Pengambilan wuduk
yang sempurna bukan sahaja menjamin diterimanya solat tetapi ianya juga dapat
menghapuskan dosa-dosa selagi tidak melakukan kesyirikan. Rasulullah sallallahu
‘alaihi wa-sallam bersabda:
عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ
رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ
: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِذَا تَوَضَّأَ الْعَبْدُ
الْمُسْلِمُ - أَوِ الْمُؤْمِنُ - فَغَسَلَ
وَجْهَهُ ، خَرَجَ مِنْ
وَجْهِهِ كُلُّ خَطِيْئَةٍ نَظَرَ
اِلَيْهَا بِعَيْنِهِ مَعَ الْمَآءِ أَوْ
مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَآءِ
فَاِذَا غَسَلَ يَدَيْهِ خَرَجَتْ
مِنْ يَدَيْهِ كَلُّ خَطِيْئَةٍ كَانَ
بَطَشَتْهَا يَدَاهُ مَعَ الْمَآءِ
اَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ
الْمَآءِ ، فَاِذَا غَسَلَ
رِجْلَيْهِ خَرَجَتْ كَلُّ خَطِيْئَةٍ مَشَتْهَا
رِجْلاَهُ مَعَ الْمَآءِ اَوْ
مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَآءِ
حَتَّى يَخْرُجَ نَقِيًّا مِنَ الذُّنُوْبِ.
“Dari Abu Hurairah
radiallahu ‘anhu berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wa-sallam: Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk maka setelah ia
membasuh wajahnya keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh
kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika
membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya setiap dosa yang telah
dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang
terakhir. Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya
setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air
terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwuduk ia bersih dari dosa-dosanya”.
H/R Muslim 1/148
وَعَنْ عُثْمَانَ رَضِيَ
اللهُ عَنْهُ اَنَّ النَّبِيَّ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ : مَنْ تَوَضَّأَ فَاَحْسَنَ
الْوُضُوْءَ خَرَجَتْ خَطَايَاهُ مِنْ جَسَدِهِ حَتَّى
تَخْرُجَ مِنْ تَحْتِ أَظْفَارِهِ.
“Dari Umar radiallahu ‘anhu berkata:
Sesungguhnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Barangsiapa
berwuduk dengan sebaik-baik wuduk maka akan keluar dosa-dosanya dari tubuhnya
sehingga ia keluar dari celah-celah kukunya”. H/R Muslim 3/133.
مَنْ تَوَضَّأَ هَكَذَا غُفِرَ لَهُ
مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَكَانَتْ
صَلاَتُهُ وَمَشْيُهُ اِلَى الْمَسْجِدِ نَافِلَةً.
“Barangsiapa yang berduduk seperti
ini (seperti wuduknya Rasulullah), diampunkan dosa-dosanya yang telah berlalu
dan solat serta perjalanannya ke masjid adalah dipenuhi pahala”. H/R Msulim
3/113
عَنْ أَبِيْ مَالِكِ
اْلأَشْعَرِيْ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ
قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
: اَلطُّهُوْرُ شَطْرُ اْلإيْمَانِ.
“Dari Abu Malik
al-Asy’ari radiallahu ‘anhu berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu
‘alaihi wa-sallam: Bersuci itu sebahagian dari iman”. H/R Muslim. 1/140
عَنْ حُمْرَانَ ابْنِ أَبَانَ ،
أَنَّ عُثْمَانَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ
دَعَا بِوُضُوْءٍ ، فَذَكَرَ صِفَةَ
وُضُوْءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ ، ثُمَّ قَالَ
: مَنْ تَوَضَّأَ مِثْلَ وُضُوْئِيْ هَذَا
، ثُمَّ قَامَ
فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ لاَ يُحَدِّثُ فِيْهِمَا
نَفْسَهُ غُفِرَ لَهُ مَا
تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.
“Dari Humran bin Aban, bahawasanya
Uthman radiallahu ‘anhu meminta air untuk berwuduk, lalu dia menyebutkan sifat
wuduk Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam kemudian beliau berkata di penghujung
hadis: Barangsiapa yang berwuduk seperti wudukku ini, kemudian ia mendirikan
solat dua rakaat dengan tidak berkata-kata yang keji pada diriya maka (wuduk
dan solatnya) maka diampunkan baginya segala dosa-dosa yang telah berlalu”. H/R
Bukhari 11/213. Muslim 226. Dan An-Nasaii. 1/698
مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوْءَ ، ثُمَّ رَاحَ
فَوَجَدَ النَّاسَ قَدْ صَلُّوْا ،
أَعْطَاهُ اللهُ مِثْلَ اَجْرِمَنْ
صَلاَهَا وَحَضَرَهَا لاَيَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أَجْرِهِمْ
شَيْئًا
“Barangsiapa berwuduk lalu
menyempurnakan wuduknya kemudian ia pergi ke masjid, lalu ia dapati orang-orang
sudah selesai mengerjakan solat maka Allah memberikan pahala kepadanya
sebagaimana pahala orang yang sudah solat, tidak dikurangi sedikitpun dari
ganjaran yang mereka perolehi”. H/R Abu Daud No. 564. Nasaii. No. 865. Disahihkan
oleh Al-Albani. Lihat: Sahih Jamiu as-Saghir. No. 6039
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ
اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ
رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى
مَا يَمْحُوْ اللهُ بِهِ الْخَطَايَا
وَيَرْفَعُ بِهِ الدَّرَجَاتِ ؟
قَالُوْا : بَلَى يَا رَسُوْلَ
اللهِ ، قَالَ : اِسْبَاغُ
الْوُضُوْءِ عَلَى الْمَكَارِهِ ،
وَكَثْرَةُ الْخُطَا اِلَى الْمَسَاجِدِ ،
وَانْتِظَارُ الْصَّلاَةِ بَعْدَ الصَّلاَةِ ،
فَذَلِكُمُ الرِّبَاطُ ،فَذَلِكُمُ الرِّبَاطُ ،فَذَلِكُمُ الرِّبَاطُ.
“Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu
berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Mahukah aku
tunjukkan kepada kamu beberapa perkara yang dengannya Allah akan menghapuskan
dosa-dosa dan mengangkat derajat kamu? Mereka menjawab: Mahu wahai Rasulullah!
Baginda bersabda: Iaitu menyempurnakan wuduk walau dalam keadaan susah (Kalimah
مكاره yang jamaknya مكره ialah keadaan susah/sulit
untuk mengerjakan wuduk, seperti dalam keadaan sakit atau terlalu sejuk),
sering berjalan ke masjid (solat jamaah) dan menunggu solat setelah selesai
menunaikan solat. Yang demikian itu adalah ribat (jihad/perjuangan), yang
demikian itu ribat, yang demikian itu ribat”. H/r Muslim. 133
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ
اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ
اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ أَتْى الْمَقْبَرَةَ فَقَالَ
: اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمِ مُؤْمِنِيْنَ
وَاِنَّا اِنْ شَآءَ اللهُ
بِكُمْ عَنْ قَرِيْبٍ لاَحِقُوْنَ
، وَدِدْتُ لَوْ
أَنَّا قَدْ رَأيْنَا اِخْوَانَنَا
، قَالُوْا : أَوَ
لَسْنَا اِخْوَانَكَ يَارَسُوْلَ اللهِ ؟ قَالَ
