29 MAC 2013 - Hari Kedua di UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE
Selesai sahaja urusan check in di imigresen Singapore bas persiaran kami meneruskan perjalanan ke destinasi utama kami. Dalam pukul 10.30 bas persiaran kami pun sampai ke Universal Studio. Univesal Studio ni buka pada pukul 10.00 pagi. Masa kami sampai tu memang penuh sesaklah kat USS tu. Tapi yang bagusnya di tempat parking tu sangat luas dan bas yang menghantar penumpang apabila selesai menurunkan penumpang terus beredar. Memang tiada berlaku kesesakkan. Pada tempat parking yang kosong lampu hijau akan menyala. Lampu merah menandakan tempat parking telah penuh. Canggihkan sistem parking di Singapore ni. Tak perlulah kenderaan beratur panjang menunggu parking kosong. Kalau sesiapa yang ingin bercuti ke Singapore saya galakkan tukar duit di Malaysia kerana apabila kita telah memasukki singapore matawang pertukaran lebih tinggi dan nilai wang kita sangat rendah. Memang sangat rendah.
TRANSFORMERS adalah permainan yang pertama kami main. Masa kami datang tu adalah musim cuti sekolah. Memang penuh sesak orang ramai. Setiap permainan yang kami hendak main telah dicatatkan masa menunggu. Masa kami nak main transformer tu masa menunggu adalah 60 minit. Memang patah kakilah beratur. Punyalah lama 1 jam kami menunggu dan beratur. Memang terlalu ramai. Tapi bila dah dapat main terasa hilang semua penat menunggu dan beratur. BEST gilerrrr...............gilerrr kau tak best. Bayar mahal-mahal gilerr tak best. Very perfect. Sepanjang kami beratur dan menunggu di dalam ruang menunggu tu kami ditontonkan dengan cerita movie transformer dan gambar-gambar transformer. Logo dan anggota badan robot tersebut juga dipamerkan disepanjang ruang menunggu tersebut. Sebelum menaiki mesin perentas masa tu kami ditontonkan ciri-ciri keselamatan semasa menaiki mesin perentas masa tersebut. Kami diminta memakai cermin mata 3G. Kalau orang yang ada masalah atau tekanan elok sangatlah main permainan tersebut. Terus hilang segala masalah. Tapi bagi yang ada masalah kesihatan dilarang sama sekali menaiki mesin tersebut. Kalau apa-apa terjadi tanggunglah sendiri sebab sebelum masuk dah diberi amaran. Mesin perentas masa tersebut membawa kami menjelajah dunia transformer. Ada transformer yang baik membawa kami menjelajah dunia robot. Biasalah bila ada robot baik mesti ada robot jahat. Di sinilah bermulanya perjalanan kami. Bila transformer jahat dan baik berlawan kami terasa percikan api, air dan tumbukan. Macam menaiki roller coster pun ada. Memang rasa macam real. Sungguh mendebarkan perjalanan kami. Sepanjang menjelajah dunia robot tersebut kami semua tak kiralah kecil, tua, muda, lelaki ke perempuan ke semuanya menjerit sekuat hati. Dah tak ada rasa malu ke segan ke yang penting happening.
Dihadapan TRANSFORMERS THE RIDE IS LOCATED AT SCI FI CITY masa ini dah selesai menjelajah bersama robot yang baik tu. Thankz robot yang baik membawa kami menjelajah ke dunia transformers dengan selamat.
Selesai sahaja permainan di TRANSFORMERS THE RIDE kami terus ke permainan ANCIENT EGYPT. Masa yang paling lama menunggu dalam banyak masa-masa menunggu 70 minit. Memang terasa sakit kakilah. Tu yang sampai bengkak kami. Letih beratur sebab kena berdiri terlalu lama. Dinasihatkan kalau nak pergi USS ni pergilah waktu bukan musim cuti sekolah. Confirm orang tak ramai dan tak perlu nak beratur panjang dan menunggu masa yang lama.
Harimau ini akan mengaum kalau kita lalu kat depan dia.
Yang ada badak air, harimau, ular dan kumbang tu semua di ANCIENT EGYPT. Masa ni kami dibawa mengelilingi kawasan ini dengan menaiki kereta yang boleh memuatkan untuk 4 orang.
Kemudian kami meneruskan permainan yang ke tiga pula. Masa ni beratur memang terlalu lama. Tapi memang frust sangat sangat masa ni. Dah hampir satu lorong untuk menaiki bot. Tiba-tiba pengumuman memaklumkan berlaku masalah teknikal. Memang frust masa ni. Dahlah tunggu terlalu lama, beratur panjang macam tak biasa pulak.....semua permainan kena beratur panjang kan. Agak setengah jamlah kami menunggu. Akhirnya kami dah tak larat nak menunggu kamu keluar terus dari tempat tersebut. Ramai jugalah yang keluar ketika itu mungkin mereka tak sanggup nak tunggu lama. Disebabkan cuaca tak mengizinkan ketika itu hujan semua permainan yang melibatkan outdoor diberhentikan sementara waktu.
