Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Rabu, 27 Mac 2013

PASPORT Oh PASPORT..........Akhirnya untuk kali ke 3

 
 
 
 
Hari Pertama 25 Mac 2013
 
Selepas waktu pejabat saya pun pergilah ke UTC Pudu untuk perbaharui pasport. Pada jangkaan saya selepas waktu bekerja mungkin kurang sedikit orang ramai berurusan. Sampai-sampai dalam pukul 5.30, ya ampun ramainya orang berurusan sehingga ada yang menunggu diluar.  Saya masuk untuk ambil nombor giliran. Dekat mesin nombor giliran telah ditampal notis. MAAF NOMBOR GILIRAN TELAH HABIS. Kuikuikuikui,hahahahhaha tulah dia buat lagi last minit. Pujuk hati tak apalah esok pagi boleh pergi buat.
 
Hari Kedua 26 Mac 2013
 
Sampai Office punch card dulu dan sarapan. Lepas tu baru pergi ke UTC semula. Dalam pukul 8.40 sampailah kat UTC tu. Masa sampai tu orang dah ramai beratur untuk ambil nombor. Selepas dapat nombor tunggulah nombor untuk dipanggil. Tiba-tiba ada pengumuman mengatakan sistem down satu Malaysia. Tak boleh nak buat apa-apa. Warga Imigresen pun bagitau mereka tak tahu bila sistem ok. Masa tu rasa frust jugaklah. Yelah semalam datang nombor giliran dah habis. Hari ini datang pulak sistem down. Padan muka aku......buat lagi last minit. Hahahahahaha....memang pengajaran betul. Bila sistem down baliklah semula ke office dengan muka kecewa. Sehingga petang pun sistem masih down.
 

Hari Ketiga 27 Mac 2013
 
Akhirnya berjaya juga dapat nombor dan memperbaharui passport. Tapi masa menunggu giliran tu mereka ada buat pengumuman yang sistem masih tidak ok lagi.....Cuak jugalah bila dengar. Dah masuk hari ke 3 tak dapat buat lagi. Akhirnya lega juga hati ini apabila diberitahu bahawa urusan perbaharui pasport sahaja boleh dilakukan hari ini tetapi untuk urusan membuat pasport pertama kali tidak dapat dilakukan. Pada pukul 10.45 akhirnya selesai juga segala urusan perbaharui pasport. ALHAMDULILLAH. Dah boleh bercuti esok........................HONEYMOOOOOOOOON
 
 
Sepanjang kita lalu kat dalam UTC Pudu tu dah boleh nampak papan tanda pemberitahuan mana-mana pejabat yang kita nak pergi. Confirm tak kan sesatlah. Tingkat 2 dan 3 tu memang untuk urusan-urusan pejabat.
 

Ini pasport yang lama untuk diperbaharui


Nombor giliran pada hari yang kedua. Tapi kecewa bila diberitahu sistem tak ok pada hari itu.


Masa ini orang ramai mula beredar setelah diberitahu sistem tidak ok.


Pasport oh pasport...Macam-macam hal nak bagi selesai. Ini gambar yang digunakan untuk perbaharui pasport baru. Sebenarnya gambar tu dah lama tapi boleh guna lagi sebab yang penting gambar untuk pasport diperbaharui bukan gambar yang sama dalam pasport lama tu. Jimat sikit duitlah tak yah nak tangkap gambar baru.

 
Nombor giliran untuk hari yang ketiga. Lega rasanya bila boleh berurusan pada hari ini.
 
 
Kaunter untuk urusan perbaharui dan membuat pasport baru. Kaunter 1 hingga 8.
 
 
Kaunter untuk mengambil pasport yang telah siap. Hanya kaunter 10,11 dan 12 sahaja. Kaunter 9 untuk proses pembayaran.
 
 
 Akhirnya siap sudah pasport. Dah boleh jalan-jalan makan angin.
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...