: أَنْتُمْ أَصْحَابِيْ وَاِخْوَانُنَا الَّذِيْنَ لَمْ يَأْتُوْا بَعْدُ
! قَالُوْا : كَيْفَ تَعْرِفُ مَنْ
لَمْ يَأْتِ مِنْ أُمَّتِكَ
يَارَسُوْلَ اللهِ ؟ قَالَ
: أَرَأَيْتَ لَوْ أَنَّ رَجُلاً
لَهُ خَيْلٌ غُرِّ مُحَجَّلَةً
بَيْنَ ظَهْرَى خَيْلٍ دُهْمٍ
بُهْمٍ أَلاَ يَعْرِفُ خَيْلَهُ
؟ قَالُوْا : بَلَى
يَا رَسُوْلَ اللهِ ، قَالَ
: فَاِنَّهُمْ يَأْتُوْنَ غُرًّا مَحَجَّلِيْنَ مِنَ
الْوُضُوْءِ ، وَأَنَا فَرَطُهُمْ
عَلَى الْحَوْضِ ، أَلاَ لَيُذَادَنَّ
رِجَالٌ عَنْ حَوْضِيْ كَمَا
يُذَادُ الْبَعِيْرُ الضَّالُ ، أُنَادِيْهِمْ أَلاَ
هَلُّمَ ، فَيُقَالُ : اِنَّهُمْ
قَدْ بَدَّلُوْا بَعْدَكَ ، فَأقُوْلُ سُحْقًا
سُحْقًا.
“Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu
berkata: Bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ketika sampai ke
perkuburan, baginda mengucapkan salam: (Kesejahteraan atas kamu wahai penghuni
negeri kaum mukminin, insya-Allah tidak lami lagi kami akan menyusul kamu).
Alangkah gembiranya hatiku ketika hendak melihat saudara-saudaraku! Para
sahabat berkata: Bukankah kami saudara-saudara engkau wahai Rasulullah? Baginda
bersabda: Kamu ini adalah para sahabatku, adapun saudara-saudaraku ialah orang-orang
yang belum muncul. Mereka bertanya: Bagaimana engkau dapat mengenali keadaan
umat yang belum muncul itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagaimana
pendapat kamu, dimisalkan ada seorang mempunyai seekor kuda berwarna putih yang
berada di tengah-tengah kuda yang berwarna hitam pekat, tidakkah ia dapat
mengenali kuda itu? Benar wahai Rasulullah, ujar mereka! Baginda bersabda:
Demikianlah halnya mereka itu, mereka datang dalam keadaan putih cermerlang
bertanda disebabkan dari wuduk, sedangkan aku menjadi perintis mereka menuju
telaga. Ketahuilah, sesungguhnya ada beberapa orang yang didorong masuk telaga
sebagaimana unta yang sesat yang diusir, aku menyeru mereka: Marilah ke sini,
marilah ke sini, marilah ke sini!” (H/R Malik, Nasaii 1/93-94. Ibnu Majah No.
4306. Ibnu Khuzaimah No. 6. Ahmad 2/300, 408. Muslim. 1/150.Lihat Mukhtasar
Sahih Muslim No. 129. Baihaqi 4/78. Dan Abu Daud. No. 3237.)
عَنْ أَبِيْ أُمَامَةَ
رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ
: قَالَ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِذَا تَوَضَّأَ الرَّجُلُ
الْمُسْلِمُ خَرَجَتْ خَطَايَاهُ مِنْ سَمْعِهِ وَبَصَرِهِ
وَيَدِهِ وَرِجْلَيْهِ ، فَاِذَا قَعَدَ
، قَعَدَ مَغْفُوْرًا
لَهُ.
“Dari Abi Umamah radiallahu ‘anhu
berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Apabila seseorang
muslim berwuduk maka akan keluar dosa-dosanya dari pendengarannya (telinganya),
matanya, tangannya dan dari kedua kakinya. Apabila ia duduk menanti solat, ia
duduk dalam keampunan (diampunkan) dosa-dosanya”. H/R Ahmad. 5/252. Dihasankan
oleh Nasruddin al-Albani rahimahullah dalam Jamiu as-Saghir. No. 461
Tiada ulasan:
Catat Ulasan