Tak dapat bermain di JURASSIC PARK RAPIDS ADVENTURE tangkap gambar pun jadilah.
Kami sempat singgap di kedai Jurassic untuk membeli belah. Dapatlah saya merembat satu helai baju Universal Studio buat kenang-kenangan. Kemudian kami terus ke CANOPY FLYER and DINO - SOARIN THE LOST WORLD. Tapi permainan ini tak boleh juga main kerana cuaca tidak mengizinkan. Masa ini masih ada orang ramai yang beratur panjang. Mungkin mereka masih mahu menunggu lagi. Kami cuma jalan-jalan sekitar kawasan ini sahaja.
Masa ni teringin nak naik Canopy Flyer tapi bila tengok orang ramai beratur terus tak jadi.....Dah tak sanggup nak beratur lama-lama
Di CANOPY FLYER and DINO - SOARIN THE LOST WORLD
Kami kemudiannya terus berjalan ke THE LAND OF FAR AWAY. Masa ni sepatutnya masa untuk perarakan duplicate artis Hollywood. Tapi perarakan tersebut diawalkan. Masa kami sampai kami hanya sempat tengok SHREK berarak yang lain-lain tu tak sempat. Kami menghabiskan masa kami di FAIRYTALES AND OGRESS COLLIDE. Memang cantiklah tempat ni. Kalau nak bergambar dengan maskot dan duplicate artis-artis hollywood ni kena beratur.
Di FAIRYTALES AND OGRESS COLLIDE - Cantikkan tempatnya
Masa ni di Madagascar : A CRATE ADVENTURE and SHREK 4D ADVENTURE. Dapatlah tengok maskot shrek tu berarak.
Di Fairytales ini memang banyak kedai-kedai cenderahati. Macam-macam ada. Topi, t-shirt, fride magnet, key chain, tuala, mug, pensil, pen, glob, kasut, tuala muka dan tangan dan bagailah. Sediakan duit ajelah kalau nak beli. Satu fridge magnet yang paling murah 3.90 dollar singapore. Kalau dalam RM 12.90 lebih kuranglah. Saya paling suka frame fridge magnet. Harganya 5.90 dollar Singapore. Memang cantik dan macam ada-ada. Saya tak dapat nak beli fridge magnet sebab duit dollar singapore masa tu dah habis sebab dah rembat baju Universal Studio sampai dua helai. Satu harganya 31.90 dan 23.90 dollar Singapore. Kiralah sendiri kalau dalam Ringgit Malaysia. Dalam hati kalau ada kawan-kawan yang nak pergi USS teringin nak kirim belikan frame fridge magnet tu. Rasanya tak bestlah kalau tak ada cenderahati fridge magnet USS tu. Tak lengkap rasanya. Nak penuhkan fridge magnet kat rumah tu.
Di Ancient Egypt tempat THE mummy...Dalam ni pun kami tak sempat nak masuk.....
Dah puas membeli belah dan bermain kami pun mula beredar ke ruang legar USS. Sementara menunggu rakan-rakan kami yang lain selesai membeli belah kami berposing puas-puas di globe UNIVERSAL STUDIO. Memang wajiblah berposing kat sini. Tanda mercu Universal Studio.
Akhirnya saya dihadapan glob USS.
Masa ini memang ramai orang nak bergambar kat depan glob ni. Terpaksa menunggu orang lain selesai tangkap gambar masing-masing. Kalau tidak macam nilah macam-macam ada gangguan disekeliling.
Posing-posing jangan tak posing bukti kami dah sampai di USS Singapore.
Dalam pukul 7.00 kami pun mula beransur turun ke tempat parking bas persiaran kami. Pemandu bas tersebut telah memaklumkan kepada kami awal-awal lagi semasa kami mula menaiki bas hendak menuju ke Singapore. Beliau memaklumkan bahawa USS akan tutup pada pukul 7.30 malam. Bas kami akan mengambil kami semula pada pukul 7.30 malam. Pada pukul 7.15 malam kami telah diminta untuk bersedia menunggu. Tepat 7.30 malam bas persiaran kami pun sampai. Masa ini memang dah penat dan letih ditambah dengan sakit kaki setelah lama beratur untuk menunggu permainan. Tapi dalam hati kami memang gembira sangat dan kalau boleh nak pergi lagi sebab banyak permainan yang kami tak sempat nak main sebab masalah cuaca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan