Doa dan amalan untuk memperolehi zuriat~Ustazah Siti Nor
Bahiyah
Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan
keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan
sesuai menurut tuntutan Ilahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan
perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi
agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh
zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang
lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga
tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang
berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.
Oleh yang demikian,
mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala
apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita
hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha
bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan
yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.
Pertama, bersangka
baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran
yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat
keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.”
Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan
baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t.
Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan
pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi
turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan
berakhlak.
Kedua, bersangka baik
dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud:
“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak
meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga
berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi
menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran
tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara
yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya
memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah
ALLAH s.w.t. yang hebat ini.
Bagi ibu yang
mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi
menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya.
Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan
oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:
1. Memperbanyakkan
taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar,
ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi
dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
2. Berpuasa sunat.
Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua
kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari
berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu
diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa
(bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu,
sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah
diamalkan.
3. Tidak bercakap yang
sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap
yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat,
menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan
bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.
4. Banyak berdoa.
Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah.
Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang
sedang mengandung.
5. Banyak membaca
al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di
sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.
SURAH AL-FATIHAH
Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatanSurah Maryam – Untuk
memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.Surah Luqman –
Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.Surah Yusuf – Untuk
memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.Surah Hujurat – Untuk
memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hatiSurah Yaasin – untuk
ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak
kepada maksiat.Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada
maksiat.Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat
Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk
memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh
zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan
tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda
dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.
Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus
kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita
tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat
kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.
Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga
Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian
untuk mendapatkan zuriat.
AMALAN PERTAMA.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1
kali
- Kemudian selawat
kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud
dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud
tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah,
kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di
dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa
tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini
baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum
berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang
yang suka berputus asa.
AMALAN KEDUA.
-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha
Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah
membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah
membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam
air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri
hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan
penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat
rahmat daripada-Nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan