Akhirnya dapat juga tukar wallet baru yang lama tu dah rosak. Saya ni jenis yang kalau pakai satu.....satu tu aje saya pakai sampai lunyai. Macam juga hand bag. Kalau dah rosak barulah tukar beli baru. Kecuali baju ye....bab baju memang suka tukar2. Kalau berkenan terus beli. Jumaat lepas waktu lunch agak lama saya sajelah jalan2 kat sogo. Sebenarnya cuma nak tengok2 walaupun dalam hati kata kalau dah jumpa wallet yang berkenan terus beli. Jalan punya jalan akhirnya terjebak juga. Dapatlah rembat satu wallet De Cellini RM 65.90. Kelas gituuu siap bagitahu harga sekali. Bolehlah harganya. Memang biasa beli wallet kat Sogo. Mana lagi nak beli tempat tulah yang paling dekat dan strategik dengan office.
Macam2 boleh isi kat dalamnya. Untuk isi duit siling pun ada kat dalam. Banyak poket kat dalamnya.
Macam2 boleh isi kat dalamnya. Untuk isi duit siling pun ada kat dalam. Banyak poket kat dalamnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan