Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Rabu, 18 Jun 2014

1 HARI 1 AYAT - AMALAN ORANG KAFIR BAGAI DEBU DITIUP ANGIN

Di akhirat kelak, orang kafir akan menerima seburuk-buruk balasan daripada Allah SWT. Mereka menghadapi penyeksaan sejak nyawa dicabut oleh Malaikat Izrail hinga dicampak ke dalam api neraka. Ketika dibangkitkan daripada kubur masing-masing, mereka berada dalam keadaan sangat hina seperti yang digambarkan dalam firman Allah: "Iaitu pada hari mereka keluar daripada kubur dengan cepat seakan-akan mereka pergi dengan segera keapda berhala (sewaktu di dunia) dalam keadaan mereka menekurkan pandangannya (serta) diliputi kehinaan. Itulah hari yang dahulunya diancam kepada mereka."(Surah al-Maárij : 43-44).


Ketika dipanggil untuk Padang Mahsyar, Allah menggambarkan keadaan mereka amat dahsyat. Firman Allah: "Ditiupkan sangkakala maka tiba-tiba mereka keluar segera daripada kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka. Mereka berkata, 'Aduh celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami daripada tempat tidur kami (kubur)? Inilah yang dijanjikan (Tuhan) Yang Maha Pemurah dan benarlah rasul-rasulNya."(Surah Yassin: 51-52).


Ketika di Padang Mahsyar, mata dan hati nurani orang kafir kosong. Hanya ketakutan dan kepedihan yang menemani mereka. Sewaktu menghadap Allah SWT, mereka dalam keadaan yang amat hina dan kecil dengan muka ditutup oleh api neraka. Ketika itulah orang kafir bersa amat berdosa atas kekafiran mereka. Tiada apa yang diharapkan mereka ketika itu kecuali memohon kepada Allah supaya membinasakan mereka dan menjadikan mereka debu.


Amalan orang kafir terbahagi kepada batil dan amalan yang baik. Amalan batil amat rosak dan tidak ada sedikit pun kebaikan. Amalan baik adalah seperti infaq, memerdekakan hamba dan menyambung silaturahin. Bagaimanapun segala kebaikan itu tidak mendatangkan manfaat kerana mereka kafir. Allah menyamakan amalan mereka seperti fatamorgana yang tidak memiliki hakikat.


Firman Allah SWT: "Dan orang-orang kafir amal mereka adalah laksana fatamorgana di tanah yang datar yang disangka air oleh orang dahaga tetapi apabila didatanganinya air itu, dia tidak mendapatinya sesuatu apa pun dan didapatinya (ketetapan) Allah di sisinya lalu Allah memberikan kepadanya perhitungan amal dengan cukup dan Allah adalah sangat cepat perhitunganNya. (Surah An-Nur: 39).


Allah SWT menyamakan amalan orang kafir dengan abu yang diporak-perandakan angin sehingga pemiliknya tidak mampu mengumpulkan kembali debu itu. Mereka datang pada Hari Kiamat seraya berprasangka bahawa amalan mereka akan berguna tetapi ternyata amalan itu seperti debu yang bertebangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...