehingga mereka menemui Allah dalam keadaan bersih dari segala dosa. (Riwayat Tirmidzi dan Thabrani)
Semoga semuanya tenang dan semakin dekat dengan Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan