Allah SWT menggambarkan kedahsyatan kiamat dengan menjelaskan apabila tiba hari yang amat dahsyat itu, bayi yang tidak pernah melakukan dosa akan beruban rambutnya apabila menyaksikannya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Maka bagaimana kamu akan dapat memlihara dirimu jika kamu tetap kafir kepada hari yang menjanjikan anak beruban. Langit pun menjadi pecah-belah pada hari itu kerana Allah. Adalah janjiNya itu pasti terlaksana."(Surah al-Muzammil: 17-18)
Pada Hari Kiamat, bapa tidak dapat membantu anaknya dan begitu juga sebaliknya kerana semua manusia berada dalam keadaan takut. Diceritakan juga mengenai orang kafir yang mata mereka tidak berkedip apabila menyaksikan kedahsyatan Hari Kiamat. Keapla mereka tidak menoleh ke kiri dan kanan akibat terlalu takut meyaksikan hari kemusnahan yang amat dahsyat.
Kiamat juga menyebabkan orang kafir mahu menebus kesilapan mereka dengan segala kekayaan yang ada pada mereka tetapi tiada gunanya kerana segala-galanya akan musnah. Firman Allah: "sesungguhnya oran kafir dan mati sedang mereka tetap dalam kekafirannya maka tidaklah akan diterima dari seseorang di antara mereka emas sepenuh bumi walaupun dia menebus diri dengan emas (yang sebanyak) itu. Bagi mereka itulah seksa yang pedih dan sekali-kali mereka tidak memperoleh penolong."(Surah Ali-Imran: 91)
Allah SWT berfirman lagi: "Dan kalau setiap diri yang zalim (musyrik) itu mempunyai segala apa yang ada di bumi ini tentu dia menebus dirinya dengan itu dan mereka menyembunyikan penyesalannya ketika mereka telah menyaksikan azab itu. Dan telah diberi keputusan di antara mereka dengan adil sedang mereka tidak dianiaya."(Surah Yunus: 54)
Orang kafir juga berharap dapat menebus ahli keluarga mereka tetapi tidak berguna walau sesen pun. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sedang mereka saling melihat. Orang kafir ingin sekiranya dia dapat menebus (dirinya) dari azab hari itu dengan anak-anaknya dan isterinya dan saudaranya dan kaum keluarganya yang melindunginya (di dunia). Dan oarang di atas bumi seluruhnya kemudian (mengharapkan) tebusan itu dan menyelamatkannya. Sekali-kali tidak dapat. Sesungguhnya neraka itu adalah api yang bergelojak."(Surah al-Maárij: 11-15).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan