29 MAC 2013
IMIGRESEN JOHOR DAN SINGAPORE - Hari Kedua
Akhirnya hari yang ditunggu telah tiba awal-awal lagi kawan dah beritahu yang bas persiaran hotel kami akan menunggu kami pada pukul 8.30 pagi. Memang awal supaya urusan imigresen di Johor dan Singapore berjalan lancar. Kalau lambat takut berlaku kesesakan di pintu masuk imigresen. Masa kami berurusan di imigresen Johor agak lengang sikit. Tetapi agak sesak juga orang yang keluar masuk ke Singapore dan Johor mungkin kerana mereka bekerja di Singapore di samping orang-orang yang ingin melancong ke Singapore. Tapi perkhidmatan bas berhenti-henti ke Singapore agak sesak dan sibuk. Orang ramai sedang menunggu bas mungkin urusan kerja. Berpusu-pusu orang ramai ke stesen bas untuk memulakan kerja harian mereka. Kebetulan kami sampai ke Imigresen adalah waktu puncak orang ramai pergi kerja. Selepas berurusan dengan imigresen Johor kami menunggu semula bas kami di pintu keluar imigresen. Urusan di imigresen Johor memang saya puji sebab pantas dan cepat. Mudah dan segera. Selesai urusan di imigresen Johor kami terus menaiki bas persiaran kami menuju ke imigresen Singapore. Memang sesak dan sibuk tapi banyak kaunter yang dibuka untuk urusan. Petugas kaunter imigresen Singapore tu pun peramah dan mesra. Masa penyerahan passport tu petugas kaunter imigresen dengan ramahnya bertegur sapa dan bertanya nak ke mana. Saya kata pergi ke USS. Dia pun kata selamat datang dan selamat bergembira. Memang seronoklah masa nak check in masuk ke imigresen ini. Untuk peringatan semasa di imigresen tidak dibenarkan mengambil gambar. Semasa proses imigresen di Johor kami di minta hanya membawa pasport sahaja beg lain-lain yang berisi barang-barang tidak dibenarkan di bawa turun. Semasa urusan pasport di singapore kami diminta membawa pasport dan beg yang lain untuk urusan pemeriksaan. Segala urusan nak tangkap gambar juga tidak dibenarkan. Kalau ada bawa kamera simpan sahaja di dalam beg. Makanan seperti gula-gula getah juga tidak dibenarkan dibawa masuk ke Singapore. Bagi yang merokok tidak dibenarkan membawa kotak rokok. Kalau bawa juga kotak rokok dimestikan keluarkan dalam 3 batang rokok. Tidak dibenarkan membawa sekotak rokok. Itulah peraturan imigresen Singapore.
Pasport dan tiket masuk ke USS Singapore dah sedia. Jom kita bersuka ria.
Masa ni kami dalam bas dan dah mula masuk ke Singapore. Semasa bas kami menyusuri jalan ke Singapore arah dari Singapore ke Johor agak sesak. Mungkin ramai orang Singapore turun ke Johor. Mungkin juga kesesakan di imigresen Singapore ke Johor.
Selepas melepasi urusan imigresen Singapore. Permandangan dalam Bandar Singapore. Yang uniknya yang tak pernah ada di Malaysia tapi di Singapore semua rumah di sana sidai baju tidak menggunakan ampaian atau hanger sebaliknya mereka menggunakan batang ampaian di mana baju tersebut dimasukkan ke dalam batang ampaian tersebut. Nampak memang sistematiklah cara penyidaian baju-baju mereka di sini. Semua sama mungkin kerajaan Singapore telah menetapkan cara-cara penyidaian seperti berikut. Memang tidak mencacatkan permandangan rumah di sana.
Masa ini kami dah mula memasuki Universal Studio. Pintu gerbang Resort World Sentosa.
Dari jauh kami dah nampak Disneyland..
Akhirnya kami berjaya masuk ke pintu masuk Universal Studio Resort world Sentosa. Hati kami dah berbunga-bunga. Tergambar di fikiran saya TRANSFORMERS dan JURASICC PARK.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan