Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Rabu, 27 Mac 2013

PASPORT Oh PASPORT..........Akhirnya untuk kali ke 3

 
 
 
 
Hari Pertama 25 Mac 2013
 
Selepas waktu pejabat saya pun pergilah ke UTC Pudu untuk perbaharui pasport. Pada jangkaan saya selepas waktu bekerja mungkin kurang sedikit orang ramai berurusan. Sampai-sampai dalam pukul 5.30, ya ampun ramainya orang berurusan sehingga ada yang menunggu diluar.  Saya masuk untuk ambil nombor giliran. Dekat mesin nombor giliran telah ditampal notis. MAAF NOMBOR GILIRAN TELAH HABIS. Kuikuikuikui,hahahahhaha tulah dia buat lagi last minit. Pujuk hati tak apalah esok pagi boleh pergi buat.
 
Hari Kedua 26 Mac 2013
 
Sampai Office punch card dulu dan sarapan. Lepas tu baru pergi ke UTC semula. Dalam pukul 8.40 sampailah kat UTC tu. Masa sampai tu orang dah ramai beratur untuk ambil nombor. Selepas dapat nombor tunggulah nombor untuk dipanggil. Tiba-tiba ada pengumuman mengatakan sistem down satu Malaysia. Tak boleh nak buat apa-apa. Warga Imigresen pun bagitau mereka tak tahu bila sistem ok. Masa tu rasa frust jugaklah. Yelah semalam datang nombor giliran dah habis. Hari ini datang pulak sistem down. Padan muka aku......buat lagi last minit. Hahahahahaha....memang pengajaran betul. Bila sistem down baliklah semula ke office dengan muka kecewa. Sehingga petang pun sistem masih down.
 

Hari Ketiga 27 Mac 2013
 
Akhirnya berjaya juga dapat nombor dan memperbaharui passport. Tapi masa menunggu giliran tu mereka ada buat pengumuman yang sistem masih tidak ok lagi.....Cuak jugalah bila dengar. Dah masuk hari ke 3 tak dapat buat lagi. Akhirnya lega juga hati ini apabila diberitahu bahawa urusan perbaharui pasport sahaja boleh dilakukan hari ini tetapi untuk urusan membuat pasport pertama kali tidak dapat dilakukan. Pada pukul 10.45 akhirnya selesai juga segala urusan perbaharui pasport. ALHAMDULILLAH. Dah boleh bercuti esok........................HONEYMOOOOOOOOON
 
 
Sepanjang kita lalu kat dalam UTC Pudu tu dah boleh nampak papan tanda pemberitahuan mana-mana pejabat yang kita nak pergi. Confirm tak kan sesatlah. Tingkat 2 dan 3 tu memang untuk urusan-urusan pejabat.
 

Ini pasport yang lama untuk diperbaharui


Nombor giliran pada hari yang kedua. Tapi kecewa bila diberitahu sistem tak ok pada hari itu.


Masa ini orang ramai mula beredar setelah diberitahu sistem tidak ok.


Pasport oh pasport...Macam-macam hal nak bagi selesai. Ini gambar yang digunakan untuk perbaharui pasport baru. Sebenarnya gambar tu dah lama tapi boleh guna lagi sebab yang penting gambar untuk pasport diperbaharui bukan gambar yang sama dalam pasport lama tu. Jimat sikit duitlah tak yah nak tangkap gambar baru.

 
Nombor giliran untuk hari yang ketiga. Lega rasanya bila boleh berurusan pada hari ini.
 
 
Kaunter untuk urusan perbaharui dan membuat pasport baru. Kaunter 1 hingga 8.
 
 
Kaunter untuk mengambil pasport yang telah siap. Hanya kaunter 10,11 dan 12 sahaja. Kaunter 9 untuk proses pembayaran.
 
 
 Akhirnya siap sudah pasport. Dah boleh jalan-jalan makan angin.
 
 
 

Isnin, 25 Mac 2013

BANTING BOWLING SUPERBOWL......Jom main bowling


Malam minggu hari tu pergilah main bowling kat Banting. Sebenarnya semua ini tak dirancang. Kebetulan malam tu adik saya ajak pergi tengok funfair kat Banting. Lepas tengok funfair tu tiba-tiba adik ajak pergi main bowling. Apalagilah saya memang pengemar main bowling dah agak lama tak main bowling. Bila ada orang offer main apalagilah.....jom aje. Kat sini main murah sikit. Hari cuti biasa main waktu malam baru RM 5.80. Murahkan. Setoking RM 2.00.  Kalau nak jimat bawa setoking lagi bagus. Seronok sangat main masa tu.
, Centre @
5th Floor Plaza Sentral
Jalan Beringin 3
42700


Telephone: 03-31803501

 
 
Ini dia alamat sesiapa yang singgah Banting tu bolehlah cari tempat ini. Senang aje belakang pasaraya MU yang jual pakaian. Parking pun senang.
 

Banting Superbowl......
 
 
Tu dia......strike ye.....
 

Adik sedang menunjukkan skill dia....Rembat aje..

 
 
Habis aje main bowling tu terus balik rumah adik dan bermalam di sana. First time tidur rumah adik semenjak adik dah kahwin. Punyalah orang KL ni susah betul nak dapat tidur rumah adik....Kebetulan masa tu adik cuti dan saya balik kampung dapatlah tidur situ. Esoknya mak ajak pergi Nilai pulak...huhuhu tak larat nak pergi cuma adik dan isterinya yang temankan mak pergi. Lain kali kita pergi ye mak.....

Ahad, 24 Mac 2013

5S oh 5S ....Lawatan ke MPC

Pada khamis 21 Mac 2013 office saya ada membuat lawatan untuk 5S ke MPC di Petaling Jaya. Sejak-sejak dah keluar pekeliling semua Bahagian di wajibkan membuat 5S ni terpaksalah kami bahagian yang cepot pun kena amalkan 5S. Kalau ikutkan melawat 5S ni dah banyak kali melawatnya macam-macam tempat. Setakat ni Bahagian saya dah buat setakat sisih, susun dan sapu yang dua lagi tu belum lagi.


Rombongan khas dari kami untuk melawat dan menambahbaikkan 5S di Bahagian kami


Tengah kusyuk mendengar taklimat 5s.


Beriya-iya mereka mendengar. Amalkan jangan tak amalkan.

 


Kedatangan kami di sambut dengan tv plasma ni....Terima kasih MPC

Sabtu, 23 Mac 2013

1 HARI 1 AYAT - CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH


Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelaran solehah dan seterusnya menerima habuan syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t. . Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat sahaja iaitu:
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
 2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:
1- Taat kepada Allah dan RasulNya
Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
Wajib menutup aurat
Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya mahramnya
Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa
Berbuat baik kepada dua ibubapa
Sentiasa bersedekah samada dalam keadaan susah ataupun senang
Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi
Bersikap baik terhadap jiran tetangga
2. Taat kepada suami
Memelihara kewajipan terhadap suami
Sentiasa menyenangkan suami
Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya semasa suami tiada di rumah.
Tidak cemberut di hadapan suami.
Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
Tidak keluar tanpa izin suami.
Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dan kecantikannya serta kebersihan rumahtangga.
FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
 
Apabila kita melihat bahawa punca rendahnya martabat wanita adalah datangnya dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1. Lupa mengingati Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan aktiviti luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairan jika ramai wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingati Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: Ertinya: " Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."
Sabda Rasulullah s.a.w.: Ertinya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan sahaja dengan berzikir tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu, muzakrah atau sebagainya.
2. Mudah tertipu dengan keindahan dunia
Keindahan dunia dan keseronokkannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan setakat itu sahaja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Bukan sedikit yang sanggup menderhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: Ertinya:" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."
 

 

 

 

 

Jumaat, 22 Mac 2013

1 HARI 1 AYAT - SOLAT JUMAAT

SOLAT JUMAAT
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual beli yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui”. (Al-Jumaat: 9)
Rasulullah saw. bersabda, “Solat Jumaat adalah wajib ke atas setiap orang Islam secara berjemaah kecuali empat iaitu hamba sahaya, perempuan, kanak-kanak dan orang sakit”. (HR Abu Daud dan Al-Hakim)
Rasulullah saw. bersabda, “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)
Rasulullah saw. bersabda, “ Jika salah seorang daripada kalian tiba (di masjid) pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka solatlah dua rakaat dan ringkaskanlah solat tersebut.” (HR Muslim)
Dari Jabir bin ‘Abdillah r.a., dia menyatakan: “Sulaik al-Ghifani pernah datang pada hari Jumaat ketika Rasulullah s.a.w. sedang menyampaikan khutbah lalu dia terus duduk. Nabi s.a.w. pun berkata kepadanya: “Wahai Sulaik, berdiri dan solatlah dua rakaat serta pendekkanlah dalam melaksanakannya.” Kemudian beliau bersabda: “Jika salah seorang di antara kamu datang pada hari Jumaat ketika imam sedang berkhutbah, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat dengan seringkasnya”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Berdasarkan hadis ini, jika seorang muslim memasuki masjid ketika imam sedang menyampaikan khutbah Jumaat, hendaklah dia tidak duduk sebelum mengerjakan solat sunat dua rakaat (tahiyatul masjid) dengan meringankannya.
Rasulullah saw. bersabda, “Apabila datang hari Jumaat, maka setiap pintu masjid ada Malaikat yang mencatat orang-orang yang masuk mengikut urutannya. Apabila imam telah duduk (di atas mimbar), para Malaikat menutup buku catatan mereka dan datang untuk mendengarkan zikir (khutbah). Perumpamaan orang yang hadir ke masjid lebih awal adalah bagaikan orang yang menyembelih hadyi (korban) seekor unta, kemudian seperti menyembelih seekor sapi, kemudian seperti menyembelih seekor kambing, kemudian seperti menyembelih seekor ayam, kemudian seperti orang yang memberikan sedekah sebiji telur”. (HR Muslim)
Rasulullah saw. bersabda, “Jika engkau berkata kepada teman engkau “Diam” pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka engkau telah membuat sesuatu yang sia-sia.” (HR Muslim)
Rasulullah saw. bersabda, "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri sembahyang Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi, maka adalah lebih baik." (HR Abu Daud)
Rasulullah saw. bersabda, “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera dengan berjalan kaki, tidak menaiki kenderaan, dan mendatangi imam lalu mendengar (khutbah) dan tidak bermain-main, maka adalah baginya setiap langkah (bersamaan) amalan puasa dan solat selama setahun.” (HR Abu Daud)
Rasulullah saw. bersabda, “Pada hari Jumaat para malaikat duduk di pintu-pintu masjid, bersama mereka lembaran-lembaran catatan. Mereka mencatat (orang-orang yang datang solat), apabila imam telah keluar (untuk memberi khutbah), maka lembaran-lembaran itu ditutup.” (HR Ahmad)
Rasulullah saw. bersabda, "Sesiapa yang meninggalkan 3 kali solat Jumaat, Allah akan menguncikan hati mereka" (HR Abu Daud)

Khamis, 21 Mac 2013

1 HARI 1 AYAT - MANUSIA MUDAH LUPA NIKMAT

Nikmat kehidupan aman yang dikurniakan oleh Allah swt adalah gambaran Allah amat mengasihi dan menyayangi hambaNya. Terlalu banyak nikmat yang dilimpahkan kepada isi dunia ini tinggal lagi kita memanfaatkan setiap satunya dengan harapan untuk mendapat keberkatanNya. Ada manusia cuba menghitung nikmat, membandingkannya dengan kesusahan hidup dihadapi lalu ternyata kemewahan hidup yang Allah kurniakan tidak terkira. Nikmat melihat, mendengar, merasa, berfikir malah berkongsi kehidupan dengan penuh kasih sayang sesama makhluk Allah. Tentulah kita tidak boleh menyesali kepayahan dan kesukaran hidup didunia, anggaplah ada hikmah yang menanti sementara iman diuji tetapi berusahalah untuk mencari kesenangan.
 
Firman Allah swt "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."(Surah An-Nahl: 18)
 
 
TIDAK LUPA SYUKURI NIKMAT
 
Adakalanya kita tidak sedar apa yang dimiliki hari ini adalah nikmat dan ia bukannya sedia ada untuk setiap manusia kerana ada orang lain yang tidak merasainya. Sebab itulah kita tidak harus lupa mensyukuri segala kemurahan hati Allah swt menganugerahkan sebuah kehidupan yang lengkap buat mahlukhNya di bumi cuma ada kemudahan yang Allah sediakan tidak dapat dimanaatkan akibat sikap manusia juga yang tidak tahu menghargai nikmat. Sikap manusia yang mudah lalai dan lupa juga menyebabkan nikmat dikurniakan tidak memberi apa-apa faedah kepada manusia itu sendiri. Usia yang panjang sepatutnya diisi dengan kebajikan dan faedah kepada diri serta orang lain tetapi dihabiskan aktiviti judi dan zina.

Tidak pula terkilan dengan kezaliman dan kejahatan meragut serta merompak bahkan ada kehidupan orang lain yang terkesan juga disebabkan kejahilan ini. Rasulullah saw bersabda diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi:" Tidak berganjak kedua kaki seseorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan dan ilmunya untuk apakah ia digunakan dan harta bendanya dari manakah ia perolehi dan pada apakah ia dibelanjakan dan juga pada tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya.

GUNA TENAGA, AKAL CARI REZEKI

Adanya tenaga dan akal gunalah untuk mencari rezeki halal. Apa salahnya merasa nikmat yang Allah berikan percuma untuk dilaburkan bagi mendapat nikmat yang lain. Buat orang yang berhati-hati menjaga amanah Allah swt mereka tidak akan alpa dengan kemewahan dunia kerana tahu semua itu adalah pinjaman sahaja. Sebaliknya mereka berusaha meningkatkan limpahan rahmat dan nikmat Allah padanya dapat dikongsi dengan orang lain yang kurang berkemampuan. Orang yang tidak melupakan hari akhirat walaupun dunia ini menjanjikan seribu kemewahan tidak membazirkan nikmat Allah dengan keangkuhannya sebagai manusia.

Memusnahkan imbangan alam mengotorkan sumber air, membiarkan tanah tanpa tanaman dan menzalimi sesama makhluk Allah lainnya untuk nikmat sementara adalah petanda orang yang tidak mengetahui hakikat kurnianya nikmat dunia untuk menuju kehidupan akhirat lebih senang dan mewah.

NIKMAT USIA YANG PANJANG

Sambutan ulang tahun kelahiran yang saban tahun diraikan haruslah dijadikan kayu pengukur samada nikmat usia dikurniakan benar-benar kita hargai. Adakah kita terus menjadi hamba yang taat atau ingkar adakah kita menjaga hubungan sesama insan dengan baik atau kita menyusahkan orang lain. Adakah kita banyak memanfaatkan kurnian Allah atau kita membinasakannya dan adakah kita berbaloi diizinkan terus bernafas. Rasulullah saw bersabda: "Daripada Abdul Rahman bin Abi Bakrah dari ayahnya seorang lelaki telah berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah sebaik-baik manusia? Berkata Rasulullah: Sebaik-baik manusia ialah orang yang dipanjangkan umurnya dan umur itu dipergunakan untuk berbuat kebaikan. Berkatalah lelaki itu lagi: Siapakah sejahat-jahat manusia? Maka Rasulullah berkata: Sejahat-jahat manusia ialah orang yang dipanjangkan umurnya tetapi digunakannya untuk berbuat kejahatan."(Riwayat Imam At- Tirmizi)

Usia yang panjang adalah satu bonus nikmat tidak ternilai kerana kita terus dapat beribadat, merasai kehidupan berkongsi kebahagian dan merencanakan masa depan. Jika nikmat usia diambil semula oleh pemiliknya maka kita tiada peluang lagi untuk terus menjadi hamba yang taat dan bersyukur. Sebab itulah jika kita beringat bahawa setiap yang bermula itu ada akhirnya maka usia adalah satu peringatan yang sangat bermakna.

Firman Allah swt: "Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang telah ditetapkan maka apabila datang tempoh itu tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaat pun dan tidak dapat pula mereka mendahulukan."(surah Al-Araaf: 34). Justeru itu jika kita mengerti nikmat Allah swt yang satu ini tidak boleh dirayu jika Allah menghendakinya semula apalah daya kita. sedangkan bertahun lamanya DIA berikan kita peluang dan ruang untuk memanfaatkannya demi kehidupan yang lebih abadi.

Janji-janji kosong juga tidak mampu menukar qada dan qadaknya. Kita sepatutnya tersedar dari awal dan tahu bahawa kematian adalah pengakhirnya. Sedangkan pintu taubat sentiasa terbuka janganlah kita longlai usaha untuk menjadi insan.

Rabu, 20 Mac 2013

1 HARI 1 AYAT - CINTANYA LELAKI KEPADA WANITA


 
Cinta adalah fitrah manusia. Cinta juga salah satu bentuk kesempurnaan penciptaan yang Allah berikan kepada manusia. Allah menghiasi hati manusia dengan perasaan cinta pada banyak hal. Salah satunya cinta seorang lelaki kepada seorang wanita, demikian juga sebaliknya.
Rasa cinta boleh menjadi anugerah jika sesuai dengan bingkai nilai-nilai ilahiyah. Namun, perasaan cinta dapat membawa manusia ke jurang kehinaan bila diumbar demi kesenangan semata dan dikendalikan oleh nafsu semata-mata.
Islam sebagai syariat yang sempurna, memberi koridor bagi penyaluran fitrah ini. Apalagi cinta yang kuat adalah salah satu energi yang boleh mengeratkan hubungan seorang lelaki dan wanita dalam mengarungi kehidupan rumah tangga. Kerana itu, seorang lelaki soleh tidak mungkin dapat membuat pilihan dalam memilih wanita untuk dijadikan pendamping hidupnya.
Ada banyak faktor yang boleh menjadi sebab munculnya rasa cinta seorang lelaki kepada wanita untuk diperisterikan. Setidak-tidaknya seperti di bawah ini:
1. Kerana akidahnya yang jitu
Keluarga adalah salah satu benteng akidah. Sebagai benteng akidah, keluarga harus benar-benar teguh dan tidak boleh ditembusi. Jika rapuh, maka rosaklah segala-galanya dan seluruh anggota keluarga tidak mungkin selamat dunia-akhirat. Dan faktor penting yang boleh membantu seorang lelaki menjaga keutuhan rumahtangganya adalah isteri solehah yang berakidah jitu serta faham betul akan peranan dan fungsinya sebagai madrasah bagi calon pemimpin umat generasi mendatang.
Allah menekankah hal ini dalam firmanNya, “Dan janganlah kamu menikahi wanita- wanita musyrik, sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang mukmin lebih baik dari wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahkan orang- orang musyrik (dengan wanita- wanita mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang mukmin lebih baik dari orang musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke syurga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayatNya (perintah- perintahNya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran” (Al-Baqarah: 221)
2. Kerana faham agama dan mengamalkannya
Ada banyak hal yang membuat seorang lelaki mencintai wanita. Ada yang kerana kecantikannya semata-mata. Ada juga kerana status sosialnya. Tidak sedikit lelaki menikahi wanita kerana wanita itu kaya. Tapi, kata Rasulullah yang beruntung adalah lelaki yang mendapatkan wanita yang faqih dalam urusan agamanya. Itulah wanita dambaan yang lelaki soleh.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shalallahu’alaihi wa sallam bersabda, Wanita dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka, ambillah wanita yang memiliki agama (wanita solehah), kamu akan beruntung. (HR. Bukhari dan Muslim)
Rasulullah shalallahu’alaihi wa sallam juga menegaskan, Dunia adalah perhiasan, dan perhiasan dunia yang paling baik adalah wanita yang solehah. (HR. Muslim, Ibnu Majah, dan An-Nasa’i)
Jadi, hanya lelaki yang tidak berakal yang tidak mencintai wanita solehah...
3. Dari keturunan yang baik
Rasulullah shalallahu’alaihi wa sallam menasihatikaum lelaki yang soleh untuk tidak menikahi wanita. Jauhilah rumput hijau sampah! Mereka bertanya, Apakah rumput hijau sampah itu, ya Rasulullah? Nabi menjawab, Wanita yang baik tetapi tinggal di tempat yang buruk. (HR. Daruquthni, Askari, dan Ibnu Adi)
Kerana itu Rasulullah shalallahu’alaihi wa sallam memberi tuntunan kepada kaum lelaki yang beriman untuk cerewet dalam mencari isteri. Bukan saja harus mencari wanita yang tinggal di tempat yang bai, tapi juga yang punya keluarga dan saudara-saudara yang baik keturunannya. Pilihlah yang terbaik untuk nutfah-nutfah kalian, dan nikahilah orang-orang yang sepadan (wanita- wanita) dan nikahilah (wanita- wanitamu) kepada mereka (laki-laki yang sepadan), kata Rasulullah. (HR. Ibnu Majah, Daruquthni, Hakim, dan Baihaqi)
Carilah tempat-tempat yang cukup baik untuk benih kamu, kerana seorang lelaki itu mungkin menyerupai saudara-saudaranya, begitu perintah Rasulullah shalallahu’alaihi wa sallam lagi. Nikahilah di dalam kamar yang soleh, kerana perangai orang tua (keturunan) itu menurun kepada anak. (HR. Ibnu Adi)
Kerana itu, Utsman bin Abi Al- Ash Ats- Tsaqafi menasihati anak-anaknya agar memilih benih yang baik dan menghindari keturunan yang tidak baik. Wahai anakku, orang menikah itu laksana orang menanam. Kerana itu hendaklah seseorang melihat dulu tempat penanamannya. Keturunan yang tidak baik itu jarang sekali melahirkan (anak), maka pilihlah yang baik meskipun agak lama.
 
4. Masih gadis
Siapapun tahu, gadis yang belum pernah dinikahi masih punya sifat-sifat alami seorang wanita. Penuh rasa malu, manis dalam berbahasa dan bertutur, manja, takut berbuat khianat,dan tidak pernah ada ikatan perasaan dalam hatinya. Cinta dari seorang gadis lebih murni kerana tidak pernah dibahagi dengan orang lain kecuali suaminya.
Kerana itu, Rasulullah shalallahu’alaihi wa sallam menganjurkan menikah dengan gadis. Hendaklah kalian menikah dengan gadis kerana mereka lebih manis tutur katanya lebih mudah mempunyai keturunan, lebih sedikit kamarnya dan lebih mudah menerima yang sedikit begitu sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Baihaqi.
Tentang hal ini Aisyah pernah menanyakan langsung ke Rasulullah shalallahu’alaihi wa sallam. Ya Rasulullah, bagaimana pendapatmu jika engkau turun di sebuah lembah lalu pada lembah itu ada pohon yang belum pernah digembalai dan ada pula pohon yang sudah pernah digembalai; di manakah engkau akan gembalai untamu? Nabi menjawab, pada yang belum pernah digembalai. Lalu Aisyah berkata, Itulah aku.
Menikahi gadis perawan akan melahirkan cinta yang kuat dan mengukuhkan pertahanan dan kesucian. Namun, dalam keadaan tertentu menikahi janda kadang lebih baik daripada menikahi seorang gadis. Ini terjadi pada seorang sahabat bernama Jabir.
Rasulullah shalallahu’alaihi wa sallam sepulang dari Perang Dzat al-Riqa bertanya pada Jabir, Ya Jabir, apakah engkau sudah menikah? Jabir menjawab, Sudah ya Rasulullah. Beliau bertanya, Janda atau perawan? Jabir menjawab, Janda. Beliau bersabda, Kenapa tidak gadis yang engkau dapat saling mesra bersamanya? Jabir menjawab, Ya Rasulullah, sesungguhnya ayahku telah gugur di medan Uhud dan meninggalkan tujuh anak perempuan. Kerana itu aku menikahi wanita yang dapat mengurus mereka. Nabi bersabda, Engkau benar, InsyaAllah.
 
5. Sehat jasmani dan penyayang
Sahabat Maqal bin Yasar berkata, Seorang lelaki datang menghadap Nabi shalallahu’alaihi wa sallam seraya berkata, sesungguhnya aku mendapati seorang wanita yang baik dan cantik namun ia tidak boleh melahirkan. Apa sebaiknya aku menikahinya? Beliau menjawab, Jangan. Selanjutnya ia pun menghadap Nabi shalallahu’alaihi wa sallam untuk kedua kalinya dan ternyata Nabi tetap mencegahnya. Kemudian ia pun datang untuk ketiga kalinya lalu Nabi shalallahu’alaihi wa sallam bersabda, Nikahilah wanita yang banyak anak kerana sesungguhnya aku akan membanggakan banyaknya jumlah kalian di hadapan umat-umat lain. (HR. Abu Dawud dan An- Nasa’i)
Kerana itu Rasulullah menegaskan, Nikahilah wanita-wanita yang subur dan penyayang. Kerana sesungguhnya aku bangga dengan banyaknya kalian dari umat lain. (HR. Abu Daud dan An- Nasa’i)
6. Berakhlak mulia
Abu Hasan Al-Mawardi dalam Kitab Nasihat Al-Mulk mengutip perkataan Umar bin Khattab tentang memilih isetri baik merupakan hak anak atas ayahnya. Hak seorang anak yang pertama adalah mendapatkan seorang ibu yang sesuai dengan pilihannya, memilih wanita yang akan melahirkannya. Yaitu seorang wanita yang mempunyai kecantikan, mulia, beragama, menjaga kesuciannya, pandai mengatur urusan rumah tangga, berakhlak mulia, mempunyai kecergasan yang baik dan sempurna serta mematuhi suaminya dalam segala keadaan.
7. Lemah-lembut
Imam Ahmad meriwayatkan hadits dari Aisyah radhiyallahu ’anha bahawa Rasulullah shalallahu’alaihi wa sallam bersabda, Wahai Aisyah, bersikap lemah lembutlah kerana sesungguhnya Allah itu jika menghendaki kebaikan kepada sebuah keluarga maka Allah menunjukkan mereka kepada sifat lembah lembut ini. Dalam riwayat lain disebutkan, Jika Allah menghendaki suatu kebaikan pada sebuah keluarga maka Allah memasukkan sifat lemah lembut ke dalam diri mereka.
8. Menyejukkan pandangan
Rasulullah shalallahu’alaihi wa sallam bersabda, Tidakkah mahu aku khabarkan kepada kalian tentang sesuatu yang paling baik dari seorang wanita? (Yaitu) wanita solehah adalah wanita yang jika dilihat oleh suaminya menyenangkan, jika diperintah ia mentaatinya, dan jika suaminya meninggalkannya ia menjaga diri dan harta suaminya. (HR.Abu daud dan An-Nasa’i)
Sesungguhnya sebaik-baik wanitamu adalah yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa tegar terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan dan perintah suaminya dan bila berdua dengan suami dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya serta tidak berlaku seolah seperti lelaki terhadap suaminya, begitu kata Rasulullah shalallahu’alaihi wa sallam lagi
Maka tak hairan jika Asma binti Kharijah mewasiatkan beberapa hal kepada puterinya yang hendak menikah. Engkau akan keluar dari kehidupan yang di dalamnya tidak terdapat keturunan. Engkau akan pergi ke tempat tidur, di mana kami tidak mengenalinya dan teman yang belum tentu menyayangimu. Jadilah kamu seperti bumi bagi suamimu, maka ia laksana langit. Jadilah kamu seperti tanah yang datar baginya, maka ia akan menjadi penyangga bagimu. Jadilah kamu di hadapannya seperti budah perempuan, maka ia akan menjadi seorang hamba bagimu
Janganlah kamu menutupi diri darinya, akibatnya ia bisa melemparmu. Jangan pula kamu menjauhinya yang boleh mengakibatkan ia melupakanmu. Jika ia mendekat kepadamu, maka kamu harus lebih mengakrabinya. Jika ia menjauh maka hendaklah kamu menjauh darinya. Janganlah kamu menilainya kecuali dalam hal-hal yang baik saja. Dan janganlah kamu mendengarkannya kecuali kamu menyimak dengan baik dan jangan kamu melihatnya kecuali dengan pandangan yang menyejukkan.
9. Realistis dalam menuntut hak dan melaksanakan kewajiban
Salah satu sifat terpuji seorang wanita yang patut dicintai seorang lelaki soleh adalah qana’ah. Bukan saja qana’ah atas segala ketentuan yang Allah tetapkan dalam Al- Qur’an, tetapi juga qanaah dalam menerima pemberian suami. Sebaik-baik isteri adalah apabila diberi dia bersyukur dan bila tak diberi, dia bersabar. Engkau senang boleh memandangnya dan dia taat bila engkau menyuruhnya. Kerana itu tak hairan jika acapkali melepas suaminya di depan pintu untuk pergi mencari rezeki, mereka berkata, Jangan engkau mencari nafkah dari barang yang haram, kerana kami masih sanggup menahan lapar tapi kami tidak sanggup menahan panasnya api jahanam.
Kata Rasulullah, Isteri yang paling berkah adalah yang paling sedikit biayanya. (Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi dari Aisyah radhiyallahu ’anha)
Tapi, Para wanita mempunyai hak sebagaimana mereka mempunyai kewajipan menurut kepantasan dan kewajaran, begitu firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala di surah Al-Baqarah ayat 228. Pelayanan yang diberikan seorang isteri sebanding dengan jaminan dan nafkah yang diberikan suaminya. Ini perintah Allah kepada para suami, Berilah tempat tinggal bagi perempuan-perempuan seperti yang kau tempati. Jangan kamu sakiti mereka dengan maksud menekan. (QS. At-Thalaq: 6)
10. Menolong suami dan mendorong keluarga untuk bertakwa
Isteri yang solehah adalah harta simpanan yang sesungguhnya yang boleh kita jadikan tabungan di dunia dan akhirat. Iman Tirmidzi meriwayatkan bahawa sahabat Tsauban mengatakan ketika turun ayat walladzina yaknizuna (orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak menafkahkannya di jalan Allah), kami sedang bersama Rasulullah shalallahu’alaihi wa sallam dalam suatu perjalanan. Lalu sebahagian dari sahabat berkata, Ayat ini turun mengenai emas dan perak. Andaikan kami tahu ada harta yang lebih baik tentu akan kami ambil. Rasulullah kemudian bersabda, Yang lebih utama lagi adalah lidah yang berdzikir, hati yang bersyukur, dan isteri solehah yang akan membantu seorang mukmin untuk memelihara keimanannya.
 
11. Mengerti kelebihan dan kekurangan suaminya
 
Nailah binti Al- Fafishah Al- Kalbiyah adalah seorang gadis muda yang dinikahkan keluarganya dengan Utsman bin Affan yang berusia sekitar 80 tahun. Ketika itu Utsman bertanya, Apakah kamu senang dengan ketuaanku ini? Saya adalah wanita yang menyukai lelaki dengan ketuaannya, jawab Nailah. Tapi ketuaanku ini terlalu renta. Nailah menjawab, Engkau telah habiskan masa mudamu bersama Rasulullah dan itu lebih aku sukai dari segala-galanya.
12. Pandai bersyukur kepada suami
Rasulullah shalallahu’alaihi wa sallam bersabda, Allah tidak akan melihat kepada seorang istri yang tidak bersyukur (berterima kasih) kepada suaminya, sedang ia sangat memerlukannya. (HR. An- Nasa’i)
13. Cerdas dan bijak dalam menyampaikan pendapat 
Siapa yang tidak suka dengan wanita bijak seperti Ummu Salamah? Setelah Perjanjian Hudhaibiyah ditandatangani, Rasulullah shalallahu’alaihi wa sallam memerintahkan para sahabat untuk bertahallul, menyembelih kambing, dan bercukur, lalu menyiapkan onta untuk kembali pulang ke Madinah. Tetapi, para sabahat tidak merespon perintah itu karena kecewa dengan isi perjanjian yang sepertinya merugikan pihak kaum muslimin.
Rasulullah shalallahu’alaihi wa sallam menemui Ummu Salamah dan berkata, Orang Islam telah rusak, wahai Ummu Salamah. Aku memerintahkan mereka, tetapi mereka tidak mau mengikuti.
Dengan kecerdasan dalam menganalisis kejadian, Ummu Salamah mengungkapkan pendapatnya dengan fasih dan bijak, Ya Rasulullah, di hadapan mereka Rasul merupakan contoh dan teladan yang baik. Keluarlah Rasul, temui mereka, sembelihlah kambing, dan bercukurlah. Aku tidak ragu bahwa mereka akan mengikuti Rasul dan meniru apa yang Rasul kerjakan.
SubhanAllah, Ummu Salamah benar. Rasulullah keluar, bercukur, menyembelih kambing, dan melepas baju ihram. Para sahabat meniru apa yang Rasulullah kerjakan. Inilah berkah dari wanita cerdas lagi bijak dalam menyampaikan pendapat. Wanita seperti inilah yang patut mendapat cinta dari seorang lelaki yang sholeh.
 
 
 

Selasa, 19 Mac 2013

1 HARI 1 AYAT - WUDUK YANG SEMPURNA MENGHAPUSKAN DOSA-DOSA


Pengambilan wuduk yang sempurna bukan sahaja menjamin diterimanya solat tetapi ianya juga dapat menghapuskan dosa-dosa selagi tidak melakukan kesyirikan. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
 عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِذَا تَوَضَّأَ الْعَبْدُ الْمُسْلِمُ - أَوِ الْمُؤْمِنُ - فَغَسَلَ وَجْهَهُ ، خَرَجَ مِنْ وَجْهِهِ كُلُّ خَطِيْئَةٍ نَظَرَ اِلَيْهَا بِعَيْنِهِ مَعَ الْمَآءِ أَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَآءِ فَاِذَا غَسَلَ يَدَيْهِ خَرَجَتْ مِنْ يَدَيْهِ كَلُّ خَطِيْئَةٍ كَانَ بَطَشَتْهَا يَدَاهُ مَعَ الْمَآءِ اَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَآءِ ، فَاِذَا غَسَلَ رِجْلَيْهِ خَرَجَتْ كَلُّ خَطِيْئَةٍ مَشَتْهَا رِجْلاَهُ مَعَ الْمَآءِ اَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَآءِ حَتَّى يَخْرُجَ نَقِيًّا مِنَ الذُّنُوْبِ.
“Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk maka setelah ia membasuh wajahnya keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwuduk ia bersih dari dosa-dosanya”. H/R Muslim 1/148
 وَعَنْ عُثْمَانَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ اَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ تَوَضَّأَ فَاَحْسَنَ الْوُضُوْءَ خَرَجَتْ خَطَايَاهُ مِنْ جَسَدِهِ حَتَّى تَخْرُجَ مِنْ تَحْتِ أَظْفَارِهِ.
Dari Umar radiallahu ‘anhu berkata: Sesungguhnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Barangsiapa berwuduk dengan sebaik-baik wuduk maka akan keluar dosa-dosanya dari tubuhnya sehingga ia keluar dari celah-celah kukunya”. H/R Muslim 3/133.
مَنْ تَوَضَّأَ هَكَذَا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَكَانَتْ صَلاَتُهُ وَمَشْيُهُ اِلَى الْمَسْجِدِ نَافِلَةً.
Barangsiapa yang berduduk seperti ini (seperti wuduknya Rasulullah), diampunkan dosa-dosanya yang telah berlalu dan solat serta perjalanannya ke masjid adalah dipenuhi pahala”. H/R Msulim 3/113

 عَنْ أَبِيْ مَالِكِ اْلأَشْعَرِيْ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَلطُّهُوْرُ شَطْرُ اْلإيْمَانِ.

“Dari Abu Malik al-Asy’ari radiallahu ‘anhu berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Bersuci itu sebahagian dari iman”. H/R Muslim. 1/140
عَنْ حُمْرَانَ ابْنِ أَبَانَ ، أَنَّ عُثْمَانَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ دَعَا بِوُضُوْءٍ ، فَذَكَرَ صِفَةَ وُضُوْءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، ثُمَّ قَالَ : مَنْ تَوَضَّأَ مِثْلَ وُضُوْئِيْ هَذَا ، ثُمَّ قَامَ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ لاَ يُحَدِّثُ فِيْهِمَا نَفْسَهُ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.
Dari Humran bin Aban, bahawasanya Uthman radiallahu ‘anhu meminta air untuk berwuduk, lalu dia menyebutkan sifat wuduk Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam kemudian beliau berkata di penghujung hadis: Barangsiapa yang berwuduk seperti wudukku ini, kemudian ia mendirikan solat dua rakaat dengan tidak berkata-kata yang keji pada diriya maka (wuduk dan solatnya) maka diampunkan baginya segala dosa-dosa yang telah berlalu”. H/R Bukhari 11/213. Muslim 226. Dan An-Nasaii. 1/698
مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوْءَ ، ثُمَّ رَاحَ فَوَجَدَ النَّاسَ قَدْ صَلُّوْا ، أَعْطَاهُ اللهُ مِثْلَ اَجْرِمَنْ صَلاَهَا وَحَضَرَهَا لاَيَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أَجْرِهِمْ شَيْئًا
Barangsiapa berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya kemudian ia pergi ke masjid, lalu ia dapati orang-orang sudah selesai mengerjakan solat maka Allah memberikan pahala kepadanya sebagaimana pahala orang yang sudah solat, tidak dikurangi sedikitpun dari ganjaran yang mereka perolehi”. H/R Abu Daud No. 564. Nasaii. No. 865. Disahihkan oleh Al-Albani. Lihat: Sahih Jamiu as-Saghir. No. 6039
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى مَا يَمْحُوْ اللهُ بِهِ الْخَطَايَا وَيَرْفَعُ بِهِ الدَّرَجَاتِ ؟ قَالُوْا : بَلَى يَا رَسُوْلَ اللهِ ، قَالَ : اِسْبَاغُ الْوُضُوْءِ عَلَى الْمَكَارِهِ ، وَكَثْرَةُ الْخُطَا اِلَى الْمَسَاجِدِ ، وَانْتِظَارُ الْصَّلاَةِ بَعْدَ الصَّلاَةِ ، فَذَلِكُمُ الرِّبَاطُ ،فَذَلِكُمُ الرِّبَاطُ ،فَذَلِكُمُ الرِّبَاطُ.

Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Mahukah aku tunjukkan kepada kamu beberapa perkara yang dengannya Allah akan menghapuskan dosa-dosa dan mengangkat derajat kamu? Mereka menjawab: Mahu wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Iaitu menyempurnakan wuduk walau dalam keadaan susah (Kalimah مكاره yang jamaknya مكره ialah keadaan susah/sulit untuk mengerjakan wuduk, seperti dalam keadaan sakit atau terlalu sejuk), sering berjalan ke masjid (solat jamaah) dan menunggu solat setelah selesai menunaikan solat. Yang demikian itu adalah ribat (jihad/perjuangan), yang demikian itu ribat, yang demikian itu ribat”. H/r Muslim. 133

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتْى الْمَقْبَرَةَ فَقَالَ : اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمِ مُؤْمِنِيْنَ وَاِنَّا اِنْ شَآءَ اللهُ بِكُمْ عَنْ قَرِيْبٍ لاَحِقُوْنَ ، وَدِدْتُ لَوْ أَنَّا قَدْ رَأيْنَا اِخْوَانَنَا ، قَالُوْا : أَوَ لَسْنَا اِخْوَانَكَ يَارَسُوْلَ اللهِ ؟ قَالَ : أَنْتُمْ أَصْحَابِيْ وَاِخْوَانُنَا الَّذِيْنَ لَمْ يَأْتُوْا بَعْدُ ! قَالُوْا : كَيْفَ تَعْرِفُ مَنْ لَمْ يَأْتِ مِنْ أُمَّتِكَ يَارَسُوْلَ اللهِ ؟ قَالَ : أَرَأَيْتَ لَوْ أَنَّ رَجُلاً لَهُ خَيْلٌ غُرِّ مُحَجَّلَةً بَيْنَ ظَهْرَى خَيْلٍ دُهْمٍ بُهْمٍ أَلاَ يَعْرِفُ خَيْلَهُ ؟ قَالُوْا : بَلَى يَا رَسُوْلَ اللهِ ، قَالَ : فَاِنَّهُمْ يَأْتُوْنَ غُرًّا مَحَجَّلِيْنَ مِنَ الْوُضُوْءِ ، وَأَنَا فَرَطُهُمْ عَلَى الْحَوْضِ ، أَلاَ لَيُذَادَنَّ رِجَالٌ عَنْ حَوْضِيْ كَمَا يُذَادُ الْبَعِيْرُ الضَّالُ ، أُنَادِيْهِمْ أَلاَ هَلُّمَ ، فَيُقَالُ : اِنَّهُمْ قَدْ بَدَّلُوْا بَعْدَكَ ، فَأقُوْلُ سُحْقًا سُحْقًا.

Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ketika sampai ke perkuburan, baginda mengucapkan salam: (Kesejahteraan atas kamu wahai penghuni negeri kaum mukminin, insya-Allah tidak lami lagi kami akan menyusul kamu). Alangkah gembiranya hatiku ketika hendak melihat saudara-saudaraku! Para sahabat berkata: Bukankah kami saudara-saudara engkau wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Kamu ini adalah para sahabatku, adapun saudara-saudaraku ialah orang-orang yang belum muncul. Mereka bertanya: Bagaimana engkau dapat mengenali keadaan umat yang belum muncul itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagaimana pendapat kamu, dimisalkan ada seorang mempunyai seekor kuda berwarna putih yang berada di tengah-tengah kuda yang berwarna hitam pekat, tidakkah ia dapat mengenali kuda itu? Benar wahai Rasulullah, ujar mereka! Baginda bersabda: Demikianlah halnya mereka itu, mereka datang dalam keadaan putih cermerlang bertanda disebabkan dari wuduk, sedangkan aku menjadi perintis mereka menuju telaga. Ketahuilah, sesungguhnya ada beberapa orang yang didorong masuk telaga sebagaimana unta yang sesat yang diusir, aku menyeru mereka: Marilah ke sini, marilah ke sini, marilah ke sini!” (H/R Malik, Nasaii 1/93-94. Ibnu Majah No. 4306. Ibnu Khuzaimah No. 6. Ahmad 2/300, 408. Muslim. 1/150.Lihat Mukhtasar Sahih Muslim No. 129. Baihaqi 4/78. Dan Abu Daud. No. 3237.)

 عَنْ أَبِيْ أُمَامَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِذَا تَوَضَّأَ الرَّجُلُ الْمُسْلِمُ خَرَجَتْ خَطَايَاهُ مِنْ سَمْعِهِ وَبَصَرِهِ وَيَدِهِ وَرِجْلَيْهِ ، فَاِذَا قَعَدَ ، قَعَدَ مَغْفُوْرًا لَهُ.

Dari Abi Umamah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Apabila seseorang muslim berwuduk maka akan keluar dosa-dosanya dari pendengarannya (telinganya), matanya, tangannya dan dari kedua kakinya. Apabila ia duduk menanti solat, ia duduk dalam keampunan (diampunkan) dosa-dosanya”. H/R Ahmad. 5/252. Dihasankan oleh Nasruddin al-Albani rahimahullah dalam Jamiu as-Saghir. No. 461
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...